Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, February 13, 2006

The Bom!!

Takde apa nak di taip..cuma sejak terpandang wajah ini tengah hari Sabtu ari tu..sampai sekarang hati terpaut..adusssss Siti Nurhaliza...



Bila Siti Nurhaliza memakai mutiara RM3.8 juta
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

BERTUAHNYA menjadi wanita muda bernama Siti Nurhaliza Taruddin. Dia bermula sebagai gadis kampung biasa di Kuala Lipis sehinggalah mengecapi kemasyhuran luar biasa dalam industri hiburan tanah air.
Kini dia memiliki segala-gala yang diimpikan oleh setiap wanita. Cantik, bersuara lunak merdu, sopan santun, bergelar jutawan dan berpengaruh. Itulah antara kurniaan istimewa Ilahi kepadanya.

Justeru, bila pusat mutiara terkenal Rafflesia memilih Siti untuk memperagakan set mutiara koleksi terbaru Rafflesia Royal Collection yang bernilai RM3.8 juta baru-baru ini, jangan pula ada yang mencemburuinya.
Siti memang pilihan yang tepat. Bertemakan konsep sang puteri dalam taman, kemunculan Siti dalam gaun labuh kuning emas hasil rekaan Khoon Hooi pada petang indah itu memukau mata yang memandang. Ramai yang terpegun sambil berkata sesuatu.

“Kalau dah cantik, pakai apa pun nampak cantik,” antara pujian para tamu.
Di sebalik limpahan lampu lensa kamera yang tidak henti-henti, jelas terserlah riak wajah Siti yang dipendam.
“Sebenarnya Siti rasa berdebar dan takut. Nak berjalan pun terpaksa berhati-hati. Siti tak pernah memakai barang perhiasan semahal ini,” kata Siti.

Siti amat terharu kerana dipilih sebagai model untuk memperagakan barang kemas mewah itu dan ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan artis.

Ditanya perbezaan apabila memakai set mutiara RM3.8 juta dengan barang kemas lain yang selalu dipakainya, Siti pandai menjawab.“Macam-macam perasaan berbaur dalam hati Siti. Maklumlah harganya mahal. Tapi Siti akui mutiara merupakan antara barang kemas yang disukai.

“Biasalah. Sebagai wanita, penampilan diri perlu diberi perhatian. Memakai barang perhiasan adalah pelengkap kepada wanita,” kata Siti sambil memberitahu kalung mutiara yang dipakai itu agak berat.
Pada majlis itu, selain kalung mutiara hitam Tahiti yang digabungkan dengan mutiara kuning emas Laut Selatan, Siti turut menggayakan sepasang anting-anting dan cincin bertatahkan mutiara yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.8 juta.

3 Comments:

  • Hey what a great site keep up the work its excellent.
    »

    By Anonymous Anonymous, at 3:01 PM  

  • Looks nice! Awesome content. Good job guys.
    »

    By Anonymous Anonymous, at 7:12 AM  

  • I'm impressed with your site, very nice graphics!
    »

    By Anonymous Anonymous, at 7:23 AM  

Post a Comment

<< Home