Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Friday, April 29, 2005

Mari bersoal jawab...

Sila lihat gambo di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya?

Image hosted by Photobucket.com

Soalan Pertama :
Korang rasa, di manakah lokasi gambar tersebut?


A. Pasar malam yang dibuka siang dan malam?
B. Pasar borong yang tak jual ikan semata-mata?
C. Pasar raya yang buat sale bukan di waktu raya saja?

Jawapanya : Tiada satu pun di atas. heheheh..Ini lah situasi di Jusco IOI Puchong pada tarikh 28b April 2005.

Soalan kedua :
Kenapakah orang begitu menyemut dan berkoyan-koyan?


A. Sebab dia orang takde keja nak buat.
B. Dia orang rasa itu la satu2nya supermarket yang ada sale.
C. Dia org saja nak tolong kecah2kan barang kat situ,nak bg staf jusco lebih kerja?

Jawapannya : Pun tiada satu yang betul..gegege.Manusia mengerumuni Jusco semalam sempena Jusco Member Card Day. Ramai gilamanusia.Ada yang bawa baby dua,tiga bulan..Ya Rabbi..kan boleh dapat macam-macam penyakit masa tu.

Soalan ketiga :
Apakah barang yang aku beli?


A. Semua barang sale yg kurang dari 10% ..sbb aku tak main barang murah.
B. Semua barang sale yg lebih dari 70% .. sbb aku kedekut duit.
C. Semua barang aku angkut sbb aku tamak..

Jawapannya : Lagi la takde jawapan yang kena ngn aku..huhuhu.Aku cuma teman hubby..dia beli seluar kerja.Aku berdiri tegak tgh2 manusia sambil memegang troli yang di isi dengan anak aku.Tak kuasa aku nak bersesak2.Baiklah beli waktu lain..mahal sket takpe..janji aku bahagia.

Thursday, April 28, 2005

Hancursssss !!!

Ya Allah!! Itu la perkataan pertama keluar dari mulut aku bila aku tak sempat nak elak moto kat depan aku...Dari mana pulak budak ni muncul..alih-alih langgar kereta aku...dah tu tergolek atas jalan.Aku terus tekan lampu kecemasan dan keluar dari kereta. Budak tu bangun dan terus tanya "Akak OK? " ..hahaha..nak tergelak lak aku. DIa yang tergolek..aku lak yang ditanya ok ke idak..Aku kata "OK..awak tu OK ke? " dia mengangguk sambil memengang tangan kanan dia yang aku nampak macam tak OK..terseliuh kot. Datang seorang mamat dgn full face tolong angkat moto budak ni letak tepi. Lepas tu baru aku check keta aku..ye la.kena la tengok nyawa orang dulu sebelum tengok kereta walaupun dia yang langgar aku..tapi aku ni masih ada perasaan.

Hancuss keta aku. Lampu signal pecah, spotlight berderai dan terjojol keluar. Bumper turun sket. Cat calar..Alahai..duit lagi...itu la rungut aku.Baru dapat gaji..kena kuar kat kereta lak. Aku ketepi dan berbicang2 ngn mamat tu..budak ni..dah la takde lesen..helmet tak pakai..nasib baik aku slow tadi..kalau tak ..ee..nauzubillah.Tak nak aku terjebak. 15 minit berbincang..last2 aku bg no tepon..dia bg alamat kerja sbb dia takde tepon..gaji pun lom masuk..kata dia la. Aku suruh dia janji call aku. Janji sebagai orang ISLAM..dan alhamdulillah..dia dah call tadi. Since aku tak repair lagi keta tu...aku suruh dia call next week. Bila aku suruh dia janji call aku..dia cakap ..

" Akak..saya nak cakap sket boleh? Saya tak suka la akak paksa2 saya byk kali.Dari smlm macam tu..saya kata..saya call..saya call la. " hahahhaa..aku gelak jek. Aku kata..bukan aku paksa..tapi aku dah biasa kena.Janji tinggal janji...pastu dia pun gelak sama. Aku bukan nak berkira sangat..janji tak tipu aku sudah..itu jek..


Image hosted by Photobucket.com
- Sian keta aku...kita berhati-hati..orang lain bantai dia lak..nasib badan..

Korang rasa,,bape juta aku nak kena kuar ni? huhuu..RM..RM..budak tu dah bagi tau,dia tak mampu bayo habis...bape ek aku nak minta? Signal RM50 yg ori..spotlight tu bape ek? bumper tu boleh naik kan balik ke? Cat? nak kena cat balik ke? waaaaaaaaaaaaa..beli keta baru la senang..muahahahhaa...

Adios!

Wednesday, April 27, 2005

Danish Hakimi...

DANISH HAKIMI kini dah 2 tahun...pelbagai ragam,pelbagai sketsa...macam-macam ada. Kekadang buat kita gembira, kekadang buat kita seksa. Daripada bayi yang tak tahu apa-apa, skrang dah pandai lawan kata! Semoga menjadi anak yang soleh,beriman,berjaya,berilmu dan berguna kepada semuaaaa.....AMIN!

Ragamnya..semanis gula..sepahit hempedu..



Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, April 26, 2005

Aku suka sangat...

Bestnya..bestnya! Kingdom of Heaven dah nak ditayangkan kat wayang! Aku excited gila ni..terus taip blog! hahaha..Aku suka gila movie-movie macam ni. Walaupun aku tak tau cerita tu best ke idak...aku tak kisah,aku mmg SUKA..aku tak sabar nak tengok.

Image hosted by Photobucket.com


Tapi..bila aku nak tengok? Macam mana aku nak tengok? Waktu kerja? boleh ke? Kalau waktu biasa, jangan haraplah...mana nak letak si kecik tu! Itu lah aku...excited gila macam mana pun aku ngn movie-movie ni...biasanya..aku hanya mampu layan VCD je la. Sebab aku takde masa atau takde peluang nak g tengok wayang sejak ada anak sorang ni...

Cakap pasai movie ni, ni antara movie yang aku suka dan aku boleh layan berkali-kali..

Lord of The Ring ( All Series) : - Minggu lepas adalah kali ke berapa tah aku ulang tengok LORD.Kali ni aku layan yang extended version punya yang aku beli sebulan lepas.Extended version LORD ..koleksi kedua kali selepas aku habiskan duit beli yang versi biasa..hehehe..ORI tau..TAK ORI tak main. Satu kepuasan tonton yang ORI. Kenapa aku suka LORD? Cerita dia best dan yang paling penting..ARAGON..hensem! hahaha..takde taste ke aku ni? muahahaha..suka hati aku la...

TROY - Aku rasa,aku dah tgk lebih dari 5 kali cerita dalam masa 3 hari. Cerita dia takde la gempak sangat..tapi entah.Aku dah suka..aku layan jek. Moral dari cerita tu...Terra mcm mana pun hero tu..tewas gak sbb PEREMPUAN..hahaha..aku suka! Ni kalau ada extended version ..aku angkut sekali..nasib baik takde.. gegege

BRAVEHEART - Cerita lama yang baru aku tonton. Setiap kali masuk speedy..aku dok pandang movie ni.Nak beli sayang jek sbb movie lama..tapi aku suka tgk cover VCD dia..ada kuda..ada lawan..ada perang...so aku beli gak. Cerita dia ok slow pada mulanya...tapi lama2 best..sedih pun ada..hensem gak MEL GIBSON ni ek...cerita ni aku baru layan sekali..pastu kuar TV..ek elek....sabo je la...

KING ARTHUR - Movie ni agak mahai la VCD dia..harga dia lebih kurang TROY, tapi ada dua CD jek.Movie ni tak segempak movie2 kat atas coz lebih tertumpu pada seorang raja.Lagipun hero tak berapa nak hensem..heroin pun kuar kejap2..so aku belum nak ulang tengok lagi movie ni...

Image hosted by Photobucket.com

Skrang ni aku ada cita-cita nak beli Gladiator,Alexender and Kingdom of Heaven ni la..

Saturday, April 23, 2005

Terima Kasih Abang

Dah seminggu aku tak bekerja..sepanjang 7 hari tu macam-macam hal yang aku alami. Hal yang aku rasa, aku tak boleh nak handle sendiri kalau suami aku takde....kesempatan ni, dalam catatan ni..aku nak ambil kesempatan nak ucap terima kasih yang terhingga buat suami ku kerana banyak membantu,melayan kerenah aku dengan penuh kesabaran

Emm..kenapa ek sampai ke blog ni aku nak ucapkan terima kasih? POYO ke aku? TAK..BUKAN! Aku bukan POYO..aku cuma nak luah rasa...sbb aku dah puas REHAT..LEPAK..dan hari ni aku nak LUAH RASA!

15 - 17hb April :- Memang hari REHAT aku sbb aku balik kampung...semua mak buat...termasuk la jaga anak aku! Bukan aku malas..tapi bagi peluang anak aku main ngn Wan dia...masa ni juga anak aku dah start demam,muntah2 dan cirit-birit..tapi dia tak byk ragam..so Aku mmg byk REHAT...

18hb April :- Anak aku masih sakit..so aku amik keputusan untuk bercuti.Hari selasa aku halfday.demam budak tu makin menjadi2..pening aku.Lps bawak dia g kinik buat kali ke 3, aku singgah beli piza segera ngn bun kat kedai roti. SInce aku kena cuti sbb anak aku demam..aku amik keputusan ikut abe (suami ku) g oustation kat Ganu.Dlm perjalanan...anak aku dok cirit birit lagi...aduss..tapi masih tak meragam..takpe. Sambil2 tu,perut aku lapo, aku makan piza tadi..aku offer abe, dia tak mau. Aku belasah sorang..sedap! tapi rasa lain macam..lapo punya pasai...aku belasah jek..last2 habis..dan..jeng..jeng..jeng..malam tu aku mula rasa loyaa...YEZZAAA..balik dari dinner..UWEKKK...habis semua perut aku keluar..aku berulang2 kali ke toilet..dan akhirnya..aku terlantar atas katil..

Image hosted by Photobucket.com

- ni anak aku, sebelum demam..suka sangat kat parapapa dia...

Image hosted by Photobucket.com
- dah macam anak ET kan? Dua hari lps demam..aku mula susah hati...



19hb April :- Waaa..dari muntah2..kena la cirit birit..mati aku! Abe dah g keja..anak pun sama dok cirit..nak nangis aku rasanya.Nasib baik anak tak meragam..so kami sama LEPAK atas katil sepanjang hari...bukan melepak lagi..dah masuk group melepek...dah takde tenaga...anak ku pulak asyik cari BABAH.." mana babah..nak babah"..pening aku. Aku pujuk2..dia tertido..aku pun sama...dok hotel 5 bintang..tapi agenda..hanya la atas katil sbb dah takde upayaa..

20 - 22hb April :- 2 hari yg membosankan. AKu dah takde kuderat. Dlm perut aku dah takde apa2. Yang ada hanya bunyi mcm anak kerakatau nak muntahkan laharnya.Seksanya..hanya aku yg tau. Masa ni aku dah balik KL. Nasib baik ada abe...dia buat semua kerja rumah...urus anak..masak..basuh baju,lipat baju dan paling best..suap aku makan...Aku terharu. Terima Kasih Abang...

Image hosted by Photobucket.com

- anak aku dah OK..aku lak KO..Sian suami aku...

23hb April : - Hari ni la tu..hari aku dok menaip blog ni.Sebenarnya aku masih pening,masih loya...masih muntah..tapi aku gagah gak menaip sbb aku nak LUAH RASA! Tapi kali ini ayat aku mungkin berkecamuk sekecamuknya kepala otak aku yg pening ni..dan perut aku yg mengelodak...

DAH..AKU PENING KEPALA...................

Wednesday, April 13, 2005

Siti Nurhaliza bt Tarudin.

Macam mana aku nak mula ek dgn topik ni? Aku rasa, kalau orang terpandang je nama ni..aku compem semua orang akan tahu sapa dia..kan? So,aku rasa,tak perlu la aku cerita asal usul Siti Nurhaliza atau aku lebih gemar panggil dia CT! Kalau sapa-sapa yang tak kenai CT ni..korang g la selak paper..aku rasa..dah dekat sebulan, cerita CT ni tak pernah lenyap dari muka-muka kertas yang wujud kat Malaysia ni.Kalau tak jumpa gak pasai CT dlm paper (huhuhu..logik ke?) ..korang g la cari kat internet..guna search engine..taip.. SITI NURHALIZA...compem kuarnyaa..bukan satu..malah berpuluh site termasuklah yang menyalahgunakan nama SITI utk publish web tak senonoh dia orang..opsss...over lakk..

Image hosted by Photobucket.com

-ni la Siti Nurhaliza kalau ada sapa-sapa yang tak kenai...
OK..aku minat CT just lepas dia menang JL 1996 - JERAT PERCINTAAN (JP).Sebelum tu aku ada gak dgr-dgr suara dia dlm radio..lagu yang sama..JP.Memang sedap..merdu..syahdu.Aku paling suka bila dia buat suara ala-ala pecah tak pecah tu..best gila.Masa lagu JP ni popular kat radio,aku tak ambil port sgt pasai CT..ye laa..dah nama pun penyanyi..apa yg penting bg aku..mesti SUARA kan? so mana rupa minah ni aku tak ambil tau sangat.Dalam masa yang sama,lagu MAWARKU nyanyian CT ngn 2 By 2 pun rancak kat radio..lagi aku tangkap cintan ngn suara ni..mendayu2..aku layu..hhuhuhu.

Tup tup..kuar cerita Siti tak mau amik gambo ngn artis laki..huhu..masa tu aku cakap..kereknya! Nasib baik takde perkataan POYO lagi masa tu.kalau tak..aku tuko KEREK ngn POYO..hehhe.TAPI mcm biasa,aku kata..lantaklah.Nasib baik suara sedap..tu yang buat aku terus minat CT tanpa mengikuti perkembangan semasa dia..hinggalah tiba saat JL.Aku memang tunggu sangat CT nyanyi LIVE.Pada aku JP sebuah lagu yang agak susah untuk dibawa..lebih2 lagi pendatang baru macam CT..aku sebenarnya nak tengok CT kantoi masa tu...

Aku terkedu..Aku Terpaku..Aku Terharu..Aku Terkagumzz..dan paling BEST..aku TERNANGIS (muahahahaha) masa CT nyanyi lagu JP di JL 96! Meremang bulu roma aku masa tu.Lebih menyeramkan bulu tengkuk bila masa corus..penonton bersorak..huhuhu..CT!! AKU BETUL-BETUL KAGUMZZZZ TAHAP GABANZZ...dan disitu la segala2nya bermula...aku mula membeli,mencari,mengikuti,membontoti insan yang bernama SITI NURHALIZA.CT artis kedua selepas RAMLAH RAM ,yang betul-betul aku minati.Semua koleksi album CT..aku beli..termasuk VCD.Tapi VCD aku dah slow sket sbb CT suka campur2 lagu2 lama ngn baru..aku tak suka laa..hehehehe..

Kali pertama aku bertentang mata dengan CT ..tahun 2001.Kat tempat kerja aku sendiri.Ada la amik sekeping dua gambo..masa tu CT lebih kurang aku jek..pucat lesu..maklumlah,masa rehersal..sampai aku sendiri tak kenai dia.Nasib baik bos aku paksa aku amik gambo ngn CT..kalau tak..sampai la ni aku takde gambo dengan CT.Sebenarnya,bukan aku yg nak amik gambo ngn CT..tapi nak temankan bos ..hahahaha..apapun,terima kasih bos sbb paksa aku..hahahaha..

Image hosted by Photobucket.com

-CT Comey tanpa makeup..aku comot berkilat-kilat..gegege..


Antara show-show CT yang aku gi .sikit jek sbb aku lebih gemar pergi yang berbayo sbb kalau free...ampun..raminay umat manusia...gegege.


1. Konsert LIVE SITI NURHALIZA ( 1999) - masa ni aku tengah tanam anggur,dok kat perak.Aku takde duit..aku bodek abah aku..beli tiket harga RM80...lps naik bas ngn kawan2, datang KL semata-semata CT..abah aku kata..AKU GILA! hahahaha....

2. Konsert DRB-HICOM (famili day..jemput CT tu..power siot DRB-HICOM). Masa ni event ni DRB-HICOM sewa dewan tempat kerja aku.So..aku guna pas pekerja utk jumpa CT..tapi masa tu aku masih segan,,tak nak la orang kata fanatik..aku tengok rehersal.MAsa tu aku nak amik gambar..tapi bila aku terpandang AYIE ..aku jenuh kecut.Teringat orang dok kata..dia garang..heheh..so aku lupa kan hajat nak bergambo.Show DRB waktu malam..aku dok kat control room..nunnnnnnnnnn jauh diatas sana..so aku nampak CT macam semut jek.TAPI aku tak kisah..sbb aku nak dengar suara dia jek..gegege

3. Konsert Mega Siti Nurhaliza 2001 - masa ni aku dah kerja..tapi aku tak ramai kawan yang minat CT kat sini.Semua kaki kutuk.So nak tak nak..aku ajak bf aku temankan aku.Tiket RM150 ..dua orang? RM300...huhu..TAPI aku frust,bf aku tak gemo CT sangat..masa menonton..kejap2 dia kutuk..kejap2 dia kutuk..iskk..nak kena ketuk ni! Dan masa tu aku bernasib baik sbb berjaya bawa masa digital kamera.Ada la gambo kenangan dlm tu..jadi laa.. (yang ni pun aku tak jumpa mana picnya...sori..egege)

4. SECRETARIES WEEK CELEBRATION (2004) - aku bukan setiausaha..tapi aku setiausiti..gegegege.Tiket Rm180.Agak dekat dgn stage.Tapi bukan susah nak dekat ngn stage..aku g duduk bersila terus depan pentas CT..fanatik ke tu ek? gegegeg.. Alamak..aku tak jumpa la mana aku letak gambar CT kat event ni..sori ek,kalu jumpa nanti..aku buh sini..gegege

5. AIDILFITRI BERSAMA SITI Studio 1 @ Astro - yang ni aku g secara percuma.Terima Kasih to kak lon sebab ajak azza.Show yang happening.Best gilaaa...rasanya,korang pun dah tengok kat tv kan?

Image hosted by Photobucket.com

-aku kecikkan gambo ni sbb aku guna HP..agak hampeh sket qualitnya..

Image hosted by Photobucket.com
-aku hepi gila mlm tu..selain CT..aku dpt tgk annuar zain LIVE..mmg hensem..gegege..

6. Konsert Akustik Bersama Siti @astro ria - lagi sekali ..free.Nasib baik hubby nak tolong tgk kan anak.Kalau tak,aku nangis jek tgk kawan2 aku pergi.Kali ni konsep elegence hitam putih.Pening aku..aku mana reti nak elegence2 ni..ahh..belasah je la..so..macam biasa..mesti la aku kata...best kan? tapi kekadang aku termenguap gak bila CT nyanyi lagu2 yang aku tak tahu... konsert ni akan kuar astro RIA bulan 5 nanti...

Image hosted by Photobucket.com

- Masa konsert ni..CT nyanyi lagu BERHENTI BERHARAP..SYOK GILAAA!!

Image hosted by Photobucket.com

-Sian makcik ni..tua tau!Tapi takde sapa nak beralah ngn dia..:(

7. An Evening With Siti Nurhaliza - huhuhu......belum mula lagi la..tapi aku dah pasang angan2 nak g.Aku tgh carisponsor..sapa lagi kalau bukan hubby aku sendiri..TAPI macam takde harapan jek..waa..aku nak pergi..gegeggee..

Kali terakhir aku berdiri seinci sebelah CT ialah pada 4hb April 05. CT balik dari London.Ni kali pertama aku buat kerja gila g kejar CT! Niat aku memula nak temankan kawan jek..sekali tu,aku pun terjebak sama..korang nak tau kenapa? Tunggguuuuuuuuuuu..muahahahaah...

Image hosted by Photobucket.com
- aku snap jek...tangan aku asyik kena rempuh,so byk gambo gayang..aku delete jek...

Image hosted by Photobucket.com
-ni tah sapa2 tah..aku amik je laa...

Image hosted by Photobucket.com
-masa ni jeffri iran tgh amik gambo ct..ala si jurufoto dari utusan...

Image hosted by Photobucket.com
-ni la satu2nya pic yang CT pandang aku..itu aku buat muka tak malu..panggil dia...jadilah kan? huhuhu

Image hosted by Photobucket.com

-hahahhaa..ni la gambar terjebak yang aku maksudkan..gambar ni daripada utusan malaysia..korang faham maksud terjebak yg aku maksudkan? hahaha..sendiri pk la..hahaha

opss..terlupa lak..Konsert Sudir SIti pun aku g ngn hubby. Kenkonon beli tiket VIP..alahai..jauh rupanya..frust jek..tapi suara CT superb..so tak kisah la dok jauh mana pun..janji dgr suara.. :)

huhuhu..panjangnya..melalut2 lagi..apa pun...aku ni..PEMINAT SETIA,BUKAN FANATIK.

Tuesday, April 12, 2005

Perempuan,kereta dan jalan raya...

Lately,aku sering terbaca isu atau topik ni..atau topik ni sering jadi perbualan hangat atau perdebatan hebat di kalangan manusia-manusia yang pernah berdepan dengan 3 benda2 ni..Perempuan..kereta dan jalan raya!.Aku pernah terbaca dlm paper berita harian atau pun utusan..aku tak pasti.Tajuknya..Pemandu Perempuan Lebih Agresif..alasanya..Perempuan byk terpengaruh dengan cara pemanduan ibu bapa...Emm..ye ke??? Jap aku nak imbas balik suasana aku dlm kereta bersama abah aku..

Abah aku..kalau bawak kereta..mmg buat aku leh jadi gila.Sebab? Dia terlalu cermat..katanya..biar lambat asalkan selamat.W/pun lampu hijau dah menyala dan hampir nak padam..dia masih boleh memandu perlahan.Aku rasa mcm nak pergi tekan minyak supaya kami dapat lepasi lampu hijau dan tak terjebak dengan lampu merah...aku pernah menjerit..supaya abah aku laju..keja lampu hijau tu..tapi..dia buat donno jek..waaaa.......nangis je la dlm hati..SO..ini ke pemanduan yg aku ikut sekarang ni? heheheh...MUNGKIN TIDAK!

Selain daripada artikel,baru-baru NONA di TV3 ada menyiarkan kisah yang sama.Tapi lain pulak isunya..Isu yang mengatakan,perempuan penyebab kemalangan jalan raya! HUH! Kejam betul...w/pun ada kenyataannya.Pengalaman aku memandu,
mmg betul-betul buat aku baran sekejap dlm kereta bila..Aku kekadang marah betul dengan kaum aku sendiri.Ye la..nak cermat sekalipun,fikirkan la orang lain sama.Masalah yang sering aku alami dengan pemandu perempuan :-

1. Kalau kat Highway...dia orang dok lane paling kanan..lepas tu bawak perlahan.Orang cucuk macam mana pun..dia orang buat donno jek.Alahai cik kak sayang...lane kanan tu kan utk memotong..bukan untuk makan angin.Bawak2 la balik baca buku balik..

2. Reverse tak tengok belakang..main belasah jek.Pernah sekali..kemek kereta suami ku dihentam dek makcik ni..dia boleh undur ikut suka..lepas tu ngaku pulak.Bila suami dia datang..dia kata..suami saya yang langgar dia!! Patut ke?? DAh tu...semua dia pun percaya..ek elek..tah apa2..lepas kes tu,sering terkeluar dr mulut aku .."baik2..depan tu perempuan" kalau ada kereta perempuan kat depan...

3. Bagi signal..terus masuk tanpa tgk belakang..huhuhuhuh..aku mmg bengang tahap gabanz ngn benda2 mcm ni.Mau sakit jantung aku kalau drive..bab kata sepupu aku yg jugak perempuan.."alah..dah bg signal..masuk jek..dia org dah nampak kat belakang!" ayoyooyo..boleh ke itu macam??

4. Brek tak tentu pasai..yang ni aku pening! Kenapa suka sangat brek tanpa sebab? BIla aku tgk depan..takde apa pun benda yg mengganggu...pening aku.Apa motif dia buat mcm tu? Kalau nak slow..angkat la minyakk..runsinngggggggggggggg!!!

Opss..aku bukan la nak kutuk perempuan sangat..sbb aku pun perempuan..tapi itu kenyataan

Sebenarnya..aku sendiri tgh ubah cari aku memandu..aku memandu agak agresif..kurang sabar.Mungkin cara hubby byk menpegaruhi ..Masalah aku...aku tak reti bawak perlahan.Kalau aku drive perlahan..aku jadi leka..lebih2 lagi kalau di lebuh raya..aku kena dok lane tengah..maknanya..mata aku kena fokus 4 arah...depan,belakang,kiri,kanan...huhuhu..pening aku dibuatnyaa..
Sbb tu aku suka bawak laju..dok lane kanan ...aku hanya perlu tumpu 2 arah..depan dan tepi..belakang pula sekali sekal a aje sbb kalau dah laju..susah keta nak rapat dr belakang....cuma..aku kena ingat..aku bukan bawak nyawa aku saja..aku bawak lagi satu nyawa..ANAK AKU..huhuhu..nasib baik la ada budak ni..kalau tak..aku mmg tak leh sabar...

Panjangnya aku taip..betul ke tujuan bloq aku ni? hehehe..belasah je laa..

Selain dari masalah ngn perempuan..aku sering jugak ada masalah ngn lelaki...Nak tau masalah apa? Masalah EGO lelaki yg takleh tgk perempuan laju dari dia orang.Kat jalan tu...aku sering kena buli bila aku cuba nak potong kereta yg dipandu lelaki..dia orang mcm sengaja je nak kenakan aku...aku bg signal..tak layan..kereta yg agak laju tadi..diperlahan kan sbb nak buli aku kat belakang.Aku cucuk...dia orang brek..brek..benci betul aku!! Bila aku cuba potong kiri..di a orang laju kan kereta! Apa ni weiiiiiiiii...benganna gila aku.
Dan kalau aku berjaya potong..dia orang akan keja aku dari belakangggggggg...Ya Rabbi..aku bukan nak racing..aku mmg nak cepat.Kalau aku sorang..dah mmg aku layan jek mamat2 ni..tapi mcm aku kata tadi..aku ingat..aku bawa lagi satu nyawa..last2..aku beralah..dok lane tengah..bawa keta macam makcik2...BOSANNNN!!!!

Sekian ...heheehehe...

Saturday, April 09, 2005

azzalyzaa blog???

Rehat...Lepak...Luah Rasa!!

Emm..ok ke title blog aku ni? Sebenarnya,aku sendiri tak pasti kenapa aku create blog ni... Jenuh aku pk..nak ke tak nak buat blog? Tapi untuk apa? Apa tujuan aku? Suka-suka? Tiru orang? atau...sekadar mengikut perkembangan semasa....emm..entah..aku memang tak tahu...

Aku mula terjebak dalam blog ni bila aku terlawat blog seorang teman yg aku kenai melalui forum Siti Nurhaliza..oppss..sblm tu,aku nak ngaku siap2..aku ni memang peminat CT...so sori kalau apa-apa yang ada blog ni nanti..asyik2 CT...balik-balik CT..alih-alih CT..sebabnya..aku rasa,dlm M'sia ni..takde cerita menarik lagi selain daripada Cerita Ct! gegege..Nak cerita pasai diri aku sendiri? Takde apa yang ISTIMEWA....kalau ada yang ISTIMEWA pun dlm diri ini..hanya org tertentu aja yg akan tahu...perlu ke publish segala2nya tentang diri sendiri dalam blog ni? emm..entah laa..kita tunggu je laa hasil blog aku ni.. Aku sendiri takut jadi 'Hangat-hangat tahi ayam' je bloq ni..hehehehhe

OK la..sampai habis aku taip benda ni..aku masih tak pasti apa tujuan aku buat blog ni..ok ke buat kerja tapi takde matlamat ? takde objektif? huhuuhu..aku bukan jenis mcm tu...so baik aku pk kan kenapa aku buat blog ni..kalau tak..aku tergolong la dlm golongan.."Orang takde matlamat"...gegegege...

Chow! Doakan blog aku berjalan lancar...AMIN...