Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, October 28, 2008

Aku rindu zaman itu..

darjah 1 - 1985. Aku dah jd 'ratu' pentas..ahaks!

Seronoknya zaman sekolah..pagi2 bangun terus g sekolah. Kat sekolah mcm2 aktiviti2 boleh buat..semua aku suka. Aku suka sekolah drpd duduk rumah..dari tadika sampai sekolah rendah, aku tak pernah tak suka sekolah. Habis sekolah pagi..balik rumah, tukar baju..makan2..salin baju sukan..g sekolah lagi jalan kaki..jauh pun aku tak kisah..sebab kat sekolah ada aktiviti..bolajaring, hoki,gimrama, bulan sabit merah atau belajar menari dan menyanyi...aku suka sekolah..aku rindu zaman sekolah..terutama sekolah rendah.

Sekolah menengah pun aku rindu..duduk asrama..mcm2 kisah yang dah berlalu..aku rindu. Rindu tergesa2 mandi pagi dekat kolah..tergopoh gapah kemas katil..kemas cadar. Dulu tu semua macam masalah, tapi sebenarnya, itu semua anugerah. Aku rindu gelak ketawa dengan kawan2 sekepala. Cikgu nak marah..nak belasah..kita org wat dek jek..janji hati gembira. Time sekolah,aku suka time riadah..sambil sihatkan badan..boleh cuci mata..pandang2 abang aspura...usha2 adik2 putera..nampak gediks..tapi seronokkan?? selagi tak buat dosa...buat la apa saja..rindunya zaman2 bersuka ria..naik bas dgn team2 hoki..team softball..jln jauh2 utk naikkan nama sekolah..rindunyaa nak gelak sampai muntah2...

Aku rindu semua itu..........tapi semua dah berlalu...boleh tak tolong aku putarkan waktu???

archive : Kecik-kecik dulu

Monday, October 20, 2008

It's time to reset...

terima hidup ini seadanya...bersyukur dan jangan kufur...

Saturday, October 18, 2008

Za minta Maaf..


Semalam mak call aku..cerita pasai kereta baru dan insyaAllah, murah rezeki, aku boleh bantu..lepas cerita pasai kereta tu, mak buka cerita pasai adik bongsu aku..mcm biasa, mak pasti cakap mak susah hati pasai dia..mak suruh aku ambil tahu pasai dia..seolah2 mak kata aku buat tak kisah tentang dia..aku dah lama pendam rasa bercampur pula hidup aku yang lately huru hara..aku mula tertinggi suara..lepas geram ikut suka..aku bukan marah mak atau marah sapa2..aku cuma lepas geram pasai dia..suara mak sebak di sebelah sana, kata aku marah2 dia..mak minta maaf dan terus letak tepon mcm tu jek..aku dah mula nak jd macam org gila..kenapa aku pula yg jadi mangsa..aku tutup bantal pada muka..aku jerit sekuat rasa..aku nangis mcm orang hilang timbang rasa...aku sedih .. aku hiba...kenapa mcm ni pula jadinyaa...??

Aku cuba call mak byk kali..mcm2 alasan lak abah beri..mungkin nak cover mak yang tengah hot dgn aku mlm tadi. Aku sms adik bawah aku..dia tempat aku mengadu..dia faham masalah aku..dia telefon mak nak bantu aku..dia kata..mak sgt2 kecik hati dengan aku..mak kata, aku tak pernah buat mak macam tu..aku rasa tak keruan, dah rasa jd anak hantu..aku terus cuba call mak setiap waktu..dan tadi, alhamdulillah..mak dah maaf kan aku..mak cakap..setiap solat..ampun dan maaf sentiasa ada untuk abang,adik2 dan aku....
Maaf. za minta maaf.....


Friday, October 17, 2008

Sayangi daku...


Untuk tatapan para suami dan bakal2...

1 Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2 Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3 Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4 Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5 Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan utk berbual dengan isteri setiap hari ?

6 Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7 Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8 Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9 Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10 Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11 Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12 Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13 Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14 Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15 Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16 Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17 Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18 Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19 Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20 Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21 Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22 Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23 Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama RasuluLlah apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24 Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25 Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26 Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27 Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28 Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29 Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30 Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31 Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32 Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33 Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34 Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35 Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37 Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38 Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39 Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40 Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41 Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42 Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43 Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44 Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45 Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46 Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47 Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48 Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49 Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50 Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakuakan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Saturday, October 11, 2008

Nak pakai spec?



Aku amik ni dari website The Magic Of Macys. salah 1 website yang best untuk shopping online.Ni ada panduan nak beli spec..tp aku sendiri tak tau bentuk muka aku bentuk apa ..tp yg pasti bukan square le..agak2 apa eh??? setakat ni spec aku byk yg ikut Oval Face..emm..

Wednesday, October 08, 2008

Semudah ABC..


Kadang-kadang, ungkapan 'MAAF' yang sering di ungkapkan tak memberi apa2 makna kalau 'HATI' sering di lukai..dan kadang-kadang,sakit di 'LUKAI' tak akan terasa jika diri sendiri tak pernah kenal apa erti 'LUKA'..kadang-kadang ungkapan 'SAYANG' boleh menjadi 'PENAWAR' duka tapi mungkin ungkapan itu sedikit pun tak terkesan di 'JIWA' jika ia bukan lahir dari hati yang menyayangi..tapi hanya sekadar ingin mengubati..

MAAF itu Semudah ABC??? pastikan ianya juga di mudah di terima diri sendiri jika anda DILUKAI.....watch out!!!

Tuesday, October 07, 2008

Raya 2008

Hai..
Ari ni aku dah start kerja..raya ke 7. Nak upload pic byk2 pun malas..so ni je yg terpilih. Alhamdulillah, masa on the back balik ipoh..takde jam yg melanda..so straight to Ipoh dgn kelajuan berhemah 110km/j..sampai la ipoh dlm 2 jam 30 minit...kalau pemanduan x berhemah..tak sampai 2 jam dah sampai..maybe sbb keta dah sarat kot..tak leh nak laju..

Ni p Bagan serai..Baju raya tahun dari Shaffendi Colletion

1st Raya - aku raya kat Manjoi, umah mentua. Tahun ni serba pink..jenuh gak nak pujuk abe ngn danish yg 'anti' pink ni..dia org mmg pakai pink tu sampai tgh hari jek..lps tu semua bersalin..tinggal la aku sorang2 berpink..hhhee..lps manjoi, singgah umah mak kat jelapang..lps tu terus ke Bagan Serai..famili sebelah abe..raya tahun ni mcm x meriah jek..x jumpa pun mkn best2 kecuali ketupat dan lemang..aku nak laksa..mak pun x mau buat..adehh..

2nd Raya - Hari melepak sedunia..sbb tu xde pic .. patutnya balik kedah..sekali abang ada hal lak..maka, dok umah je la..tgk tv...

Nak p Alor Setar..baju dari jauh ni..Bandung - suka banget.

3rd Raya - Bertolak ke Alor Setar, umah adik ngn kakak mak..jalan ok lg..syoknya makan kat umah auntie aku..adik mak la..dia masak..yummi..4 pinggang aku makan..org lain dah settle..aku masih mengadap lagi...kira meriah sket ari ni..mlm p umah kakak mak lak..makan Apple Donut..hehehehe...

Ni kat penang..baju ni pun dr Shaffendi.saja je tulis ni..tolong kwn bisnes..hehehe

4th Raya - Konvoi ke Penang... 3 keta je la..jalan dah mula jam..ayok..auntie aku siap nak patah balik lak..apa daa..jln la pelan sampai pa penang tgh hari..p umah arwah tok nab dulu..xde sapa..aunti2 semua dah balik..tinggal la tuan rumah..lps nak kenyang makan kuih..p umah tok chaq lak kat tgh2 town..since dah p raya ke 3..x dpt la mkn nasi beriyani ...makan la apa yg ada..lps tu..abang ajak p QueenBay Mall..dia banje makan TGI Friday..mak ngn abah dah pelik jek..siap tnya halal tak? hahahaha..aku salah odet..p odet makanan based nya cheese..waa.,nak nangis raasanya..since abg belanja..aku tutup idung je mkn..last2 aku tukar dgn spaghetti dania..gila basic..ahaks!! kul 6.30 kuar dr Penang..JAMMMMMMMMM...aduhssss...dgn minyak kereta nak abis..minyak kat pertrol pam pun habis..aku dah naik cuak..mmmg rasa x bernafas je dlm keta...sampai la kuar ke KK..sib baik ada minyak..kul 12 tgh mlm baru sampai ipoh..GILA SIOT!!

alamak..asal aku malas nak menaip ni...sat2 g la sambung eh..huhuhuhu...