Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, June 06, 2005

Bodoh vs cerdik

Em, aku amik half day hari ni. Sementera nak tunggu abe amik, teringat pulak perbualan aku ngn abe semalam dalam kereta ketika sedang mengharungi kesesakan jalan raya. Emm...orang KL ni, pantang cuti sabtu, sibuk nak keluar dari KL. Letih seh ..perjalan dari KL ke Ipoh sepatutnya kurang dari 2jam setengah dah jadi 5 jam.Berasap punggung dok dalam keta. Tu masa nak balik ipoh..nak balik KL balik..2x5 la jawabnyaa..bengong!!! Kalau tak kerana nak lawat orang tua..baik aku dok rumah je senyap2..tido..lagi best.

Tu la, dalam jam tu..sambil dok cot..cet..cot..cet ngn abe (kekadang pk, bagus gak jam. Masa ni je la nak borak panjang ngn abe..lain masa? huhu..bz jek dua-dua) pasai cerita kereta..sekali dari corong radio (ada corong ke radio dalam kereta? muahaha ) dj berbahasa ' Orang Cerdik yang pendiam adalah lebih baik dari orang bodoh yang suka berkata-kata'. Berkerut dahi aku.

"La, rugi la kalau orang cerdik tapi pendiam!" Belum sempat nak protes, abe terdahulu bersuara.
"A'ah betul..habis kalau yang cerdik pendiam, macam mana dia nak bagi ilmu pada orang bodoh yang suka berkata-kata tu!" sampuk aku.
"Tu la pasal! Dah orang bodoh yang suka berkata-kata tu terus bercakap benda-benda bodoh, kan? sambung abe lagi.
"Emm..tah apa-apa kan kata-kata tu. Bila orang bodoh yang suka berkata-kata asyik berkata-kata tapi orang cerdik tu asyik diam jek, sapa pulak nak betulkakn kata-kata orang bodoh tu? Ke..orang yg bijak tapi pendiam tu rasa tak layak nak berkata-kata dengan orang yang bodoh tapi suka berkata-kata? "
Aku terus membebel.Abe senyap jek. Last-last aku kata kat dia.

"Kenapa senyap?Za tau la abang cerdik..so abang nak jadi orang cerdik yang pendiam dan malas nak layan za yang macam orang bodoh yang suka berkata-kata, ek?"

Hahahaha..pecah gelak abe aku sambil menepuk-nepuk stering kereta! Amboiiiiiii..sukanya dia bila aku kutuk diri aku sendiri. Ye la..antara dia ngn aku, dia la lagi cerdik..budak degree..aku diploma je..rendah diri ni..gegegege.

Mana la abe ni..orang dah lapo ni................


1 Comments:

  • Orang pandai janganlaa belagak sangat.. sebabnya ada juga hal 2 yang remeh temeh orang pandai tak tahu dan tak reti nak buat.....

    Bila time macam tu baru si orang pandai ni akan berkata `eh!! bodo jugak aku ni hal macam ni pun tak leh buat '......

    Betul tak ..?, pernah kan orang bodo yang tertiba jer akan keluar ayat macam tu ....emm mari kita fikirkan ..... muahaha

    By Anonymous Anonymous, at 3:25 PM  

Post a Comment

<< Home