Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Wednesday, June 29, 2005

Sempat lagi..

Semalam aku sempat curik skit masa untuk memenuhi permintaan akak chayank aku ..apa ek? buat kan dia theme CT..hehehe..tapi simple jek..ikut masa yang ada...

Beginilah hasilnya.. gegegege..

Image hosted by Photobucket.com
- CT purple..

ps:- akak..jgn lupa NANDOS ek....hehehehe....(tah bila la dpt jumpa semula ek? ) ...

Monday, June 27, 2005

Pause! Nak bernafas sat...

Huhuhu..akhirnya aku ada sedikit masa nak meluah rasa. Letihnya Ya Rabbi...Sabtu kerja..ahad kerja..Isnin pagi aku terkejar-kejar ke galeri admin sampai tercabut lapik kasut aku. Aku dah tak tahu macam mana cara aku boleh sampai cepat ke event-event yang patut aku koordinate kalau tiba time2 sibuk macam ni. Cepat mcm mana pun aku cuba untuk cepatkan diri aku..aku mesti gagal..sebab apa? sebab aku kena urus anak aku dulu sebelum ke tempat kerja. Kalau aku dah siap..masa tu la anak aku berak..kencing sampai bocor..dan time tu jugak lah dia nak meragam..ayoyoyo. Mcm pagi tadi, lepas aku tukarkan diapers dia..aku angkat masuk kereta (dia masih tido..kesiaanya aku tgk)..sampai dalam kereta, baru aku perasan, diapers dia bocor.Basah seluar..aiikk..ni yang pelik ni..aku baru jek tuko tak sampai 5 minit. Dah aku kena keluarkan dia semula dari kereta..basuh2 apa yg patut..tukar diapers, tuka seluar, tukar baju...mata dia masih terpejam. Sepetutnya, ikut syarat nursery, anak aku kena dimandikan dulu..tapi aku dah tak kuasa..tak mandi pun aku anto...sbb aku betul2 dah lambat. Sampai pejabat tepat 8.00..huhuhu..aku memang dah lambat.Punch In..berlari2 naik ke opis..simpan barang..lepas tu berlari lagi ke galeri..itu la kerja aku sejak jumaat lepas. Berkejar2...berlari2...penat siot!!Esok aku tak payah berlari ..tapi lusa..tulat..sampai 11hb Julai..aku masih kena terkejar2 ke pejabat...pening!!

Apapun, alhamdulillah, Pendaftaran Pelajar Baru Intake Jun 2005/2006 berjalan lancar. Cuma masalah pada hari pertama tu, biasa la. Printer wat hal..server buat lawak..sistem buat bodoh..nasib baik team kerja aku bagus2..kira semuanya lancar. Lancar sampai geng2 Komputer terpaksa duduk tercongok jek ke kat situ sbb kena standby..hehehehe..dah la sejuk gilaa...

Ni beberapa keping gambo masa Pendaftaran Pelajar Baru pada Sabtu dan Ahad.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
- budak-budak baru mendaftar...


Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
-orang-orang kuat di meja Helpdesk..

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
-geng2 aku yg dah tak tau nak buat apa bila semuanya lancar..gegege..


Letihnya..rasa macam nak cuti jekk...waaaa...!

Tuesday, June 21, 2005

BZ giler babasss...

Sori, sesapa yang cari aku buat masa ni..ampun di pinta...aku bz gila..tapi masih bernafsu nak taip blog..ni aku punya jadual kerja sampai tengah bulan Julai 2005..

Aku copy dari email aku..nak karang takde masa..gegegege...mana2 link yang takleh masuk tu..abaikan ek..sbb guna intra.. ;b

Image hosted by Photobucket.com
tempat kerja aku...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman/tindakan semua, berikut ada jadual kerja untuk Pendaftaran Pelajar dan Subjek yang melibat KMC.

1. Pendaftaran Pelajar Baru 2006 di Galeri Admin dari 25hb - 26hb Jun 2005.

Klik :- Tempoh dan Keperluan

Jadual kerja sebelum pendaftaran:-
a) Mohon Unit Hardware dan Network menyediakan keperluan di galeri pada 23hb Jun 2005
b) Testing sistem di Galeri Admin pada petang Jumaat - 24hb Jun 2005
c) Selepas tamat pendaftaran, mohon staff yg berkenaan mengubah susun atur komputer/network
mengikut keperluan event Pindahan Kredit Orientasi Jun 2005/2006

2. Pendaftaran Pindahan Kredit Orientasi Jun 2005/2006 pada 27hb Jun 2005
Klik :-
Tempoh dan Keperluan

3. Mohon 'clear' kan galeri pada 28hb Jun 2005 - galeri akan digunakan oleh pelajar (bazaar)

4. Pendaftaran Subjek Pelajar Baru di KMC pada 29hb - 30hb Jun 2005.
Klik :-
Tempoh dan Keperluan

5. Pendaftaran Check In Apartment akan di adakan di Galeri Admin pada 2hb - 3hb Julai 2005 dan
Pendaftaran Pelajar Tangguh Pengajian,Tukar Program, COGS dan Edaran Surat Tawaran Asas Ke Ijazah pada 4hb Julai 2005
Klik :-
Tempoh dan Keperluan

Jadual kerja sebelum check in :-
a) mohon Unit Hardware dan Network menyediakan semula keperluan di Galeri pada 1hb Julai 2005.

7. Add/Drop Subjek Semester 1, 2005/2006 di KMC dari 4hb Julai - 11hb Julai 2005.
Klik :- Tempoh dan Keperluan


Untuk Informasi terkini Online sila lawat :-
Online Homepage

Terima Kasih di atas kerjasama semua pihak.


Friday, June 17, 2005

Selamat Hari Bapa!

Aku nak amik kesempatan ni wish Selamat Hari Bapa kat abah aku. Aku kena taip blog ni hari ni gak sbb aku dah takde masa. Esok, lusa dan weekend. Rumah aku takde internet connection..malas aku nak langgang line telekom. Nanti kang..dari keja..sampai kerumah asyik mengadap PC jek..kalau aku tak ngadap, abe aku ngadap..alih2 kang dah mcm hidup kat umah orang bujang lak..masing2 wat hal masing2..so baik takde daripada ada..

Image hosted by Photobucket.com
- Abd Rahim Bin Mekah - abah aku!


Cite pasai abah ni, dari kecik, adik beradik aku kata, orang kata, mak aku kata..aku anak abah. Sebab apa ek? Maybe sebab aku anak perempuan sorang. Abah aku polis. Tegas Ya Rabbi..displin no 1. Dulu abah aku..putih kata dia..PUTIH la jawabnya, jangan cuba nak tuko jadi kaler lain. Aku rasa, semua abah2 kat dunia ni, sama aje attitude dia..betul tak? tak pelah..tegas utk kebaikan semua. Memang byk kebaikan kalau coz aku terima ketegasan abah aku sebagai benda yang positif..tak macam abang aku..lagi abah aku tegas, lagi dia melawan. So, tegas tu dah jadi macam beban. Adik beradik aku, dari abang sampai ke adik bawah aku, semua 'takut' ngn abah aku masa kecik2 dulu. Bila nakal..mak sebut jek bagitau 'Abah'..semua kecut..KECUALI adik aku yang bongsu. .dia akan jawab "Tak takut!". Sebab apa? sebab anak bongsu..di manjakan..so dia tak takut sapa2 sampai la dia ketua ni..muahahah.

Dulu, mak aku selalu gaduh ngn abah aku sebab..kalau aku buat salah, abah aku akan salahkan mak aku. Sebab tu, walaupun abah aku garang masa aku kecik dulu, tapi kalau aku nak apa2, aku mesti cari abah aku. Aku ni jenis nak apa mesti dapat. Itu perangai aku sampai la ke tua ni..dulu, aku pernah pura2 demam sebab aku nak congkak. Masa tu congkak harganya RM20 termasuk guli. Abah aku berkerja, mak aku pun..tapi RM20 masa tu terlalu byk.Abah nak belikan, mak tak bagi..cukup 2 hari aku minta tak dapat..aku terus 'demam'..tak g sekolah. Bila petang, aku bangun dari tido, aku tengok abah dah belikan aku congkak. Hepi nya aku! Mak aku bengang. Hilang mood congkak, aku teringin nak patung Barbie.Masa tu harganya RM9.90. Mahai mak kata. So belikan aku anak patung yang RM2.50..ala yg rambut dia leh cabut2 sampai botak tu.Yang bila kita tonggengkan dia..dia akan bunyi..Marah betul aku.Aku majuk..mogok! Esoknya, abah belikan aku anak patung barbie.hehehe. Aku menang lagi.Bila dah ada anak patung, aku nak baju dia lak. Abah bawa aku g supermarket suruh aku pilih sendiri. Aku pilih la...TAPI bila nak bayar, mak datang..mak tgk tanda harga..mahai katanya.Mak letak balik baju tu..mak tarik aku g bahagian baju aku.Mak belikan aku baju sama harga dengan harga baju anak patung barbie aku.Dapat la 3 helai t-shirt. Baru berbaloi kata mak aku. Aku macam biasa..lancar mogok..esok lusa..aku dapat baju barbie baru..abah aku belikan untuk aku. hehehehe..

Sebenarnya,ilmu agama aku banyak dari abah aku. Abah imam surau kat balai polis dulu. Lepas maghrib nak masuk isyak, abah ajar anak2 polis ilmu agama. Aku join sekali.Tapi abah tak pilih bulu..semua dia ajar sama rata. Mengaji pun abah aku ajar tapi tak lama sebab aku suka lawan cikgu.Abah anto aku ngaji kat makcik Leha. Abah memang jaga aku sepenuh hati. Aku anak perempuan abah sorang. Kemana aku nak pergi, abah akan hantar,abah akan amik. Nak naik bas atau teksi..jgn harap. Aku tak pernah bebas sampai la aku mencecah umur 18 tahun semua sebab abah tak bagi. Aku faham abah tak bagi bukan sebab abah kongkong aku, tapi abah sayang aku. Abah polis,kes kat luar sana, buat abah lebih2 hati2 jaga anak sendiri. Dulu aku memang
rimas..sekarang aku sedar....semua untuk kebaikan aku...

Image hosted by Photobucket.com

ABAH..SELAMAT HARI BAPA! LUV U!

Thursday, June 16, 2005

Lepak sat ...

Esok last day training, tapi ada lagi 5 module..sempat ke nak habiskan ni? Aku tgk trainer tu lepak jek..sempat la tu kot ek! Hari ni belajar Module 6: Using Windows Forms. Aku suka banget, so ari ni mental dan fizikal aku ada dalam kelas. Nak main balas2 email ngn member pun tak sempat..kusyuk la konon. Now ni time rehat sampai 2.30..so marilah bergoyang!!
Programming With MS Visual Studio.NET

Hari ni aku masuk forum SVOA, ada cite pasai Konsert Fenomena CT ngn Dayang. Huhuhu..panjang betul si Jazz taip, aku tak sempat baca lagi. Em..tetiba rindu lak kat CT. Dah lama aku tak sembang pasai CT ..maksud aku, sejak training ni, tak sempat nak jenguk sgt apa2 pasai CT. Bukan takleh curi peluang masa training tu, tapi bos aku dok belakang aku..segan la pulak nak buat benda2 lain. Rindu la kat CT..


-sapa g tgk konsert CT?


Selain dari CT, now ni aku terkejar2 balik rumah waktu petang sbb nak tgk cerita DIA kat Astro RIA pukul 6.30 petang. Memula aku cerita tu sbb pelakon nya lawa2..cowok nya ganteng banget..ceweknya..waduh!! Lepas tu baru aku jatuh cinta pada jalan ceritanya. Orang kata cite tu panjang lagi..so tak tau la sampai bila aku nak ngadap DIA.

Minggu depan, BAPAK DAY! Hari2 kat radio ERA sembang pasai topik ni. Kalau sembang hari ibu dulu cenderung kepada cerita SEDIH..sembang hari bapak bersama KK di ERA, byk cerita lawak! Kenapa ek? Kisah aku dgn bapa aku? Terlalu byk...aku harap, aku ada masa utk taip something kat blog ni sblm hari bapak nanti..coz hari ibu ari tu, adik aku dah printkan blog aku bagi mak baca..abah macam kecik hati sbb aku asyik-asyik MAK..sikit2 MAK..sampailah ke artukel aku dlm sebuah majalah, PUN pasai MAK. Mak kata..abah kecik hati! Maaf , za tak terniat...

Tuesday, June 14, 2005

Training Programming...

OOP..polymorphism..Inheritance..bla..bla..huhuhu.Berasap kepala otak aku.Dah 3 hari training Programming with MS Visual Studio .NET. Ni tgh training..rasanya aku dah tak join class ni dari segi mental..fizikal aku je kat sini..tu pun tangan aku sibuk menaip blog.Lepas ni nak letak jawatan la jadi programmer..boleh tak? aku nak jadi apa ek..nak jadi..bOSS..boleh? hehehee..

Aku sebenarnya kan..faham ke idak? Bukan tak faham..malas nak faham.Sbb faham byk2 pun lom tentu nak guna dlm coding aku nanti. Emm.kesian programmer..nak bagi user senang, kita orng kena pening ikut belakang...lps ni jumpa boss,kata kat dia..'Saya nak buat dokumentation je la" ..boleh tak? Bos aku kat belakang ni..tapi blog pun kecik2kan font..tapi now dah lunch time..semua org tgh bincang apa yg belajar tadi..AKU? MALAS..minggu depan la pk balik..geegegege..

OK la...rasa mcm nak tido..mkn ada ni..pree lagi..
tata!

Monday, June 06, 2005

Bodoh vs cerdik

Em, aku amik half day hari ni. Sementera nak tunggu abe amik, teringat pulak perbualan aku ngn abe semalam dalam kereta ketika sedang mengharungi kesesakan jalan raya. Emm...orang KL ni, pantang cuti sabtu, sibuk nak keluar dari KL. Letih seh ..perjalan dari KL ke Ipoh sepatutnya kurang dari 2jam setengah dah jadi 5 jam.Berasap punggung dok dalam keta. Tu masa nak balik ipoh..nak balik KL balik..2x5 la jawabnyaa..bengong!!! Kalau tak kerana nak lawat orang tua..baik aku dok rumah je senyap2..tido..lagi best.

Tu la, dalam jam tu..sambil dok cot..cet..cot..cet ngn abe (kekadang pk, bagus gak jam. Masa ni je la nak borak panjang ngn abe..lain masa? huhu..bz jek dua-dua) pasai cerita kereta..sekali dari corong radio (ada corong ke radio dalam kereta? muahaha ) dj berbahasa ' Orang Cerdik yang pendiam adalah lebih baik dari orang bodoh yang suka berkata-kata'. Berkerut dahi aku.

"La, rugi la kalau orang cerdik tapi pendiam!" Belum sempat nak protes, abe terdahulu bersuara.
"A'ah betul..habis kalau yang cerdik pendiam, macam mana dia nak bagi ilmu pada orang bodoh yang suka berkata-kata tu!" sampuk aku.
"Tu la pasal! Dah orang bodoh yang suka berkata-kata tu terus bercakap benda-benda bodoh, kan? sambung abe lagi.
"Emm..tah apa-apa kan kata-kata tu. Bila orang bodoh yang suka berkata-kata asyik berkata-kata tapi orang cerdik tu asyik diam jek, sapa pulak nak betulkakn kata-kata orang bodoh tu? Ke..orang yg bijak tapi pendiam tu rasa tak layak nak berkata-kata dengan orang yang bodoh tapi suka berkata-kata? "
Aku terus membebel.Abe senyap jek. Last-last aku kata kat dia.

"Kenapa senyap?Za tau la abang cerdik..so abang nak jadi orang cerdik yang pendiam dan malas nak layan za yang macam orang bodoh yang suka berkata-kata, ek?"

Hahahaha..pecah gelak abe aku sambil menepuk-nepuk stering kereta! Amboiiiiiii..sukanya dia bila aku kutuk diri aku sendiri. Ye la..antara dia ngn aku, dia la lagi cerdik..budak degree..aku diploma je..rendah diri ni..gegegege.

Mana la abe ni..orang dah lapo ni................


Friday, June 03, 2005

Jumaat Bluesss..

Em..hari ni mood aku tah apa-apa..selain dari urusankan training .NET yang akan di adakan pada 13hb - 17hb June 2005 nanti..aku sibuk belajar benda baru..benda apa ek? hehehe..menda yang dapat gak layan mood aku yang bluess ni..apa ek? Jeng..jeng..jeng..buat Theme HP la..hehehee..suka banget aku ngn benda2 mcm ni..lagipun tengah hari tadi aku tak g lunch..takde selera dan sampai blog ni di taip pun aku belum makan..hati aku 'kacau' jek. Dinner mlm tadi pun aku tak makan..lantak la..kering pun sapa nak amik peduli..ye dak?

N
i hasil pertama theme hp aku. Lepas ni boleh la buh muka CT pulak..buat masa ni..buh muka sendiri dulu..

Image hosted by Photobucket.com


Aku guna software untuk HP Sony Ericsson yang aku DL dr internet. Free software. Aku tak ingat link dia.Tapi kalau korang nak cuba, boleh search kat Google. Cari Theme Decorate.OK la..malas nak taip..dah takde tenaga..lepas ni nak g layan biskut marie cicah nescafe..jadi laa..

Wednesday, June 01, 2005

Semut...

Huh! Tak padan ngn kecik!
- Gambar penyeri tajuk - SEMUT

Tubuhnya yang kecil,
Badan berkerat tiga,
Ada enam kaki, sesungut di kepala,
Ada yang melata dan terbang di udara,
Berbagai bentuknya, berbagai warnanya...

Serangga yang halus sangat rajin bekerja,
Tak mengira siang..malam.
Tekun dan usaha, dua sifat mulia,
Marilah kita amalkan nya..
--------------------------------------------------

Emm..pernah dengar atau nyanyikan lagu ni tak. Aku belajar nyanyi lagu ni masa darjah 2 atau 3 kot. Dulu kecik-kecik, aku suka lagu ni..lagu ni ditujukan pada SEMUT dan Geng2 dia mcm kelkatu, anai-anai dan yg sewaktu dengannya. Memang kenyataan, dia 'org' (boleh ke guna ganti nama dia orang? muahaha..belasah jek) ni mmg rajin. Kecik-kecik dulu, dia orang ni macam idola aku la..sbb aku tgk asyik kehulu kehilir mencari rezeki tanpa penat. Jauh dia orang pergi..kalau kat rumah aku dulu..dia orang akan jalan ikut dinding, sipi-sipi ngn siling. So takde la semak sangat mata memandang. Kecuali kalau dah tahap dia orang buat rumah mak aku mcm rumah sendiri..baru la mak aku halau dia orang dengan ubat serangga atau ubat semut. Ye laa..kalau dah masuk rumah orang tu..buat2 la macam menumpang..ni lebih2 pulak..muahahaha..

Cerita pasai ubat semut ni, mak aku pernah cerita, satu hari tu (dah lama la..masa aku kecik), abah aku sakit perut ke sakit apa tah. So abah aku cari la sejenis ubat yang macam serbuk keputihan-putihan dalam gobak kat dapur. Bila dah jumpa, abah aku pun bancuh..tapi dia pelik..kenapa ek tak larut. So abah pun kacau..kacau punya kacau..tak larut gak. Sbb sakit dia dah makin sakit..dia pun belasah je la minum. Lepas minum, baru dia tanya mak..kenapa ubat ni rasa lain dan awat dia tak larut? Mak aku pun g la tgk 'ubat' yang abah aku maksud..huhuh..terkezut beruk abah aku sbb ubat tu..bukan ubat sakit perut..tapi ubat nak bagi semut yang sakit a.k.a kojol. Apa lagi..terus mak aku bawak abah aku g sepital..dah abah aku kena tahan kat wad sbb makan racun. Yang jadi lawak..sementera abah aku dalam wad..kat quarters tempat aku tinggal..dah kecoh kata Mak aku bg abah aku makan racun sebab bergaduh..hahahaha..tah apa2. Tu la manusia..sibuk amik tau hal orang..cuba la jadi macam semut.buat kerja sendiri..gegegee.

Now ni, bila dah rumah sendiri, aku dah naik meluat ngn semut ni..tesen aku.Semut zaman IT ni makin melampau.Kalau semua dulu 'curi' makan jek..semut skrang..semua dia orang nak belasah. Dinding, lantai, tangga, katil,almari..huh! semua dia orang nak tawan. Woi!! Kalau nak sangat tido atas katil..beli la sendiri!! Dah tu kalau tido senyap2 takpe..ni siap gigit anak aku lagi..sakit la woi!! Skrang ni..kalau jumpa semut..aku tenyeh jek ngn tangan...sori la semut..zaman kegemilangan korang dah berlalu. Tu nasib baik aku tenyeh..kalau aku spray satu rumah ..dah korang takde pewaris. Huh! Hampeh.com.

Comey ke dia orang ni?
- sebuah kisah dogeng yang bolehlah di jadikan teladan..gegegee..