Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, November 26, 2007

Workshop ICT MasterPlan

Hai! 15-17hb November 2007 lepas, aku dan semua geng exec ITMS di kerah dan di arahkan ke Retreat ICT MasterPlan utk UNITEN di Damai Laut Swiss-Garden & Resort,Lumut,Perak . Maka kami pun berkoyan2 la ke sana menaiki bas. Ni ada la gambar sket nak share...ahaks!


Sunset @ Damai Laut, Lumut..mmg mendamaikan..

Workshop Time..agak penin..tp still enjoy!

Posing Time..sambil menyelam,sambil minum air la kan?

Santai Time..macam kanak2 rebena..teringat zaman sekolah.beshnya..

Saujana mata memandang,hati sungguh tenang..

Friday, November 23, 2007

Gajah Berkaki 4..Gelek Gelek

Hari ini aku ada persembahan mewakili Unit sempena Hari Keluarga UNITEN..hasil daripada penat lelah berlatih tak sampai seminggu.ni hasilnyaa..enjoy! ahaks!


amacam? best tak ? best? hahha..best siot...

Tuesday, November 20, 2007

Satu Jam Seribu Kisah

Tadi aku godek2 pc ni,sekali terjumpa balik 'tulisan' aku tah bila punya..so aku tepek kat sini..ahaks!


Gambar hiasan : Tengah fikir masalah dunia..kuikuikui

Aku duduk bersama suami di foodcourt pusat membeli belah yang terkenal di Sri Kembangan. Baru selesai menonton wayang – Da Vinci Code. Sambil melayan fikiran – macam mana aku boleh nak tengok sangat cerita tu? Cerita tentang agama mereka yang tak tahu mana benar dan betulnya.Mudah betul memperkotak katikkan agama hanya untuk mendapat hasil cerita yang tah apa2.Sesak kepala! Walhal tujuan aku sebenarnya ingin bersantai menonton wayang,akhirnya kepala aku yang pusing dan pada masa yang sama, perut berlagu kerongcong,menanti makanan yang dipesan yang tak sampai-sampai, mata aku melilau melihat keliling.

Di hadapan aku, duduk lima hingga enam orang budak-budak yang aku tak pasti usia mereka.Lihat dari rupa, masih di bawah 15 tahun. Lihat dari pakaian, dah macam budak lepas sekolah. 5 lelaki, seorang perempuan.Si perempuan berbaju ketat, berjeans sendat, yang si lelaki,berambut karat, gaya ultraman, berbaju dengan gambar tah apa-apa,lagak seperti org dewasa. Aku geleng kepala. Teringat zaman sekolah dulu, aku tak semudah budak-budak yang di depan mata berpeleseran terutama dengan baju yang tah apa-apa. Aku masih ingat, aku bebas keluar dengan kawan-kawan tanpa sebarang pengawasan hanya selepas SPM. Itu pun aku kena buat ‘report duty’, di mana aku, ke mana aku, dengan siapa aku.Huh! Ketika itu memang aku terasa di kongkong, tetapi bila sudah dewasa, keluar melihat dan menghadapi sendiri dunia luar, aku pasti, anak-anak aku nanti,WAJIB aku lakukan perkara yang sama.Sama seperti abah dan emak lakukan pada aku.Biar aku dikatakan tak moden, yang penting anak-anak aku tak jadi macam anak-anak yang ada di depan mata aku ni.

Makanan masih tak sampai, susah sangat ke nak masak Tenppayaki ni? Perut sedang lapar, pandang orang sekeliling rasa semua serba tak kena. Suami di depan mata pun aku dah tak pandang, tak mengapa, balik nanti masih boleh mengadap dia, waktu santai, biar aku lihat gelagat manusia di ruang legar mata aku pulak.Tiba-tiba terpandang si teruna dan dara (ye ke?) sedang berfikir nak makan apa agaknya. Aku pandang gelagat mereka.Si dara berbaju ‘tiub’ (baju ke ni?), nampak dada, nampak pusat.Em, tak kisah la dia nak pakai apa,bukan masalah aku. Yang pelik pada pandangan aku, dah pakai macam tu, kenapa sibuk tertarik-tarik baju tu kebawah, seolah-olah nak cover apa-apa yang tak patut nampak tapi dah tertunjuk.Kalau segan,kenapa pakai? Kalau malu, kenapa berani keluar macam tu?Aku membebel seorang diri,suami hanya tersengeh.Isk lelaki, suka la tu benda-benda macam tu.Doa aku dalam hati, minta simpang malaikat 44 zuriat aku terjebak dalam perkara-perkara yang menyakitkan mata aku.

Yang di nanti tiba – Tenppayaki Seafood.Nampak menarik, tapi menarik lagi pasangan yang aku nampak di penjuru mata kanan aku. Aku curi-curi pandang gelagat mereka.Mesra tapi pelik! Si lelaki nampak berusia, berseluar jeans, berbaju t-shirt di semat kemas ke dalam seluar.Tali pinggang berkilat. Sekali pandang, aku yakin dia suami orang, tapi tak kan lah gadis disebelahnya yang terlalu muda di pandangan mata aku itu isterinya.Kalau anak, aku percaya.Dari segi tingkah laku, macam pasangan bercinta atau mereka Teman Tapi Mesra? Perut berlagu lagi. Sambil menikmati hidangan, mata aku masih terarah kesitu. Terasa kelakar pulak melihat merpati dua sejoli tersebut dan kalau lah mereka bukan suami isteri, apa yang sebenarnya si gadis itu cari dengan lelaki yang boleh di anggap bapa itu? Kata orang, yang tua lah banyak pengalaman.Manis mulut, merajuk di pujuk, minta itu ini diberi.Sekali lagi aku berdoa di dalam hati, minta jauhi perkara seperti ini,ye lah kan, suami depan mata ni pun kadang-kadang bukan boleh percaya. Esok lusa duit makin bertambah, silap haribulan nak tambah cawangan pulak? Opss..

Puas memandang dan perut dah kenyang, aku dan suami melangkah ingin berlalu pergi, namun mata masih memerhati. Aku lihat satu lagi pasangan. Si perempuan tertarik-tarik tangan si lelaki yang kadang-kala seperti cuba melepaskan tangan si perempuan. Aku lihat, si lelaki berdiri jauh sekaki ke belakang, kadang kala cuba tersengeh bila si perempuan memandang. Bila si perempuan pandang ke depan, si lelaki menguap. Aku senyum sendiri. Kalau pasangan yang ini, aku sangat pasti – mereka adalah suami isteri. Kenapa ya aku begitu pasti? Kerana kadang-kala apa yang aku lihat tadi, pernah terjadi dalam hubungan aku dengan suami. Em, lelaki, masa bercinta, sibuk nak berkepit, dah kawin lebih-lebih lagi nak beranak pinak, itu lah terjadi. Apapun, walaupun begitu lagak si suami, aku masih bersyukur, sekurang-kurangnya suami masih mahu menemani daripada suami-suami yang biarkan isteri lakukan segala-galanya sendiri. Kesian..

Bila dalam kereta, aku senyum sendiri bila teringat gelagat manusia.Macam-macam ada.Agaknya, aku dan juga suami turut diperhati,siapa tahukan?



Indahnya alam ni kan?
Lokasi : Damai Laut, Lumut

Tuesday, November 13, 2007

My Celebrity Look-alikes

Haha..ni saja suka2 layan perasaan di saat otak sesak dgn kerja ..bukan nak poyo,saja nak suka2..teknologi kena ikuti..mcm budak2 la pulak..janji kita enjoy!! layan...

My cool celebrity look-alike collage from MyHeritage.com.
Get one for yourself.

Ni gambar setelah 'make-over'..



Ni natural beauty..kui..kui..kui

Wednesday, November 07, 2007

Kisah mereka berdua...

Buah Hati Pengarang Jantung

Fikiran ni kacau betul! Tapi tak tahu apa yg kacau sangat.Lately, sejak nak habis tahun ni, aku penin dok fikir tentant anak2 yang semakin membesar dan kadang2 aku terfikir sampai usia mereka remaja..besarnya cabaran nak didik anak2 ni.Aku jadi takut bila mereka makin dewasa.Jadi apa mereka nanti? Kadang2 kisah zaman remaja aku buat aku fobia untuk melihat sendiri zaman anak2 aku nanti.Adakah sejahat aku (Consider jahat la..), atau entah...Kata teman, hantar je p Tahfiz, nanti boleh bawak 10 orang terdekat masuk syurga.UIks...terms and condition apply kot..aku rasa.Tak semudah itu nak cium bau syurga.Kadang2 aku terlebih fikir..sepatutnya sekarang aku fikir..tahun depan Danish nak sekolah mana,dia dah 5 tahun.Nak masuk tadika mana?

Danish Hakimi
Danish Hakimi

Danish Hakimi tahun depan 5 tahun. Masih tak tahu membaca walaupun bijak berkata2 dan merepek merapu.Pada aku dan babah,Danish dah consider lambat la membaca coz aku dan abe sendiri dah boleh baca ketika umur dia sekarang.Aku tak ingat macam mana aku boleh membaca, tapi aku tahu aku belajar dari AEIOU.Danish kat nursery sekarang belajar guna kaedah fonetik..A bunyi nya A..B bunyi BEH..C Bunyi CEH..adeh.Aku sendiri tak tahu mcm mana nak ajar dan aku sendiri bukan lah boleh nak mengajar, nanti makin panjang telinga dia.huhuhu. Tahun depan aku target dia dah boleh baca,insyaAllah, aku cuba. Em,walaupun slow sikit dalam bab bacaan ni, alhamdulillah, danish dah boleh menambah dan menolak.Ai, tak kan ikut abe lak? Kalau ikut aku, memang gagal la matematik.hakhakhak. Macam tu juga dengan English, he can talk some2..muahahah and sometimes he talks like bangla..'Dont Babah..I dont love it'..'No Babah, that is moon, no aeroplane becoz it not go' ..hahaha..pecah gelak aku.Dia nak cakap 'it's no moving'..kadang2 dia akan sebut vocab baru dan akan cakap..'Ibu, danish belajar dari kartun tau ayat tu'..hah! nak saiko aku la tu konon2 kartun tu bagus..tak yah la danish..ibu ni makan garam dulu..Sekarang nak buat keputusan nak hantar ke tadika mana? mama2 yg baca blog ni..ada idea? pilihan pertama aku.Tadika ABIM..hehehe..ke awal sgt nak anto tadika mcm tu? Penin..

Dania Hamimi
Dania Hamimi

Dania Hamimi tahun depan 2 tahun.Budak ni memamg manja gila ngn aku and tak mau ngn babah.Dania slow sket dari danish.seingat aku, masa danish umur2 dania sekrang, dia dah boleh nyanyi..dah boleh sebut ABC..mengira..tapi Dania belum berapa nak boleh.Takpe lah kan? bukan semua anak sama.Dania pun dah nak kurus sebab lasak dan tak berapa kuat nak makan.Kat nursery,pengasuh kata,dia garang..mcm ketua darjah.hahaa.memang garang pun.Selalu buli abang dia.Kesian pulak kat danish yg byk beralah.Lately dania suka sebut 'Dania..udak ..emuk' (dania budak gemuk)..sapa la punya kerja ni.Sure kat sekolah cikgu panggil dia budak gemuk.Jenuh aku ubah..'Dania budak cantik'...tp dia still..'udak emuk'..hampeh jek.Apapun, dania rajin..boleh di harap lah.Kadang2 aku main suruh dia jek amik apa2..senang kerja.Dania suka baca buku..suka menulis.Alhamdulillah, anak2 aku bukan jenis conteng dinding..kalau tak,sure jadi balai seni lukis umah tu.Tahun depan, dania masih di tempat yang sama..dan aku dah beritahu danish, dia tak sama sekolah ngn adik dia next year.

Cepat betul dia org membesar..dan aku pulak..makin meningkat usia..tp perjalanan hidup ni indah kan?

ps: rindunya zaman kanak2...