Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, September 05, 2005

Ini Kisah Aku..seminggu yg lalu...

Rindunya nak menaip...dah hampir 2 minggu aku tak mengadap PC ni..dan 2 hampir ni jugak la aku tak masuk kerja. Apa yang aku buat? MC la..

Kalau u all pernah baca blog ni..mesti korang perasan satu cerita aku tentang 'TUNGGULAH SAMPAI WAKTU'. Cerita pengalaman aku mengandung 1st dulu. Kini, ceritanya berulang lagi. Ketika aku menaip blog ni, aku sebenarnya sedang 'berisi' lagi. Tapi masih baru..baru 3 bulan. Tapi nampaknya alahan aku lagi terukdari mula2 dulu. Sepanjang minggu lepas, 13 botol air di cucuk masuk dlm badan aku sbb muntah2 yang teruk. Aku di hidration. Semua benda yg aku sumbat ke dlmmulut semua keluar balik termasuk la setitis air sekalipun. Last2, aku yg kena masuk wad.

Image hosted by Photobucket.com
-Ni la rupa baby dlm perut bila usia 3 bulan...


29hb Ogos - Aku tak ke pejabat coz badan lemah sangat. Sejak hari sabtu,aku dah tak boleh nak makan/minum apa2. Akhirnya aku terlantar sorang2 dlm bilik sementera abe pergi kerja, danish pergi sekolah. Mlm tu, aku ke klinik sbb keadaan makin teruk. Aku di tahan 5 jam di klinik kerana dihidrasi.Apa lagi, cucuk air dlm badan la. Slps 5 jam,aku masih muntah2. Doktor suruh aku balik..cuba minum w/pun setitis air dan aku di beri MC sehingga 30hb Ogos 05.

30hb Ogos - Keadaan aku masih sama dan sebenarnya makin teruk. Aku tak mau menjamah apa2pun..akhirnya apa yg aku muntahkan hanya lah cecair kuning + putih. Ye lah, dah takde apa dlm badan..tapi loya masih ada. Malam aku tak boleh tidur..terasa sedikit sakit di perut.

31hb Ogos - MERDEKA DAY! Tapi aku tak merdeka. Dengan keadaan badan yg semakin longlai dan perut yg sedikit sakit, aku ke klinik lagi. Setelah membuat pemeriksaan, kencing aku di dapati kotor, air dlm badan aku makin berkurang dan kadar asid dlm bdn makin tinggi. Aku di arahkan masuk ke dlm wad. Maka bermula la sambutan merdeka aku di dalam WAD. Jam 1.30 tgh hari, sebotol air yang pertama di cucuk ke dalam badan. Aku pada mulanya biasa2 aje sbb dah ada pengalaman. Tapi bila nurse mula menyucuk MAXLON - ubat tahan muntah kedlm badan aku..aku mula gelisah. Rasa nak mengamuk..rasa nak marah timbul.Mujur ada abe di sisi..maka dia lah tempat aku cubit2 utk lepaskan tensen. Since aku tak dpt duduk bilik 1st class sbb penuh...jadi abe tak boleh nak temankan aku mlm tu. Maka tido lah aku sensorang kat sepital. Sehingga jam 12 tgh mlm..dah 3 botol air masuk dlm badan..keadaan aku? masih sama..masih tak lalu makan..masih buek buek..masih lemah.

1hb September - Sehingga jam 10 pagi, dah 4 botol air di masukkan dlm badan. Doktor buat urine test lagi..segala2nya tertakluk pada test kali ni sama ada aku boleh balik atau??? huhuhuhu..."asid dlm badan awak masih tinggi, saya akan tambah lagi 6 botol sblm awak boleh balik esok'..uwaaaaaaaaaaaaaa..aku mula menitiskan air mata.Aku dah tak sanggup dok kat kat situ dgn tangan bercucuk...aku tak rela. Slps doktor meninggal aku dan abe..aku mula merayu2 pada abe supaya bwk aku balik. Aku dah tak tahan.Ketika itu, mak aku on the dari Ipoh. Aku tepon mak nangis2 sbb nak balik. Tapi sayang.mak seorang nurse, garangnya sama jek ngn nurse2 lain..dia tak layan aku. Kata mak, tunggu sampai Mak sampai.......air mata aku terus mengalir laju. Jam 6.30 PM, mak sampai..kesian melihat anak perempuannya sorang ni yg dah teresak2 menangis nak balik, mak pergi berjumpa doktor. Akhirnya,doktor beri aku pulang. Tapi drip tetap drip. AKu kena masukkan juga 6 botol lagi air dlm badan dan mak aku akan monitor. Nasib baik doktor percaya pada mak sbb mak keja kat sepital gak. Aku tak kira, janji aku boleh balik...dan akhirnya dok la aku kat umah bertemankan jarum dan botol2 air..tapi mcm biasa..aku masih
muntah2..tapi kurang sket laa..

2hb September - Bertemankan mak ngn abah kat umah...aku duduk mcm tuan puteri lembik berjarum di tangan. Segala2nya diuruskan oleh mak. Yang paling tak tahan, mak masak sedap2..aku hanya boleh tgk jek..mkn pun 2 - 3 suap...dan jam 6.00 pm..maka berakhirlah penyeksaan aku. Dgn tangan yg sedikit membengkak, aku kuatkan hati utk habiskan sisa2 air yg masih ada dlm botol. Sebenarnya, kalau ikut Doktor pakar, aku terpaksa masukkan lagi 6 botol lagi air sekirnya kadar asid masih tidak turun. Tapi sbb aku tak klinik pakar petang tu, hanya ke pesakit luar, w/pun kadar asid masih tinggi..mujur doktor laki tu faham aku. Dia kata "cukup lah 13 botol air dah masuk dlm badan awak. Awak boleh balik..tapi cuba2 minum w.pun sket"..Alhamdulillah................aku bersyukur sangat.

3-4hb September - Oleh kerana warded 2 hari, aku diberi MC sampai 7hb September ni.Mak ngn abah dah pun pulang ke kampung petang ahad. Terima Kasih byk2 MAK ABAH sbb sudi jenguk2 za....

5hb September -w/pun MC tapi rasanya, esok ( 6hb September) aku akan mula bekerja...melepek kat umah aje..buat aku lagi letih. Petang ni pun aku singgah sebentar ke opis..(sekangkang kera jek dari umah sebenarnya sbb aku dah pindah masuk Quarters), check email, tgk apa2 yg patut..dan menaip blog ni. Dan aku tak tahu lagi apa masalah aku untuk hadapi 6 bulan mendatang...kalian doa2kan aku sihat sentiasa ya...AMIN..


Image hosted by Photobucket.com

- Apakan daya..sudah suratan tertulis


PS:- korang...salah satu artikel/cerita aku dah masuk mag bulan 9..nak baca? cari2 lah sendiri mag apa..hehehe