Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, May 20, 2008

Mimpi itu..


Mimpi itu..
Mimpi yang membawa sebuah penginsafan...
Mimpi itu..
Mimpi yang mengajar aku erti penghargaan...
Mimpi itu..
Mimpi yang memberitahu aku maksud kesepian...
Mimpi itu..
Mimpi yang menterjemahkan sebuah kesakitan...
Mimpi itu..
Mimpi yang mengembalikan segala2nyaaa...

Maafkan aku di atas ..
kekufuran.
Maafkan aku di atas..
keterlanjuran.
Maafkan aku di atas..
kesakitan.
Maafkan aku di atas..
Maafkan aku..............

Tuesday, May 13, 2008

3 in 1

Semalam abe asyik call aku suruh balik kerja awal..sebenarnya aku dah tau kenapa dia suh balik awal. Sampai kat umah...

abe hulurkan beg ni...

dalam beg tu ada ni...

dalam kotak tu ada benda ni...
Yay! jam idaman hati..tapi abe kata..ni hadiah 3 in 1..Belated Birthday, mothers day dan anniversary ..ek elek..anniversary lambat lagi ek.bulan 8...ini tidak adil.. ;b

Apapun, thanks..tp kalau dpt on the dot kan lagi best.. ;)


Thursday, May 08, 2008

Something from Danish


Bunga Dari Danish - Thank You Very Much.

Mothers day belum lagi menjengah..tapi aku dah dapat something. Semalam Danish balik dr sekolah..dia ckp,
"Ibu..danish ada sesuatu utk ibu" Dia keluarkan 3 kuntum bunga tisu..buat dgn cikgu kat sekolah..
"Alamak..dah penyek..kejap ya Danish betulkan." kelakar aku tengok.
"Bunga ni utk hari ibu"..alahai...thanks sayang..
Yang aku jadi kelakar or maybe terharu, sejak birthday aku tempohari dan sampai la ke pagi tadi..dia masih dok tanya...
"Ibu, happy birthday ibu dah lepas kan? Babah kasi apa??" Aku senyum jek..aku ckp takde apa-apa.
"Sian ibu kan? Kenapa babah tak beli? Nnt bila danish besar..danish 9 tahun, danish belikan ibu hadiah ya..ibu nak kotak yg ada bunyi lps tu ada org menari pusing2 tu kan??" huhuhu..dia masih ingat lagi rupanya music box yang aku tunjuk pada dia..padahal benda tu dah lama..
"Ibu nak apa ya? "
Aku sengeh ckp kat dia.."Ibu nak..Danish jd budak baik..tak gaduh2 ngn adik..dengar cakap ibu..boleh? " dia angguk..
Doa ibu sentiasa untuk kalian bertiga walaupun tiada hadiah apa2.. sayang semuanya..

Tuesday, May 06, 2008

Seluhur hati Taurus


Seluhur hati Taurus - petikan dr karangkraf.com


PERSONALITI
Penyabar dan jujur adalah dua sifat utama seorang Taurus. Taurus juga memerlukan kestabilan, perlindungan serta latar belakang kewangan yang mantap. Perlindungan emosi dan keperluan hidup amat perlu bagi Taurus yang baik hati dan berjiwa penyayang ini.

PEMIKIRAN
Taurus berfikiran sistematik, tersusun, berhatihati dan muktamad. Sekiranya Taurus membuat sesuatu keputusan, amat sukar bagi mereka untuk mengubahnya. Taurus tidak suka mencari jalan mudah dan tindakan mereka terbukti wajar. Pendengar yang baik Dengan daya penarik semula jadi, Taurus menjadi kesayangan orang di sekeliling. Suara Taurus yang lembut amat sesuai untuk memberi nasihat kepada orang. Taurus juga menjadi tempat mereka yang memerlukan kerana Taurus merupakan pendengar paling baik.

CINTA
Dalam soal cinta pula, Taurus amat mencintai pasangannya. Pun begitu Taurus terlalu mengongkong dan amat cemburu. Sikap ini boleh meretakkan hubungan cinta yang dibina.

KEWANGAN
Taurus tidak suka mengambil risiko. Mereka suka kepada kestabilan dari segi pendapatan dan keperluan hidup. Taurus mudah tertekan sekiranya berhadapan dengan masalah kewangan. Disebabkan itulah, kebanyakan Taurus terpaksa menerima kerja yang tidak disukai. Karier dalam bidang perbankan, insurans dan pelaburan saham amat sesuai untuk mereka. Kebanyakan ahli muzik profesional juga terdiri daripada warga Taurus.

KESIHATAN
Taurus memang ‘kuat’ makan dan berat badan mereka juga mudah naik. Diet yang seimbang dan sihat amat sesuai untuk Taurus. Mereka juga sangat menggemari aktiviti sukan.

Simbol: Lembu jantan
Planet: Venus
Permata: Zamrud
Warna: Pink, Biru pucat, Hijau dan Warna pastel.

Monday, May 05, 2008

Danish Sports day..

3hb May ari tu..tadika Danish wat sports day..apa la punya hari sukan..buat masa org tgh cuti panjang. Nak tak nak, kena gak balik dari ipoh Jumaat malam sabtu tu. Ingat tak nak pi, tak nak bg danish rasa 'moment' bersukan..seronok kan tgk anak2 seronok?? Kalau nak ikut seronok sendiri..dok je diam2 kat kampung..makan tido..makan tido..

Acara Danish 1 jek..lari bawak bola dlm gelung. Team dia menang..adiah nya 'madle' jek..hahaha..ok la tu..kata nak suka2..ni beberapa gambar utk moment Danish Hakimi...Dania lak sibuk jek...nangis2 nak dok kat abg..tgk pic..dia asyik menyelit jek kat abg dia.. adehh!!

It's my birthday



Hari ni dah 5 hb May,maknanya umur aku dah 30 tahun..5 hari..Ada org dah wish aku join 30's club...emm..tak pe la..umur je tu..physically and my mind still 18..hahahah..mcm tahun2 lepas..birthday is just a birthday..tiap2 tahun, aku akan golek2 minta hadiah..tahun ni..aku redha jek apa yg datang .. tp apa yg aku hint kan..I still want it.. kalau birthday takde adiah..ari ibu nnt..lg la kot..gigit jari la.. gagagaga


I always dream of (jiwang karatz seh) :






Romantic candle light dinner :}


Suprise birthday cake..just like I did to him :b


A lovely bracelet watch from fossil.. can aa?? ;)


but..this was my 'real' birthday celebration...a piece of cake with tom yom kung at Secret Receipe on 30th April 2008..thanks abang.. :*