Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Friday, December 29, 2006

Maktok.

Cerita ini pernah di siarkan di majalah NUR.Now aku share sama2 dgn pelawat blog ni yang setia.

Maktok…

Dalam hidup saya, selain dari emak dan abah, adik beradik, suami dan anak yang saya senaraikan sebagai orang yang paling saya sayang dalam nadi hidup saya, ada lagi seorang insan yang teramat saya sayang. Kata budak-budak muda sekarang ‘Sayang Gila’. Hampir 12 tahun telah berlalu, namun kenangan bersamanya segar diingatan malah kadangkala masih bermain-main di halaman minda. Sayang saya pada dia, masih kuat. Rindu saya pada dia, makin mendalam dan kasih saya pada dia, bisa tertumpah airmata. Saya benar-benar rindu pada dia walaupun saya tahu..dia telah tiada.

Maktok (panggilan untuk tok perempuan saya) tinggal saya bersama keluarga saya sedari kecil. Maktok cantik,rajin, baik, penyayang – ah! tak tersenarai segala kebaikan maktok disini. Kami adik beradik dijaga dengan penuh kasih sayang. Semua maktok lakukan untuk kami adik beradik tanpa sebarang keluh kesah hinggalah usianya mencecah 50 tahun, maktok tiba-tiba diserang penyakit yang sukar ditafsir. Maktok sering meracau, seperti dirasuk. Kadang-kadang maktok seperti di’ganggu’ oleh makhluk-makhluk yang kita tak pasti kewujudannya di alam ini. Kesian maktok, bila di ganggu, pertuturannya bertukar menjadi loghat Siam.Orang kata, maktok kena buatan orang.

Emak saya tak pernah percaya maktok dibuat orang. Emak seorang jururawat.Kata emak, maktok ada kencing manis, darah tinggi – penyakit-penyakit ni yang buat maktok aku jadi tak menentu. Tiap-tiap minggu maktok akan di bawa ke klinik untuk pemeriksaan dan dalam masa yang sama, atas permintaan orang lain, maktok juga di bawa berubat dengan ahli-ahli agama untuk ‘buang’ sakit yang katanya buatan orang. Kesian saya tengok maktok.Apa salah dia? Saya sebenarnya hampir percaya, maktok kena buatan orang. Saya sering jadi peneman maktok, maktok banyak bercerita pada saya. Kata maktok, ‘benda’ tu takut dengan saya kerana saya budak berani. Saya tak pasti kesahihannya.

Klinik sudah, bomoh pun sudah, mungkin sudah sampai masa, setelah bertahun-tahun menanggung derita dan benar seperti orang kata, sekiranya ajal kita sudah tiba atau makin hampir tiba, banyak perubahan yang berlaku pada diri. Saya masih ingat kenangan sebulan sebelum arwah pergi meninggalkan kami. Saya lihat sendiri(kebetulan ketika itu cuti sekolah,saya sentiasa di sisi maktok), maktok sering tersenyum sendiri. Saya tanya kenapa? Katanya, arwah mak dia datang melawat. Maktok kata, maktok rindu pada mak dia. Hampir menitis airmata saya. Hampir tiap malam, maktok kata, arwah mak dia sering datang melawat. Maktok sepanjang hayat, tak pernah tinggal solat, tapi sebab sakitnya yang satu itu, setiap kali cuba bersolat, maktok pasti meracau kadangkala seperti histeria. Saya tak pasti kenapa. Kesian maktok, dia sering mengeluh – “Maktok nak sembahyang,tapi kenapa ada ‘orang’ kacau, Liza tolong sembahyangkan untuk maktok.” Sedih. Saya hanya mampu mendengar. Dalam masa itu, maktok sudah mula tak mahu makan. Jenuh saya paksa, katanya, dia sudah makan dengan mak dia.

Saya masih ingat, maktok yang sakit, tiba-tiba sihat. Dia nampak ceria. Maktok pesan pada saya,dia nak pergi jumpa mak dia dan kalau dia ‘pergi’, amik gelang tangan dia, gadaikan untuk buat uruskan jenazah. Mak marah maktok kerana cakap bukan-bukan. Maktok kata,itu kenyataan. Cuti sekolah hampir tamat dan saya terpaksa pulang keasrama untuk teruskan pengajian. Masih terbayang di mata, ketika saya hendak pulang, saya peluk maktok, cium tangan dia, peluk dia.Biasanya, saya hanya salam tapi kali ni, saya sempat kata, “ Maktok, za minta maaf kalau sepanjang za jaga maktok,Za ada marah-marah maktok. Za tak niat, Za sayang maktok.” Maktok peluk saya erat, seperti tak mahu lepas.Maktok sempat kata “Tak apa, maktok tak kecik hati,maktok faham.Maktok maafkan semua anak-anak maktok dan cucu-cucu maktok.” Maktok senyum, manis! Berseri. Sebelum saya pergi maktok minta “Liza, jangan balik asrama, tinggal dengan maktok sehari aje lagi.” Saya geleng kepala. Saya kena pulang kerana saya perlu hantar kertas kerja untuk PMR ketika itu. Saya pulang ke asrama dengan berat hati.

Sehari selepas pulang ke asrama, jam 9.00 malam, saya terima pesanan dari seorang guru.Pesanan bertulis ‘Kemas barang, abah ambil, kita balik Penang, Tok saudara meninggal dunia’. Saya terima pesanan tu seperti tiada apa-apa. Memang saya ada Tok saudara yang sedang sakit di Pulau Pinang. Saya mula mengemas. Setengah jam berlalu, abah sampai di hadapan asrama bersama adik kecil saya. Tiba-tiba adik saya menjerit “Akak, maktok dah meninggal!” Saya terkedu, terpaku. MAKTOK??? Lemah seluruh anggota badan. Sepanjang perjalanan, dari Teluk Intan ke Pulau Pinang saya menangis tak berhenti. Permintaan maktok, kebumikan dia berhampiran kubur kedua orang tuanya di Pulau Pinang. Ketika itu, terdetik di hati – ‘Kalau lah aku teman maktok aku sehari lagi’…tapi…saya terpaksa pasrah.Saya redha, jodoh saya bersama maktok noktah di situ.

Al-Fatihah untuk arwah maktok tersayang – Rahmah bt Sharif, semoga roh maktok ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Amin.

Thursday, December 28, 2006

Jiwang Seminit...

*Entah la, sejak dua menjak ni, hati sering gundah gulana..tak tahu kenapa.

Dulu kalau masa bercinta zaman remaja, kalau sedih, aku suka layan lagu ni :-


Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan.

Bila dah kawin, aku suka lagu ni kalau aku tengah sedih :-

Siti Nurhaliza - Kembalikan Indah

Setitis air mata
Gugur ke bumi
Menjadi lautan kaca
Harusku renangi

Dimana kau menghilang
Kasihku rindu
Biar apapun menghalang
Jangahlah kau membisu

Inikah cinta menghiris jiwa
Kau biar hidup jadi melara
Sucikah cinta kau cemar janjinya
Bertarung aku dengan sengsara

Tak rela bersedih Dihimpit duka

Berkaca hati merintih
Pecah tak kuduga

Ingin ku meluahkan
Segugus rindu
Kembalilah keindahan
Cahaya di hatiku

Oh...kasih terbayang kenangan lalu
Oh..bersamamu
Berjanji setia tak ingin berpisah
Berdua dan selamanya

dan aku nak tujukan lagu ni untuk insan yang CINTAI - Azril Dahari Johari

Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Tuesday, December 26, 2006

lelaki,perempuan dan AKU

Lelaki
Kau tidak punya perasaan ?
atau
Perempuan
Kau yang terlalu memendam rasa?
AKU - hati lelaki kadang-kadang memang beku dan perempuan pula terus bertarung supaya hati tidak kaku.

Lelaki
Kau tidak pandai berkata-kata?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu banyak untuk dikatakan?
AKU - lelaki sering gunakan alasan 'pendiam' untuk senyap seribu bahasa dan perempuan terus berjuang supaya hubungan tidak kelam.

Lelaki
Kau tahukan apa interpretasi rajuk?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu ingin di pujuk?
AKU - lelaki sering kata, rajuk itu mengada-ngada dan perempuan terus buktikan rajuk itu tanda mesra.

Lelaki
Kau tahukah definasi sayang?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu dambakan kasih-sayang?
AKU - lelaki sering kata,sayang itu bukan dengan cenderamata dan perempuan redha,tapi jangan sampai ikatan menjadi dusta.

Lelaki
Kau tahukan apa erti sebuah cinta?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu taksub dengan cinta?
AKU - lelaki sering kata cinta itu tidak perlu di luah dengan kata-kata dan perempuan kata - amalkan lah,jangan sampai kami tunjuk kuasa!


rindu pada :
I never realised it before and now ..i know that...I LOVE YOU