Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, April 10, 2007

Munirah

Munirah duduk berteleku di atas sejadah. Selepas memanjatkan doa ke hadrat Illahi, tiba-tiba air mata turun membasahi pipi gebunya. Dadanya terasa sebak. Hatinya terasa sayu, hiba, cengeng dan bermacam-macam lagi perasaan sedih membaluti diri. Dia bangun, melipat telekung dan menyidai sejadah ditempatnya semula. Dengan langkah yang lemah, dia menuju ke birai katil di kamar beradunya, kemudian berbaring. Dia menatap siling bilik, merenung kipas siling berpusing dan sekali-sekala menjeling ke arah almari yang terletak dibucu bilik. Air mata yang tadinya mengalir ke pipi, kini sudah bertukar haluan, turun dari penjuru mata dan terus membasahi bantal tidurnya. Munirah seperti hilang pedoman, hilang pegangan.Dia menangis sepuas sehati seperti meratapi satu permergian yang tidak di redhai. Munirah seperti lupa diri, lupa dengan takdir yang ditetapkan oleh Illahi. Sedu-sedannya jelas kedengaran dihening subuh yang sejuk dan sepi.
Ketika Munirah sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba terasa bahunya disentuh dan kepalanya diusap mesra oleh suami tercinta, Muzaffar yang tadinya sedang menyucikan diri di dalam bilik mandi. Muzaffar yang hairan melihat gelagat isteri pagi ini, terus membelai mesra Munirah walaupun dia telah berwuduk untuk solat Subuh.
“ Kenapa ni sayang? “ soal Muzaffar lembut.
Munirah terus menangis sambil memejamkan mata. Dia tidak tahu samada perlu menceritakan apa yang terbuku dihatinya, atau terus menangis seorang diri. Mungkin dia terlalu beremosi, terlalu mengikut kata hati.
“ Ira, tak elok nangis pagi-pagi ni, tak masuk rezeki nanti.” Muzaffar terus memujuk walaupun bunyinya agak lucu, persis memujuk anak kecil. Mungkin itu masalah lelaki, tidak pandai menyusun kata untuk memujuk hati isteri. Munirah bangun dan terus memeluk erat suami tersayang.
“ Abang..hari ni 9 haribulan Mei kan?” tanya Munirah dalam keadaan dengar dengan tidak.
“ Ya, kenapa ni Ira? Apa tarikh ni dah buat sampai Ira nangis macam ni?” gurau Muzaffar.
“ Abang tak ingat tarikh ni tarikh apa?” Soal Munirah sambil mengesat air matanya yang masih mengalir lesu. Muzaffar berkerut dahi.
“ Em, hari ni, abang tak ingat, tapi kalau semalam, 8hb Jun 2005, abang ingat la, hari Ibu. Kenapa? Ira nangis sebab tak dapat hadiah ke?” Muzaffar terus bergurau dengan tujuan untuk meredakan gundah di hati isteri. Tiba-tiba tangisan Munirah semakin menjadi-jadi. Dia kesal kerana suaminya tidak mengingati tarikh yang sepatutnya menjadikan tarikh paling bahagia dalam hidup insan yang baru mendirikan rumah tangga.
“ Ira, tolong lah jangan macam ni. Cerita pada abang, apa masalah Ira? Kalau Ira terus nangis macam ni, sampai bila pun masalah tak boleh selesai.” Muzaffar sudah mati akal untuk memujuk. Dia memang sudah tidak berdaya untuk bermain kata-kata. Muzaffar sedih melihat keadaan isteri, tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang bersarang dihati bidadarinya itu. Muzaffar memicit-micit dahinya sendiri, berfikir apakah yang patut dilakukannya lagi untuk menghilangkan hiba isteri.
“ Abang…..” Munirah bersuara sayu.
“ Ya, sayang. Kenapa? Dah sedia nak cerita pada abang?” Muzaffar membelai rambut Munirah.
Munirah memandang wajah suaminya. Wajah yang penuh ketenangan, wajah yang sentiasa bersih dan wajah yang cukup memberikan dia kebahagiaan. Rasa bersalah tiba-tiba menyelimuti hati Munirah kerana membiarkan suaminya berduka. Munirah menarik nafas, membina semangat semula dan meleraikan kekusutan yang merantai diri. Munirah tunduk, memegang tangan Muzaffar dan menciumnya, memohon maaf. Berkerut dahi Muzaffar melihat telatah isteri. Dia mula risau, mula gelisah kerana Munirah tidak pernah berperangai begitu.
“ Munirah, kenapa ni? Tolonglah cerita pada abang, tolong jangan buat abang susah hati macam ni.” Muzaffar mengangkat muka Munirah yang dari tadi asyik tunduk memandang bumi. Di beleknya wajah bujur sirih isteri yang kemerah-merahan kerana air mata yang tidak berhenti-henti. Matanya terus meratah wajah yang menjadi idamannya itu, cuba mencari apa punca insan yang disayangi berkelakuan tidak keruan pagi itu. Sakitkah?
Muzaffar merangkul Munirah ke dalam dakapannya.Sambil membelai isteri, Muzaffar sempat menjeling ke arah jam di dinding. Tinggal 30 minit sahaja lagi matahari akan menjelma menandakan waktu subuh akan berlalu pergi. Muzaffar teringat dia belum menunaikan kewajipan kepada yang SATU, tetapi hatinya berat untuk membiarkan isteri seorang diri. Muzaffar menghela nafas panjang tapi lemah. Dia pening kepala memikirkan tentang 9 Mei yang dimaksudkan oleh Munirah. Muzaffar pasti, hari ini bukan ulang tahun perkahwinan mereka, bukan tarikh lahir Munirah, bukan tarikh lahirnya, bukan tarikh lahir ibubapa mereka dan dia pasti, tiada apa yang penting yang perlu diingati hari ini. Ah! Muzaffar mengeluh sendiri. Pening! Munirah masih membisu, masih menahan sendu.
“ Ira, abang belum solat subuh lagi. Abang solat dulu. Ira fikirlah sama ada hendak cerita pada abang atau tidak. Tapi harapan abang, Ira luahkan apa yang terbuku. Abang sedih tengok Ira macam ni. Kan kita dah janji, susah senang tanggung bersama. Ira fikirlah ya.” Muzaffar berlalu dan Munirah masih diam membatu. Air mata masih mengalir walaupun lesu.
Munirah jadi tidak menentu. Perlukah dia mengungkit kembali kisah lalu yang dia sendiri sudah berjanji tidak akan memperkatakan tentangnya lagi. Enam bulan lepas setelah hampir seminggu dia mengalirkan air mata, di atas katil ini lah dia berjanji pada Muzaffar tidak akan menangisi apa yang telah terjadi, berjanji menerima takdir yang Esa dan berjanji menerima hakikat bahawa apa yang telah berlaku ada hikmahnya. Tetapi pagi tadi, tiba-tiba hatinya terasa hiba yang amat sangat selepas terpandang tanda bulat pada tarikh 9 Mei 2005 yang ditanda pada kalender di atas meja solek, hampir lapan bulan yang lalu. Hatinya bertambah hiba kerana Muzaffar masih tidak ingat apa yang sepatutnya terjadi pada hari ini. Mungkin Muzaffar mahu mengotakan janji yang mereka sama-sama akan melupakan peristiwa yang menyedihkan itu. Munirah tahu, Muzaffar turut bersedih dengan apa yang berlaku, cuma mungkin dia tidak setabah Muzaffar untuk melalui tarikh ini.
Muzaffar masuk ke dalam bilik sambil tersenyum ke arah isteri dan terus menghampar sejadah untuk mengadap YA-Rahman. Sebelum memasang niat dan mengangkat takbir, sempat dia berpesan kepada isteri tersayang.
“ Semoga Ira dapat ketenangan dan abang sentiasa bersedia untuk bersama masalah yang Ira hadapi.”
Hampir lima minit Muzaffar bersembahyang, menyembah Tuhan yang satu. Ketika itu juga, Munirah masih berkira-kira samaada meluahkan apa yang dirasa atau melupakannya saja. Munirah takut apa yang akan disampaikan akan mengundang marah suami tercinta kerana memikirkan benda yang sia-sia, buang masa malah menyusahkan orang saja.
“Okey sayang, cepat. Abang kena pergi kerja lepas ni. Kalau ada masalah, ceritakan. Abang sedia dengar dan kalau boleh abang tolong, abang tolong. Kalau Ira sakit, jom kita gi klinik. Kalau Ira nangis sebab kena gigit semut, nanti abang gigit semut tu balik.” Ira mencebik. Geram pula dia dengan Muzaffar. Sempat pula dia bergurau dalam keadaan dia seperti itu.
Muzaffar masih menanti. Ditenungnya Munirah dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terlalu cantik! Itu saja yang mampu di luahkan sekiranya ada yang bertanya tentang isterinya dan memang ramai mengakui tentang kejelitaan Munirah, namun ramai yang gigit jari bila hati Munirah telah berjaya ditawani.Muzaffar percaya, sekiranya jejaka-jejaka yang mengilai Munirah dahulu melihat Munirah tanpa tudung kepala, rasanya pasti ada yang sanggup melutut memohon simpati agar kasih mereka disambut oleh yang dicintai.
Ketika pertama kali menatap Munirah selepas diijabkabul hampir sembilan bulan yang lalu, baru Muzaffar menyedari tentang wanita dan aurat, baru Muzaffar faham, salah satu sebab wanita diwajibkan bertudung. Beruntunglah suami yang memiliki wanita yang menutup auratnya dari hujung rambut sehingga hujung kaki kerana segala kecantikan isteri, hanya mereka yang miliki. Muzaffar terlalu menyayangi Munirah. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi isteri. Munirah selama ini seorang isteri yang taat, setia, penyayang dan riang. Kelakuan Munirah pagi ini benar-benar membuat dia susah hati, bimbang ada perkara yang tidak elok yang ditanggung isteri. Muzaffar mula fikir yang bukan-bukan. Muzaffar terus merenung wajah si isteri.
“Kenapa abang tengok Ira macam tu? Nak makan orang ke?” Tersentak Muzaffar dari lamunan.
“A’ah, abang lapar ni, belum sarapan lagi sebab Ira dari tadi asyik menangis aje.” Gurau Muzaffar.
“Ira tak nak kawan abang lah!” Munirah menampar bahu Muzaffar manja.
“Boleh cakap pun isteri abang ni. Ingat takut ada emas jatuh dari mulut tadi, bila abang tanya tak mahu jawab.” Dia mencubit sayang pipi Munirah. Leganya rasanya bila melihat Munirah mula mengukir senyum walaupun kelat.
“ Dah, abang pergilah kerja. Ira pun nak pergi kerja juga.” Munirah bangun, mencapai tuala dan terus ke bilik air, membasuh noda-noda air mata yang masih berbekas di pelupuk mata.
“ La, tadi menangis bagai nak rak tu kenapa? Tak kan dah selesai? Ira, cerita pada abang. Jangan simpan seorang diri, bahaya la sayang.” Pelik Muzaffar dengan Munirah yang tiba-tiba berubah. Tadi menangis, sekarang seperti tiada apa yang berlaku. Muzaffar garu kepala, Munirah hanya tersenyum seorang diri di dalam bilik air apabila mendengar sang suami membebel.
“Tak de apa la.” Jelas Munirah sayup-sayup. Munirah masih berahsia. Muzaffar tidak puas hati, di desak Munirah agar meluahkan segala yang terpendam, namun, tiada jawapan.
Jam di dinding menunjukkan tepat jam sepuluh pagi, bermakna sudah hampir dua jam Munirah berada di pejabat,melayan perasan seorang diri. Fikirannya kusut. Tiada satu pun kerja pejabat yang dilakukan sejak tadi. Fikirannya hanya tertumpu pada beberapa persoalan yang sampai sekarang masih tiada jawapan. Munirah sudah tidak tahan lagi untuk memendam rasa, lalu jari-jemari halusnya laju menaip sesuatu di muka komputer .

Assalamualaikum abang.
Tengah buat apa tu? Abang, Ira mohon maaf sebab Ira buat abang susah hati pagi tadi. Ira tidak berniat untuk membuat abang risau. Percayalah.
Abang, kalau diikutkan seperti yang dijangka oleh doktor sembilan bulan yang lalu, hari ini, kita bakal menerima cahaya mata kan? Abang ingat tak tarikh 9 Mei adalah tarikh yang pastinya membahagiakan kita berdua. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Ira ucapan tahniah dari doktor apabila Ira disahkan bakal menjadi seorang ibu. Masih terbayang-bayang lagi di mata Ira senyuman dan gelak tawa gembira abang bila menerima berita tersebut. Kita gembira kan sayang? Tiada saat yang paling mengembirakan Ira melainkan hari tersebut.
Hampir dua bulan Ira menahan dugaan untuk menjadi seorang ibu. Sebagai bakal ibu yang tiada pengalaman, banyak yang Ira tidak tahu, tapi Ira baca buku. Sayang Ira tidak punya kawan yang berpengalaman, semua masih muda macam Ira. Masing-masing mencari ilmu hanya dengan bahan bacaan. Emak kita berdua pun tak lah tua mana, mereka masih di tahap ibu moden, tak tahu pantang larang. Tak banyak nasihat yang Ira peroleh daripada mereka, hanya jaga ‘diri baik-baik’ sahaja.
Abang ingat tak? Masa pertama kali Ira disahkan hamil, Ira beritahu doktor, masa Ira buang air kecil, ada sedikit darah. Abang ingat tak apa jawapan doktor tersebut ? Itu biasa ! Kita yang masa tu bodoh-bodoh alang menerima cakap doktor bulat-bulat..sebabnya..dia adalah doktor. Mustahil apa yang dicakapnya tak betul kan?? Abang ingat tak lagi..masa pertama kali kita minta untuk jumpa doktor pakar, kakitangan klinik kata, tak perlu sebab kandungan baru sebulan..tunggu masuk bulan ketiga, baru layak boleh jumpa pakar. Seperti biasa, kita yang masih muda, hanya mengikut kata.
Dalam tempoh dua bulan juga, macam-macam yang Ira kena tanggung. Ira loya tidak kira waktu, kepala Ira pening, mata Ira kabur dan perut Ira selalu sakit. Bila kita jumpa doktor, kata mereka…Itu semua biasa ! Ira kena lawan ! Ira kena kuat ! Ira kena semangat, jangan ikut kan perasaan tu sangat ! Semua salah Ira, macam Ira ni lemah sangat, macam Ira suka ikut kata hati. Yang paling Ira sakit hati, bila beritahu Ira pening, adakah patut, komputer Ira pula yang disalahkan. Patut ke abang? Patut kah seorang doktor jawab macam tu??
Abang..abang ingat tak lagi, bila Ira mengadu pada doktor yang Ira pernah ‘bleeding’, doktor kata, itu biasa ! Akhirnya, bila setiap persoalan Ira dijawab dengan biasa, Ira dah tak betah lagi untuk berjumpa doktor. Nak buat apa kalau itu saja jawapanya. Macam tu, baik Ira rawat diri Ira sendiri, makan saja vitamin yang diberi dan kalau sakit juga..tetapkan di minda..itu semua biasa aje ! Nak berjumpa pakar, masa itu kandungan baru berusia dua bulan dua puluh lima hari, maknanya kita kena tunggu lagi lima hari ! Tiada apa yang Ira harapkan, hanya kandungan Ira selamat..hanya pada Yang Satu, Ira berserah. Seperti biasa, Ira ke tempat kerja, Ira kemas rumah, Ira membasuh, Ira masak walaupun sakit perut Ira, bukan sakit biasa
Abang tentu ingat bukan, pada suatu malam , Ira mengalami pendarahan. Sedikit! Terlalu sedikit. Hanya sebesar syiling satu sen.Apa yang kita lakukan? Hanya buat biasa sebab doktor pernah kata..”Itu biasa!”. Kita pun menjalani kehidupan seperti biasa. Ira masak untuk abang, Ira kemas rumah, Ira sapu lantai, Ira basuh pinggan. Selepas selesai mengadap Tuhan, kita lelapkan mata, menanti pagi dengan doa dan harapan, janin yang dikandung membesarkan dengan sihat dan selamat.
Tapi akhirnya, Dia yang Maha Menguasai, Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi..kandungan Ira pergi buat selama-lamanya.Tepat jam tiga pagi, Ira terasa sesuatu mengalir keluar dari bawah. Ya Allah! Darah. Malam tu juga abang kejarkan Ira ke hospital dan akhirnya disahkah, kandungan Ira sudah tiada lagi. Tiada apa yang dapat kita luahkan ketika itu, hanya linangan air mata mewakili hati yang pedih. Ira nampak air mata abang mengalir, Ira tahu abang sedih dan Ira seribu kali sedih..pedih!
Kini..sudah lama perkara itu berlalu, tapi Ira masih tidak dapat menerima kenyataan. Sepatutnya, kandungan Ira dapat diselamatkan. Ira tak tahu salah siapa dalam hal ini. Kalau ikutkan hati, memang Ira sedih sangat dengan setiap jawapan yang doktor beri masa Ira menjalani rawatan dulu. Abang tahu tak, lepas kandungan Ira dah pergi, baru ada yang hendak memberi nasihat itu dan ini. Sayang semuanya sudah terlambat, bukan?
Abang! Adakah perginya kandungan Ira di sebabkan kebodohan kita sendiri? Adakah kita terlalu muda untuk menjadi ibu dan ayah? Adakah kita tak layak menerima nasihat dan rawatan yang sempurna daripada seorang doktor? Abang..Ira masih kesal dengan apa yang terjadi..bukan Ira tidak dapat menerima takdir Illahi, tapi Ira rasa, tak sepatutnya ini yang terjadi. Ira kesal abangggggggg!!!
Ira sedar, yang terjadi, tetap terjadi. Yang pergi tak akan kembali lagi. Pesan doktor, kerana kaedah D&C semasa keguguran, Ira tidak di benarkan mengandung lagi dalam masa 6 bulan. Atas alasan apa? Supaya rahim Ira kuat kembali. Tapi abang, adakah rezeki masih milik kita? Ira takut abang, Ira risau kalau-kalau Ira tak dapat beri abang zuriat lagi. Sekiranya Ira di izinkan Allah mempunyai rezeki lagi, adakah yang terjadi sekarang, akan berulang lagi? Abang..Ira sedih abang! Ira kesal! Ira keciwa…..

-Munirah-

Air mata Munirah mengalir deras. Segala yang terpendam telah di luahkan. Munirah menekan papan kekunci Alt - S, luahan rasa yang di titip menerusi email di hantar kepada suami tercinta yang ketika itu mungkin sedang asyik menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang pekerja. Munirah menekup muka dengan tangan. Air mata tidak dapat di sekat lagi. Munirah terus menangis teresak-esak seorang diri. Di matanya, terbayang wajah seorang bayi, di mindanya terfikir, mampukah dia menjadi Ibu suatu hari nanti? Mujur Munirah ada bilik sendiri, sedihnya di tanggung sendiri.
Tidak sampai lima minit email Munirah berlalu pergi, telefon pejabatnya berdering. Munirah menahan sebak, menahan sendu, seboleh nya dia tidak mahu si pemanggil tahu yang dia sedang berduka. Dengan hela nafas yang panjang, panggilan di jawab dan suara di sebelah sana, buat air matanya tumpah semula.
“ Assalamualaikum sayang.” Muzaffar memula kata.
Tiada jawapan dari Munirah, hanya sendu-sedan yang kedengaran.
“ Munirah, dengar sini baik-baik sayang. Ira, abang faham perasan Ira tapi Abang sedih bila Ira mungkir janji. Abang sedih kerana Ira seolah-olah menyalahi takdir Illahi. Mengucap sayang. Istifar banyak-banyak. Bukankah setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. Abang kesal..Munirah yang abang kenal dulu..cukup redha dengan takdir dari Illahi. Jangan kerana satu kejadian, Ira berubah pendirian. Tak baik macam ni sayang.” Muzaffar menarik nafas panjang. Bunyi seperti orang mengeluh. Mengeluh kerana kesal dengan sikap isteri. “Tapi abang…” Munirah cuba mencelah.
“Syyy….” Muzaffar bersuara. Dia tak mahu isteri dia mengeluarkan sebarang kata-kata. Dia takut, kata-kata Munirah nanti bisa menyimpang akidah isteri tercinta. Orang yang sedang tertekan, kadangkala, bercakap tak fikir apa-apa. Munirah tidak bersuara, yang kedengaran hanya sebak yang sungguh hiba.
“Sekarang cuba Ira berfikir cara waras. Apa yang abang nak cakapkan ni bukan bermaksud abang tidak sedih dengan apa yang terjadi, tapi abang percaya, setiap apa yang terjadi, hanya Allah yang mengetahui baik buruknya. Ira ingat tak lagi, lepas dua minggu Ira keguguran, Ira diserang demam campak?” Muzaffar menarik nafas panjang.
“Cuba Ira fikir, sekiranya Ira masih mengandung, Ira sendiri yang terpaksa gugurkan kandungan tersebut. Itu yang Ira mahu? Ira sanggup? Kandungan Ira ketika itu terlalu muda, abang pasti, doktor tentu arahkan Ira gugurkan kandungan. Ira dah cukup tabah untuk hadapi ujian itu?”
“Fikirkanlah sayang, bawa mengucap, istifar banyak-banyak. Janjilah pada abang, jangan bersedih lagi. Insya Allah, ada rezeki kita, Ira akan jadi ibu juga nanti. Ingat Ira, Allah Maha Menyayangi dan Maha Pemurah. Kita perlu berusaha dan meminta padaNya, bukan dengan menyalahkan ketentuanNya. Bersabar ya sayang. “ Suara Muzzaffar lembut menenangkan hati isteri. Doa seorang suami, moga isterinya tabah dengan takdir Illahi.
“ Abang…..Ira minta maaf. Maafkan Ira, Ira bersalah pada abang, Ira berdosa pada Allah.” Ira menghela nasaf panjang. Tiada lagi sendu, tiada lagi suara sayu.
Ya Allah, ampun kan dosa ku……..


-hanya karangan semata-mata-

Sunday, April 01, 2007

Ni antara kerja aku...

Sekarang aku tgh develop sistem guna VB.NET untuk baca data dr .txt file format (text tu dari PTPTN) dan insert into database b4 process the data.
Ni coding untuk :-
1.Get .txt file from h/disk
2.Upload into server (C: temp)
3.Read the data from text file
4.Insert into gridview
5.From gridview, add the data into database

Sebenarnya, byk lagi process, aku jek terkial2 sbb VB.net ni baru..kadang2 aku buat sampai nak muntah, kadang2 aku buat sampai naik benci..kadang aku buat aku syok sendiri..Masalahnya, PM aku asyik kejar jek...BILA NAK SIAP?? itu yg buat aku paling BENCI..kehekehekeh


Protected Sub btnSave_Click(ByVal sender As Object, ByVal e As System.EventArgs) Handles btnSave.Click

Dim TabSize As Integer
Dim Line As String
Dim Table As DataTable
Dim Row As DataRow
Dim com As New SqlCommand

Dim nums As Integer

'insert data into table
com.CommandText = "insert into tablename(FileName,AutoFileName)" & _
" values(@FileName,@AutoFileName)"
com.Connection = conn

com.Parameters.Add(New SqlParameter("@FileName", SqlDbType.VarChar, 50))
com.Parameters("@FileName").Value = txtFile.Text.Trim
com.Parameters.Add(New SqlParameter("@AutoFileName", SqlDbType.VarChar, 50))
com.Parameters("@AutoFileName").Value = Label2.Text.Trim
com.ExecuteNonQuery()

Dim dr As SqlDataReader
com.CommandText = "select * from tablename where filename = '" & txtFile.Text & "'"
com.Connection = conn
dr = com.ExecuteReader
While dr.Read
lblFileID.Text = dr("FileID")
End While
nums = Convert.ToInt32(lblFileID.Text, 16)
Table = CreateDataTable()
TabSize = 15
Try

Dim sr As StreamReader
sr = File.OpenText("C:\Temp\" & txtFile.Text & "." & "txt")
Do
Line = sr.ReadLine

Row = Table.NewRow()
Row("FileID") = nums
Row("Kelompok") = Left(Line, 10)
Row("KodUniversiti") = Mid(Line, 11, 3)
Row("KumPelajar") = Mid(Line, 14, 2)
Row("RujPTPTN") = Mid(Line, 16, 14)
Row("StudentID") = Mid(Line, 30, 14)
Row("NRICNo") = Mid(Line, 44, 12)
Row("Nama") = Mid(Line, 56, 80)
Row("Waran") = Mid(Line, 136, 8)
Row("Status") = Mid(Line, 144, 2)
Row("AmountPotongan") = Mid(Line, 146, 6)
Row("NilaiBersih") = Mid(Line, 152, 8)
Row("Pembayaran") = Mid(Line, 160, 8)
Row("JanaBayaran") = Mid(Line, 168, 8)
Row("AkaunPelajar") = Mid(Line, 176, 14)
Table.Rows.Add(Row)
Loop Until Line Is Nothing
sr.Close()

Dim cm As New SqlCommand

GridView1.DataSource = Table
GridView1.DataBind()

Catch ex As Exception
Label1.Text = ex.Message.ToString
End Try

Dim SQLCopy As SqlBulkCopy
SQLCopy = New SqlBulkCopy(conn.ConnectionString, SqlBulkCopyOptions.UseInternalTransaction)
SQLCopy.DestinationTableName = "PTPTN"
SQLCopy.ColumnMappings.Add("FileID", "FileID")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("Kelompok", "Kelompok")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("KodUniversiti", "KodUniversiti")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("KumPelajar", "KumpulanPelajar")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("RujPTPTN", "RujukanPTPTN")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("StudentID", "NoPelajar")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("NRICNo", "NRICNo")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("Nama", "Nama")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("Waran", "Waran")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("Status", "Status")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("AmountPotongan", "AmountPotongan")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("NilaiBersih", "NilaiBersih")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("Pembayaran", "TarikhBayaran")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("JanaBayaran", "TarikhJanaBayaran")
SQLCopy.ColumnMappings.Add("AkaunPelajar", "NoAkaun")
Try
SQLCopy.WriteToServer(Table)
Catch ex As Exception
Label1.Text = ex.Message.ToString
End Try

End Sub

Private Function CreateDataTable() As DataTable
Dim table As New DataTable
Dim Column As DataColumn
Try

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "FileID"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "Kelompok"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "KodUniversiti"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "KumPelajar"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "RujPTPTN"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "StudentID"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "NRICNo"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "Nama"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "Waran"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "Status"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "AmountPotongan"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "NilaiBersih"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "Pembayaran"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "JanaBayaran"
table.Columns.Add(Column)

Column = New DataColumn()
Column.DataType = System.Type.GetType("System.String")
Column.ColumnName = "AkaunPelajar"
table.Columns.Add(Column)

Catch ex As Exception
Label1.Text = ex.Message.ToString
End Try
Return table