Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Saturday, February 27, 2010

..SE-leleh lagi..

Aspens
Vivaz Pro

Xperia X10 Mini Pro

Hah Amik...blog tepek2 pic je skrang..and latest from SE..adehh..tak larat nak leleh je..nak grab? hak hak hak..lom ada nafsu..mari cuci mata dulu...



Friday, February 26, 2010

..Terapi jiwa..

Ahaks..bosan gila ni. Jom layan cuci mata...syoknyerrr..(lps ni blog ni akan jd blog sia2..hhahaha)





..Senyap..

Sekadar gambar hiasan..Ahad ni dah Finale..alaaa

Isk, dah naik malas lak nak update blog.. dah tak besh! Mungkin perlu 'lock' utk diri saja nanti satu hari nanti. Baik tulis diari je mcm zaman2 kuno dulu. Huh! Em..ari ni sunyi sket..budak debab yg byk mulut takde kat umah..baliik kampung ngn babah. Aku dgn Danish berdua kat umah..si Danish ni senyap je lak..wat maths dan masuk tdo. Ajak kuar pun tak mau..Emm..Eh! awat aku tak balik kampung? opss..jgn ada pk yg bukan2 ya (serius dh tak besh nak berbahasa bahasi kat sini) ..esok Danish kena p sekolah dan abe lak dah janji ngn adik2 dia nk balik penang p kenduri umah baru adik dia.

3/3 ni..besday abe. Plan nak cuti mcm biasa..tapi tiba2 kena p KL taklimat CIMB -PTPTN Debit. Pergi je lah kan..tak kan nak mengeluh? Skrang ni..mmg belajar nak terima je apa yg mendatang dan tak mau cakap byk..Me Vote for - Diam Membisu..

pst : masih sayu..

Thursday, February 25, 2010

..sebaris ayat - seribu makna..

Air - 'tenang tapi menakutkan dan bisa membunuh.'

Monday, February 22, 2010

..Sabtu..

Sabtu yg panas 34 darjah Celcius. Huhuhu. P kenduri kawin kat Kajang..em, sgt menarik. Gotong royong dgn lauk pauk jawa. Sangat2 meriah dgn kaki rewang yg mulut bising. Terhibur kejap. Tema pelamin, merah putih. Pengantin skrang sempoi kan..releks je and boleh huhahuha sama2. :)

Dari Kajang, terus ke KL..birthday party anak kawan abe. Lokasi? entah! Aku bukan reti sgt. Ikut jek. Beso gak majlis, siap kambeng golek sekor. Syoknya kambeng. And lps tu terus ke Midvalley...1 tujuan je, nak beli ZEN..letih kot dok pk2 pasai ZEN..tdo pun tak lena..hehee.


dan seronoknya tgk sushi ni beramai2 kat JJ..huhuu..kalau boleh amik pree kan besh. Aku dan 1 famili suka sushi...rambang mata kejap kat sini...syoknya!! Yummmi..

pst : hati aku sayu sangat... .

Thursday, February 18, 2010

..Tenang kan jiwa..

Penat la cite sedih kat sini..ni dari Dania utk aku..'amik la ibu..utk ibu' ..dia dpt drpd jajan birthday kawan kat sekolah. Thanks yo Dania.. ;)

-mungkin betul..take it easy and think positive. Kembali kepada asal..'tak mahu di sakiti, jgn menyakitkan orang lain'..'tunduk jangan angkuh' dan 'lihat kembali dlm diri'..astarafirullahalazim..

Danish Hakimi, harap Danish faham kenapa dan apa yg ibu buat..ibu marah bukan sbb ibu tak sayang. Pls, jgn nakal sgt..

..Mencari Kekuatan..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Lagu : Tahujjud cinta - Siti Nurhaliza



Utk Danish...ibu sedih..jgn buat lagi.. :`(
Lemah terasa..berikan aku kekuatan Ya Allah..jika ini semua balasan dosa yg aku ada..aku redha..ampunkan aku Ya Allah..biarkan aku tanggung semua, peliharalah zuriat ku dari kesalahan aku..

Wednesday, February 17, 2010

..Kelip-kelip..

Adeh..sakitnya kepala! Panas xde aircond. Rasanya cuaca kat luar lg sejuk..uhuk. Em..cuti CNY, aku balik kampung Sabtu malam. Tolak kul 9.30..kul 11.30 mlm dah sampai. Huuhu..alhamdulillah tak terjebak dlm JEM. Sbb siang tu, aku dpt tahu, jalan sgt teruk..so, lengah2kan perjalanan..maka perjalanan pun jd mcm biasa..syukurr. Hari Isnin lps lunch, aku dah tolak balik ke sini. Singgah Tlk Intan,tgk new anak buah..Aqeef Zickry and lps tu, dlm kul 6pm, bertolak p Kuala Selangor. Kereta agak byk tapi still OK. Sampai Kuala Selangor Kelip2 dlm kul 8. Mak aii..ramainya org..kena baris, gilir2 naik sampan. Agak cuak la sbb malam..air yg tenang..gelap. Uhuk. Masa pakai safety jaket, siap pesan kat anak2..kalau jatuh, jgn meronta2..nnt tak timbul..huhuh..dia org pun angguk jek. Aku bab2 air ni..C.U.A.K gak lah. Em..takde apa sgt pun..tgk kelip2 yg dok kat pokok. Just bayangkan je mcm pokok2 yg ada lampu lip lap tu..tapi ssh nak tgk senario mcm tu..kagum gak lah. Aku tny abg kayuh sampan tu..'bape dlm sungai ni bang?'...'Emm..ada la dlm 40kaki' kata abg tu..uhuk tu..terkedu aku. Ni kalau jatuh..semua skill cikgu kenet ajar pun tak jd ni..

Kali ni pic aku takde..sbbnya..hahaa.Masa berbaris..danish tegur aku. Aku pakai tudung Ekin masa tu dan tak pakai anak tudung..
'Ibu..apa pakai tudung nampak rambut ni?' aku igt dia main2 dan mungkin dia nampak anak rambut aku sbb dia rendah..so aku ckp..'mana aada lah'..dia pun senyap jek..dan nasib aku baik malam tu sbb aku mmg takde mood nak amik pic. Cuaca panas, dgn muka dah tak serupa org..ye lah kan..org gelap ni..senang je nk comot. So..aku mmg elak kamera..kuikuikui.Lps abis journey tgk kelip2..aku pun p la toilet..releks je..tak pandang cermin pun..lps buang hajat, aku nak basuh tgn..sekali pandang cermin..jeng jeng jeng..hahahahampehh..mmg betul ckp danish. Rambut aku dah terkeluar2 mcm mak datin..huaaa..malu seh..huhuu..terus aku kuar..dan org pertama yg kena sound ngn aku adalah ..
'Apa ni abang..rambut org terkeluar2..abang tak tegur pun..sampai hati tgk org comot mcm tu'..zasss..kena sebijik. Ye la..patut dia la tegur..uhuk.
'Mana ada la..' dia gelakkan je..hahahahampeh..uhukk.

Moralnnya: Percayalah ckp bdk2..mereka adalah SUCI..hahahha..

Friday, February 12, 2010

..Love this moment..

I used to be a happy go lucky girl (dulu la) and I suppose be a happy go lucky person forever and ever.. but sometimes, life is complicated. Emm..whatever it is..I should try to be ME back.

Syok naik Broga last week..dr segelap2 alam hingga seterang2 bumi...dr sepenat2 mendaki..sampai seletih2 gelak..dari mula..sampai akhirr...'Happy Time'. Thanks fwens!

Monday, February 08, 2010

..Swing..

Tak suka..tak suka! Ari ni betul2 'mood swing'. Dari sekecil-kecil benda sampai ke segabak-gabak benda..semua buat aku marah. Benci dgn diri sendiri..dah mcm B*nGaNg je rasa. Apa nak jadi tah...damn!! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............

..Kahwin..

Tadi masa lunch, aku duduk bertiga. Aku, F dan S. Emm..topik 'Kahwin'.Kalau ada sesetengah org rasa duduk bersembang dan bincang2 dan kemudian terus lupakan apa2 yg diperkatakan..aku pulak jenis.

Lihat -> Dengar -> Teliti -> Beri pendapat -> Fikirkan -> Jadikan panduan (sempadan atau tauladan).

Mungkin sebab tu, ada sesetengah org anggap, hidup aku terlalu 'rumit'. Pada aku..hidup ini terlalu byk utk di tempuhi. Takde apa yang tak logik akan terjadi. Semuanya tak mustahil dan apa2 yang dah jadi..aku jadikan 'cikgu' dalam hidup aku tak kira baik atau buruk. Lakukan kesilapan supaya tahu menilai kebaikan dan lakukan kebaikan supaya tahu keburukan buat jiwa tak pernah aman.

Kata S, kawin macam menakutkan wpun dia tak kawin lagi. Pada F, tolak ansur penting,pun tak kawin lagi. Pada aku yang dah kawin, tapi baru 8 tahun. Tak lama tapi byk pahit manis. Apa2 yang aku boleh share dgn S dan F, aku share...sbg panduan seorang rakan tanpa niat nak burukkan keadaan. Susah nak rungkaikan kitar sebuah perkahwinan. Lain padang lain belalang. Jgn berumah di tepi pantai kalau takut di landa badai...2 hati bersatu tapi belum tentu akan berpadu. 2 jiwa berkongsi rasa tapi belum tentu semuanya rasa bahagia. Selagi kita bernama manusia..baik buruk adalah roda kehidupan kita. Berkorban tak bermakna terkorban dan terkorban bukan bermakna gagal dlm kehidupan.

Kat S lagi..muka aku sedih jek..tak happy ke? hahah..apa kena mengena? S kata..polan tu nampak OK..polan tu nampak tak OK and bla bla. Pada aku? Jgn nilai dr luaran..hidup penuh dgn lakonan..ada ke orang nak cerita keburukan? har har har...

To S..takde apa yg hendak di takutkan..kehidupan telah ditentukan..baik buruk, Allah penetap jalan..

..menitis lagi..

bukan berdendam..bukan menagih simpati...aku cuma ingin bersendiri..beri aku masa utk ubati hati yg di calari. Kecil tapi sakit hingga ke hari ini..Sorry!

..Berangan Mood..

Em..nantuk nantuk nantuk wpun tdo awal mlm td. Bila nak start new system ni? Dateline semua bulan hujung 5. 3 system trus lak tu..adeh! WIT lagi..Next month dah bulan utk tgk2 kan QE. Meeting auditor, audit internal. audit UNITEN and apa2 tah lg pasai QE. and mood skrang agak 'weng dan swing'..awat tak tau. Rasa nak amik cuti..nak jln2 sorang2..beli beli beli tp aapa yg nak di beli semua di luar jangkauan RM dlm wallet mahupun bank..(tak kan nak kuar simpanan lak?) ..meh layan apa ada dlm kepala otak aku now ni...

Etienne Aigner Stella Satchel Leather Handbags. Sukanya kulit dia. Tapi kaler ni dh byk dan penah ada. Ada kuning lg satu..ala kuning la plok. Aigner is cheaper than COACH but still wallaa.

Tiba-tiba rasa nak makeup keto. Dulu aku dah simpan duit, abe tak mau kacau body keta sbb masa tu keta tu baru sgt. Sayang nak tebuk2. Bulan 3 ni, keta aku dah cukup 4 tahun..buleh kot kan nak kasi bikin..tapi..perlukah?

Aiseyyy..menda ni yg aku dok pk 'nak ke tak nak..nak ke tak nak' ..tapi amik gambar antara hobi aku...cuma takde skill jek. Belasah boleh. Ala..seni dan belasah dan syok sendiri kan sinonim? Isk isk..telan air liur..D5000 or D90? hahahha..berangan sudah!!

Now ni rasa mcm nak p salon..potong rambut,stim rambut and pastu nak p makan tomyam kung and lps tu mcm nak balik TIDO..uhuk..dlm banyak2 berangan ni..TIDO adalah impian yg paling senang nak ditunaikan tanpa wang dan tenaga..har har har. dan aku nakkk..emm..opss!

Sunday, February 07, 2010

..Bukit Broga, Kajang..

Klik pic utk lagi2 pic

Impian terlaksana! ahaks..poyo tak? emm..aku dah berjaya ikut kawan2 naik Broga ari ni. Ni trip ke berapa eh yg dia buat ..kali ni, abe pun kasi p..maka.. GO! 5.30 am dah ready kat bwh umah. Kena bangun awal weekend kah? hahhaa. Bertolak dr UNITEN 5.45 am dan solat subuh kat petronas Semenyih. Awal kali ni sbb matlamat nak tgk Sunrise. Ingatkan dah awal..rupanya lg ramai yg awal..kul bape la dia org sammpai. Kebanyakkan kat atas sana is Chinese. Dia org kan mmg suka aktiviti mcm ni. Dari sekecik2 budak..sampai ke tua2 usia..semua ada. Em..1st time aku kat atas. Tak jauh pun tp agak letih sbb dah lama tak bersenam, cuma bersuka ria dlm air je lately. Kadang2 terasa penin..kadang terasa nak uwekk..hahaha. Tp buat2 mcm OK..saiko diri sendiri..lagipun lapo seh! Cantik scenery kat atas tu. Dengan angin yg besh..cuma nak trun tu.uhuk dah panas gila. Aku yg mmg dari azali di lahir kan 'terbakar'..maka makin di bakar2 lah..hahhaa...Eem, next time buleh layan lg ini broga..maybe boleh bawak Danish lak..Babah ada brans?? ;)

Friday, February 05, 2010

..Sham Jr 2..


Semalam adik ipar aku selamat melahirkan baby boy selepas berhari2 tunggu baby kuar..lewat 4 hari. Tapi semuanya selamat. Since abe takde g Ganu, aku pong membawa la diri dan anak2 ke sepital putrajaya. Sempoi kan sepital gomen..kalau baby dah berak..dah kencing ..dah boleh bawak balik. Dan malam tu gak adik aku bawak balik linda ngn baby selepas baby berjaya yeyak. huhuhu. Tahniah bro...usaha lagi tahun hadapan..Gegirl la plok.. dah dua hero tu..ahaks!

Tuesday, February 02, 2010

..Asma & G6PD Deficiency..


Ada sekali dia balik sekolah..dia bertanya pasai Asma..dan sejak tu..tak henti dia tanya..sampai aku ckp..cari sendiri la kat google..akekekke

dan td..balik sekolah..terus google 'ASMA' dan membuat laporan pada aku.

'Ibu..asma bdk2 boleh baik bila umur masuk umur 12 tahun. Tapi org Asma tak boleh main dgn anjing dan kucing. Kalau debunga buleh tak? Asma org dewasa boleh pengsan dan bawak maut. Danish tahu dah..danish dah google. Danish tak de Asma kan? and bla bla bla..Danish nak jd doktor lah ibu'

Huhuu..Danish mmg takde Asma..tapi Danish is G6PD Deficiency which is..Danish tak boleh amik sains tulen. Ada benda2 yg Danish tak boleh guna kat makmal nanti. So..nak jadi Doktor..emm..susah la.

and here is what is G6PD deficiency :
http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html

..Mahu tapi..

cantek...
santai..
sejuk..
har har har..ada berani?


calling for mat tau...mat tau oh mat tau...boleh ke kita p?
kepada yg p..GOOD LUCK ya...

Monday, February 01, 2010

..Putih suci..

Jeng jeng..ni bukan item baru ek.Ni beg yg paling aku syg dan suka dan aku belasah sbb beg ni convertible ..maknanya, ada dua tali lor. Sling boleh..bahu pun buleh. Dan aku sgt2 suka beg putih. Maka kehulu kehili dgn ini beg dan tgk lah hasilnyaa..uhuk..COMOT sudah..huhuu..dah beli COACH Fabric cleaner lama gila, tp tak cuci2 pun..


Kalau malas cuci dan gantikan dgn yg beg kat bwh ni buleh tak? wallaaaamekk...patent leather tu..putih ada pink lagi. Tali pun ada dua..uhuk. Nak! Akan ku usahakan. Emm..beg COACH aku yg tak pakai dan masih baru, dah aku let go..so aku masih dlm golongan org yg berjimat cermat dan tak bernafsu tinggi eh..opsss..hahahha..


dan sapa2 nak pakai COACH dgn rega yg mampu millik..Jom shopping sini http://cuttheprize.blogspot.com/ dan kalau stok tak besh di mata korang..leh wish kat aku..akan ku usahakan..InsyaAllah tapi with at least 70% downpayment.. ;)