Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, September 21, 2006

My Heart


Wednesday, September 13, 2006

Tech Ed SEA 2006

Hari itu dah berlalu..kira2 4 hari yg lepas, tapi kenangan dan pengalaman kesitu, masih lekat dlm fikiran aku..masih teringat2, bangun seawal 6 pagi, siapkan diri, siapkan anak2 lalu hantar ke rumah pengasuh dan nursery.Kesian. Jam 7 pagi, masing-masing dah bawak diri menuju kedestinasi sendiri. Aku dan abe, menyusur jalan...arghh..JAM! aku tak pernah lalu semua ini.Kebiasaan, waktu2 begini, aku masih dirumah bersama anak-anak..tapi kali ini,aku duduk sebelah abe, merasakan apa yg dia rasa setiap pagi.Dari Bangi ke PJ, rasa seperti berperang dan bertarung nyawa.Huh! kenderaan bersimpang siur..mcm2 gelagat.Yg bermotor, baik punya cilok..yang berkereta drive ikut suka ..tujuan semua sama, ingin sampai segera ke destinasi.

7.45 aku sudah tercegat di stesen LRT Universiti.Hari pertama, agak teruja..kelihatan manusia berlumba-lumba..uikss..panjangnya baris..huhuhu.ini kali pertama, aku lihat orang Malaysia berbaris utk naik bas, naik LRT.huhuh..macam kagum pulak.Aku berbaris sama.lawak pun ada.gegege.Baris tetap baris..train berlalu pergi..dari pertama sehingga yang ke lima..aku masih setia menanti.Uikss..bila nak sampai mcm ni.Bila dpt naik..Ya Allah, macam sardin..semput, gelap..tak nampak apa2. Aku sendiri berdiri di bawah ketiak orang..waaa..kenapa teruk sgt ni. 4 hari..berebut..berasak..aku betul2 insaf.Kesian..kesian pada mereka yg terpaksa lakukan ini semua setiap hari.nasib baik aku hanya 4 hari..semata-mata untuk hadiri seminar di KLCC.

Itu cerita keretapi.Sampai pula ke destinasi..lain pula cerita.Lokasi yang gah, di tempat kawin SITI, aku dan kawan2 berkumpul bercerita pengalaman tiap2 pagi.Semua terasa..SYUKURNYA berkerja di tempat sendiri..hehehe..baru semua nak hargai apa yg tak pernah di sukai..hahahaa.Seminar bermula seawal jam 8.30 pagi..pukul 9 perut dah berbunyi minta diisi..hari pertama, layan Burger King..amik kau, sarapan pagi saja RM7.20..huhuhu.Hari kedua, aku dan kawan mencari yg biasa2 saja..tapi tak jumpa, layan sizzling mee, RM6.50 dan basahkan tekak dgn air mineral..air free.Bukan kedekut, tapi tak berbaloi rasanya utk beli secawan kopi yg entah berapa pula harganya.hehehe.Hari ke 3,cari nasi lemak..ada! Tapi RM3.00 utk nasi lemak biasa..omangg aii..gila apa.Nak buat apa? perut dah lapo gila..belasah je la..Hari ke 4, lawan nasi lemak lagi..RM2.80..kalau kat bangi..RM0.80 je rasanya..mcm biasa, air tak order..minum kat tempat seminar jek..hahahaha.Nasib baik la lunch disediakan..huhuhuhu.

Seminar apa ek? emm..malas nak cerita.nnt aku terbuka rahsia.hahahhaa..




Gambar penyeri cerita. Me @ KLCC Conversation Center: 5-9/09/2006