Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Saturday, September 15, 2007

Chori chori (diam-diam)

Mereka menyanyi..menari..berpelukan...dengan irama lagu yg begitu syahdu dan lirik yang benar2 menyentuh kalbu..romantisnya! Telatah mereka, ungkapan kata, lirikan mata benar-benar mengambarkan betapa indahnya CINTA. Betul kah sebegitu indah sebuah percintaan? Benarkah begitu manisnya ikatan kasih sayang? Perlukah sebuah nyanyian atau sekurang2nya sebaris kata2 sayang untuk mengambarkan betapa cinta itu ada? Perlukah belaian yang mengasyikan untuk mempamirkan betapa kasih sayang itu wujud jiwa? Alangkah indahnya dunia jika apa yang di lakonkan adalah sebuah kenyataan..hidup dalam percintaan yang sentiasa aman. Cinta itu lambang kesungguhan, lambang kesucian sebuah perasaan.

Arghh..apa la yang aku merepek tengah2 mlm ni.Hehehe..tu semua adalah sinopsis otak aku selepas menonton filem hindustan sorang2 tadi.Chori chori..lakonan Ajay Devgan dan Rani Mukrajee.Betapa cinta merobohkan sebuah keegoan dan kasih sayang menghanyutkan sebuah kepura-puraan.Aku cuba letakkan diri aku sebagai Rani dan suami sebagai Ajay.Opss..bukan letak fizikali la ek.kang kata perasan lak.Aku cuba jd mereka dlm cerita tersebut..cuba rasakan betapa romantisnya sebuah percintaan..emm..aku mungkin boleh jadi Rani, penuh dengan kata2 cinta..tapi, boleh keh suamiku jadi Ajay? Hahahah..terbalik dunia ni kalau dia jadi macam tu.Meluahkan kata2 dari jiwa, mengungkap baris2 ayat yang tak pernah ada dalam dirinya..Ohhh tidak..tak mungkin terjadi.Tak tahu kenapa..bila berbual dengan teman2 yang sudah berumahtangga..kadang2 masalah dirasakan hampir sama. Suami tak romantis..tak pandai bermain kata2.Pentingkah semua tu? Emmm..tak tahu atau aku menipu? Entah...aku tak tahu atau mungkin terima seadanya kerana aku sendiri kadang2 tah apa2..Demi Allah, walaupun dia tidak seromantis Hero Bollywood atau semacho hero Hollywood..sayang aku pada dia..cinta aku pada dia...tetap ada..cuma pasang surut lumrah biasa..aku kan manusia biasa..begitu juga dia...

Bab kata Siti Nurhaliza...Sayangi Daku..Peluklah Daku..Janji Dengan kU..Semai Cinta Nan Satu...


Tuesday, September 04, 2007

Seronoknya Bercuti!!

Hai...
Cuti Merdeka baru2 ni, aku dan famili naik genting lagi..seronoknya rasa. Bukan seronok apa..seronok tiba2 aku lupa pasai kerja..aku lupa aku bukan surirumahtangga sepenuh masa..Cuaca kat Genting boleh tahan sejuk juga la sbb kadang2 hujan..kadang2 OK..Ok la..tgk la gambar budak2 ni..gambar ibu ngn babah tak yah...hahahaha..




bagus gak ada mende ni..senang kerja aku..hakhakhak