Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, May 03, 2005

Tunggulah sampai waktu..

30hb April hari tu..tambah lagi seangka usia aku. Berapa? Entah..aku pun lupa..jap aku nak kira..gegeege. 2005-1978..berapa ek? korang kira la sendiri. Tak kan tak reti-reti. HEhehehe..Dalam usia macam tu dan telah berumah tangga..soalan2 yang biasa aku dengar..bila nak bagi danish adik? Pening aku...asyik2 soalan yang sama. Suka hati aku lah bila lagi aku nak beranak lagi. Yang bertanya tu tak tau betapa siksanya aku masa mengandung yg 1st dulu..pengalaman tu serba sedikit menghantui aku..bukan serik..tapi seram..ni aku nak cite sket pengalaman aku..Artikel ni aku taip 2 tahun lalu...masih ada dlm PC..dan pernah kuar majalah pun tahun ni..majalah mana..cari lah sendiri. Tapi aku terpaksa pendek kan cite..sbb boring lak nanti kalau ada yang sudi membaca...so murid-murid..begini lah ceritanya (tepuk..tepuk..tepuk..)

Pertama kali aku disahkan mengandung, aku termenung.Tiada senyuman gembira, tiada ucap syukur kepadaNya.Pelikkan?? Sebenarnya, ketika itu aku masih belum bersedia menjadi ibu.Sepanjang tempoh dua bulan aku mengandung, kesihatan aku makin teruk.Aku muntah-muntah tidak kira siang dan malam,kepala aku sakit, aku hilang selera makan dan aku suka meradang.Aku rimas dengan situasi aku ketika itu dan kadang-kala, aku hilang sabar hingga kadang-kadang aku merungut dengan kandungan aku.Semuanya membebankan.Mungkin kerana itu adalah dosa, pada satu malam,tepat jam 3 pagi, aku terasa tumpah darah dan aku disahkan keguguran.Ketika itu, tanpa aku sedari, airmata aku mengalir membasahi pipi.Sedih! Tapi mengapa? Bukankah selama ini, itu yang aku minta? Aku tak pernah bersyukur, aku tak pernah menyayangi kandungan itu dan aku tak pernah redha dengan dugaan ketika mengandung.Paling menyedihkan, aku dinasihatkan agar tidak mengandung dalam jangka masa 6 bulan supaya rahim aku kuat.Hampir 3 bulan aku tidak dapat menerima kenyataan.
Selepas tamat tempoh ‘berpantang’, kami merancang untuk mendapatkan zuriat.Pada Julai 2003, haidku tidak datang pada tarikh yang sepatutnya,walhal aku mempunyai pusingan haid yang tetap. Dalam masa yang sama, aku mengalami sakit di dalam perut.Sakit sangat, lebih sakit daripada sengugut.Setelah haid aku lewat 3 hari,aku membeli alat ujian kehamilan.Selepas ujian, aku sedih! Negatif. Dua hari kemudia perut ku masih sakit,lalu aku ke klinik.Doktor melakukan ujian kehamilan, tapi dukacita. Pemeriksaan ultrasound pula dilakukan.Aku disyaki mengidap penyakit Endometriosis, sejenis penyakit yang menyebabkan kesukaran untuk mengandung dan mungkin kebarangkalian untuk mengandung itu tidak ada kerana terdapat masalah dengan rahim.Ya Allah, ketika itu, aku benar-benar terpukul.Adakah ini balasan Allah kepada aku atas dosa yang lalu. Aku dirujuk ke klinik pakar tetapi jadual temujanji dengan pakar sudah penuh, aku hanya akan ke klinik pakar 2 hari kemudian.Sepanjang aku di rumah, aku banyak termenung dan duduk di hadapan komputer, melayari alam cyber,mencari maklumat tentang Endometriosis. Memang keterangan yang diberikan amat menyedihkan.Malam, aku menangis, siang aku termenung.Aku takut tidak dapat memberi zuriat kepada suami aku.
Dua hari kemudian, aku ke klinik pakar, aku menjalani ujian kehamilan lagi dan jawapannya masih negatif .Sekali lagi, aku menjalani ujian ultrasound dan doktor mengesahkan bahawa tidak mengandung. Aku hampa, namun satu jawapan yang cukup melegakan,aku bebas dari Endometriosis.Aku diarahkan berjumpa doktor lagi minggu berikutnya sekiranya masih belum haid.Aku dan suami berasa lega dan syukur walaupun aku tidak mengandung, sekurang-kurangnya, peluang aku masih ada. Walaupun sudah 3 kali menjalani ujian kehamilan dan kesemuanya negatif, aku seperti dapat merasakan sesuatu. Aku yakin sangat yang aku hamil.
Suatu pagi,3 hari sebelum temujanji dengan pakar, aku sekali lagi membuat ujian kehamilan di rumah..Bacaan pada alat tersebut menunjukkan aku hamil. Aku seperti tidak percaya.Bila suami ku pulang, aku hanya menunjukkan saja alat ujian kehamilan tersebut.Suami aku juga terkejut dan ada senyum gembira di wajahnya.Apapun biarlah doktor yang mengesahkannya. Keesokkan harinya, aku ke klinik dan alhamdulillah, aku memang hamil hampir 2 bulan.Ya Allah,kali ini berita ini kami terima dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran.Namun, walaupun telah disahkan hamil, sakit perut aku makin menjadi-jadi.Sakit seperti sengugut, sakit seperti aku keguguran kali pertama dahulu. Oleh kerana makin hari, sakit aku makin menjadi-jadi, aku ke klinik lagi.Kali ini, kandungan aku disyaki di luar rahim pula.Ya Allah, dugaan apa kah ini? Tapi Itu cuma jangkaan kerana doktor tidak dapat melakukan pemeriksaan ultrasound ketika itu kerana mesin tersebut digunakan. Sekali lagi aku dirujuk ke pakar,alhamdulillah, kandungan aku biasa, berada ditempat sepatutnya.
Sepanjang 3 bulan aku mengandung, aku mengalami alahan yang amat teruk.Aku muntah siang malam,kepala ku sakit,badan aku tidak bermaya, sesak nafas,aku tidak boleh menghidu bau masakan, aku tak lalu makan dan macam-macam lagi.Bayangkan, jiran-jiran yang sibuk memasak di rumah mereka, aku pula sibuk muntah-muntah di rumah.Aku tidak pernah dan aku mengharamkan aktiviti memasak di rumahku. Sebelum mengandung, berat badan ku 47kg, kerana alahan yang teruk, berat badan ku turun ke 43 kg. Masuk bulan ke 4,alahan ku makin menjadi-jadi. Setiap makanan yang aku makan, akan keluar serta merta. Badan aku menjadi lemah, lembik dan nafas aku semakin sesak. Kerana muntah yang teruk, aku ditahan di dalam wad kerana badan ku kekurangan air. Apabila masuk bulan ke 5, berat ku hanya tinggal 41kg. Dengan perut yang tidak sebesar mana, hampir kesemua rakan-rakan terkejut apabila aku memberitahu aku hamil 5 bulan. Selepas masuk bulan ke 6, alhamdulillah, selera makan ku makin bertambah.
Bulan Januari 2003, kandungan ku masuk 7 bulan.Suatu petang, aku mengalami sedikit pendarahan,aku ke klinik lagi.doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan di dapati uri berada dibawah dan aku disahkan mengalami Plasenta Previa.Aku benar-benar terpukul.Doktor menasihatkan aku supaya bersabar dan kemungkinan uri tersebut boleh ke atas semula kerana kandungan aku baru 7 bulan.Aku diberi cuti sakit 3 hari dan diminta datang semula sekiranya masih ada darah yang keluar.Apabila aku memaklumkan kepada ibu, marah betul dia kerana plasenta previa bukan boleh dibuat main-main, aku sepatutnya di masukkan ke dalam wad dan dijaga dengan rapi.Selepas menjalani pemeriksaan, tiada apa yang dapat aku nyatakan selain daripada kesyukuran yang amat-amat sangat,uri ku tiada masalah. Berkali-kali aku minta doktor mengesahkan bahawa kandungan aku tiada masalah dan untuk memuaskan hati aku dan suami, doktor melakukan sekali pemeriksaan ultrasound walaupun sebenarnya, aku sendiri telah melihat memang uri aku tiada masalah.
Masuk ke 8 bulan usia kandungan,aku mula sakit kepala.Aku di serang demam, sakit otot, batuk-batuk dan suhu badan aku menceceh hampir 38 darjah celcius. Aku demam hampir 2 minggu dan ketika itu demam denggi sedang berleluasa. Apabila melakukan ujian darah, kandungan darah merah aku di dapati berkurangan dan aku disyaki mengidap deman denggi. Ya Allah! Aku sudah tak tahu nak cakap apa lagi.Aku diminta menunggu ujian darah yang lebih tepat daripada lab keesokkannya. Kali ni aku benar-benar buntu. Aku termenung, lepas denggi, apa pula penyakit yang akan datang agaknya, fikir aku sendiri. Keesokan harinya, aku mendapat panggilan dari klinik tersebut dan aku di dapati bebas dari denggi. Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan alhamdulillah. Selepas pulih daripada demam, selera makan aku bertambah semula dan berat badan ku ketika mengadung 8 bulan mencecah 51kg. Ringan kan?
Aku dijangkakan bersalin pada 14 March 2003. Pada 8 Mac 2003, aku mengajak suami ke pusat membeli-belah. Aku teringin nak makan Nandos.Dalam masa yang sama, perut aku terasa sakit, sakit seperti sengugut dan kadang-kala seperti nak buang air besar. Fikir ku, mungkin kerana ayam yang aku makan tadi pedas, sebab itu lah perut aku sakit.Di rumah, selepas sejam, perut aku sakit lagi disertai dengan sakit di bahagian pinggang.Setiap sejam sakit tersebut datang dan pergi.Sebenarnya, aku tak tahu macam mana rasa kontraksi.Akhirnya aku biarkan sahaja itu datang dan pergi. Keesokkan harinya, sakit tersebut mula datang 30 minit sekali.Suami ku mengajak ku ke hospital, tapi aku tak mahu.Pada aku, sakit tersebut mungkin biasa. Selepas 30 minat sekali, kali ini sakit tersebut datang 20 minit sekali dan kemudian 15 minit sekali dan akhirnya 5 minit sekali. Aku tetap tidak mahu ke hospital kerana pada aku, aku akan bersalin minggu depan, bukan hari ini.Rimas melihat keadaan ku, suami ku memaksa aku ke ke hospital.
Di hospital,doktor terkejut bila aku mengatakan yang kandungan aku hanya tunggu masa kerana perut aku yang kecil dan doktor mengesahkan pintu rahim ku telah terbuka sebanyak 3 cm.Aku di bawa ke dalam bilik dan nurse terus mengarahkan aku menukar pakaian untuk di bawa bilik bersalin.Terkejut aku kerana pintu rahim aku baru terbuka 3 cm, maknanya, mungkin esok pagi saja aku akan bersalin. Aku hanya ketawa kerana tak percaya.Aku di tolak ke bilik bersalin pada jam 11 malam. Aku terus ketawa dan tersenyum seorang diri.
Di dalam bilik bersalin,sementara menunggu doktor datang, aku berborak-borak dengan suami ku dan aku sempat meminta maaf kalau ada silap dan salah.Ketika sedang asyik bersembang, doktor datang,memecahkan air ketuban,terus aku mengalami kontraksi.Sakitnya, Allah saja yang tahu.Mujurlah aku dah biasa dengan sengugut.Pada aku,kontraksi itu, ala-ala sengugut yang teruk, seperti yang aku alami.Tiba-tiba aku mengerang dan nurse tersebut segera memanggil doktor.Aku mencapai telefon bimbitku dan terus menelefon suami ku.
Sampai masa,kontraksi pertama, aku cuba meneran, tapi, aku tak reti.Aku terus meneran walaupun aku tak tahu bagaimana.Sebenarnya aku tak terasa langsung kepala bayi ku sudah hampir nak terkeluar. Doktor terus menyuruh aku meneran setiap kali kontraksi dan cuba curi nafas. Kali ke 3 aku meneran, masih belum berjaya. “Mama, please for your baby, push!” Kata doktor.Sebenarnya aku mengantuk.Aku tidak merasa langsung sakit bersalin kecuali sakit kontraksi.Tiba-tiba jururawat tersebut membawa alat vakum. Alamak! Dia nak vakum bayi aku ke? Desis hatiku. Dengan penuh semangat, aku terus meneran dan tepat jam 2.37 pagi,pada 10 Mac 2003,akhirnya,“Assalamualaikum baby.Baby boy mama.” Doktor tersebut menyambut bayiku dengan ucap salam.
Sesungguhnya aku dan suami merasa sungguh gembira dan bahagia. Setelah diberi peluang menyusukan bayi, aku dibawa semula ke bilik dan ketika itu, jari-jari aku dan suami sibuk membuat kerja, menghantar sms pada sanak-saudara,rakan-rakan dan sapa saja yang mengenali aku untuk mengkhabar berita gembira tersebut.Hilang segala mengantuk, hilang segala sakit, hilang segala ‘sengsara’ ketika aku mengandungkan bayiku, DANISH HAKIMI.

So..tunggu la sampai wakti..
Sekian, Terima Kasih..gegegeee.

6 Comments:

  • Dah tua dah yek??
    Tapi masih merajuk tak habis2 lagi....

    By Anonymous Anonymous, at 4:29 PM  

  • Sesungguhnya sabar itu adalah sebahgian daripada Iman..Bersyukur lah sentiasa pasti ada ganjaran dari Nya walaupun terpaksa menerima sesuatu yg memeritkan..

    By Anonymous Anonymous, at 10:20 AM  

  • mcm penah baca yek!!...tp di mana??..

    By Anonymous Anonymous, at 3:15 PM  

  • Emm sungguh trajiss.... sedih rasa nyaa...... tapi tidak mengapa selagi suami sayang selagi itu lah dirimu begitu bernilai dan berharga....

    Bukannya mudah.... kerana dalam dunia ini hanya wanita sahaja yang mampu melahirkan anak atau memberikan zuriat ......

    By Anonymous Anonymous, at 3:35 PM  

  • Hehehe..bila `Sinchan' nak ada adik tu?

    By Anonymous Anonymous, at 1:34 PM  

  • Assalamualaikum....
    hemm bila baca kesian pn ada coz terpaksa melalui mcm2 dugaan ketika mengandung ank yg sulung..tp tkpe tu semua ujian..haa
    tp bila da ujung2 tu klakar la pulak..tau plak takut baby kne vakum..emm nama pun ibu kan..mestila syg baby..hehehe

    anyway pengalaman tu mmg menarik.. :)

    By Anonymous Anonymous, at 9:21 AM  

Post a Comment

<< Home