Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Sunday, January 31, 2010

..!@#$%^%&*^%^%^^..

.. Sapa2 berani tafsir dan buat andaian tanpa tanya aku kali ni..mmg cari nahas! ..

Thursday, January 28, 2010

..Danish Hakimi kena denda..


Pic ni fresh dr enpon. Masa aku taip ni..mcm ni la keadaan Danish.Tertido rupanya, patut la senyap je lps kena marah. Tension aku! Dah la balik sekolah baju berlapis2 tak tukar..duit g beli pembaris lagi..roti tak makan. EEeee...kan dah kena cubit kat perut..Gerammm!!

Dari smlm aku geram kat budak ni. Dah bawak p swimming..balik gaduh berebut DsLite dgn Dania. Dah la baju sekolah tinggal dlm opis. Makan tak habis..latihan tak nak buat wpun takde homework.

Start dari hari ni..Ibu denda Danish..Takde duit sekolah, tak leh ikut Ibu p swimming and no more game during weekday. Kalau tak mau dgr ckp..Ibu jual PSP ngn DSLite tu.. lucky dah jumpa balik kasut sekolah..kalau tak, Ibu tambah denda. Huh!

(Danish pembaca blog aku..so..post ni utk dia! )

..Dania Hamimi pagi2..


Nantuknyaaaa..tiba2 malas sgt nak wat kerja. Asal ek? Uhuk! Layan blog la kejap. FB dah kena block..so dah sunyi sepi. Kepada semua, semoga dgn terblock nya FB..rajin2 la kerja ek. ;) Smlm aku dgr kat hotz.fm topik 'Guna blog lps geram dekat orang, apa pendapat?' ...aiii..mcm kena2 je dgn aku sejak dua menjak ni. Tet! sapa mrh? x nak cite..nnt jd isu lak.. ;b

Ni nak cite gak pasai org ni..tp cite Dania Hamimi..budak yg byk ckp ni. Tot tet tot tet mulut tak mau diam..

Dania bangun kul 6.15 pagi bila jam munyik kringggg!!!!! Lps tu, dia sambung tdo kat bilik aku lak..tp sempat la kejut aku. 'Ibu, bangun' ..pastu dia cium pipi aku. 6.30am, bila dah buka lampu, dia pun bangun. 'Abang..bangun, buka baju..mandi.' Dia kejut abang dia yg sgt2 liat nak mandi. Kebiasaanya, dia akan jd IBU Junior pagi2 ni. Bebel2 dekat abang dia..'Abang, basuh muka dulu..abang cepat..abang sabun..abang gosok gigi..abg pakai baju.' tak pun...'Ibu..abg tak nak sikat rambut...ibuu..abang tak makan lagi' tak pun..'isk abang ni...cuba la cepat sket'. Haaa..amik ..semua words aku dia dah hafal..so aku dah buleh relaks. Cuma dia tak leh nak cubit abang je mcm aku buat. hahahaha

Dania mandi kul 7 pagi. Aku dah suruh dia mandi sendiri..tapi kalau dia mandi sendiri..mau berminit2..'Ibu..basuh muka dulu kan?'....'Ibu..dania nak kencing ni'....'Ibu, dania dah sabun'..adeh! abis semua dia report. So, baik aku mandikan..kejap jek..sakit hati pun takde.kuikuikui. Time gosok gigi...'Dania tak nak ibu gigi ibu..pedas' ..kalau nak gosok gigi ada 3 step.
1st : Aaaaa (nganga kan mulut ..so aku leh gosok gigi geraham atas bawah)
2nd : Eeeee (rapat gigi atas dgn gigi bawah..so aku boleh gosok dpn2 gigi )
3rd : kuar kan lidah utk mengosak lidah..
sekian.hahhaha

Lepas mandi..dia pakai baju sendiri kecuali datang mood ngada2 dia. 'Tak buleh la ibu..susah la nak pakai baju ni'...kalau aku OK..layan. Kalau aku tak OK...mmg kena bebel je lah. Time sikat rambut paling lama...ehem. Rambut terkini 'kau dan aku' ..jgn sentuh ya rambut dia...Nnt tak jd rambut AKIM...belasah jek. Bedak taknak pakai, kata dia..'Kau dan Aku tak pakai bedak' adehh...lps tu, 'Dania lom pakai minyak wangi lagi ni'....lps tu..'Lipstick ibu?'..kalau aku tgh pakai moisturizer..'Apa tu ibu? Untuk cantik ya? Nk jugak...' Dania ni, kalau nak suh makan or pakai apa2, ckp je..'Nak cantik tak? sayur utk cantikkan kulit..carrot utk mata..bla bla...nak cantik tak?' sure jalannyaa..

Lps dia siap2...'Dania dah siap, tolong Ibu kemas rumah'..'OK..' terus dia p depan. Rutin dia yg aku suh...susun bantal, kemas mainan kalau ada..tutup tv. Suka tgk dia susun bantal kat dpn..sangat simetri..haahaha..dan semua ready..kita org kuar rumah sama2. Kadang2, kalau aku pakai shirt jek..dia akan sound 'Apa la ibu pakai mcm ni...tak cantik la'..hahhaha..belasah, janji ibu senang tak yah iron... ;)

Abis dah cite Dania sblm p sekolah...........dan aku nak p lunch. Ari ni balik umah makan apa yg ada. Kawan2 ajak kuar. Malas la...L.E.M.A.U lak rasa..awat tak tau...

Chow!

Monday, January 25, 2010

..Leleh siot! ..




Isk isk isk...ni buat aku nak baca doa buka puasa ni..adeh! Makin mengelak..makin menggalak lak si Jurulatih ni mengoda..sapa2 yg tak penah pakai COACH..cuba lah..nak2 kalau leather..huhu..puas hati..kalau terlebih duit, leh p beli COACH kat butik and sapa nak jd pembeli bijak mcm aku, beli Online..takut tak ORI? sila hubungi aku..insyaAllah compem ORI.. ;) dont worry, aku pun beli direct dr US via Online .. Meh nak cite beza COACH Malaysia ngn COACH Online..

Ada 2 jenis COACH kalau beli online tau :

1 ) Coach dr Butik COACH US
- Kalau beli dr Butik COACH US, leh pilih2 kat website
http://www.coach.com/. Still murah dlm 4-5 ratus nak beza dgn Butik Coach Malaysia (agak2). Kalau dr Butik US, dpt la kotak Coklat berbalut reben, siap dustbag and wrapping paper. Biasanya brg2 dlm butik adah new collection..

2) Coach dr Outlet US.
- Biasanya brg2 dlm outlet ni adalah COACH yg dah beberapa bulan kuar kat butik..maka kena la masuk OUTLET. Rega dia..huhuhu..berganda2 murah dr COACH Malaysia..jgn risau, still new item COACH dr outlet. Cuma kalau dr outlet, kadang2 ada kotak putih,kdg2 ada dustbag..kdg2 takde..tp kotak still boleh request. Kena la tambah rm30-rm40 kalau nak kotak..dan 1 lagi..mostly COACH dr outlet ada bullet mark (penanda brg OUTLET) kat dlm beg kat bahagian tag kulit yg ada serial number tu..

Dan sbb aku pun dah gila COACH..aku share keseronokkan ada COACH dgn semua ..apa lg, cuba jual Online gak lah...baru nak cuba2..(
http://cuttheprize.blogspot.com/) and kalau ada yg suka..leh contact me.ahaks!

Meh aku tunjuk cth rega Coach dr Butik Malaysia dgn Coach yg aku ada, direct from US.



Nama Coach ni Sophie Berry..aku beli tahun lps. Harga butik Malaysia is RM1600 and aku beli dari US (Online dr kenalan) is RM700..amacam? Berbaloi tak??

My 1st COACH ever...huhuhu. Ni beli dari butik Coach US ... RM800 (dah lama dah beli..2 tahun lps kot) and rege dekat butik Malaysia..jeng jeng...hampir cecah RM2000.. dan leather dia..sgt2 ringan dan bau kulit nya..uhuk..best siot.. ;) Aku ada beberap ketul lg COACH..malas la nk upload...

Dan..sekian la iklan aku utk kali ni...jgn lupa lawat blog
http://cuttheprize.blogspot.com tau. Nnt pelan2 aku tambah item..tgh merangkak ni.. :D


Saturday, January 23, 2010

..Ganu Kita..

Klik pic utk pic lelagi

Now ni aku kat Kijal Ganu. Ikut abe coz dia ada kerja. Mmg dulu aku dah nekad tak mau ikut dia oustation nnt dia penat..aku angin..Berperang! hahaha. Takpe, tu dulu. Manusia berubah kan? Apa yg penting..kerjasama..sabar and redha. Aku ikut ni pun sebab nnt sure bosan dok umah. Nak buat apa kan kalau abe takde? Nak layan FB? YM peneman aku pun dah lama tak menyala weekend ..semua org dah sibuk kot dgn hal masing2 dan aku pun dah lama tak jd burung hantu..kul 11 dah ZzZzZZz...

Dok sini takde apa sgt pun nak cite. Sejak kawin sampailah dah anak 2 ni..kaalau abe oustation Paka, sini lah aku lepak. Penah duduk berhari2 masa danish kecik2 dulu .. drpd rasa syok dgn hotel ni..sampai dh jadi..'ala..bosannya'.. hehehe. Malam ni abe still in power station and tak tau la kul bape nak balik sini. Sok pagi2 dia kerja lagi..maka kena la layan bebudak. Tgh ari sok,check out and where to ? Mana ek besh dh menyinggah sblm sampai UNITEN balik?? emm...

pst: pelangi ada kat mana2 kan? ke nak kena tunggu hujan ? emm..

Tuesday, January 19, 2010

...Promise..

..Argghh!!!! Apa yg aku dpt dgn tunaikan janji? Sama je kan?? Tapi sebab janji..aku simpan dlm hati..
..Rabu dah bertemu Rabu..

..Bila anak bertanya..

Hasil kerastangan Danish guna PAINT - gambar hiasan

lokasi : Ruang Tamu (8.40 pm)
Mana babah ibu? - dania
Babah kerja.. - ibu
Babah balik bila ibu? - dania
Malam nnt babah balik la - ibu
Ni malam la ibu? Mana babah ibu? - dania
Babah kerja laa...nnt babah balik la - ibu
Babah balik malam? Dia byk kerja? - dania
Ya..babah ada kerja..nnt babah balik la - ibu
oooOo..babah balik ek? dia tak tdo hotel? babah byk kerja ya ibu? kalau kerja tak siap, bos babah marah ya ibu? - dania
a'ah..babah byk kerja..nnt bos marah - ibu
tak lah..babah tu bos lah...tp babah kena siapkan kerja..nnt bos no 1 marah - danish
a'ah..ya - ibu dah malas nak layan
ibu bos ke tak? semua kat opis ibu tu apa? ibu ada bos? - danish
semua atas ibu tu bos - ibu
habis ibu apa? - danish
ibu?? ibu kuli - hahahaha..gelak sendiri..

saja merepek2..dah tak tahu nak buat apa ni.. ;)

..Suami..

Ni suami aku..kategori? No 2 :D

Em..td dlm keta hantar Dania, aku layan Hotz.fm. Topik apa tah, something like 'suami terlalu konkong' (kes no 1)..lebih kurang la. Katanya, nak g jalan ngn kwn2 tak boleh, event opis tak lps, nak makan kena balik rumah dan apa2 lah yg semuanya tak boleh. Nak kena report duty setiap masa.

Tiba2 sorang caller call, via versa lak. Suami terlalu 'baik' (kes no 2).. nak pergi mana dgn kawan2 OK, nak balik lambat kerja lambat 'OK' tanpa bertanya kenapa? Nak buat apa2..buat lah..semua suami dia OK..katanya wanita tu..kadang2 dia terpk, sayang ke tak suami dia pada dia? Kadang2 dia kata, dia nak rasa di 'Care' macam isteri2 lain.. tapi katanya juga..suami dia sgt baik..cuma dia ingin rasa di 'care'..

And now jawapan dari suami kes no 1 yg hadapi dilema di kongkong...(8.23am)

suami : 'takde apa aih..tu tanda sayang dia' ..
(aku sengeh jek..jawapan control macho..huh!)

dan aku nak tahu jawapan utk suami no 2...ada sapa2 leh jawap tak?? Apa sebenarnya dlm fikiran suami2 no 2 ni?

Saturday, January 16, 2010

..Taman Tasik Perdana..

Klik pic utk pic lain..

Nak p mana? soalan ni berkali2 terbit dr mulut aku dan abe pagi tadi. Emm..nak ikut trip tgk gajah kat Pahang? Em..tiba2 je? kata tak jadi..tak nak lah wpun abe ON je.Aku? EMm..tak mau! OK..'Taman Burung'..Danish - 'Pusat Sains'...huhuhu. Ikut hati aku..Midvalley. Hahaha..Abe? Ikut je mana za nak p. Ahaks! So..Taman Tasik Perdana..macam2 ada.

Sebab abe terpusing2 cari Taman Tasik Perdana..panas pun menjelma.Tak mau la p Taman Burung..mau berpeluh. Sebab seblm p Taman tasik..kita org singgahh Handset Fair kat Sri Serdang. Gila yop. Banyak gila 'kembar Iphone 3G S' ..dgn harga RM399 and buy 1 free 1. Handphone samsung RM199. Uhuk.aje gila. Tapi baik2 ek..semua made in Taiwan..;) ...

Sampai Taman Tasik..g Muzium Kesenian Islam...syok juga. Dapat student rate sbb dia org takde duit tukar. Halal ek. Dalam tu dr kul 12+ sampai la ke pukul 3. Byk benda nak tgk..nak baca..dan Danish pun seronok..dia mmg suka tempat2 mcm ni. Lps tu p Tugu Negara. Ni kali kedua aku g sana and abe,danish anda dania baru 1st time. Amik2 gambar..xplain kat danish..bla bla bla dan terus p Memoril Tun Abdul Razak. Emm..biasa2 jek. Dah penat membaca..redah je tgk2 gambar. Danish masih tuntut nak p Taman Burung...tapi aku dan abe dah M.A.L.A.S.

Lepas tu..ajak abe p Midvalley..tp bila sampai depan Midvalley..aku malas lak...terus ajak p Alamanda. Perut lapo and layan Johnny's. Erkk.kenyang..Ingat nak bwk danish and dania tgk movie..alvin and chipmunks. Takde la pulok kat Alamanda. Esok je la kat Mines kalau ada. Pastu aku masuk TOMEI..looking for a diamond ring.Em..takde pilihan. Sebenarnya, aku dah let go beg coach Parker yg abe belikan utk anniversary last year.Takpenah pakai pun and alhamdulillah berjaya di jual.So aku decide duit tu..aku nak beli something sbg ganti. Ye lah..abe bg adiah...kena la ganti balikkan? Akhirnya..aku rembat gelang kaki.Cun2 je rege coach yg aku let go tu.Pastu belikan Dania rantai dan gelang kaki silver. Pilih yg paling murah je.heheh. Dan danish? dah tarik muka..dia nak jam..tapi kat Alamanda takde pilihan. Wpun aku janji nak belikan..dia still tak puas hati. Nak dan2 tu gak..perangai sapa la ek? hahaahah....

Friday, January 15, 2010

..Bungkus..

Nak campak mana? Sia-sia..

..Apakah?..


..Don't know how to describe 'what is my feeling right now'..

..boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh boleh..

Wednesday, January 13, 2010

..Jangan..


Jangan mengandai kalau tak pandai..
Jangan melulu kalau tak tahu..
Jangan berlagak kalau tak nak kena sepak!

Tuesday, January 12, 2010

..Alamak..Alahai..

(ni kali ke 5 aku upload pic..tak lepas2..huaaa!)

Tadi aku g sekolah Danish kejap, nak beli buku yg takde ari tu. Lepas beli buku..terus naik kelas Danish. Em..macam kucar kacir jek...ada cikgu ke tak ni. Aku intai2, tiba2 cikgu jengah.
'Cari siapa?'..
'Takpe..saya tgk jek'..
'Takpe..ibu siapa ya? Ada budak ada masalah, saya tak kenal Ibu dia org'.
'Ibu Danish.'
'Ooo..Danish duduk depan' and cikgu pun blah. Lor..kata nak cari ibu pelajar. Aku pun blah and intai kat tingkap.

Kat white board ada huruf Gim, Ha dan Ho berbaris atas, bawah dan depan. Atas meja budak2,ada buku jawi. Ada yg buat kerja..ada yg dah lari lintang pukang kuar kelas..ada yg sembang2. Haaa..yg dok sembang2 ni la si Danish dan Lutfi. Danish duduk depan Lutfi.Aku tgk kan jek. Danish seluk poket..keluar RM2. Aik..td babah bagi RM1..mana lak datang lagi RM1. Emm..lps tu dia past duit tu ke Lutfi.

'Awak tahu tak, belakang singgit tu ada gunung Kinabalu'.
'Mana?' Tanya Lutfi.
'Ni la..ibu kita dah sampai sini'..ek lek...
Lepas tu dia org main2 dgn duit tu...and Lutfi bagi balik duit tu pada Danish. Emm..tiba ada budak tegur aku. 'Cari siapa?' ..akekek..aku muncung tunjuk Danish. Ni kat tepi tingkap. Tiba2 Danish pandang aku. Haa.terkeput2 cuba nak jd budak baik. Alahai Danish..apa lor. Aku panggil dia. Dia dok tepi tingkap and Lutfi lps kuar.
'oOoo..ibu Danish, patut mcm penah tgk' Lutfi tegur aku.
'A'ah ibu Danish. Ni pesal baju terkeluar2 ni.? ' Aku tegur Lutfi.
'Tak pe la..mmg mcm ni' Selamba je dia jawab..Baju Danish pun dah nak terkeluar. Aku tegur..terkial2 dia betul kan.
'Danish g tandas la tadi'..sempat lak kasi alasan.
'Mana dapat lg singgit tu?' aku tanya Danish. Dia tunduk.
'Saya bagi la..saya bwk tiga ringgit..Danish bwh seringgit, saya bagi la lagi seringgit, saya dan Danish ada dua ringgit'. Jawab Lutfi bagi pihak. Danish lak terhangguk2. Adeh..
'Ibu bagi tahu babah ek..amik duit org'..Danish tunduk jek.

Penin aku tgk kelas dan sekolah tu. Time belajar ni..macam bukan time belajar jek. Lintang pukang budak2. Ke budak laki mmg mcm ni? Huaa..dulu sekolah aku semua perempuan..baik je semua. Kemas je semua.asal jd mcm ni lak kat Danish? COMOT!!! Aku terus blah jek. Lagi lama aku kat situ..kang lagi byk aku tak puas hati. Balik kang siap la ..susah betul nak ajar berdisplin si Danish ni..huh!

Ke budak skrang mmg mcm ni??? Adehh...

Semalam..Danish belikan lencana utk kawan dia 60sen dan beli pemadam 30sen..pun utk kawan..ayarkk!! Babah dah warning..babah bagi duit utk beli makanan kaalau lapar. Danish tunduk jek. Dia kata, kawan suh beli. Alahaiii..aku tak tahu, apa lak dia belikan kawan2 ari ni ..Penin...



Saturday, January 09, 2010

..Kring!!!!!!!!!!!..


Abe g kerja mlm ni,remote Astro entah kemana bdk2 ni letak..FB pun senyap jek..YM apatah lagi..Majalah dah abis baca..apo laie nak buek ni. Mata dah tak ngantuk..Tertido dr maghrib sampai kul 10 td sebab kekenyang. Dari sushi king ke pulut kuning rumah Ibrahim birthday Tasneem dan sambung lak dgn Bihun Sup goreng kat umah adik..tet!!! Kenyangggnyaaaaaaaaaaaaaaaaa....alhamdulillah. Malam semua dah tak nak makan.. ;)

Em,teringat 1st day anak2 mula sekolah baru ni...cerita bangun pagi. Nak bangun pagi memang la sesuatu yg amat payahh kan? kan? Aku sendiri, kalau takde komitmen pagi2,memang susah banget nak bangun. Tapi sebab anak2 dah sekolah, dan Danish lak tumpang orang..kena la bangun seawal boleh. Maybe awal la pada aku ..rasanya ramai lagi yg awal..camno nak bangun pagi? Dulu2, org tua pesan..sebelum tidur,niat nak bangun..tepuk bantal ikut jam nak bangun. Akekeke..idak la aku buat mcm tu..tepuk2 bantal..makin sedap tidur adalah kan??

Masa Danish umur 5 tahun, dia dah mula tido bilik sorang. One day tu, dia minta..'Ibu, belikan la Danish jam loceng..senang Danish nak bangun'..aku p belikan la jam loceng yg bunyinyaa 'Kringgggggggggggggg'..bukan yang 'Tet tet..tet tet'..hahaha..menyampah lak aku dgn alarm tet tet tu..teringat masa kat asrama. Ada yg kunci alarm, boh dlm loker pastu balik kampung..adehh! Hangen 1 badan sebb alarm tu akan keep ringing berkali2..emm, since Danish ada jam tu la, bangun tido jd agak mudah sebab jam loceng Danish akan berbunyi kul 6.15pagi dan dia mmg akan bangun..masuk bilik aku. So, bila dia dah masuk,aku compem2 terbangun.Selain dr jam loceng Danish kan..sebenarnya, ada 3 lagi alarm akan kejut kita org. Hahahaa..kul 5.45am, alarm HP Samsung akan berbunyi. Biasanya abe letak kat luar..aku mmg jenis tak leh bunyi bising time tdo..bila bunyi jek..teng! terus terjaga. Tadi idak la terus bangun, tak kuasa nak bangun awal2. Paksa abe bangun and p tutup munyik tu. Legaa...kul 6am, Alarm HP abe lak akan munyik..dia guna ringtone Sony yg bingitkan tinga..lg la aku Teng! terjaga balik..tp tak bangun lagi..masih atas katil..6.15am, Danish masuk bilik..dania sekali la sebab Dania tido dengan Danish. Aku akan suh Dania tido balik..biasanya Dania tak akan tido balik, dia akan g pasang TV..layanzz..dan aku? masih atas katil..kuikuikui.

6.30am..Alarm HP aku lak munyik2..dah. Ni Final alarm...kalau tak bangun gak alarm ni, mmg kelam kabut 1 rumah dan masa ni la Danish bangun mandi. Kena paksa sket nak mandi budak ni..so, mulut dah bunyi..mata tak kan la pejam lagi..Abe pun bangun and semua bangunn...ni cite hari biasa lah..

Cuti? Hanya 1 alarm akan berbunyi..6.30am..solat subuhhh..lps tu suka hati la nak tido or bangun terus. Tapi budak2 memang awal..bangun gak 6.30am, p buka TV..buat hal masing2 biarkan ibu dan babah hanyut.. ;) Ini lah tips aku bangun pagi...tak susahkan?? Tapi kadang2..ada gak terlajak......Tet!! manusia kan..tak semua perfect.Kuikuikui..

Friday, January 08, 2010

..lemas..


Gulp! Gulp! help ..my heart is sinking...my mood is 'swing'...lalaalalala i am singing..but my heart still 'pening'.....pretending.....

Monday, January 04, 2010

..Danish and Dania @ 2010..

Klik gambar utk layan gambar lagi ;)

4th Januari...dah 4 hari new year. Danish dah selamat masuk ke sekolah and Dania sambung nursery. Sepatutnya Dania dah ada tadika tahun ni..tapi tukar pihak pengurusan..lain lak ceritanya. Takpe lah kan..4 yrs baru.. tp Dania masih tak kenal ABC mcm abg dia dulu...3 tahun dah kenal huruf. Tapi Dania good in Angka...

Hari ni abe amik cuti hantar Danish ke sekolah. Teruja eh sampai nak tunggu kat sekolah? heheh..biarkan je Danish..za yakin dgn dia...dia kan 'Aktif' mcm ibu..hahahha...dont worrylah..and aku share few gambar pembuka 2010..

Still pray for a good 2010....... Amin..

Friday, January 01, 2010

..Sampai Hati..

Ya Allah..aku buka buku tahun baru dengan air mata yg mencurah2. Demi Allah..dah lama aku tak menangis mcm ni sebab perkara yg sama..selepas berbelas-belas tahun..pagi2 ini..seawal subuh tahun 2010..aku menangis lagi.. Aku betul2 terguris..terluka dan luka lama kembali berdarah. Api marah makin menyala...dan tak mungkin akan padam.. berdosakah kah aku??

Za minta maaf ... maaf di atas segala ketidaksempurnaan...........kalau za terus menyepi lepas ni..za pun punya hati.. Berubahlah..tolonglah..and terima kasih atas segala2nyaa...

Mak, za syg semua..tapi..za tak boleh mcm ni......kalau mak kuat dan sabar...Za tak kuat..

Sham...lu tolong gua..gua dah takleh handle menda2 mcm ni..Abang..thanksss..sorry za buat cite sedih lak pagi2 ni..maafkan dia org ek...