Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, May 31, 2010

..Lunch..

erkk! alhamdulillah...kenyang gila lunch hari ni..F.O.C lak tu..TQ ya tuan rumah .. :D

..Bunga..

Ini bunga orkid atau omputeh kata 'Orchid'

Ini Carnation..nama Melayu dia pun sama..

Semalam Danish tunjuk exam paper dia. Subjek Sains. Stress aku tgk bila tgk kesalahan dia. Haa..meh ibu nak ajar..susah betul kalau bunga pun tak kenal. Huaaa..apa laah haiii!! And also to Babah..tgk ya gambar2 bunga2 di atas..grrr..atau kita patut buat rombongan p Taman Bunga pulak?


Danish..ini EAR..lain kali, ibu cakap..dengar!! eee..

Sunday, May 30, 2010

..Take Five!...


Ayiyi..aku tak suka betul duduk sorang2 mengelamun mcm ni ..sat g fikiran aku melayang2..pk benda2 sedih..benda2 bodoh yg aku dah buat..benda2..apa2 je lahh..huhuh.. Jom layan blog.

Baru lps minum Nescafe Coffe Latte dlm tin. Alaa..tak besh la. Semalam nak amik yg Original..tapi yang 6 pieces dah habis..Nyesal la plok. Sambil layan..sambil baca Cosmopolitan versi Melayu. Versi omputih mahai..akekek. Dan ternampak 1 topik 'Scha Al Yahya Take five kongsi kisahnya'. Haa..besh gak..nak jawab gak lah..saja suka2...poyo be gosh!! jom layan...

1. Kebolehan "membaca"...
- Sama lak mcm Scha..aku percaya pada naluri...dan kerana percaya dan yakin dgn naluri..aku dah temui byk kebenaran wpun ada yg cuba sembunyikan...ada sorang teman pesan 'jgn percaya sgt pada naluri'..ahaks! Tak kot..tetap percaya pada naluri sbb naluri dah tunjuk byk kebenaran bila aku mula rasa tak besh dan ada yg tak kena... ;)

2. Saya ketagih..
- Toing toing..Nescafe atau kopi. Seharii mesti nak pekena sekali wpun masa pegnen dulu..kalau tak dpt..'weng!'

3. Saya pernah teringin jadi..
- Penyiasat persendirian. Ahaks! kecik2 dulu selalu sgt layan siri Hardy Boys and Nancy Drew..syoknya. Sampaikan dlm buku laporan peribadi sekolah..aku letak 'Penyiasat Persendirian' sbb cita2..akekekek..

4. Masa itu emas...
- Aku cuba tepati semua temujanji atau janji2 yg telah aku buat. Aku cuba elak lambat. Masa kat sekolah..aku antara yg paling awal bila ada apa2 temujanji..tapi kan..bila sekeliling tak mahu bg kerja sama..aku pun leka dgn janji! Tapi..janji tetap janji..tuntut sampai mati..;b

5. Culture Shock!
- Uishh..ni jadi masa aku masuk tingkatan 4 sebuah sekolah tet! Semua perempuan. Ayiyiyi..terkejut beruk aku dgn cara dia org. HUhuhu..naik risau pun ada! Phewww..sib baik 2 tahun je kat sekolah itu... :D


..Cinta Sejati..


..dari sebuah ciuman? cium apa? cium pipi ke cium molot? ;) Em, td g tgk Shrek kat Mines. Booked tiket kul 11am. Sebelum kuar umah, mak call kata nak bertolak mai sini. Uhuk..tiba2 saja. Kejap je kat sini transit sementara mentua adik aku ada kat putrajaya. Sian la si adik..bibiknya lariiii. Anak 2 orang sapa nak jaga? Sementara nak tunggu semua selesai...mentua dia jaga bdk2..dan ari ni sampai ujung minggu..mak lak tolong tgkkan. Sabar ek..hidup harus di teruskan.

Tadi masa layan Shrek..wpun tu cite kartun..bdk2 bwh umur sure2 tak berapa nak faham apa mesej yg di sampaikan. Em..aku ni biasalah, kalau tgk cite..sure sampai ke dasar. 'Hargai apa yg kita ada sebelum semuanya hilang'. Ringkas je mesej tu. Tapi...manusia kan..hidup kadang2 tak penah bersyukur dgn apa yg ada..termasuklah aku. Tersentuh lak tgk si Shrek wpun dia hanya seekor gergasi buruk. Kata-kata fiona masa Shrek tgh marah pun buat aku berfikir banyak kali...Shrek dah ada semua..isteri yg mencintai, anak2 yg comel, kawan2 yg menyayangi dan kehidupan yg sempurna..apa lg yg dia mahu? Dan bila Shrek luahkan rasa hati kpd Fiona..alahai, seronoknya. Kan besh kalau semua lelaki boleh meluahkan rasa bukan memendam rasa.. ayiyiyiyi..

Em..aku rasa,seperti ada sesuatu yang tak kena...apakah?

Saturday, May 29, 2010

..Zoo Negara..

Klik pic utk pic lagi.. ;)

Hari jumaat Abey dah booking aku ajak p Zoo hari Sabtu. Ahaks! sbb dia tau aku akan reject kalau ajak last minit. So pagi tadi..meluncur lah ke Zoo dan dah p zoo..tgk apa lg? Tgk binatang lah kan? Cuma tak byk yg berubah..emm..dah sampai..layan kan je lah. So..jom tgk pic..

Friday, May 28, 2010

..Nak tgk..

Budak-budak nak sgt tgk cite ni..em, ari ni ada kat GSC Alamanda kul 7.35pm. Ok ke masuk time maghrib? OK kot ..aku bwk bdk2 masuk dulu..abe p la surau solat..kan? kan?

Dah keluar smlm. Em..nak tgk. Tapi bila? ala...la la la...

Menjadi sebutan semua orang dan aku dah tgk trailer dia..emm..pelakon besh siot! Farid Kamil..Q..Fazura..dan Lisa. Aku tak penah layan pun novel ni..sbb aku tak berapa minat Ahadiat..Aku lebih kepada Zuraidah Othman..nak tgk jugak lah cite ni..tapi..lagi sekali soalan..bila? emm..

..Tadaaa..

Ahaks! Akhirnya aku pilih utk masak drpd keluar makan kat luar. Bukan aku tak reti masak..tapi aku sgt2 malas. Tu je penyakit aku. Tadi abe call tny makan apa..dan dia kata..masaklah! Baik bos..;b padahal dia kerja..uwekk! Kalau masak..benda pertama akan habis adalah sayur. Kadang2 mmg berebut sayur je nak2 sayur campur goreng.

Ni dua ketul yang lepas makan..main game ular lps tu gaduh. Haiyaa!! Penin ibu. Si abang asyik nak menang..si adik tahu nak cari pasal jek. Last2 aku suh kemas..pilih..nak masuk bilik tido atau nak dok dpn tgk tv diam2? Takut kena tido ..dua2 dok diam kat dpn ni..Tapi Dania masih tunjuk perasaan..Grrr..sabar2. Danish dok layan tv sama aku..'Kita nak p cuti mana nanti cuti sekolah ni ibu?' uhuhuh..camno nak jawab? ;)

Aku? Em..masak sudah, makan sudah, baju sidai sudah..kemas2 (sket je) pun sudah..nak layan FB? Maleh..nak YM? tak lah kot..lagipun peneman YM aku balik kampung, Happy Holiday tau! dan nak buat apa ek? Sambil layan 'Saya Nak Cuti - amik pic kat dasar laut @ Sipadan - fullamak!' kat 104..syok la cuti di taja..isk isk...aku tgk2 jap kerja..interface sistem PMS. Makin hari, makin takde idea..banner pun mcm sama jek..pastu background mmg tak leh nak design sendiri sbb aku guna Ulead ..semua terhad. Dan interface kat gambar ni..banner dia kena tukor kot sbb Cik Ketua kumpulan minat banner yg satu lagi..tak nampak eh fawwah font dia? ;b

..Keras?..


Bosannyaa..hari ni cuti Wesak day and ada org tu p kerja lak..adeh! Layan FB tadi and jawab kuiz kat atas ni. Boleh baca ke? Nampak ke? hehehe..belasah jek. EM..mcm betul la plok jawapan kuiz tu. Kalau kenal rapat (rapat betul2 ya..bukan rapat2 ayam jek) ..mungkin ada yg setuju dgn jawapan kuiz tu..tapi sebenarnya tak susah pun nak 'lembut'kan keras aku ni..dan dlm keras-keras aku, aku sgt2 penyayang pada org2 yg aku sayang. Sekali sayang...aku tetap sayang TAPI kalau buat 'taik' dgn aku..aku minta maaf..sayang tu sure melayang. Aku tak boleh hidup tenteram kalau aku buat silap tanpa minta maaf ..aku bukan manusia yg takut ngaku buat silap..cuma kdg2, ngaku silap pun boleh jerat diri sendiri..sama ada di maafkan..atau di tinggalkan pergi. Risiko tinggi..uhuk!

Adehh..nantuknya. Tak kan nak tido lak tgh2 ari ni. Udang, sayur dan bahan-bahan nak masak dah di keluarkan. Baju tgh berputar dlm mesin.Nasi dah siap masak..tp nak masak apa ni? Kalau ada kentang, boleh buat kari udang..em, nak buat sambal tumis..rasanya sedap yg abe masak lagi. Em..goreng kunyit je lah. Pastu makanan dlm tin yg g Europe ari tu byk lagi..tuang jek..ngeh ngeh ngeh. Pastu goreng sayur campur..yay! Mari mulakan...

..Dania Sukan..

Klik Pic utk pic lagi

Semalam 27hb May 2010 (bukan bulan lepas ya..tp smlm ..haahhaha) Dania Hamimi sukan kat Taska TNB/ILSAS. Aku minta pelepasan kejap dan g lah tgk dia bersukan sambil snap2 pic. Meriah betul budak2 ni kan. Ada yg ok..ada yg kuweekkk bila tgk mak pak ada sama..huhuhu..mmg penyabar lah sapa2 yg jd cikgu tadika ni. Dania masuk 5 acara. 2 jadi johan berkumpulan, 1 johan mewarna individu dan no 2 acara pecahkan belon solo. Macam2 adiah bwk balik dan pening ibu tgk bila barang dah mula berkecah. Ibu lak masuk acara baling belon jgn kasi pecah..jadi juara! Yay. Tapi hadiahnya hamper..so kena la share2..:)

Wednesday, May 26, 2010

..Hening..

Senyap sunyi rumah ni dari kul 9pm tadi. Anak2 mcm biasa tdo pukul 9. Tapi..kenapa lak abe pun senyap jek ni? Lps balik dari training netball tadi, dia dah siap masakan Spaghetti Meat Ball. Thanks! Aku yg tak lunch tadi (mkn roti ngn telur jek) dan naik weng sbb penat training. Terlupa lak aku tak lunch lagi..masa main tadi mmg tak igt apa. Tgh2 weng, aku ckp 'nak air coke la..Danish g foodcourt jap belikan' hehehe..saja je. Dah sah2 Danish takleh nak p. Pastu abe offer nak belikan. Uhuk! Dan kebetulan minyak keta abis dan Dania perlukan portluck utk sukan esok. So abe kuar g uruskan semua. Lps balik..dia terus masuk bilik..senyap. Baca buku. Em..'kenapa senyap jek?' ye la.pelik lak. Marah ke? 'Penat..nak rehat.' emm...

Lps settle semua kerja rumahh..lepak la layan TV - Zee - Coolie. Cite peberet aku dr kecik. Tp sbb dah tgk cite ni puluh2 kali..aku layan gambar2 lama kat PC. Senyum sorang2..byk nya kenangan indah dlm gambar kan? Kenapa gambar tak potretkan yg sedih2? Aku paling suka layan gambar 2008. Tapi semua tu kenangan...boleh tatap tak boleh ulang. Kadang2 terpk, kalau lah ..em, takde apalah..

Dah pukul 11..time tdo aku sejak 2 bulan lepas.....semua dah tak sama. Masa berjalan, manusia berubah..dan aku? Entah! Good Nite semua....take care.

Monday, May 24, 2010

..Sedih..

sekadar gambar hiasan..gambar betul tak sempat snap! :(

Majuk! 3 bijik abis makan sorang! uwekkk.. tak ingat orang.

Hari ni setelah berkurun lama tak masak..aku masak. Emm..takde idea la nak menaip..nak tdo. Tiba2 rasa bengkek jiwa dan raga..uhuk! PMS kot..

..Ahad yg PITAM..

Semalam yakni Ahad bersamaan 23hb May 2010, aku dgn sengaja membangunkan diri lambat sbb nak betulkan time tdo aku yg dah tak betul. Abe lak pagi2 buta dah bertolak ke Paka ada meeting. Tak tau la bape laju dia pecut .. Macam biasa, anak2 sure bangun awal. Tapi tak susah pun dgn dia org ni..sarapan cococrunch ngn bun, dia org dah leh layan diri. Sorry la..ibu pengsan. Kul tet* (tak leh taip sini..malu..hahaha), Danish kejut..'Ibu lapo la'..huhu. Aku tgk jam. Alamak...sian lak. Aku ckp..'OK..OK ibu bangun'. Mandi dan terus siap2 nak kuar. Tapi tunggu zohor lah dulu. Layan2 YM dgn seorang teman yg selalu menenami aku (thanks! selalu ada utk kita ;) )..dah terlajak sampai kul 2. Perut dah munyik..kepala dah pusing. uhuk..dah nak muntah. Ikut hati nak cancel je kuar..leh ke drive ni? Tp nak masak..lagi la tak sempat. Nekad je la..

Sampai Alamanda..terus g Burger King..dah sewel tak tahu nak odet apa. Budak2 lak tak reti diam. Biasa abe odet..dgn kepala weng..terus aku blah..g Mc D je lah..senang sket. Nak mkn ayam goreng..ayam takde (boleh?) ..hampeh jek! So order je la ikut suka. Kalau dgn abang ni, sure dia ada tolak bahagi campur tambah..maka akan jd murah dan tidak akan membazir. Kalau aku? Odet saja. Aku odet Burger Mc Chicken dan bdk2 happy meal. Aku suh budak2 habiskan makan..tak baik membazir..tapi kata Danish 'Ibu tu tak abish' hahaha..hamek kau! Mmg separuh je aku makan. Dah tak leh masuk, angin dah tolak jek. Mcm biasa, fries sure tak habis. Lps mkn, bawak bdk2 p GSC..baris punya baris..habis lak tiket Shrek. Dania lak wat lawak..sib baik tak berbaloq lagi sblh mata..saba je la. Since tak jd nk tgk wayang..aku ajak budak2 p MPH..tp masa lalu, kena tahan lak kat Sustagen tgh2 tu..layaann jek..main2 game..dpat la jajan. Tiba2 rasa loya gila..nak muntah sgt2. Kepala weng..perut sakit sgt!

Huhu..'sengugut'! Ayark..dah lama tak kena. Last sekali sblm beranak danish. Haiyaaa...sakit2nya. Terus aku ajak bdk2 balik and sampai umah terus pengsan. Bdk2 pandai2 la layan diri. Sblm tu sempat call abang..dia baru nak masuk KL. Dlm kul 7 lebih lepas layan sakit perut (serius sakit mcm nak beranak tu) dan sakit kepala..aku terus bangun mandi. Lps mandi..aku suh bdk2 mandi dan ckp..'kemas umah, nnt babah balik..umah sepah'..Dania lak menyampuk 'Babah nak balik mana pula ibu? Babah ada kat dapur tu' hahahah...suami balik pun tak sedar. Tgk2 dia tgh masak kat dapur..huhuhu. 'Sorry eh abang, penat2 kena masak' ..malu lak. Dia OK jek. Masa dia masak, aku gagahkan diri angkat baju dan lipat baju. Malu la nak lepak2 wpun kepala dan perut sakit gila. Lps idang, time makan..aku berpeluh dan gigil..huaa..sakit!!! tak tahan..terus aku lari masuk bilik. Biarkan dia org makan..Ok sket,aku kuar mkn..tp takleh masuk..sakitnya perut!! Terus aku surrender..minta tolong abang kemas meja, nnt aku basuh...tp dia p buat semua lak..huhuu. Aku terus pengsan kat bilik. Berpeluh 1 bdn..adeh! dah lama tak rasa mcm ni. Apakah kena bersalin lg? uhuk??? Dekat kul 9, abang tido kan anak2 dan aku bangun..gagahkan diri iron baju dan duduk sblh dia laayan TV sambil lipat baju. Lega sket masa tu...tp still sakit kat perut. huhu..tak mau la sengugut balik..sakitt!!!

Dan hari ni, alhamdulillah aku sihat. Syukur........

..Fatamorgana..

..dekat tapi jauh..

Saturday, May 22, 2010

..My EOS 1000D..

Ahaks! Dulu takde SLR, selak nak SLR..skrang dah ada, masih tak pandai nak guna dan belajar benda2 teknikal SLR ni masih merangkak-rangkak. ISO, Aperture, lense and bla bla bla..adeh. Setakat ni, tak sempat lagi nak tgk manual dan guide books yg di beri utk jadi tukang amik gambar yg baik.

Em, so far..ini je hasil yg aku capture menggunakan skill sendiri. hahaha. Cuba2 jek..jom cuci mata. Jangan gelak ya..saya budak baru belajar.. ;)



Klik Pic utk Album 'Klik! Klik' .. :}

Friday, May 21, 2010

..Best of The Best..

Em, walaupun aku tak jauh berjalan or tak byk sangat berjalan..tp ni antara tempat2 yg MENARIK yang aku suka dan kalau boleh dan ada rezeki, nak jejak lagi kaki ke tempat2 ni.

Tempat paling aku suka (ikut susunan dari atas ke bawah ya kawan2 ;b )

Puncak Gunung Kinabalu (2009) - Tanpa semangat, tak sampai kot kat sini. Amazing! Tak kan jumpa kot kat atas darat pemandangan macam ni. Walaupun sekejap je atas ni..kagum gila!

Puncak Gunung Mat Cincang (2009) - Wpun naik kabel car jek..tapi view dari atas ni cantik. Patut dah naik kali ke dua..tapi..uhuk!

Puncak Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Bandung (2007) - Cantik dan unik. Menghidu bau sulfer dgn suhu yg agak sejuk. Besh!

Keukenhof Tulip Garden, Holland (2010) - Impian jadi kenyataan. Bunga2 kesukaan ada kat dpn mata..bukan 1..bukan 2..tapi byk gila..cun!

Uluwatu, Bali (2010) - Tinggi dan laut yg membiru..ombak cunz.. Isk..kena p sendiri baru tahu cantik ke tak tempat ni.

Museum Of Lourve, Paris - aku suka lukisan, aku suka seni bina europe. Dua benda ni ada kat sini. Cuma syg aku pergi tanpa 'ilmu'..maka kena ulang lg ni.. ;)

Amsterdam, Holland (2010)- Tempat, orang, fasilities..emmm..Amsterdam boleh di kategori tmpt yg aku boleh duduk kot. ;)

Pulau Sentosa, Singapura (2001) - Tempat aku honeymoon dgn abang lps nikah sblm sanding. Cantik pulau ni.

Peak Of Borneo, Sabah (2009) - Hujung Sabah. Cantik..Laut dia lawa, angin dia besh..pemandangan pun cun.

Tanah Lot, Bali (2010) - Laut dan ombak dia cantik sgt2. Tinggalan sejarah yg masih kekal cantik dan pemandangan sgt2 lawa dr semua sudut.

Bukit Broga,Semenyih (2010) - dekat je..tp naik lah. Korang pasti puas hati dan nak p lagi dan lagi. Besh sbb kuarkan peluh!

Dan..aku wish nak ke Rome dan Tanah Suci Mekah lps ni..atau pun..US..nak shopping..akekeke.

Wednesday, May 19, 2010

..Aku Tahu (?) ..

Klik to enlarge

..Saja-saja..


Suka pic ni sbb kaler dia menarik..mcm dalam studio jek..beshnya kalau dapat dining sendiri mcm ni kan? ;b

.. .. .. ..

Tuesday, May 18, 2010

..Europe Album..

At last berjaya gak pilih2 pic and letak kat FB. Lps ni kalau UNITEN block FB..nak pakai apa lg eh jd album.Kalau rajin, tgk lah..kalau tak rajin, abaikan jek. Ni sebahagian je pic ..tak larat aku nak upload byk2. Mcm biasa, share pic utk share my beautiful and precious moment in Europe dan kalau ada rezeki lagi..aku nak p ROME dan juga buat Umrah. InsyaAllah. Kenyataan tu kan bermula dgn impian..kesimpulan. Aku suka Holland, lps tu Brussels dan lps tu baru Paris. Maybe sbb Paris terlalu sibuk buat aku. Kalau korang nak tahu..dlm 10 pelancong yg aku jumpa bwk SLR..7 adalah pengguna Canon..Nikon kureng kat sana.. ekekekeke..

(Album start dr bawah eh..malas lak nak ubah ;) KLIK PIC2 kat bwh ni utk jenguk pic)

Madame Tussauds dan Tulip


Amsterdam,Marken,Volendam

Paris

Mini Europe dan Atomium

Brussels

Lagi sekali..thanks a lot utk abang..lps ni..ROME ..muleh? ;b

Monday, May 17, 2010

Me @ Europe - 2

kat atas effel tower.. ;)

Paris with love 10-12hb May 2010
(menaip dari dlm Thalys Train dari Paris ke Amsterdam – ada wifi tp kena bayar,so takleh tulis live. ;) tp baru sempat paste kat umah UNITEN..:b)

Gare De Nord 1st tempat kaki aku jejak Paris. Mula2 mcm biasa la sbb takde peta..maka agak tergaru2 la kepala nak cari Hostel (bukan HOTEL ya). Kita org mencari Vintage Hostel dan rasanya tak jauh sgt dari Gare De Nord..eh! Gare di Nord tu adalah stesen ketapi la…em..lps dlm 15miint jalan..jumpa la hostel. Bonjour! Lagi sekali teruja gak tgk hostel dia..lawa2..wpun nama dia hostel. Setakat ni kagum la dgn toilet dia org, maybe sbb tak basah kot. Sampai2 je terus gedebush tdo..penat la. Lagipun dah malam wpun tak gelap. Sini mahgrib pukul 9.30 malam. So kalau jln2 sampai nak pengsan pun, boleh balik hostel lg nak solat. Isyak kul 11 dan subuh kul 3..ngeh ngeh ngeh…

Em..nak cite nama2 tempat yg kita org g..aku pun tak hafal sgt nama2 tu..berbelit lah lidah..kalau nak sebut Effel Tower, aku reti. 7.30am kita org dah turun sarapan dan sebenarnya hari dah terang entah pukul berapa. Sarapan pagi croissant and roti keras bersama2 kopi dan jem2. Aje gila la…aku cicah roti dgn kopi dan croissant sini sgt2 lah sedap..wifi pun pree jet p kena minta pwd kat kaunter. Lps sarapan, terus g Effel Tower..em, kat sini kan, beli 1 tiket korang leh naik apa2 je kenderaan awam, takyah beli tiket byk2 kali. Harga tiket utk 2 hari E14,5 bersamaan RM70 sorang. Akekek..OK tak? Stesen ketapi dia bertingkat2 kat bwh tanah..kena lari2 nak kejar ketapi..tp kalau tertinggal pun takpe..pejam mata 5 minit ada ketapi lain sampai..akekeke. Aku mmg gagal la nak baca2 map ni..so abang la amik peranan.

Kat effel tower dah panjang dah org baris. Ingat dah awal..rupanya ramai lg awal. Masa baris..mamat2 black datang jual souvenirs. Nasihat aku, kalau dia org offer masa nak naik tu..beli je. Sbb masa nak naik, dia org offer scaft 1 for E1euro dan keychain 10 leh dpt dlm 2euro. Kalau korang beli masa nak turun..susah la nk dpt balik rege mcm tu. Kat atas effel tower sgt2 la sejuk2..nak2 bila nak sampai puncak. Ketaq gak lah lutut. Apa besh naik benda ni? Dapat la tgk seluruh Paris ..akekeke. Oh ya, mamat2 niger ni muslim so kita org tny dia org mana nak dpt halal food. Lps Effel Tower,kita org g Notre Dame (sila google) dan amik2 pic jek. Abang tak mau bawak kuar kamera selagi tak sampai destinasi sbb dia ada bad experience 10tahun lps kat Paris. So kureng la pic kat Pairs ni..kat sini la kita org beli sedikit jajan slps masuk kedai mamat bangle yg boleh ckp melayu. 3 tahun dia kat Malaysia. MAsa kita org bargain, dia siap ckp ‘I know Malaysian people’ hahha..nak murah selagi buleh kan?? Em..JAJAN je abis 62euro. Convert la? Gila tak? So..sorry sbb tak bawak balik JAJAN..mmg mahai.

Lps tu kita org g Museum of Louve. Kat sini la lukisan2 pelukis terkenal dia org letakkan kan. Aje besar gila..lg besar dari istana2 yg ada kat Malaysia. Cuma kecewa sket sbb tak faham dia org tulis apa kat lukisan2 tu..dan kat situ gak lah lukisan Monalisa dia org letak. Pun berduyun2 org nak cuba dekkat tp x leh dekat sbb ada JAGA. Dalam 2 jam kat dlm tu..kita org terus g cari makanan Halal. Sanggup ni naik ketapi sbb nak cari Nasi. Alhamdulillah dapar beriyani Pakistan. 3 senduk besar nasi dan 2 ketul ayam utk org paris makan sorang. Hahaha..kita org amik 1 plate je sbb compem tak abish. Rege sepinggan beriyani 5,5Euro. Lebih kurang rege kat Malaysia la kalau tak convert. So 2 hari kita org cekik nasi kat sini dan mamat Pakistan tu leh ckp Melayu sbb dia 5 tahun kat Malaysia. Meriah rupanya Malaysia ni kan? (Penin lak menaip dlm ketapi ni)

Byk sgt tmpt kita org g..tak tahu nak taip nama. Em..kat Lafayette Galleries (Mall la ni) pusing2 tgk brg2 branded idaman perempuan2 sedunia. LV,GUCCI, Prada and apa2 tah lg yg Europe made semua dlm butik. Barang2 dr US mcm GUESS. DKNY, CK and so on dok kat luar2 je. KAlau betul2 ada duit..aku rasa, boleh je nak sambar 1 beg GUCCI. Dlm RM2000 dlm Siggy Gucci hobo Medium. Kalau LV? Em..masa kita org tgh jalan2 tu..ada sorang perempuan cina tu approach aku. Dia minta belikan LV sbb dia kata 1 person only can buy 4 item. Dia dah beli 4. Dia kasi aku 1755Euro cash. Gila tak? Dia suh aku beli 2 wallet dan 2 handbag. Em..bila masuk dlm LV..SA tu tak mau terima cash. Dia org takut duit palsu. Tiba2 aku teringat cite..kalau kat London. Pelancong dr Cina tak di benarkan masukkan LV butik sbb dia org masuk utk beli barang dan copy balik kat cina. Maybe kat sini pun mcm tu la kan. Sbb lps aku pulangkan duit tu…ada sorang lg mamat dr cina tegur aku..maybe nak suh buat benda yg sama..belikan dia org LV. Isk isk. Aku pelik kenaapa dia org sangggup bg aku cash sampai byk tu dan biarkan aku bawak je duit tu tanpa dia org ikut. Kalau aku cabut mcm mana?? Mungkin gak duit tu palsu dan kalau aku beli..aku la yg kena tangkap..miahahaha. so moral dia ..korang jgn baik sgt kat tempat org..patut la org sini macam sombong.senyum pun susah..akekek.

rajin nak bc lg? nnt la aku sambung...nantu,,,

Sunday, May 16, 2010

..I am Back!..


Thanks Abang for everything

Selamat! 3.00pm 15hb May 2010 landing kat KLIA..lega..syukur..alhamdulillah utk semuanyaa..Selamat Pergi dan Selamat Balik..and terlalu byk utk di ceritakan dan juga beribu2 gambar dipotretkan..Terima kasih banyak2 pada abang yg bagi za peluang jejak kaki ke bumi Eropah...tak tahu bila peluang ni akan datang lagi...Thanks a lot..

KL - Amsterdam - Brussels - Paris - Amsterdam - KL in 7 days...TQ!!

Kalau ada masa dan rajin..ada la cite kat sini...byk sgt gambar..nak kena pilih2 dulu.. ;)

Tuesday, May 11, 2010

..Me @ Europe - 1..


Menaip dari dalam Thaly Train dari Brussel,Belgium ke Paris,Perancis (tapi paste @ Vintage Hotel - Paris ;)

08hb May 2010

6.30am flight MH016 mendarat kat airport Shipol, Amstredam. Lps hampir 12 jam, alhamdulillah sampai dan terus checkout. Kat imigrisan ada la 2-3 soalan mamat tu tanya. Sbb aku pakai tudung kot. Lps amik beg, terus cari abang dan dia pun dah menanti. Lega. Amik train ke Ibis Hotel. Ahaks! Kecik gila bilik. Abg dah nak checkout. Aku lepak jam dlm sejam..terus g sarapan kat hotel tu. Makan apa? Alamak..semua ROTI..uhuhuhu. Sarapan dia dr kul 7.30am sampai 12noon. Em..takde lunch ke dia org ni? Lps sarap..check out dan terus amik train. Sorry la..gagal sket nak igt nama2 stesen. Sebutan tah apa2..eja apatah lagi. Dari Amsterdam ke Brussel amik masa hamper 3 jam. Nice scenery..hampir 80% kawasan pendalaman Amsterdam di tumbuhi padang ragut. EMm.pelik gak..padang lg besar dari lembu2 yg ada..camne ek buat untung? Kalau kat Malaysia..jd bendang..ada gak hasil padi. Dalam train..ada la sorang makcik ni yg ramah tamah. Mula2 dia speaking ‘dutch’ ngn kita org. AKu ingat aku tak faham omputih ..lama2..baru dia tny ‘do you speak DUTCH?’ miahahaha..kita org geleng. Lps 3 jam..sampai la ke Brussle. Cantek! Byk bangunan2 lama..tp kena cari hotel dulu. Kita org sesat sbb takde peta. Abang suh aku print..tp aku lupa. Selepas terpusing2 dgn perut yg lapo dan bag yg heavy metal..akhirnya jumpa la “Sleep Well’. LEGA! Sbb encik Azril dah mula nak berangin..akekek. Check In, aku dah bayang dome ke..apa ke..rupa2nya lawa gak la tempatnya. Janji bilik air kat dlm. 1 mlm dlm 90Euro. Lps letak2 bag..and hotel dah kasi peta dan xplain mana nak p..kita orang pun mula la berjalan. Eh salah..p cari tmpt makan dulu. Masa sesat tu..dah nampak dah kedai HALAL..so terus tuju ke situ. OK la..makan roti pita yg beso dlm 3euro. Tercekik gak nak habiskan. Masa2 masuk..aku selamba je tny ‘Everything’s HALAL?’ ..tokei tu cakap. ‘YES, I am muslim. And don’t just ask about the food. ..don’t forget to ask about the OIL. We use vege OIL’..ngeh ngeh. Alhamdulillah la kan…lps makan2 snap gambar sana sinun dgn sejuk yg menusuk..sampai 1 tempat,..kaki aku cramp..Adalah sgt bijak memakai stoking 90sen yg di beli di Giant dan juga memakai running shoes Adidas aircond function. Stokin aku lembab sbb ada lubang2 udara kat kasut. Lama gila cramp kali ni..abang siap nak bungkus kaki dlm jaket dia..tp aku kan Rock..setakat sakit2 mcm ni..leh lawan lagi..hahahha.. lps dah OK dlm 15minit..abang ajak balik je..takut aku tak leh jalan nanti. Isk..mana boleh..rugi la..jalan2..amik pic sampai penat..sekali tgk Jam dah kul 9pm. Malam? Alahai..terang benderang lagi..pekan semua dah mati..kena tdo ke? Sampai hotel..baring dan terus HANYUT!!!! Aku tiba2 cramp balik..huaaa..lps penat lawan cramp..terus tdo sampai pagi..Tak mandi..tak tukar baju..PENATTTT! Abang pun tak kacau aku suh bangun mandi or tukar baju..Amikkk…betul2 punya tdo..bila abang kejut..ahaks! dah terang balik..dah pukul 7am..

09hb May 2010

Sarapan pagi kat hotel. Rori lagi dan lagi ..huaaa. DAh rindu nasi ni. Dekat 5 keping aku makan roti. Kalau kat Malaysia..sampai xpired roti kasi makan kat ikan jek. Lps tu terus ke Mini Europe dan Antomium naik train. Em..kat sini mmg nyaman tp sesak nafas. Hampir 90% org kat sini merokok. Sesak nafas aku dan aku rasa..udara kat sini mcm busuk jek..akeeke..sebab apa ek?? Kalau masuk stesen ketapi bwh tanah..mcm ada bau hancing jek..uhuk. Isk..lain tempat lain cara la kan? Kat brussel ni mmg senang nak tgk org pakai tudung. Macam bersepah2 jek org sini pakai tudung. Kat mini Europe..snap2 dan lps tu p Antonium. Apa ke bendanya? Sila la check google. Habis ronda2 situ..terus balik ke Brussel. Makan kedai Sultan Of Kebab..HALAL. Aje gila sepinggang odet mcm leh makan 2-3 org..tp aku still lapo ni..nak nasi..huaa! Lps tu p hotel amik luggage. Kat sini beg leh tinggal dlm 1 bilik wpun dah checkout. Lps settle semua urusan Brussel, kita org naik train lagi dan ke stesen train lain utk ketapi laju Thalys menuju ke Paris. Masa aku taip ni..aku ada dlm train.. tp taip kat words je..nnt cari wifi pree baru letak kat blog. And kepala ada pening menaip ..mari berhenti…abang dah tido dgn nyeyakknyaa….

Saturday, May 08, 2010

..Hello..


Now ni..alhamdulillah aku dapat jejak kaki ke bumi Eropah..Thanks abang! Hari ni aku kat amsterdam @ hotel Ibis and akan checkout sat lagi..terus ke Brussels 1 mlm dan terus ke Paris...kalau lajak ke ROME logik tak? hahhaha...

Friday, May 07, 2010

..Kembara 2..


Lagi sekali..tanpa di rancang, aku terbang lagi..kali ni bukan 2 jam..tp 12 jam. Masa post ni appear, maybe aku ada dlm flight sorang2 menuju ke Amsterdam. Abe dah ada kat sana..dia kerja seminggu dan aku pergi ni, dia cuti seminggu kat sana. Sepatutnya aku ke Switzerland on 15th May nanti. Tapi atas sebab2 teknikal..kerja abe kat sana tak jadi dan sebab tu abe cuba terbangkan juga aku ke Amsterdam sbb dia dah janji..Thanks. Tp za cuak ni...byk benda nak buat sorang2 sblm g sana..almaklumlah, selama ni dia urus semua..dan biasanya aku ada ..emm, x yah la taip merepek2 kan? InsyaAllah, aku cuba belajar sendiri dan tak gantung pada org lain. .uhuk!


Kalau selamat sampai..lps sehari dua kat amsterdam (tak igt tentative) ..aku akan ke Paris lak. Teruja? huhuhu..entah. Kalau dlm mood masa menaip ni..dgn letih dan L.E.M.A.U, tak nampak lg lambaian Paris. Doakan semua selamat dan aku akan pulang pada jumaat 14hb May dan sampai sini 15hb May..doakan gunung berapi kat Ireland tak buat lawak..Danish ngn Dania aakan tinggal dgn ak abah kat UNITEN..Aku ngn abe akan backpackers nanti sbb semua atas perbelanjaan sendiri..so kalau balik nnt takde ole2..jgn marah ya. Thanks also for beg pinjam..insyaAllah akan di jaga dgn baik..Deuters ..Mahai tu..kojol gak kalau ilang or rosak..uhukk!!

abe kata..suhu siang sana dlm 10 darjah celcius dan malam down tu 4..ayokk..ni yg lomah ni.. hua hua hua..

..!!!!!..

.. Aku benci jadi penagih walaupun aku pernah jadi pemberi yang tak pernah berkira!!...
.Semoga BAHAGIA.

..Tired..


Penat! tu saja utk kali ini.... ZzZzZzZ..

dah nak pergi..masih menanti apa yg di hajat di hati..tercapaikah hari ini? emm..

Tuesday, May 04, 2010

..Me Jr?..

Tgh hari tadi, minta kuar awal kejap kat 'bos'. 12++pm bawak Dania p klinik. Risau lak tgk mata dia. Now kita org dah tak p Az Zahrah..sbb LEMBABSS tahap gaban. Lepas amik dia kat nursery, terus gi kinik Sham kat Sg Ramal. Em..tak ramai. Jumpa doktor..dia kata takde apa2..cuma amik masa nak surut. Doktor kasi ubat sapu utk luka (yg dah kering (?)) dan antibiotik..Alahai..ni pun kena makan antibiotik ke? Betul2 nak buat duit....tapi mmg aku tak bg makan pun ubat tu..dah asyik telan antibiotik jek..apa ke heynyaa.

Since jumpa doktor tak lama..jam lom kul 1, terus aku bwk p serdang. Keh keh keh..Dania with her new hair. Dia tersengeh jek tgk muka dia dlm cermin sambil ckp...'Mcm abg Danish dulu2 je ibu.' Hahahaha..aku pun asyik gelak jek. Kalau tgk betul2..sebijik mcm aku kecik2 dulu..hahahah..hidung je lain. Rambut dia terpaksa di korbankan sbb ada Jajahan takluk sdg membina empayar di situ..penat aku nak hilangkan. Tapi dah dok nursery..payah la jawabnya. Takpe, ibu akan usahakan sehingga jaya. Lps tu p makan KFC...Dania kata 'Ibu tak penah banje Dania KFC..biasanya babah je banje.' hahaahahampeh. Kena lagi...ye la ye la..semua babah laaahh..p la cari babah..;b

Abe kata...kat sana sejuk..12 darjah celcius..emmm..

Monday, May 03, 2010

..Semalam..

Semalam abe dah fly ke Amsterdam dan agak kelam kabut sebab dia tak prepare apa2 pun. Mak abah tak sihat, so kita org balik Ipoh jumaat lepas. Dalam masa yg suntuk..dia kena buat mcm-mcm sampai la hari Ahad..pagi masih di Ipoh dan dia masih tak tukar duit, baju lom pack dan beberapa booking belum buat. Agak cuak sbb byk forex yg tutup sbb cuti hari buruh dan pergi midvalley..duit euro abis. Abe makin pressure..huhuhu. Aku? Diam jek..takut gak kalau dia marah..hua hua hua. Alhamdulillah semua settle dekat Mines..nampak dia tenang sket. Lunch kat belakang and balik, aku terus pilih2 kan baju dia utk di pack. Kesian lak..dan dia terus surfing settle semua benda..Jam 5.30pm 'abang..jom swim' hahaha..saja pancing. Dia tenung je aku. Gila apa isteri aku ni..dia tgh kelam kabut, ajak swim..hahhaha. 6.30pm baru baju masuk bag..dan siap semua, tunggu LIMO sampai dlm kul 8pm. Emm..dan abe tak mau makan. Budak2 pulak minta maggi..hahaha..senang kerja aku. Lps abe g..baru aku settle kan diri sendiri..penat sebenarnyaa.


8.30pm..baru masak maggi sambil iron baju. Tgh2 aku masak..
'Ibu..masak maggi kan?' si Dania menyibuk.
'Ye la..kata nak maggi'
'Em..sedapnya bau maggi..Ibu dah pandai masak ya?' hah? hahaahampeh..
'Lor..masak maggi bukan susah pun'
'Ye la...ibu dah pandai masak maggi sbb babah ajar kan?' hahahhaa..pecah gelak aku. Ni la akibat kalau ibu RAJIN sangat memasak..sampai anak pun leh ckp mcm ni..adeh! takpe..Dania tak bersalah. Betul la tu..selama ni Babah yg rajin masak dan lately ..dua-dua pun tak rajin nak masak..kuikukui..

Nak kena mkn puas-puas minggu ni..jeng jeng jeng!