Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, November 23, 2006

Bosan???..layannn!!!!

Lama aku berfikir utk menaip kali ini. Kenapa ya? Aku renung kembali tujuan aku wujudkan blog ni...matlamat aku..LUAH RASA! Emm..tp bila selak balik kisah2 lama,aku bukan luah rasa, tapi lebih byk cerita tentang anak2 yang meningkat dewasa. Aku sebenarnya takut LUAH RASA di sini, nanti terbuka semua pekung di dada.Kadang2 aku guna bahasa kiasan, dengan harapan ada yg mengerti maksud hati, tapi aku yang jadi malu sendiri.
Aku puteri tunggal keluarga,sering di katakan manja dan masa yang sama aku keras kepala.Degil! Sifat utama Taurus, bintang kelahiran aku.Aku akui, itu mmg sifat aku.Apa yang aku mahu, aku pastikan aku akan dapat tak kira apa jua cara.Tapi,sedegil2 aku, hati aku terlalu sensitif terutama dengan orang2 yang aku sayangi dan aku cintai. Pada aku,meminta pada yang ada,merajuk dan bermanja pada yang kasih. Tapi hati 'lembut' ku ini tidak pernah di ambil peduli, yang nampaknya, hanya hati batu aku.
Hati yang cair tetapi jika di abaikan, pastu akan beku.Bila beku,semua perlakuan akan jadi kaku.Bila kaku, kasih sayang yang terpupuk sudah pasti akan lapuk .Jika merajuk tidak di pujuk, malah makin diketuk-ketuk, kasih yang hampir lapuk pasti akan jadi busuk.Awas!Jika rajuk yang dibiarkan, ada orang lain yang sudi memujuk.

Hidup kadangkala jika sudah sampai ke tahap bosan yang maksima, pastu tindakan yang di ambil pun entah apa2. Bunuh diri? Jangan! tak cium bau syurga nanti.Aku sendiri, kalau bosan dengan realiti hidup ini, rasa nak ikut kata hati..tinggalkan saja apa2 yang membuatkan hidup ini rasa seperti orang mati..pergi mencari kebahagiaan sendiri.Aku memang teringin nak buat semua apa yang aku hajati, biar ada yang rasa, aku perlu di hargai atau sekurang2nya di hormati.
Matlamat hidup aku, inginkan pahala bukannya dosa. Tinggalkan alam remaja,melangkah ke alam rumahtangga yang di janjikan bahagia dan pahala - namun tak semudah yang di sangka,jika tersilap langkah, hanya dosa yang bertimpa-timpa. Ya Allah, bukan itu yang aku pinta.Aku hanya insan biasa..

Wednesday, November 15, 2006

Sekadar buang masa..luah rasa!

Gelapnya ni, mcm mana nak menaip ek? takpe, aku gagau juga.Sejuk la! Aku dlm bilik, atas katil,dlm bilik menemani anak2 yg baru saja aku tidurkan.Suami? em..dah tertido kat dpn,biarlah dia,pandai2 la bangun sendiri.
Aku sebenarnya,asyik terfikir-fikir,sampai bila aku harus di duduk di kerusi pejabat dgn jawatan yg mungkin sama utk jangkamasa 25 tahun lagi.Masa tu,umur aku 53,emm, dah nak pencen..tak bosan kah aku mengadap benda yg sama atau mungkin terpaksa mengejat teknologi yang sentiasa bertukar ganti? Aku sebenarnya dah bosan dgn apa yang aku lalui setakat ini.tetapi aku sendiri tidak pasti, apa yang aku cari???

Pernah terfikir utk duduk dirumah menjadi seorang suri,abdikan diri pada anak2 dan suami.Tapi aku tak pernah berani. Sebab apa? sebab, masa depan,kita tak pasti apa yang akan jadi.Suami atau lelaki kekadang sukar di tafsir hati dan nurani, sekali ditakdirkan dia buat lawak belakang isteri, tinggal lah aku seorang diri.Apa aku nak jadi? emm.bukannya aku terlalu bergantung kepada insan bergelar lelaki, tetapi aku masih belum bersedia utk menerima hakikat sekiranya itu yg terjadi..opss..ni cuma luahan perasaan ya,tiada kena mengena dgn yg idup atau pun yg mati..hehehehe.Mungkin, kalau RM1 juta turun dr langit, aku rela berhenti dari kerja makan gaji..

Aku lihat sekeliling aku, teman2 masih muda, malah masih anak dara.senang cerita,aku lah yang paling tua di antara mereka.Lihat telatah mereka,teringat kisah lama.Bergelut dengan perasaan cinta yang kadang kala buat aku lupa dunia,bila sudah dewasa,kekadang aku rasa,semua tu sia2.Cinta memang buat kita buta..buat kita lupa.Bila teman2 atau sebenarnya adik2 meluah rasa, aku hanya mampu memberi kata dua - 'Jangan biarkan cinta buat kita rugi hidup di dunia fana dan berdosa di dunia 'sana'.Kenapa? fikirlah sendiri dan kaitkan dengan kisah hidup sendiri.Namun aku tidak kata cinta itu sia-sia,kerana cinta lah, aku kini hidup bahagia,cuma bila bercinta di alam remaja,jgn lupa dosa pahala.

Orang tua selalu kata, jgn suka kata orang, nanti diri sendiri yang kena. Kalau tak suka,tegur cara elok,jgn mengutuk.Nanti kena idung sendiri,mana mau lari? atau kalau tak suka orang kata kita,jgn suka kata orang..atau kalau rasa nak besar kepala, kita kena ingat, org lain pun ada kepala..jgn ingat angin kita saja.hehhe..mcm2 ada.Aku pula sebenarnya jenis tak kisah kalau orang nak tegur aku dgn apa jua cara..tapi dengan syarat, org nak menegur,kena lah juga tebal telinga bila aku tegur dia dgn cara yang sama. Jgn boleh tegur orang,tapi bila ditegur,mcm cicak kena simbah air panas, mengelejat tak pasai2.ye dak?

OK la..Semoga kalian,aku,dia dan semua umat islam di dunia,sentiasa di berkatiNya..amin.

ps: Melupakan tidak semudah memaafkan,sekali terluka,parutnya tetap ada.

Tuesday, November 07, 2006

Fuh! Seronoknya raya 2006

Fuh! Seronok betul raya kali ni..cuti 2 minggu..sakan ni..best gila dok umah mak.



Raya 1
- Pagi ada kat umah mentua @ Manjoi, lepas tu p umah emak lak kat Jelapang. Sempat la posing2 di pagi raya dengan famili. Gambar yang baju peach tu, di raya pertama. Lps posing2,balik kampung abe kat Bgn Serai, tapi Tok lak dah p Serdang,Kedah, so kita orang pun p la sana terus.Sebelum p Serdang tu, kita org singgah Kuala Kangsar dulu, umah maktok Kuala, ala, umah mak pak menakan aku.Lepas sejam, tolak p Serdang,sampai sana pun dah petang, nasib baik semua ada lagi kat sana,sempat la jumpa.Meriah gak.tapi lupa nak amik gambar...alahai..
Malam raya, abang ajak p open house rumah mentua dia, tp sbb ramai sangat kat situ, kita org singgah la umah auntie aku kat Manjoi, raya situ dulu. Pun ramai dah meriah. Lps dah kenyang, tolak p umah mentua abang, ramai gak.Tetamu semua pakai glam-glam, kita org, pakai jeans jek..hehehehe..dah mlm daa, tak kan nak pakai baju kurung lak..hehehe

Raya 2
- Mula-mula plan nak balik Penang, kampung mak aku, tapi last minit org tua tak larat pulak.So mak buat laksa, ajak kawan2 abe (aku takde kawan kat ipoh nak ajak), kawan2 abah,sepupu2 aku, adik2 abe. Letih gak la coz melayan dr pagi sampai ke malam..dan aku telah membuatkan mak aku sedih sbb telah terpecahkan mangkuk Pirex dia yg dah lama ..20 tahun tu..heheehe.Adik aku la pandai sgt p buh mangkuk tu atas peti ais..hahaha..to mak, maaf zahir dan batin.gegegege.Malam, kuar dengan abe ngn Am, p beli barang2 utk BBQ malam raya ke 3.

Raya 3
- Siang tu just lepak2 jek.Cover letih smlm.Petang aku keluar ngn abe dan anak2 p Jusco.Saja2 jalan2 sambil survey handphone.Admire gila kat W850i, tapi rege RM1999 ori, AP lak RM1600..huhuhu,tak palah, tunggu turun rege. Balik dari Jusco, Am ngn Abg dah siap sedia dengan BBQ. Am di lantik jadi pengerusi BBQ, semangat gila dia. Lps maghrib, dah start kipas2, byk gila benda nak di makan.Ajak gak la adik2 abe. Bagus ajak dia org ni, habis terus semua,kalau tak, bazir jek. Menu mlm tu - lamb,meat,chicken,sosej..yummi.


Raya 4
- Pukul 11 pagi, kita org bertolak p Alor Setar pulak.P umah adik ngn kakak mak kat sana. Aku tido kat umah makcik aku (adik mak). Petang tu p umah kakak mak lak.Walaupun tak ramai, tapi tetap meriah, ye lah kan..syok sembang. Kat sini la aku perasan Dania dah boleh mengulor.Kelakar lak tgk..mcm ulat beluncas.Si danish lak jeles tak habis.Sanggup dia nak tukar adik dia ngn kucing makcik aku..isk..isk..siap nangis tu
..huhuhuh

Raya 5
- Balik dari Alor Setar, aku singgah Penang. P umah tok sedara dan umah makcik. Sebab tak berapa reti nak sembang, aku lepas sat je la kat umah Tok Chaq aku.Tok Chaq laki baru meninggal, so aku tak berapa biasa ngn Tok Chaq perempuan ni.Sembang2 gitu2 jek. Lps tu p umah mak sedara lak.Saja lawat2..dan malam aku lepak kat Vistana Hotel.heheh..saja malas tido umah sedara mara.Kalau mak ikut, leh gak tido..kalau aku jek,segan la. Malam tu..p lepak kat pantai Seagate,nak makan ikan bakar, tapi kedai byk tutup lagi..melopong laaa...


Raya 6
- Lepas check out, abe ajak p Kepala Batas, kira patah balik la ni. P umah kawan abe. Sampai sana dah tengah hari.Biasa la adat orang kampung, mesti nak jamu makan nasi gak.Lauk kampung, sedap siot. On the way balik dari Kepala Batas, singgah lak Bgn Serai, umah Tok abe. Chu masak bihun tomyam utk member2 dia, tp depa tak mai, sian Chu, frust.Nasib baik kita orang ada.hehehe. Lps umah tok, singgah umah mak ngah lak. Sbb raya dah masuk ke 6, makan je la kuih apa yang ada. hehehe..

Raya 7
-
Penat sakan berjalan, bangun pagi pun dah terlajak2. Pukul 10, kawan abe call ajak p Pangkor.Uikss abe ok.Suh aku siap2kan barang.Isk, ikut suka dia jek.Konon2 nak mandi la..apa la..aku pun pack la brg bagai nak gila. Kul 12.30 kami naik fery kat Jeti.Feri skrang dah cun..ada aircond.Budak2 suka sangat la.Aku biasa jek.hehehe. Sampai Pangkor, sewa Van. Cina tu bwk p pantai Teluk Nipah, lunch kat situ, lps tu pusing pulau. Mula2 p tempat buat Satay,lps tu Great Wall Of China,lps tu kampung Melayu yang ada jajahan Belanda 300 tahun dulu. Pusing2 pulau, 4.15 dah naik feri balik seberang.Cess.penat usung beg jek. Tak mandi pun..huhuhu..Sampai kat lumut,member abe balik KL, kita org balik Ipoh..letih siot!


Raya 8,9,10 dan 11 - takde aktiviti menarik dah.Cukup2 la jalan. Dok umah jek.hehehhe..

Raya 12
-Sediakan persiapan adik aku nak nikah.Aduss mamat ni,suka wat keja last minit.Masa nak tunang dulu, sampai kul 2 pagi tak tido buat hantaran..kali ni, baru nak cari idea nak wat Mas kawin dan hantaran macam mana. Dulang hantaran, dia design sendiri jadi Itik.Belek2 majalah, dpt la idea gubah duit jadi bunga.Tu hasil kerja keras tangan aku la bunga ros tu. Utk melawakan bungan ros yg tak berapa nak lawa tu, kita org p kedai bunga, suh cina tu gubah2..maka siaplah hantaran dlm masa 3 jam..alhamdulillah, leh tido..

Raya 13
- Awal2 pagi dah kena bangun,mandikan anak2,siap2kan diri..jeng-jeng, adik aku si Sham nak di nikahkan pada Raya ke 13 bersamaan 4hb November 2006. Majlis kat Teluk Intan. Sejam setengah sampai la. Dari ipoh rombongan 5 bijik keta. Kenduri biasa saja, sederhana tapi meriah.Adik aku serba Peach oren berdebar menanti dan alhamdulillah, sekali lafaz, jadi la dia laki orang. Semoga korang bahagia dunia dan akhirat.

Raya 14
- dah..takde cite dah..dah balik sini pagi2 ahad tu...........heheeheh..

Nak tengok gambar2 lain? sila lawat :-
http://lyzaaabdrahim.fotopages.com

Tak sabar nak tunggu raya Haji, planning nak balik Johor lak..yehaaa..