Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, August 28, 2008

Huru Hara...


kat office ni..kadang-kadang aku duduk senang lenang walaupun ada kerja menanti..kadang-kadang..kerja urgent datang melayang-layang..terbang sampai aku rasa terhuyung-hayang..minggu ni..aku rasa huru hara..semua aku buat tak jadi..ayok!!

1. Aku ambil petty cash..patutnya dah pulang duit tu kalau ada baki..sampai last minit, aku masih tak pulang2..malas tahap gaban nak berjalan ke finance...

2. Aku kena print transkrip utk PTPTN..aku baca fileid no '380'..tapi aku taip '340'..habis 500 paper A4 aku print padahal result hanya 3 helai jek..bos kata...'suka buat minor mistake'..sorry bosh..saya melayang..hehehehe

3. Aku kena siapkan dokumen dan sudut 5S utk audit...aku tangguh2..sampai last minit aku kena lepak opis sampai malam..tu pun tak siap-siap..sampai la pagi td, baru siap..aku belasah jek...

4. Aku nak susun barang dalam laci..buka kotak thumb tack..abis berterabur semua..ayarkk..d
ah 1 kerja nak kutip balik...

5. Aku buat design utk file 5S ..nama 5S tukar ke QE...aku rasa, aku dah tukar semua..tp bila aku print..semua keluar 5S balik..lorr..tak kan aku ngingau lak...ayarkk!!

6. Ada sekali..aku pegang hp..nak taip msg, tiba tangan kiri aku mengigill...huhuhu..lapo ke? sejuk ke? ke gila? hahahaha...

7. Biasanya aku g kerja tuju ke MPH dulu..pagi tadi..aku bg signal kanan..sampai simpang..alamak..tersalah sudah..terus aku pusing ke kiri..sib baik takde kereta kat belakang..gagagagaa

cepatlah berlalu semua ni....celaru..keliru..haru biru.......................

Friday, August 22, 2008

Danish & Dadu


Semalam cikgu Danish call...dia cakap..Danish telan dadu.Ayark! Terkujat aku. Dia kata, Danish berebut dadu dgn kawan..so dia tak kasi kawan dia..dia terus telan..
Bila balik rumah..aku tanya dia..
Kenapa danish telan dadu? dia cakap..
"Kawan Danish asyik menang..Danish telan la"...
Haiyaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Ini mcm pun ada ke...

Friday, August 15, 2008

Nemo dah tiada...


Tadi, macam biasa, aku suruh Danish bg haiwan2 dia makan..tp Danish bergurau..binatang2 dia tak yah makan..puasa. Pastu dia gelak. Lepas bg makan si kura-kura, tina dan tod..Danish bg makan Shemo dan lps tu Nemo - si ikan Laga Danish. Aku tergerak nak tgk Nemo. Alamak! Nemo dah tak gerak. huhuhu. Aku bagi tau abe..danish dgr..Nemo mati. Ya Allah..dia meraung!! huhuhu..air mata meleleh2..dia tanya kenapa ikan dia mati? Aku cakap..semua benda hidup akan mati Danish...sambil menangis..dia cakap..' Tapi ikan Nemo kecik lagi..kenapa dia mati?' huhuhuh...Aku sebenarnya bukan tak sedih.Tapi tgk keadaan dia, kalau aku sedih, compem dia lagi sedih. Tapi aku biarkan je dia menangis. Aku janji beli ikan laga yg baru. Tapi nak yang macam Nemo - 'Biru tua'. Adush..jenuh la aku nak mencari..aku suruh Danish tido..sambil nangis..dia ckp 'Kalau Danish tido, nanti Danish mimpi Nemo' ..huhuhu..

Danish ..jgn sedih ya!! huhuhhuhu

Monday, August 04, 2008

Jalan2 Genting Highland...

Hari sabtu 2hb Ogos, abe ajak p Genting sebagai bayar hutang dia keja siang malam ..sabtu ahad. Plan nak tido sana, tapi bilik full semua sbb ada MTV Asia Award 2008. So ni ada lah sket gambar untuk di belek2.. ;)


Semoga Abadi Dunia dan Akhirat...

Sunday, August 03, 2008

Kalau aku sayang...


Kalau aku sayang,
Aku mahu sentiasa dekat dan ada masa utk bersembang...

Kalau aku sayang,
Aku mahu ucap, ungkap dan luahkan perasaan yang aku ingin di tatang...

Kalau aku sayang,
Aku mahu tahu apa saja yang sedang di lakukan tak kira malam dan siang...

Kalau aku sayang,
Aku mahu hati di selami supaya sayang tak melayang...

Kalau aku sayang,
Aku mahu tunaikan apa saja yang di ingini supaya hati sentiasa riang...

Kalau aku sayang,
Aku mahu sayang terus bertambah bukan makin hilang...

Kalau aku sayang,
Masa, jarak dan apapun rintangan bukan jadi penghalang...

Dan..
Rajuk ku..tangis ku..sedih ku..hanya untuk yang aku sayang...

ps:'Meminta pada yang ada..merajuk dan bermanja..hanya pada yang kasih'