Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Wednesday, February 22, 2006

Ku Menunggu..


Gambar Hiasan: Lokasi :SOUQ, PUTRAJAYA - Bg ikan mkn roti expired! :)

Hari tu..hari Isnin (20/02/2006) - Aku datang kerja..dok dpn PC..klik sana..klik sini.Entah, aku tak tahu nak buat apa walaupun aku byk kerja. Browse internet sampai nak termuntah. Tak pun kacau member kat YM..semua senyap..ye La..bZ kan? aku jek yg malas...malas ke? bukan..bukan malas. Tapi aku tak selesa dgn keadaan aku sendiri...serba tak kena..duduk salah..jalan salah..semua tak betul. Nafas lak asyik semput jek..Mata lak ngantukk..mulut asyik menguap sampai meleleh air mata...emm..

Esoknya..Hari Selasa (21/02/2006) - Sama..aku bermalas2 nak ke pejabat. Jln pun nak tak nak jek..sampai opis..makan pagi..pastu, klik sana..klik sini..lagi sekali..aku buat perangai malas. Kacau member kat YM..kalau abg, kacau adik..depa tak layan takpe..janji aku ada org nak kacau. Nasib baik user tak ramai call..so aku teruskan aktiviti klik..klik aku. .sekali sekala menguap...duduk kat kusi pun dah mcm org takde pinggang..kalau ngantuk gila..aku tido jek..puas..

Hari ni...Hari Rabu (22/02/2006) - pandang kalender..maknanya lagi sebulan aku harus bersabar dan bertahan w.pun sebenarnya aku dah tak larat. Kalau boleh percepatkan, nak jek aku percepatkan..tapi bila pk balik..sian pulak kat budak ni nnt kalau tak cukup berat..so aku byk bersabar..beristifar..dan mcm biasa..aku klik sana..klik sini..email masuk..request meeting utk esok dan lusa..aku tak reply lagi..biar lah..org lain kan ada..hehehehee

Sebenarnya..kenapa ek aku jadi mcm ni? Due aku lambat lagi..lagi sebulan. Tapi lelah aku dah mcm org nak meletup esok. Berbeza betul dgn yg sulung..dulu w.pun aku alah teruk 9 bulan..tapi time2 mcm ni..aku masih mampu berfoya2..setakat nak pusing midvalley tu..aku boleh lagi..huhuhu.teringat ..yg sulung..sehari sblm dia keluar..aku ada kat MINES jln2 ngn abe..TAPI kali ni..w/pun aku hanya alah pada awal 4 bulan pertama..dan lps tu aku sihat ..dan alhamdulillah kali ini aku tak teruk mcm dulu..tapi lain pulak ceritanyaa...apa ek??

Sabtu ni semuanya akan terjawab...perasaan aku sementera nak tunggu Sabtu = Seram + conpius + ralat..

ps: YA ALLAH, Kau permudahkan la segalanya - AMIN!

Monday, February 13, 2006

The Bom!!

Takde apa nak di taip..cuma sejak terpandang wajah ini tengah hari Sabtu ari tu..sampai sekarang hati terpaut..adusssss Siti Nurhaliza...



Bila Siti Nurhaliza memakai mutiara RM3.8 juta
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

BERTUAHNYA menjadi wanita muda bernama Siti Nurhaliza Taruddin. Dia bermula sebagai gadis kampung biasa di Kuala Lipis sehinggalah mengecapi kemasyhuran luar biasa dalam industri hiburan tanah air.
Kini dia memiliki segala-gala yang diimpikan oleh setiap wanita. Cantik, bersuara lunak merdu, sopan santun, bergelar jutawan dan berpengaruh. Itulah antara kurniaan istimewa Ilahi kepadanya.

Justeru, bila pusat mutiara terkenal Rafflesia memilih Siti untuk memperagakan set mutiara koleksi terbaru Rafflesia Royal Collection yang bernilai RM3.8 juta baru-baru ini, jangan pula ada yang mencemburuinya.
Siti memang pilihan yang tepat. Bertemakan konsep sang puteri dalam taman, kemunculan Siti dalam gaun labuh kuning emas hasil rekaan Khoon Hooi pada petang indah itu memukau mata yang memandang. Ramai yang terpegun sambil berkata sesuatu.

“Kalau dah cantik, pakai apa pun nampak cantik,” antara pujian para tamu.
Di sebalik limpahan lampu lensa kamera yang tidak henti-henti, jelas terserlah riak wajah Siti yang dipendam.
“Sebenarnya Siti rasa berdebar dan takut. Nak berjalan pun terpaksa berhati-hati. Siti tak pernah memakai barang perhiasan semahal ini,” kata Siti.

Siti amat terharu kerana dipilih sebagai model untuk memperagakan barang kemas mewah itu dan ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan artis.

Ditanya perbezaan apabila memakai set mutiara RM3.8 juta dengan barang kemas lain yang selalu dipakainya, Siti pandai menjawab.“Macam-macam perasaan berbaur dalam hati Siti. Maklumlah harganya mahal. Tapi Siti akui mutiara merupakan antara barang kemas yang disukai.

“Biasalah. Sebagai wanita, penampilan diri perlu diberi perhatian. Memakai barang perhiasan adalah pelengkap kepada wanita,” kata Siti sambil memberitahu kalung mutiara yang dipakai itu agak berat.
Pada majlis itu, selain kalung mutiara hitam Tahiti yang digabungkan dengan mutiara kuning emas Laut Selatan, Siti turut menggayakan sepasang anting-anting dan cincin bertatahkan mutiara yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.8 juta.

Sunday, February 05, 2006

Dia Tetap Unggul!!!

isk..isk..aku dapat award lagi ek...kagums..kagumszz banget ngn peminat aku!! gegegege

Em..CT dah sapu 1 anugerah mlm ni..LAGU PALING POPULAR AJL. Anugerah Khas. Dengan kemenangan ni,terbukti pengaruh CT masih kuat dan kalau dia menang ABP nnt pun aku rasa LOGIK...baguih-baguih peminat CT ni....Dari aku, TAHNIAH jek yg mampu aku ucap. Ucapan lain buek CT NURHALIZA..bilo nak kuar album baru ni?? haiyaaaaa..lamo bebeno nunggu ni...

Thursday, February 02, 2006

Akhirnya..berwajah baru!


anak sendiri jek jadi model..gegege

Dah lama aku nak tukar wajah blog ni..baru kali ini ada kesempatan. Sebabnyaa...mlm2 ni, dgn astro aku yg dah kena potong sbb terlupa nak bayar..abe aku yg outstation..maka aku dok melangut mengadap pc ni..nak tido? Dlm bulan2 akhir ni..mmg penyakit susah nak tido akan menyerang. .so baik aku layan blog ni dr terkebil2 cuba tido tapi takleh nak tido..so pepagi kat opis baru terkuap-kuap..haiyaaa!!!

Lately..aku mmg biasa tinggal berdua jek ngn danish. Abe oustation sampai tgh bulan 2 dari awal bulan Januari ari tu..hanya ada di rumah hujung minggu..takpe lah...janji dah tgh bulan 2 nanti dia ada..aku dah cukup syukur..kalau tetiba nak beranak macam mana? ayokkk...aku seram betul lately...

Oklah ..letih tangan aku dok menepuk si danish ni..sibuk nak menaip samaa....