Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, April 29, 2008

Mata...



Orang kata..mata itu gambaran sebenar hati kita..suka? duka? ceria? Ini mata aku hari ini,kelmarin dan lewat hari2 yang lepas..terungkapkah apa yg tersirat ???

"The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is thedoorway to her heart - the place where love resides."

Monday, April 28, 2008

Girls Thing


Letih dgn cerita sedih kat blog ni? kadang2 apa yg di tulis tidak lah ada kena mengena dgn yg hidup atau yang mati..kadang2 ianya hanya lah sentuhan kretip (poyo je) drpd kepala aku yang tiba2 nak berduka lara..tapi kalau betul ada kena mengena ngn aku...itu hanya luahan rasa supaya hati aku di fahami..tapi sayang, kadang2 apa yg aku cuba sampaikan, tak juga di fahami. Lantak lah! Aku pun ada cara nak seronokkan hidup aku sendiri...manusia..sblm dapat, mmg berusaha selagi daya..bila dah jd empunya..biarkan jek,kerana mmg dah jd hak kita..ye ke?? belum tentu OK..dont think clear water have no Boya...

Em..sabtu lps, aku keluar dgn Dania - 'do girls thing' at Jusco Equine. Babah ngn Danish -
'Man day out'. Tak kuasa nak pergi tempat2 mcm tu..layan jusco tgh sales for member lagi best. Kan dania kan?? Keluar ngn dania mmg tak byk kerenah. Takde terlari2..takde nak layan org lelaki menguap...dunia ini ana yg punyaa..

Sampai jusco..terus pergi tempat mainan coz Dania nak Barbie.Dia amik barbie terus ajak makan pulak. Isk..dah la amik Barbie yg tak lawa..jenuh aku pujuk ambik yg lain..mahai sket takpe janji muka tak ngeri. Pujuk2 punya pujuk..baru dia nak tuko. Lepas tu..masih teringatkan si Danish. Belikan la dia kereta Hot Wheels..Dania yg pilih. Dia kata..abg punya. EM..perempuan kan? sentiasa ingat orang lain ..kalau lelaki?? ingat tak kita2 ni?? Tapi kali ni, aku buat2 tak ingat pada LELAKI..

Ni antara barang yang aku beli 'sendiri' ..mulai hari ini,aku nak list down benda yang aku beli 'sendiri' supaya orang tak kata..'Azril kaya'.. dan org tak kata aku 'Materialistik'.. COME ON .aku pun ada duit OK!!

Aku beli :-
1. Jaket Hitam Agenda - sempena musim sejuk di opis
2. Seluar Hitam Arcadia - hampeh tul..Minah tu p bagi aku M..ingat aku gemuk ke..dah kena tuko.
3. 3 helai t-shirt utk kerja..malas nak iron kameja..muahahah..cover la ngn jaket nnt.
4. Baju dania 2 helai..

Dan kami makan di Kenny Rogers..sedapnyaa... kan dania kan??

Friday, April 25, 2008

RASA...


kopi..kalau RASA pahit..tambah gula..

lauk..kalau RASA masin..tambah air..

barang..kalau RASA tak suka..buang aje..

kepala..kalau RASA penin..makan panadol..

badan..kalau RASA letih..tido atas katil..


hati..kalau RASA sakit..???

sayang..kalau RASA dah melayang??

kepercayaan..kalau RASA dah terbang??

jiwa..kalau RASA dah hilang??

RASA nak UNDUR DIRI.................


Thursday, April 24, 2008

sekadar update..



ari ni mood swing sket..awat tak tau..so buka blog..layan jek apa yg ada dlm pc.Ari ni aku tempek Tag terbaru aku dan famili utk di letak dlm keta aku dan keta abe. Tag bukan sekadar TAG..tp juga berfungsi sebagai 'Penanda Aras' - tuan kereta ini sudah berkeluarga..watch out!!

Thursday, April 17, 2008

Campak...

Danish bersama Nemo dan Shemo...
Ya Allah...tak tertonggak dah mata ni rasanya. Ngantuk.Sejak Danish kena chicken pox, hati aku tak pernah tenteram. Kesian..dia sakit, gatal...tapi aku tak tunjuk yang aku sedih. Aku nak dia kuat..kuat melawan sakit..jgn ikut hati. Malam tadi, beberapa kali dia bangun kejutkan aku. Dah jadi lumrah, hati seorang ibu mmg tak pernah kuat bila melihat anaknya sakit. Walaupun aku sendiri tak sihat dan di ganggu dgn beberapa masalah .. aku bangun beberapa kali temankan dia.Dia menangis..'Gatal bu..sakit bu'...aku usap2 badan dia..senyap..terus lena. Aku kembali ke bilik..selang berapa lama..aku pun tak pasti..dia kejut aku lagi. Aku yg seperti org mabuk minum todi..terus ke biliknya. Aku tak pasti, adakah makhluk2 lain di keliling aku ketika itu sedar yg anak aku sedang sakit..atau makhluk2 lain dah tido mati???

Hari ni aku ke pejabat..dan Danish? dia ke sekolah..Alhamdulillah, sekolah danish masih boleh ambik bdk2 sakit mcm ni..tp kuarantin. Aku sebenarnya nak jaga dia sendiri, tapi dia yang beria2 menangis nak g sekolah. Smlm,masa balik dari sekolah..teringat dia ckp "Ibu, bintik2 Danish ada 25'..hahahaa..sempat pulak kira. Dia cakap, kawan dia ada bintik2 kat muka. Danish tak nak ada bintik2 kat muka..so dia asyik minta air kelapa yang pada mulanya dia tak suka. Kesian..aku tau pedih dan gatalnya demam campak ni..Kepada yang tak pernah kena..maybe tak rasa apa2. Entah lah..aku hanya berusaha dan berdoa..semoga Danish cempat sembuh dan 'masalah' yang mengganggu..terus berlalu sama pergi tak kembali atau pulang tanpa mengulangi..aku dah lali..aku dah tak peduli..aku juga ada hati...
pst: 5s kami dah berjaya..Opis aku menjadi yang terbaik..chayokk!!

Tuesday, April 08, 2008

Apa dah jadi???

Em..dah lama tak update blog..kenapa ek? Apa ek yang aku dok buat?
Em..now ni..aku bz buat ni..jd setiausaha bidan terjun...byk benda nak kena buat sblm audit...

Sampai aku lupa kerja hakiki aku..coding..coding...tunggu bos kejar..nnt aku buat2 ingat balik..


tapi kadang aku curi gak masa utk masuk sini..cuci mata.cuci poket..huh..release gak tensen..


dan aku harap..semua kekalutan ini akan berakhir pada 15hb April ni..AUDIT 5S by NPC..semoga berjaya ..Gambate..choyokkk....Go Go..UNITEN Boleh..muahaha...