Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, May 06, 2008

Seluhur hati Taurus


Seluhur hati Taurus - petikan dr karangkraf.com


PERSONALITI
Penyabar dan jujur adalah dua sifat utama seorang Taurus. Taurus juga memerlukan kestabilan, perlindungan serta latar belakang kewangan yang mantap. Perlindungan emosi dan keperluan hidup amat perlu bagi Taurus yang baik hati dan berjiwa penyayang ini.

PEMIKIRAN
Taurus berfikiran sistematik, tersusun, berhatihati dan muktamad. Sekiranya Taurus membuat sesuatu keputusan, amat sukar bagi mereka untuk mengubahnya. Taurus tidak suka mencari jalan mudah dan tindakan mereka terbukti wajar. Pendengar yang baik Dengan daya penarik semula jadi, Taurus menjadi kesayangan orang di sekeliling. Suara Taurus yang lembut amat sesuai untuk memberi nasihat kepada orang. Taurus juga menjadi tempat mereka yang memerlukan kerana Taurus merupakan pendengar paling baik.

CINTA
Dalam soal cinta pula, Taurus amat mencintai pasangannya. Pun begitu Taurus terlalu mengongkong dan amat cemburu. Sikap ini boleh meretakkan hubungan cinta yang dibina.

KEWANGAN
Taurus tidak suka mengambil risiko. Mereka suka kepada kestabilan dari segi pendapatan dan keperluan hidup. Taurus mudah tertekan sekiranya berhadapan dengan masalah kewangan. Disebabkan itulah, kebanyakan Taurus terpaksa menerima kerja yang tidak disukai. Karier dalam bidang perbankan, insurans dan pelaburan saham amat sesuai untuk mereka. Kebanyakan ahli muzik profesional juga terdiri daripada warga Taurus.

KESIHATAN
Taurus memang ‘kuat’ makan dan berat badan mereka juga mudah naik. Diet yang seimbang dan sihat amat sesuai untuk Taurus. Mereka juga sangat menggemari aktiviti sukan.

Simbol: Lembu jantan
Planet: Venus
Permata: Zamrud
Warna: Pink, Biru pucat, Hijau dan Warna pastel.

5 Comments:

  • suke la artikel ni..... mcm kena lak especially yang personaliti(prasan sendiri) and kesihatan. Kalau part pemikiran tu my hubby selalu kata degil. Cinta tu pun tepat tapi tak lah pulak mengongkong :)

    By Blogger alizajaafar, at 4:57 PM  

  • hai kak liza.. mmg betul. Org kata taurus degil..dan semua org tahu.:D

    sama lah..zaman kongkong dah lepas..setia dan cemburu tetap ada..

    By Blogger azzalyzaa, at 6:42 PM  

  • Salam..

    Happy belated birthday..5 May ye..yang ke? opsss mana leh kongsi yek rahsia tu....

    Udah nonton belum Ayat-ayat Cinta? Sedih bangat ceritanya tu...

    Kapan ke Bandung lagi?

    By Blogger Landak, at 12:14 AM  

  • Hai Mr Landak..

    TQ..waduh, udah lps pak ulangtahunya..30th April..

    Bandung? takde orang nak ajak..tunggu penginapann free kot.. :D

    ayat2 cinta ada main kat sini ke??

    By Blogger azzalyzaa, at 8:29 AM  

  • Saya udah nonton filem itu di Bandung..Jugak beli CD bajakan dari sana tapi cd keduanya kurang bermutu.

    Sedih ceritanya..tapi lebih afdal baca bukunya dulu baru nonton..

    Nanti pulang bilang sama Bapak Azril hantar lagi repair ke Hickham...bisa dikesana lagi..

    By Blogger Landak, at 2:13 PM  

Post a Comment

<< Home