Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, May 26, 2005

1 malam..7 orang...letih!!

"Eh..kawan kita la tu kan? "...tanya Qiyah bila terlihat seorang budak perempuan sedang berlari sambil dikejar oleh beberapa orang rakan-rakan yang lain. Ketika itu, kami sedang menikmati hidangan makan malam, lebih kurang jam 8.00 malam. Kami 6 orang rakan baik selalu duduk semeja ketika dinner. Malam tu, salah satu kerusi kosong kerana kawan kami, Haza sakit.
"Ye la..kenapa dia lari? " tanya Lin.Kami masih ditempat duduk masing-masing. Tiba-tiba dengar suara menjerit, seperti mengilai.
"Weii...Haza la..Haza histeria ! " Broom..berterabur kerusi kami semua kerana masing-masing cuba bangun untuk mendapatkan Haza. Haza, seorang pelajar yang periang, cantik dan cerdik. Sejak kebelakangan ini, selepas kematian datuk yang amat dia sayangi, dia sering sakit. Dia selalu di 'ganggu' oleh perkara-perkara yang kami tak pernah nampak. Malam tu, Haza 'kena' lagi....

Sessi kejar mengejar tamat di hujung blok A bangunan sekolah. Nasib baik ada budak-budak Aspura yang sedang makan sibuk sama mengejar.Kalau nak harap kami, Aspuri yang kejar,memang tak tertangkap si Haza ni. Dia lari terlalu laju..dan aku rasa, itu bukan Haza. Ada benda lain yang sedang menguasai dirinya. Orang yang berjaya menangkap Haza daripada terus lari dalam kegelapan malam ialah abang Zaidi. Kuasa Haza terlalu kuat sehingga
abang zaidi pun tak terdaya hendak melawan menggunakan kuasa lelakinya. AKhirnya, dengan kudrat 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan, Haza berjaya di tangkap dan di angkat ke bilik guru. Haza terus meraung kuat..sekuat Azan yang di laungkan oleh abang Zaidi. Mereka seperti berlawan dan akhirnya, Haza tertido keletihan selepas air Yassin di sapukan kemukanya.Kesian dia.

Ketika itu, aku dan 5 lagi sahabat baik aku berada di sisi Haza. Abang Zaidi dan budak-budak laki lain telah di arah pulang. Dalam bilik guru, ada ustaz Hasan dan seorang guru,aku tak ingat nama. Tiba-tiba Haza terjaga."Haza kat mana ni? " katanya sambil matanya melilau mencari arah dan dia dahaga. Alamak, mana ada air dalam bilik guru tu. Kesian pulak aku tengok, lalu aku dan Has meng'offer' diri untuk pulang ke asrama untuk membantu Haza. Jarak dari bilik guru ke asrama sejauh 500km dan aku terpaksa meredah gelap malam, hanya lampu jalan yang terletak 10meter dari koridor yang akan membantu kami. Aku dan Has berjalan berdua, tiada apa dalam fikiran melainkan hendak menolong seorang rakan.Kami tidak berbual, tidak ada satu bunyi yang keluar dari mulut kami. Tiba-tiba terasa sesuatu mengekori, terdengar derapan kaki hanya beberapa langkah dari kami.Aku menpercepatkan langkah dan aku rasa Has pun rasa apa yang aku rasa. Aku tunduk ke lantai, mencari bayang-bayang benda yang mengekori. Tiada! Bunyi terus merapati, Has menarik tangan aku. Aku mengenggam tangannya. Tanpa arahan, kami sama-sama berlari sekuat hati.

Tiba di asrama, susana seram menyelubungi. Terdengar jeritan bersahut-sahut di sana sini.Ya Allah! apa dah jadi. Rupanya, malam tu saja, 5 kejadian histeria berlaku dalam asrama. Bacaan yassin terus berkumandang menyelebungi malam yang agak menyeramkan. Aku dan Has tidak masuk ke asrama kerana perlu mendapatkan air untuk Haza. Kami terus ke dewan makan. Ketika itu, ada beberapa orang kakak sedang berkumpul disitu.Sekali lagi aku terkejut bila salah seorang dari mereka menjerit "Tu! hantu!!! "Ina menjerit sambil menunding jari ke luar pintu dewan.Semua mata terarah ke pintu.Tak ada apa-apa.Ina terus menjerit dan akhirnya mengilai. Dia rebah ke lantai dewan.Keadaan menjadi kalut apabila Ina cuba dibantu. Ya Rabbi, kuatnya dia.Habis semua orang disepak dan diteranjang.Ina, gadis lemah lembut dan jadi keras macam kayu.7 orang memegang Ina sambil membaca ayat kursi di telingannya.Jeritannya makin kuat dan bersahut-sahut dengan jeritan histeria di dalam asrama yang juga belum reda.

Setengah jam berlalu,keadaan masih sama.Haza masih dibilik guru tanpa air yang aku janjikan kerana aku terpaksa menolong Ina pula.Tak semua orang mampu berdepan dengan situasi ini.Ada yang lemah semangat ada yang menangis kerana takut.Aku sendiri seram sejuk bila dengar mereka mengilai.Kalau tak kuat semangat, jangan mata mereka, nanti kita pula yang kena.Jam 9 malam, semua guru yang berdekatan turun dan hadir seorang 'bomoh' untuk cuba meleraikan apa yang berlaku. Suasana di dalam asrama mula sunyi. Cuma bacaan yasin masih diteruskan.Haza menurut cerita telah pulang kerumah setelah di ambil orang ibu bapanya. 6 orang lagi yang histeria sedang menunggu ibu ayah masing-masing.Kata 'bomoh', pisahkan mereka.Jangan biarkan mereka bersama dan panggil ibubapa mereka datang. Nasib baik mereka hanya tinggal di kawasan yang berdekatan.

Kini tinggal Ina.Histerianya makin menjadi-jadi.Malang, ibu dan ayah tinggal jauh."Bomoh' terus berusaha mengubati.Terdengar suara-suara senior menyindir.
"Huh! tuu la..suka sangat cakap besar.Padan kan jek muka dia." Memang kenyataan. Ina sering memperlekehkan budak-budak lain yang histeria.Katanya budak-budak tu saja mengada-ngada nak dapatkan perhatian dan akhirnya, diri sendiri yang terkena. Kesian.Histeria dia paling teruk. Bomoh hanya mengelengkan kepala setiap kali cuba mengubati Ina.
"Kuat budak ni kena." Sambil terus terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. HInggalah jam 1 pagi, Ina masih mengilai..ketawa..menangis. Dia tak dapat diubati sehinggalah ibubapanya sampai. Ina keletihan, mungkin 'benda' tu yang keletihan dan akhirnya pergi meninggalkan Ina. Ina di bawa pulang. Malam tu, asrama Aspuri terang berderang. Tiada siapa yang berani matikan lampu dan aku,terus tido keletihan...esoknya ujian Geografi.Aku dan rakan-rakan pasrah..pujuk cikgu tunda ujian, cikgu geleng kepala tak setuju..nasib laa!!


-gambar hiasan.

Kepada 7 ladies and platipus SMSA, kalau terbaca kisah ni..harap tak kecik hati..aku hanya mengimbas memori. :)

Tuesday, May 24, 2005

4 hari pun berlalu..

Huhhuhuhu..dah bape hari ek aku tak tulis blog ni? Jap nak kira...4 hari la kan bermula dari jumaat hari tu..kenapa ek aku lama tak tulis blog?AKu malas ? AKu takde idea? atau aku tgh kumpul idea? hehehe..tah apa2..bukannya nak masuk peraduan tulis cerpen antarabangsa pun nak cari idea sampai 4 hari...heheehe...

4 hari lps...aku cuti la. 20hb Mei 2005, aku amik cuti sebab nak g jalan2 cari angin..g mana? emmm...g Genting Highland jek..takde la jauh mana..nak buat solat jamak pun tak cukup 2 marhalah..cuma jauh ke atas awan je laa..ye ke sampai awan? entah..gegeegege. Ni kali ke 4 aku naik genting ni..biasa g together-gether ngn abe ngn anak jek..kali ni aku angkut mak abah aku sekali..sebab dpt sewa apartment yg luas gak la..so rugi kalau g dua2 olang ajek..Aku ajak ngn adik beradik aku yg lain..depa semua bz..so naik je la ngn mak abah..Aku nak bercerita..aku malas lak nak taip..so aku buh gambo je la ek..ok?


Genting View
- pemandangan dari Apartment Ria - tingkat 20. Cuaca 3 hari kat sana..ok..tak sejuk..tak panas.Cuma malam2 tu...mengigil la gak. Aku lupa nak snap pemandangan malam..


Danish Hakimi
- Ni la gaya anak aku kalau dapat bergambo dgn HP aku..kalau dgn kamera kat kedai..haram nak senyum. Masa ni malam kat sana..lepak kat apartment jek.


First World Hotel
- Tak byk aktiviti yg kami buat masa kat indoor game 1st World Hotel ni sbb mak aku tak nak naik itu..tak naik ini..dia kata membazir. So kita orang jalan2 je la. Aku ngn abe masuk snow world. Saja gatai nak rasa sejuk..tapi abe kata..dia dah biasa..ala..POYO! gegege


Sky Way
-Since mak ngn abah tak mau naik apa2..aku bawak dia orang naik skyway..keta cabel la..naik turun..pusing2 atas angin. Ni gambo dr dlm cabel car.Yang aku lawak ( ni aku tak cite pun kat hubby aku)..masa kita org berbaris nak naik cabel car ni..abah aku dukung anak aku, hubby aku kat dpn..aku belakang mak aku...yg lawak nya..mamat jaga cabel car tu dok senyum2 ngn main2 mata ngn aku..sengeh2..hahaha..aku senyum balik..lawak aa beb..anak aku kat dpn mata aku pun dia boleh buat lawak..maybe dia ingat abe aku tu abang aku..anak aku tu adik aku dan mak abah aku tgh dukung anak dia orang yg bongsu..punya dok pandang2 aku (aku tak perasaan ek..kenyataan ni..muahaha)..ada org langgar kaki mamat ni ngn beg..dia mengaduh sakit..usap kaki dia..tapi mata dia..dok pandang aku..lawak..lawak..aku pandang abe aku..dia mcm tak perasan apa yg berlaku...hahahah..sampai sudahh aku gelak sendiri..

Ayahbonda
- ni mak ngn abah aku. Kesian aku bawak2 dia org jalan2 sampai letih lutut. Nasib baik gak mak ngn abah ikut...ada peluang aku g tgk wayang ngn abe mlm tu..layan Kingdom of Heaven. Sukanya aku dpt tgk cite yang aku idam2 nak tgk. Memula abe ajak tgk Star Wars..hhuhu..tak nak lah (buat mcm waheeda dlm iklan syampu patene). Ok la cite tu...sbb apa? Sbb aku mmg suka cite macam tu..cuma..aku tak suka hero dia si Orlondo tu..alahai..cute sgt..tak 'satria' langsung muka dia..muahahha. Lps ni tunggu vcd la..nak layan lagi..siap masuk mimpi aku malam tu cite ni..hahahha. Moral dr cerita ni..'tangan yg menghayun buaian..bisa mengocang dunia'..ya betull..aku setuju...gegegegeg

Lagi-lagi Danish
- Dah tak de gambo. Ahad tgh hari, aku turun dari genting kul 11 am. Tgk mak abah aku hepi la gak..alhamdulillah.Anak aku jek yg aku pelik..bg la main apa pun..serius jek..ada byk benda dia tak nak main.kalau bg main pun..dia nangis. Aduss..tah apa2. Aku pun tak tau kenapa la dia mcm tu..terlebih pk ke budak ni? emm...gambo2 ni pun aku paksa dia senyum...kalau tak..dahi berkerut2 dok pk mende tah..

Sekian..wassalam... gegegeg..

Thursday, May 19, 2005

Aduss..sakit kepala!!


- Balik sekolah...g sekolah belajar lawan Ibu ke sayang oii? aduss...


Arghhh! Sakit kepala aku...dah dua malam aku tak dpt tido...anak asyik meragam! Pening aku..pening! Dah la lately susahnya dia nak tido..kul 10.30..tak tido lagi..kul 11, mulut dia cot cet cot cet lagi...11.30 dia menyanyi2..adusss..kalau nyanyi sorang2 takpe..ni nak aku nyanyi sekali..Ya Ampun...ibu ngantuk laa....Dulu kalau aku kata, "Ibu panggil ha..ha..ha..(buat mcm bunyi seram - ha..ha..ha tu hantu la kenkonon) nanti..terus dia pejam mata..tido.TAPI sekrang..bila aku kata.."Bu panggil ha ha nanti!"..dia jawab.."TAK TAKUT" ......waaaaaaaaaaa..nangis aku! Kalau HA HA pun dah tak takut..kat babah dia..lagi la dia takut. Kat aku? lagi laaa....siap kena HERPPPP!! lagi..

Anak ku ni..jenis takleh marah dia sebelum tido. Kalau marah..dan dia tak puas hati..get ready je la nak kena berjaga malam. Sebab malam nanti..dia akan nangis mcm budak tak puas hati..keras gila hati dia..pendendam..mcm perangai sapa ek? waaaaaaa..ni padan muka aku la. Agaknya, macam ni la susahnya mak aku nak jaga aku..dan skrang ni..suami aku lak kena berdepan ngn perangai aku.Berbalik pada anakku.. dah 2 malam dia buat perangai..sebenarnya mmg dia biasa buat perangai..tapi kali ni..perangai dia berjangkit sampai pagi...letih aku! Perangai apa? Entah!..tengah2 tido..dia menjerit..pastu nangis..pastu golek2..pastu senyap..pastu dia ulang balik perangai tu sampai pagi. Aku? hanya mampu membebel je la tgh2 malam tu...

Tak cukup meragam malam..dia sambung lak sampai ke pagi..Malam tadi, masa dia nangis tu..babah dia tegur dia.."Danish,jangan nangis la..malam ni..tido". Just tegur je laa..tak marah pun. Lepas babah dia tegur..dia nangis mcm budak kenai pukul. Rupanya..dia simpan benda tu dalam hati. Bila bangun tido, dia tanya.."babah mana?".."kerja la" aku jawab. DIa nangis..aku tanya kenapa? Dia cebik..muka tak puas hati? "Kenapa? Nish nak 'puk' babah ke? "..itu la perangai anak aku..bila dia tak puas hati ngn aku atau babah dia atau apa2 je benda atau makhluk atas muka bumi Allah ni..harus benda tu kita 'PUK' ..Pukul sket pun jadi..baru dia puas hati. Lepas tu,baru aku teringat..mlm tadi lps babah dia tegur dia..dia suruh aku PUK babah dia..tapi aku malas nak layan sangat ....dan pagi tadi..dia cari babah utk di PUK la...bila aku kata.."OK..nanti babah balik..ibu puk babah"..terus dia senyap..huhuu..TOLONG la aku..macam mana aku nak ubah perangai anak aku ni............along..kak lon..tolong la nasihat azza...

Pagi tadi..pukul 8.10 am baru keluar dari rumah sbb terpaksa layan anak yang meragam.Dah la lambat..dalam kereta...dia buat perangai lagi..lepas minum sebotol susu..dia minta lagi..ayak! macam mana aku nak buat dlm keta ni. Dah nangis lagi..jenuh aku pujuk. Last2..aku senyap memujuk..dia pun senyap la menangis..senyap kejap...pastu dia bersuara lagi " Bu..iper nish atuh tu (selipar nish jatuh tu)"..sambil tunjuk selipar dia yang terceruk kat bawah kusi. Aduss..mana leh aku nak amik..aku tengah drive..dah nangis lagi...pastu bantal dia lak jatuh..makin kuat la nangis dia..aku dah angin ni..dah la tengah drive..abish semua keta aku suruh tepi..marah dah naik kepala ni...sampai aku tak perasan meter keta aku dah ceceh 140km/j. Terkezut aku..terus istifar...tenangkan budak tu..dan aku pun cuba la bawa macam biasa..anak aku dah termenung ..pk apa? aku pun tak tau...Skrang..aku kat opis..hujan lak..tido best ni..qado tido malam tadi..boleh tak? gegegege...



- bergaya dengan 'topi' babah..mood OK..ok le..kalau KO..aku la yg KO..

Wednesday, May 18, 2005

Cantik! Tapi..

Dalam hidup korang, pernah tak dengar perkataan ni "CANTIK! Tapi...". Selama 27 tahun aku hidup ni..perkataan ni sering sangat aku dengar.Kekadang aku sendiri yang ucapkan. Dan perkara-perkara biasa yang sering dikaitkan dengan CANTIK! Tapi ni... :-

1. Cantik baju tu..TAPI jarang la tangan dia...
- benda ni sering jadi dalam hidup aku. Aku memang jenis suka merayap kat shopping complex.Tempat yang biasa aku tuju..BAJU la. Emm..macam-macam fesyen skrang ni. Since aku ber tudung..pilihan nak berfesyen agak terhad..bukan terhad apa. Terhad pada RM aku la. YE la..kalau nak bergaya mcm Waheeda tu...dari atas kepala sampai ke kaki dia..mau riban2. Huhuhu...idak la teman. Lagipun aku ni jenis sempoi..jeans ngn t-shirt dah cukup..tapi nak g kerja..kena la pakai elok2 sket. So pakaian pilihan aku ke pejabat biasanya seluar dengan blouse..baju kurung tu..kadang2 jek kalau aku malas nak iron seluar ngn blouse. Yang jadi masalah pada aku..blouse kat kedai skrang ni..mmg lawa..murah2 pun. Budget blouse, kurang dr RM40..lebih kalu..aku tak layan..kecuali aku berkenan. So..biasanya blouse zaman2 la ni..CANTIK! Tapi jarang kat tangan baju dia..emm..pk banyak kali gak aku nak beli. Kenapa ek? walhal..kalau aku pakai jeans ngn t-shirt lengan pendek..aku selamba jek..maybe sbb orang kata...JARANG tu seksi..baik buka terus..hehehee..

2. Cantik kasut tu..TAPI huh! mcm kasut aladdin jek..tak nak lah.
- hehehe..lagi sekali aku naik menyampah ngn fesyen kasut ni. Sejak tahun 2004, kasut muncung ala2 aladdin berlambak2 kat kedai. Ya AMPUN..jual kat aku RM5 hengget pun aku tak ingin nak pakai..geli la. Kenapa la nak kena dera kaki ngn muncung yang sempit tu.Kesian kaki tau..dah lah dia yang nak kena tampung badan..pastu himpit2 dia lak..isk..kejam betul korang ni...huhuu. Bab kasut, aku tak berapa berkira sangat.Kalau aku suka dan lebih2 lagi..satu2 tu jek kasut yang tak muncung, w/pun mahai..(kurang rm100 la..) aku beli gak. Sebabnya..aku sayang kaki aku..ye ke? takde la..sbb aku tak selesa ngn muncung2 ni...

3. Cantik perempuan tu..TAPI...
- heheheh..yang ni biasa sangat aku dengar dan kekadang aku nak marah pun ada. Tapi dulu la..la ni aku dah tak amik port dah dengan perkataan 'CANTIK PEREMPUAN TU...TAPI GELAP LAH!'.. dulu aku memang cukup terasa dengan perkataan ni..bukan sebab cantik (aku sedar siapa diri ku..heheh) ..tapi sebab word GELAP tu..ate kenapa kalau gelap? tak lawa ke? eleh..mcm la yg putih tu lawa sangat..Opss..emosi lak aku..sebab apa ek? Sapa-sapa yang kenai aku..tau la sendiri jawapanya kenapa. hehehe..Skrang ni..lepas tengok American Top Model yg latest tu..aku tumpang bangga. Aku suka tgk minah2 black yang sertai benda tu..tinggi sungguh keyakinan dia orang..dan akhirnya jadi juara. Memula aku segan gak tgk dia orang..sbb pada aku, dia org takde lawa sbb ...emm..sbb apa ek? Sbb gelap la..heheheeh...


- ni wajah2 artis yang 'gelap' tapi manis..aku suka banget tgk gaya dan muka dia orang.lagi sorang,azah aziz..tapi aku tak jumpa lak pic dia...emm..

ADIOS!

Tuesday, May 17, 2005

Rindu..

Jiwang di tengah hari Selasa..sekali-sekali jiwang,baru hidup ni berseri..hehehehe.
Rindu...

Rindu...Hadirmu membuai rasa, mencengkam jiwa,
Kenangan bersamamu rindu sentiasa mengamit di jiwa,
Rindu aku pada mu rindu, adalah sebuah rindu yang syahdu,
Aku benar-benar rindu pada mu rindu,
Rindu.. jangan lah kau berlalu pergi...


Rindu...Belaianmu menyentuh kalbu, mengamit rasa pilu,
Memori indah ketika di belai rindu,buat aku sayu,
Sayang aku padamu rindu. adalah sayang yang jitu,
Aku benar-benar sayang pada mu rindu,
Rindu..janganlah kau berlalu pergi...

Rindu....dimanakah kau rindu? Aku perlukan mu rindu..
Jangan lah kau pergi jauh dari perasaan ini..

Rindu...
Tanpamu rindu..hidup ini sepi,
Tanpamu rindu..hidup ini sunyi,
Tanpamu rindu..hidup ini mati.
Rindu...janganlah kau berlalu pergi...



- cuma gambar hiasan -


Friday, May 13, 2005

Pakwe...

Masa :Petang
Lokasi : Hadapan sekolah S.R.K Convent Teluk Intan.
Situasi : Budak-budak berduyun-duyun keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah. Kelihatan dua orang sahabat baik, Liza dan Nurul - pelajar darjah 4 Ungu sedang berbual-bual sementara menanti pakcik beca datang mengambil mereka untuk di bawa pulang.

Nurul : Eh Liza, awak ada pakwe tak?
Liza : Apa la awak ni..kami kecik lagi..mana ada boleh ada pakwe..
Nurul : Tapi kami ada...
Liza : Ada? (Sambil membeliak kan biji mata)
Nurul : Ada la..sebab tu kami tanya awak ada ke tak...
Liza : Heheh..ada sebenarnya..tapi awak jangan bagi tau sesapa tau...
- Nurul macam conpius..dan Liza pun mula bercerita..
Liza : Nama dia kan..tut...dia dok kat tut...kami kenai dia kat tut..dan bla..bla..bla..
- Tiba-tiba Nurul tersengeh...dan terus gelakk...
Liza : Apasal awak gelak..betul lak kami cite..tapi rahsia tau awak...
Nurul: Apa la awak ni..kami tanya PAKWE..bapa saudara la..bukan boyfriend..hahahaha..
Liza : Awak jahat laa..mana kami tau PAKWE tu bapa saudara..kami panggil saudara kami UNCLE la wakkkkk...awak jahat laaaaaaaaaaaa...
Nurul: Kami tak habis cakap..awak menyampuk..pastu tak nak tanya ..haha..awak ada pakwe ek..hehehe

Pang! Penampar hingga ke bahu Nurul..dan dia terus gelak dan gelak...Liza terdiam..cover malu..hahaha...POYO lagi...

ps: cite ni tak tau la ada kena mengena ke tak ngn aku..tapi memang buat aku tersengeh bila teringat benda ni..opssss..kantoi...

Thursday, May 12, 2005

Selamat Hari Jururawat...

Jururawat...nurse...misi..lain-lain ejaan,lain2 sebutan..tapi maknanya tetap satu! Apa ek maksud jururawat? Orang yang merawat la kot...merawat pesakit ..tapi kalau merawat PC..dah tak dipanggil jururawat..orang itu dipanggil juruteknik komputer..heehehe..tapi juruteknik takde kena mengena ngn topik hari ni.


Image hosted by Photobucket.com



Em..'Selamat Hari Jururawat Emak'..eh! mak aku jururawat ke? Yo lah..kalau tak wat apa aku wish..mak aku dulu2 orang panggil 'Misi Bedah' ....nama mak aku Zubaidah..nak lagi mesra..org panggil la Bedah...Tadi aku dgr topik pagi Era..rata2 org dok wish semua jururawat...kat sini..selain dari wish..aku nak bg tau korang..best ngn tak bestnya ada mak jururawat ni...

Yang Tak Best :-

1. Kalau aku sakit kepala ke..sakit kaki ke...sakit hidung ke..dan aku start merengek dan mengadu..mak aku akan jawab " Alah..jauh dari perut..tak de apa la" ...pada mak aku,selagi penyakit tu bukan sakit perut..maknanya aku boleh makan lagi..so bila aku boleh makan lagi...maknanya aku masih sihat..orang sakit ..tak lalu makan..huhuhu..nasib laa....

2. Kalau aku luka..atau bisul ke..nanah ke..mak aku tak akan hantar aku g kinik. First Aid kat umah dah cukup lengkap..cukup masa..mak akak 'dressing' atau cuci luka aku sendiri..masa ni siap la korang...dia aku cuci sampai bersih..aku jerit sampai satu balai dgr (aku dok quaters polis kecik2 dulu)..mak buat donno jek...mak siap boleh cakap " Allah...sikit jek..bukan sakit pun..kat wad tu..lagi teruk2 mak tengok." sambil menonyoh luka aku..waaa..sakit la makkkk...

3. Kalau aku demam...mak mesti kata " Lawan la sket..manja sangat..kat sepital yg dah mati pun ada mak tengok..elok jek"..dan mak tak galak aku makan ubat sangat...tak elok katanyaa..lawan sendiri dulu...gegegege..

4. Kalau gi klinik hospital..aku kena control macho..takleh tunjuk lembik sangat..sbb apa? sbb nak jaga reputasi mak aku..ye laa..omak misi..anak penakut..gegege..so kalau doktor nak cucuk..buat2 tak seram..doktor suruh makan ubat...aku nganga..jgn ada ciri2 penakut langsung..tak sesuai tau..muahaha..


Yang Best :-

1. Kalau aku nak g kinik kerajaan...tak yah Q ikut depan..masuk pintu belakang..terus jumpa doktor..takyah tunggu lama2..hehehe.

2. Kalau rasa terponteng sekolah..aku pujuk mak aku amik kan MC..mak mmg pantang aku suruh buat benda2 mcm ni..tapi..kuasa pujuk aku lagi kuat dari kuasa misi mak aku..so esok g sekolah..aku bg tau cikgu "saya demam smlm" pastu bg la MC tu...hukhukhuk..

3. Sama la kalau buat medical checkup nak keja ke..nak masuk U ke..masuk asrama ke..takyah tunggu lama2 nak dapat result..di jamin segera...korang jeles? tak baik tau..kekadang aku bawak gak kenkawan utk merasa VIP CLass aku..baikkan aku?

4. Kalau korang masuk wad...layanan di jamin sempurna..sbb aku pernah masuk wad..setiap kali nurse atau doktor datang check aku..sure soalan ni akan di tanya "EH..muka awak ni..macam familiar jek..ada mak keja sini ke? " actually..org kata, muka aku ngn mak aku muka fotostat..sejibik...tapi mak aku lawa la masa muda2 dulu..yo la..anak mami..aku ni dah campur2..bugis + mami...bayangkan la sendiri..muahahaa.. opss..soalan tadi ..aku akan jawab "Mak saya AN Zubaidah..wad bla..bla.." dan dia orang akan jawab "Oooo..padan la"..sambil nganga..

AN tu...Assitant Nurse...tu dulu..la ni mak aku dah jadi StaffNurse lps dapat diploma w/pun di usia emas..hahaha...tabik mak...semua tu atas dorongan abah aku gak..kalau tak..mesti mak kantoi ..kan mak kan? hehehe..

So..best tak ada mak MISI? tepuk dada..tanya la hati....

Tuesday, May 10, 2005

Mawar Emas Collections...

Hari ni aku takde model nak taip blog. Takde idea..sbb idea aku dah tertumpah kat web wallpaper aku..MAWAR EMAS COLLECTIONS. Apa tu ek? Butik baju ke? ke koleksi bunga-bunga mawar? ke kedai emas? geegegege. Takde lah..Mawar Emas Collection adalah web aku..bukan web apa..web yg penuh dengan wallpaper untuk desktop PC..bukan dinding umah tau. Wallpaper pun lak..gambo CT semua..so sesapa tak minat CT..elak kan diri anda dari terjebak ke dlm web tu..nanti korang muntah..sapa susah? aku gak..hehehehe

Emm..Mawar Emas tu nick lain aku kat laman cyber. Dulu kenkonon aku tak mau la sapa2 tau azzalyzaa dan mawar emas tu orang yg sama..(hahah..poyo! mcm la org kenai aku ). Tapi lama-lama..aku terpaksa la juga kenaikan diri sbb aku tak reti nak bahasa diri 'Mawar' sbb ada member yg dah start panggil aku 'mawar' ..huhuh..too 'feminine' la..tak kuasa. Aku lebih suka bahasakan diri aku sbg AZZA..

So kalau korang rajin..lawat la web aku tu..dan kalau terlebih rajin lagi..pls sign my guestbook..comment ke..kutuk ke..aku tak kisah..sbb aku buat wallpaper sbb suka-suka. So...selamat belayar la ek..
ps: - klik on picture or type the url.

Image hosted by Photobucket.com


Monday, May 09, 2005

Hadiah Hari Ibu..

Image hosted by Photobucket.com


Semalam, Ahad..8hb Mei 2005, hari ibu.Pukul 9++ pagi, aku terima SMS dari emak aku,wish "SELAMAT HARI IBU". huhu..ni kes terbalik ni..patutnya aku wish dulu.Sebenarnya aku mmg dah niat dan wish ibuku dan ibu mentuaku..tapi sehari sblm 8hb..7hb la kan..aku baca majalah media..dia tulis situ..'hari ibu yg disambut 10hb Mei' setiap tahun..laa..kata 8hb? So aku pun cancel la nak wish..gegege..

Em..apa hadiah aku utk emak? Sebelum hari ibu, aku dah belikan emak something..so smlm aku just wish dan kirim kat abang aku belikan mak kek.Kirim je la coz aku jauh..abang aku dekat ngn mak..lps kirim beli kek..aku suruh adik aku, Am,buka blog ni dan suruh mak aku baca blog aku..lps tu aku dpt sms dari mak 'La rasa nak nangis pulak bila baca warkah dan madah yang am bagi,t kasih'. huhuh..terharu aku,bukan senang nak buat mak aku syahdu..sesungguhnya aku ikhlas..

Itu cite mak aku..ni cite aku lak.hehehe..Tahun ni,tahun ketiga aku sambut hari ibu.Tahun 2003,2004 dan 2005.Tahun ni, anak aku dah pandai bercakap..dia nyanyikan aku lagu 'Selamat hari ibu'..tapi ikut melodi lagu 'Selamat hari jadi'..geegege.ok la..walaupun masih pelat,aku happy sangat.

'Selamat hari bubu,selamat hari bubu,selamat hari bubu'..menyanyi sambil mengoyang2kan kepala dan badan.Selesai menyanyi..dia bg aku bunga yg hubby aku beli.Lawak pulak aku tgk.Lps bagi bunga, aku suruh dia peluk aku..dia peluk dan cium pipi aku..huhuhu..terharu.Tapi aku pasti, dia bukan tau apa2..sekadar mengikut apa yg aku ajar.

Apa hubby aku bagi? huhuhu..bagi ke aku minta? hehhee..tak kisah la..tak minta tak merasa la...kalau nak merasa, jgn la memalu minta..aku 'minta2 ayam' jek..tapi kalau dapat..aku amik..dan w/pun pemberian yang aku dapat ni hasil daripada permintaan aku yg tak tau malu ni..aku amat2 hargai..Hati aku..aku jek yg tau..

Image hosted by Photobucket.com

- ps:- pic ni takde unsur2 riak ek..ni blog aku..so disini segala memori aku..

Kepada teman2 yg hantar sms..terima kasih. Yang ni lak virtual kad yang aku dapat dr org yang aku chayank sangat..kami jauh..jarang berjumpa..jumpa pun baru sekali dua..kami berkenalan atas nama SITI NURHALIZA..tapi aku sayang sgt kat dia...terima kasih 'akak'.. terima kasih juga pada CT kerana CT, azza ramai kawan bukan jek dari Malaysia..tapi merata2..

Image hosted by Photobucket.com

- terima kasih kak linda..

Em..masa aku tgh taip blog ni,tiba2 sms masuk ..dari MAK (mentua aku)..katanya 'Terima kasih kerana ingatkan emak'...agak terharu aku rasa sbb aku ni org kata 'ANAK ANTU"..bukan anak menantu..heheh..sbb apa? biar aku je yg tau...muahhaaa..tapi orang kata la..bukan mak mentua aku yg kata..so..no hal lah...

Friday, May 06, 2005

Selamat Hari Ibu...

Emak..
Masa kecik-kecik dulu , kalau Za tak mau baca buku, mak cubit Za dengan kuku,kalau Za malas ngaji, mak jentik telinga Za dengan jari, kalau Za liat nak pergi sekolah,mak nak pukul Za dengan getah paip kolah dan kalau Za balik lambat sebab main khemah-khemah, mak kurung Za kat luar rumah.oh! Za rasa terseksa sekali,hingga terkeluar dari mulut ni..mak tak sayang za lagi..tapi kini baru Za mengerti..apa yang mak buat dulu sebenarnya mempunyai seribu satu erti..kalau tak kerana mak, mungkin Za tak berjaya seperti hari ini..kalau tak kerana mak, tak mungkin Za berada di sini dan kalau tak kerana mak, Za pasti.. gelap gelitalah masa depan Za ...

Emak..
walaupun tiada kata-kata sayang dan belaian manja dari mu, namun dari gerak-geri dan raut wajah mu, Za pasti dan mengerti, kasih sayang mak pada Za, kasih seorang ibu sejati. Sesungguh jasamu tidak terbalas sepanjang hidupku, ketahuilah, ZA SAYANG EMAK!!!

Image hosted by Photobucket.com
Selamat Hari Ibu …

Thursday, May 05, 2005

Mood aku KO...

Aku rasa takde mood je hari ni..kenapa ek? aku pun tak pasti..Apa yg ada dalam otak aku skrang ni? Kerja? Emm...mmg, aku dok pk pasai kerja aku..aku ada byk tugasan sebenarnya...system enhancement, upgrade system from client based to web based..tunggu reply proposal training yang aku hantar bulan lps dan masih takde jawapan..huh! aku bosan laaaa...

Image hosted by Photobucket.com
- NI opis aku.bukan opis CT tau..muahaha..

System enhancement..emm..benda ni aku malas betul nak layan. Dulu masa memula develop sistem, yang bg requirements semua level2 atas, boss2..nak itu,nak ini..aku hanya boleh angguk..ok..ok. Itu bos aku yg suruh angguk. Dia kata..angguk je dulu..tak boleh buat..belakang kira. Aku ada 2-3 bulan jek utk siapkan sistem tu. Setahu aku, masa aku belajar..aku ada setahun nak siapkan..hehehe. Nasib baik 2-3 bulan tu utk sistem jek,kalau nak document sekali..korang buat la sendiri..Bila dah siap..lain lak citenyaa bila user sebenar aku, kerani2, bukannya bos2 yang dok masuk meeting tu..time ni la aku mula naik menyampah..masa demo..user bising..eh kita org tak buat macam tu..buat macam ni..eh tak boleh ke tuko..aku jawab..guna dulu..kalau tak suka..isi borang ISO - System Enhancement. Ye la,kekadang kita nak kena pk gak..dari manual ke sistem, byk beza..belajar guna dulu..tak best kalu..bg tau aku..so far, ada yg call aku..minta enhancement..tambah itu ini, tapi bila aku kata isi borang..dia org tak submit2 pun..so..aku wat bodoh je la..muahahhaa..

Upgrade sistem - Yang ni lagi la buat aku menyampah. Dulu memula kerja dalam tahun 2001..bos aku kata..u boleh develop sistem guna software or language yg u suka..yg u terra..so aku pilih VB6.Client based..compile as EXE.dalam 2 tahun, aku dah buat 3 sistem..sistem tak besar laa..biasa2 jek. User pun dah guna..sekali tiba2 aku dpt bos baru..dia bg arahan..convert semua to web class..ek elek.Mau tak mau, aku ikut gak la..aku tak reti sgt. Bila aku tgh contoh coding..waa..nak nangis aku..semua kena codinng..nak wat table pun coding..nak buat button pun coding..kena la nak kena susahkan diri sendiri? Alasan migrate tu WEB CLASS :- lebih secure, tak perlu deploy di tempat user. Nak tak nak..kena la gak aku ikut..tapi tak suka sebenarnya..Skrang aku tgh cari cara lain..belajar vb.NET...tapi tak tau la.. Web Class susah nak genarate report sbb tak support crystal report..kena belajo Sequel Reporting services..nak kena belaja lagi la tu.. :(

Propasal training - Yang ni usaha aku supaya aku tak terjebak dlm web class.Tapi masih takde jawapannya.Bosan tul aku.Apapun, aku dah migrate satu sistem aku ke web class..terkial2 gak aku..dekat dua bulan gak aku amik nak migrate..tu pun aku rasa tak sempurna..kalau bos audit.dia byk geleng dari angguk..tapi still jawab OK.Training lak..HR kata mahai..sbb nak buka kelas dlm lab..lebih 30 orang nak join. Patutnya minggu depan dah start..tanya HR..jawapan tak pasti..emm..

Rasa mcm nak tuko unit jek..malas aku nak wat programming lagi. AKu tak pernah bercita2 nak jadi programmer pun laa..mcm mana aku leh terjebak ni..aku nak jadi apa ek sebenarnya? Hehehe..apapun, aku redha..rezeki aku kat sini..sbg seorang programmer. Tapi kalau aku malas wat keja..chatting la kerja aku..muahahaha...

Wednesday, May 04, 2005

Kecik-kecik dulu...

Kecik-kecik dulu...Korang boleh ingat tak apa jadi kat korang masa kecik2 dulu..memori yg aku boleh ingat masa kecik2 dulu2 ialah ketika aku berusia 4 tahun..tu pun tak byk..yang aku ingat, masa tu aku tengah hisap botol berisi milo (aku tak suka susu..eee)..lps tu jiran aku tanya..nama sapa? Aku jawab LIZA..lps tu aku lari balik rumah..emm..itu je la yg aku ingat...

Kecik-kecik dulu..aku dihantar ke tadika PERKEP (mcm CT..anak polis daa..gegege). Masa tu umur aku 5 tahun. Perkataan pertama yang aku tolong cikgu ejakan ialah B utk BURUNG..hahaa..sebenarnya aku dah pandai membaca..setakat eja burung,takde mende la.Tadika PERKEP..aku byk main dari belajar..aku pernah kena denda diri kat padang sbb kacau org lain main.haha..org kena denda sbb tak pandai baca..aku kena denda sbb kacau orang..tah apa2..tapi takpe..aku kebal panas..aku tak kisah. Masuk 6 tahun..aku masuk tadika lain. Kat sini kawan pun ramai,takde la balik2 muka anak polis gak..aku g sekolah naik beca.Mak bagi duit sekolah 20sen.Pelik..aku boleh beli mcm2 masa tu ngn dua posen..skrang? hehehehe.. Masa 6 taun,aku dah mula puasa..tapi sekerat hari setiap hari. Kat sekolah aku puasa, cikgu aku bangga..balik rumah..aku buka posa..hehehe..budak lagi..Cakap pasai puasa, aku start puasa penuh masa darjah dua..sehari dapat rm1..Demi Allah, aku tak pernah tipu mak aku..aku mmg puasa penuh...tak pernah curi minum air paip sbb tekak aku takleh minum air paip..

Kecik-kecik dulu...aku selalu teringat mcm mana mak abah aku ajar aku. Bapak aku polis, mak aku nurse. Displin nombor satu dalam rumah tu..kalau korang nak tahu, aku ngn abang aku pernah kena kejar satu balai ngn mak aku sbb kita orang nakal. MAk bawak rotan kejar aku...aku lari..tapi lama2 kena balik rumah gak..jeng..jeng..siap la berbaloq badan.Lagi satu, abah aku pantang kalau dia suruh buat benda, aku suka jawab "SAT"..cukup 3 kali SAT, berbaloq la badan aku..apa lagi,kena rotan la. Kalau dia panggil aku, aku kena jawab, "SAYA"..kalau aku jawab "YA", binasa lagi badan aku...huhuhu. Time mengaji,aku suka lawan cikgu..maktok aku la..bila aku dok lawan2, kenkonon aku yg betul, tetiba..zaaass..rotan hinggap belakang..waa.sakit laaa. Kalau main petang, aku kena balik sblm pukul 6 ptg, kalau tak..aku kena kunci kat luar rumah sampai malam. Dulu, kalau aku sebut "BODOH atau BABI" ..mulut aku kena cili..cili bukan sebarang cili..cili padi tu...bisanya,,aku jek yg tau.

Kecik-kecik dulu.. orang panggil aku anak Kaf Lam Ya Nga..sbb apa? sbb aku gelap gelita.Mana taknya, balik sekolah..aku tak dok umah, aku turun main bola ngn budak2 laki.Budak2 perempuan tak nak kawan aku sbb mak dia org tak kasi,dia orang kata aku mcm laki.Apa la dia org ni..masa budak2 ni la nak rasa seronok..tah apa2.BIla kawan semua laki,kerja aku..panjat pokok jambu,tangkap ikan dlm longkang, main tembak2 guna senapang yg dibuat sendiri..indahnya aku rasa. Bila aku naik darjah 4, gelaran anak KAF LAM YA NGA makin hebat aku dapat..mana taknya,aku dah start main hoki, netball, rounders dan Gimrama wakil sekolah..so tiap ptg,aku tak balik rumah,aku stay kat sekolah..ada latihan.MAsa tu aku budak2 lagi,aku pedulik apa org nak kata aku anak hindu..yg aku tau,aku enjoy ngn hidup aku. Apapun, pelajaran aku tak abai..darjah 1 sampai 3..aku dah biasa naik turun pentas terima hadiah..darjah 4-6, aku naik pentas bukan terima hadiah, tapi buat persembahan..nyanyian, syarahan, bercerita, menari,bernasyid..semua aku rembat..ingat CT jek ke aktif dulu2? aku pun boleh laa..muahahaa.Darjah 6,sblm meninggalkan alam sekolah rendah..aku dpt anugerah pelajar cemerlang Ko-kurikulam..oklaa..

Pencapaian yang membolehkan aku terima anugerah tu ialah :-
1. Pemain hoki Daerah Hilir Perak.
2. Pemain bolajaring Sekolah.
3. Pemain rounders sekolah.
4. Peserta Gimrama sekolah.
5. Naib Johon - Syarahan peringkat sekolah2 Hilir Perak.
6. Johan bercerita peringkat sekolah.
7. Johan menulis esei peringakat sekolah.
8. Peserta nasyid sekolah.
9. Naib Johan bercerita peringkat sekolah.
10.AJK beberapa buah persatuan kat sekolah..

Waaa..rindunya aku nak sekolah balik...itu la zaman sekolah rendah aku..tu dah diringkaskan..kang poyo lebih2 kang..ada lak yang termuntah.muaahahah.Sekolah menengah lagi happening..nanti2 la aku cite..tata!

Tuesday, May 03, 2005

Tunggulah sampai waktu..

30hb April hari tu..tambah lagi seangka usia aku. Berapa? Entah..aku pun lupa..jap aku nak kira..gegeege. 2005-1978..berapa ek? korang kira la sendiri. Tak kan tak reti-reti. HEhehehe..Dalam usia macam tu dan telah berumah tangga..soalan2 yang biasa aku dengar..bila nak bagi danish adik? Pening aku...asyik2 soalan yang sama. Suka hati aku lah bila lagi aku nak beranak lagi. Yang bertanya tu tak tau betapa siksanya aku masa mengandung yg 1st dulu..pengalaman tu serba sedikit menghantui aku..bukan serik..tapi seram..ni aku nak cite sket pengalaman aku..Artikel ni aku taip 2 tahun lalu...masih ada dlm PC..dan pernah kuar majalah pun tahun ni..majalah mana..cari lah sendiri. Tapi aku terpaksa pendek kan cite..sbb boring lak nanti kalau ada yang sudi membaca...so murid-murid..begini lah ceritanya (tepuk..tepuk..tepuk..)

Pertama kali aku disahkan mengandung, aku termenung.Tiada senyuman gembira, tiada ucap syukur kepadaNya.Pelikkan?? Sebenarnya, ketika itu aku masih belum bersedia menjadi ibu.Sepanjang tempoh dua bulan aku mengandung, kesihatan aku makin teruk.Aku muntah-muntah tidak kira siang dan malam,kepala aku sakit, aku hilang selera makan dan aku suka meradang.Aku rimas dengan situasi aku ketika itu dan kadang-kala, aku hilang sabar hingga kadang-kadang aku merungut dengan kandungan aku.Semuanya membebankan.Mungkin kerana itu adalah dosa, pada satu malam,tepat jam 3 pagi, aku terasa tumpah darah dan aku disahkan keguguran.Ketika itu, tanpa aku sedari, airmata aku mengalir membasahi pipi.Sedih! Tapi mengapa? Bukankah selama ini, itu yang aku minta? Aku tak pernah bersyukur, aku tak pernah menyayangi kandungan itu dan aku tak pernah redha dengan dugaan ketika mengandung.Paling menyedihkan, aku dinasihatkan agar tidak mengandung dalam jangka masa 6 bulan supaya rahim aku kuat.Hampir 3 bulan aku tidak dapat menerima kenyataan.
Selepas tamat tempoh ‘berpantang’, kami merancang untuk mendapatkan zuriat.Pada Julai 2003, haidku tidak datang pada tarikh yang sepatutnya,walhal aku mempunyai pusingan haid yang tetap. Dalam masa yang sama, aku mengalami sakit di dalam perut.Sakit sangat, lebih sakit daripada sengugut.Setelah haid aku lewat 3 hari,aku membeli alat ujian kehamilan.Selepas ujian, aku sedih! Negatif. Dua hari kemudia perut ku masih sakit,lalu aku ke klinik.Doktor melakukan ujian kehamilan, tapi dukacita. Pemeriksaan ultrasound pula dilakukan.Aku disyaki mengidap penyakit Endometriosis, sejenis penyakit yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung dan mungkin kebarangkalian untuk mengandung itu tidak ada kerana terdapat masalah dengan rahim.Ya Allah, ketika itu, aku benar-benar terpukul.Adakah ini balasan Allah kepada aku atas dosa yang lalu. Aku dirujuk ke klinik pakar tetapi jadual temujanji dengan pakar sudah penuh, aku hanya akan ke klinik pakar 2 hari kemudian.Sepanjang aku di rumah, aku banyak termenung dan duduk di hadapan komputer, melayari alam cyber,mencari maklumat tentang Endometriosis. Memang keterangan yang diberikan amat menyedihkan.Malam, aku menangis, siang aku termenung.Aku takut tidak dapat memberi zuriat kepada suami aku.
Dua hari kemudian, aku ke klinik pakar, aku menjalani ujian kehamilan lagi dan jawapannya masih negatif .Sekali lagi, aku menjalani ujian ultrasound dan doktor mengesahkan bahawa tidak mengandung. Aku hampa, namun satu jawapan yang cukup melegakan,aku bebas dari Endometriosis.Aku diarahkan berjumpa doktor lagi minggu berikutnya sekiranya masih belum haid.Aku dan suami berasa lega dan syukur walaupun aku tidak mengandung, sekurang-kurangnya, peluang aku masih ada. Walaupun sudah 3 kali menjalani ujian kehamilan dan kesemuanya negatif, aku seperti dapat merasakan sesuatu. Aku yakin sangat yang aku hamil.
Suatu pagi,3 hari sebelum temujanji dengan pakar, aku sekali lagi membuat ujian kehamilan di rumah..Bacaan pada alat tersebut menunjukkan aku hamil. Aku seperti tidak percaya.Bila suami ku pulang, aku hanya menunjukkan saja alat ujian kehamilan tersebut.Suami aku juga terkejut dan ada senyum gembira di wajahnya.Apapun biarlah doktor yang mengesahkannya. Keesokkan harinya, aku ke klinik dan alhamdulillah, aku memang hamil hampir 2 bulan.Ya Allah,kali ini berita ini kami terima dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran.Namun, walaupun telah disahkan hamil, sakit perut aku makin menjadi-jadi.Sakit seperti sengugut, sakit seperti aku keguguran kali pertama dahulu. Oleh kerana makin hari, sakit aku makin menjadi-jadi, aku ke klinik lagi.Kali ini, kandungan aku disyaki di luar rahim pula.Ya Allah, dugaan apa kah ini? Tapi Itu cuma jangkaan kerana doktor tidak dapat melakukan pemeriksaan ultrasound ketika itu kerana mesin tersebut digunakan. Sekali lagi aku dirujuk ke pakar,alhamdulillah, kandungan aku biasa, berada ditempat sepatutnya.
Sepanjang 3 bulan aku mengandung, aku mengalami alahan yang amat teruk.Aku muntah siang malam,kepala ku sakit,badan aku tidak bermaya, sesak nafas,aku tidak boleh menghidu bau masakan, aku tak lalu makan dan macam-macam lagi.Bayangkan, jiran-jiran yang sibuk memasak di rumah mereka, aku pula sibuk muntah-muntah di rumah.Aku tidak pernah dan aku mengharamkan aktiviti memasak di rumahku. Sebelum mengandung, berat badan ku 47kg, kerana alahan yang teruk, berat badan ku turun ke 43 kg. Masuk bulan ke 4,alahan ku makin menjadi-jadi. Setiap makanan yang aku makan, akan keluar serta merta. Badan aku menjadi lemah, lembik dan nafas aku semakin sesak. Kerana muntah yang teruk, aku ditahan di dalam wad kerana badan ku kekurangan air. Apabila masuk bulan ke 5, berat ku hanya tinggal 41kg. Dengan perut yang tidak sebesar mana, hampir kesemua rakan-rakan terkejut apabila aku memberitahu aku hamil 5 bulan. Selepas masuk bulan ke 6, alhamdulillah, selera makan ku makin bertambah.
Bulan Januari 2003, kandungan ku masuk 7 bulan.Suatu petang, aku mengalami sedikit pendarahan,aku ke klinik lagi.doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan di dapati uri berada dibawah dan aku disahkan mengalami Plasenta Previa.Aku benar-benar terpukul.Doktor menasihatkan aku supaya bersabar dan kemungkinan uri tersebut boleh ke atas semula kerana kandungan aku baru 7 bulan.Aku diberi cuti sakit 3 hari dan diminta datang semula sekiranya masih ada darah yang keluar.Apabila aku memaklumkan kepada ibu, marah betul dia kerana plasenta previa bukan boleh dibuat main-main, aku sepatutnya di masukkan ke dalam wad dan dijaga dengan rapi.Selepas menjalani pemeriksaan, tiada apa yang dapat aku nyatakan selain daripada kesyukuran yang amat-amat sangat,uri ku tiada masalah. Berkali-kali aku minta doktor mengesahkan bahawa kandungan aku tiada masalah dan untuk memuaskan hati aku dan suami, doktor melakukan sekali pemeriksaan ultrasound walaupun sebenarnya, aku sendiri telah melihat memang uri aku tiada masalah.
Masuk ke 8 bulan usia kandungan,aku mula sakit kepala.Aku di serang demam, sakit otot, batuk-batuk dan suhu badan aku menceceh hampir 38 darjah celcius. Aku demam hampir 2 minggu dan ketika itu demam denggi sedang berleluasa. Apabila melakukan ujian darah, kandungan darah merah aku di dapati berkurangan dan aku disyaki mengidap deman denggi. Ya Allah! Aku sudah tak tahu nak cakap apa lagi.Aku diminta menunggu ujian darah yang lebih tepat daripada lab keesokkannya. Kali ni aku benar-benar buntu. Aku termenung, lepas denggi, apa pula penyakit yang akan datang agaknya, fikir aku sendiri. Keesokan harinya, aku mendapat panggilan dari klinik tersebut dan aku di dapati bebas dari denggi. Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan alhamdulillah. Selepas pulih daripada demam, selera makan aku bertambah semula dan berat badan ku ketika mengadung 8 bulan mencecah 51kg. Ringan kan?
Aku dijangkakan bersalin pada 14 March 2003. Pada 8 Mac 2003, aku mengajak suami ke pusat membeli-belah. Aku teringin nak makan Nandos.Dalam masa yang sama, perut aku terasa sakit, sakit seperti sengugut dan kadang-kala seperti nak buang air besar. Fikir ku, mungkin kerana ayam yang aku makan tadi pedas, sebab itu lah perut aku sakit.Di rumah, selepas sejam, perut aku sakit lagi disertai dengan sakit di bahagian pinggang.Setiap sejam sakit tersebut datang dan pergi.Sebenarnya, aku tak tahu macam mana rasa kontraksi.Akhirnya aku biarkan sahaja itu datang dan pergi. Keesokkan harinya, sakit tersebut mula datang 30 minit sekali.Suami ku mengajak ku ke hospital, tapi aku tak mahu.Pada aku, sakit tersebut mungkin biasa. Selepas 30 minat sekali, kali ini sakit tersebut datang 20 minit sekali dan kemudian 15 minit sekali dan akhirnya 5 minit sekali. Aku tetap tidak mahu ke hospital kerana pada aku, aku akan bersalin minggu depan, bukan hari ini.Rimas melihat keadaan ku, suami ku memaksa aku ke ke hospital.
Di hospital,doktor terkejut bila aku mengatakan yang kandungan aku hanya tunggu masa kerana perut aku yang kecil dan doktor mengesahkan pintu rahim ku telah terbuka sebanyak 3 cm.Aku di bawa ke dalam bilik dan nurse terus mengarahkan aku menukar pakaian untuk di bawa bilik bersalin.Terkejut aku kerana pintu rahim aku baru terbuka 3 cm, maknanya, mungkin esok pagi saja aku akan bersalin. Aku hanya ketawa kerana tak percaya.Aku di tolak ke bilik bersalin pada jam 11 malam. Aku terus ketawa dan tersenyum seorang diri.
Di dalam bilik bersalin,sementara menunggu doktor datang, aku berborak-borak dengan suami ku dan aku sempat meminta maaf kalau ada silap dan salah.Ketika sedang asyik bersembang, doktor datang,memecahkan air ketuban,terus aku mengalami kontraksi.Sakitnya, Allah saja yang tahu.Mujurlah aku dah biasa dengan sengugut.Pada aku,kontraksi itu, ala-ala sengugut yang teruk, seperti yang aku alami.Tiba-tiba aku mengerang dan nurse tersebut segera memanggil doktor.Aku mencapai telefon bimbitku dan terus menelefon suami ku.
Sampai masa,kontraksi pertama, aku cuba meneran, tapi, aku tak reti.Aku terus meneran walaupun aku tak tahu bagaimana.Sebenarnya aku tak terasa langsung kepala bayi ku sudah hampir nak terkeluar. Doktor terus menyuruh aku meneran setiap kali kontraksi dan cuba curi nafas. Kali ke 3 aku meneran, masih belum berjaya. “Mama, please for your baby, push!” Kata doktor.Sebenarnya aku mengantuk.Aku tidak merasa langsung sakit bersalin kecuali sakit kontraksi.Tiba-tiba jururawat tersebut membawa alat vakum. Alamak! Dia nak vakum bayi aku ke? Desis hatiku. Dengan penuh semangat, aku terus meneran dan tepat jam 2.37 pagi,pada 10 Mac 2003,akhirnya,“Assalamualaikum baby.Baby boy mama.” Doktor tersebut menyambut bayiku dengan ucap salam.
Sesungguhnya aku dan suami merasa sungguh gembira dan bahagia. Setelah diberi peluang menyusukan bayi, aku dibawa semula ke bilik dan ketika itu, jari-jari aku dan suami sibuk membuat kerja, menghantar sms pada sanak-saudara,rakan-rakan dan sapa saja yang mengenali aku untuk mengkhabar berita gembira tersebut.Hilang segala mengantuk, hilang segala sakit, hilang segala ‘sengsara’ ketika aku mengandungkan bayiku, DANISH HAKIMI.

So..tunggu la sampai wakti..
Sekian, Terima Kasih..gegegeee.