Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Friday, May 06, 2005

Selamat Hari Ibu...

Emak..
Masa kecik-kecik dulu , kalau Za tak mau baca buku, mak cubit Za dengan kuku,kalau Za malas ngaji, mak jentik telinga Za dengan jari, kalau Za liat nak pergi sekolah,mak nak pukul Za dengan getah paip kolah dan kalau Za balik lambat sebab main khemah-khemah, mak kurung Za kat luar rumah.oh! Za rasa terseksa sekali,hingga terkeluar dari mulut ni..mak tak sayang za lagi..tapi kini baru Za mengerti..apa yang mak buat dulu sebenarnya mempunyai seribu satu erti..kalau tak kerana mak, mungkin Za tak berjaya seperti hari ini..kalau tak kerana mak, tak mungkin Za berada di sini dan kalau tak kerana mak, Za pasti.. gelap gelitalah masa depan Za ...

Emak..
walaupun tiada kata-kata sayang dan belaian manja dari mu, namun dari gerak-geri dan raut wajah mu, Za pasti dan mengerti, kasih sayang mak pada Za, kasih seorang ibu sejati. Sesungguh jasamu tidak terbalas sepanjang hidupku, ketahuilah, ZA SAYANG EMAK!!!

Image hosted by Photobucket.com
Selamat Hari Ibu …

4 Comments:

  • dah tetua gini baru terasa betapa besarnya jasa emak kita kan...bila diri sendiri dah jadi emak baru kita tahu nilai pengorbanan yg mak kita buat dulu dulu...

    Selamat Hari Ibu...azza

    jaga anak dan famili bebaik...

    By Anonymous Anonymous, at 1:27 PM  

  • Terima kasih kak nur..rajin kak nur jenguk blog azza..bila ek azza leh tgk mana rupa kak nur ni..

    By Blogger azzalyzaa, at 10:55 AM  

  • Isk isk isk...Sodihnyo lah hai kalau baca bab2 orang tua nie..

    Dengor org bercito kat radio pasal ibu dio pun dah kuar airmato, apatah lagi bilo membaco..Apolah ekau ni tulis sodih2..Hari Ibu biarlah cito gembiro, ni cito sodih lak. Muahahaha..

    By Anonymous Anonymous, at 12:53 PM  

  • xde byk bezanya along ngan mak azza...usia pun mungkin lebih kurang je...

    By Anonymous Anonymous, at 6:21 AM  

Post a Comment

<< Home