Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, May 26, 2005

1 malam..7 orang...letih!!

"Eh..kawan kita la tu kan? "...tanya Qiyah bila terlihat seorang budak perempuan sedang berlari sambil dikejar oleh beberapa orang rakan-rakan yang lain. Ketika itu, kami sedang menikmati hidangan makan malam, lebih kurang jam 8.00 malam. Kami 6 orang rakan baik selalu duduk semeja ketika dinner. Malam tu, salah satu kerusi kosong kerana kawan kami, Haza sakit.
"Ye la..kenapa dia lari? " tanya Lin.Kami masih ditempat duduk masing-masing. Tiba-tiba dengar suara menjerit, seperti mengilai.
"Weii...Haza la..Haza histeria ! " Broom..berterabur kerusi kami semua kerana masing-masing cuba bangun untuk mendapatkan Haza. Haza, seorang pelajar yang periang, cantik dan cerdik. Sejak kebelakangan ini, selepas kematian datuk yang amat dia sayangi, dia sering sakit. Dia selalu di 'ganggu' oleh perkara-perkara yang kami tak pernah nampak. Malam tu, Haza 'kena' lagi....

Sessi kejar mengejar tamat di hujung blok A bangunan sekolah. Nasib baik ada budak-budak Aspura yang sedang makan sibuk sama mengejar.Kalau nak harap kami, Aspuri yang kejar,memang tak tertangkap si Haza ni. Dia lari terlalu laju..dan aku rasa, itu bukan Haza. Ada benda lain yang sedang menguasai dirinya. Orang yang berjaya menangkap Haza daripada terus lari dalam kegelapan malam ialah abang Zaidi. Kuasa Haza terlalu kuat sehingga
abang zaidi pun tak terdaya hendak melawan menggunakan kuasa lelakinya. AKhirnya, dengan kudrat 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan, Haza berjaya di tangkap dan di angkat ke bilik guru. Haza terus meraung kuat..sekuat Azan yang di laungkan oleh abang Zaidi. Mereka seperti berlawan dan akhirnya, Haza tertido keletihan selepas air Yassin di sapukan kemukanya.Kesian dia.

Ketika itu, aku dan 5 lagi sahabat baik aku berada di sisi Haza. Abang Zaidi dan budak-budak laki lain telah di arah pulang. Dalam bilik guru, ada ustaz Hasan dan seorang guru,aku tak ingat nama. Tiba-tiba Haza terjaga."Haza kat mana ni? " katanya sambil matanya melilau mencari arah dan dia dahaga. Alamak, mana ada air dalam bilik guru tu. Kesian pulak aku tengok, lalu aku dan Has meng'offer' diri untuk pulang ke asrama untuk membantu Haza. Jarak dari bilik guru ke asrama sejauh 500km dan aku terpaksa meredah gelap malam, hanya lampu jalan yang terletak 10meter dari koridor yang akan membantu kami. Aku dan Has berjalan berdua, tiada apa dalam fikiran melainkan hendak menolong seorang rakan.Kami tidak berbual, tidak ada satu bunyi yang keluar dari mulut kami. Tiba-tiba terasa sesuatu mengekori, terdengar derapan kaki hanya beberapa langkah dari kami.Aku menpercepatkan langkah dan aku rasa Has pun rasa apa yang aku rasa. Aku tunduk ke lantai, mencari bayang-bayang benda yang mengekori. Tiada! Bunyi terus merapati, Has menarik tangan aku. Aku mengenggam tangannya. Tanpa arahan, kami sama-sama berlari sekuat hati.

Tiba di asrama, susana seram menyelubungi. Terdengar jeritan bersahut-sahut di sana sini.Ya Allah! apa dah jadi. Rupanya, malam tu saja, 5 kejadian histeria berlaku dalam asrama. Bacaan yassin terus berkumandang menyelebungi malam yang agak menyeramkan. Aku dan Has tidak masuk ke asrama kerana perlu mendapatkan air untuk Haza. Kami terus ke dewan makan. Ketika itu, ada beberapa orang kakak sedang berkumpul disitu.Sekali lagi aku terkejut bila salah seorang dari mereka menjerit "Tu! hantu!!! "Ina menjerit sambil menunding jari ke luar pintu dewan.Semua mata terarah ke pintu.Tak ada apa-apa.Ina terus menjerit dan akhirnya mengilai. Dia rebah ke lantai dewan.Keadaan menjadi kalut apabila Ina cuba dibantu. Ya Rabbi, kuatnya dia.Habis semua orang disepak dan diteranjang.Ina, gadis lemah lembut dan jadi keras macam kayu.7 orang memegang Ina sambil membaca ayat kursi di telingannya.Jeritannya makin kuat dan bersahut-sahut dengan jeritan histeria di dalam asrama yang juga belum reda.

Setengah jam berlalu,keadaan masih sama.Haza masih dibilik guru tanpa air yang aku janjikan kerana aku terpaksa menolong Ina pula.Tak semua orang mampu berdepan dengan situasi ini.Ada yang lemah semangat ada yang menangis kerana takut.Aku sendiri seram sejuk bila dengar mereka mengilai.Kalau tak kuat semangat, jangan mata mereka, nanti kita pula yang kena.Jam 9 malam, semua guru yang berdekatan turun dan hadir seorang 'bomoh' untuk cuba meleraikan apa yang berlaku. Suasana di dalam asrama mula sunyi. Cuma bacaan yasin masih diteruskan.Haza menurut cerita telah pulang kerumah setelah di ambil orang ibu bapanya. 6 orang lagi yang histeria sedang menunggu ibu ayah masing-masing.Kata 'bomoh', pisahkan mereka.Jangan biarkan mereka bersama dan panggil ibubapa mereka datang. Nasib baik mereka hanya tinggal di kawasan yang berdekatan.

Kini tinggal Ina.Histerianya makin menjadi-jadi.Malang, ibu dan ayah tinggal jauh."Bomoh' terus berusaha mengubati.Terdengar suara-suara senior menyindir.
"Huh! tuu la..suka sangat cakap besar.Padan kan jek muka dia." Memang kenyataan. Ina sering memperlekehkan budak-budak lain yang histeria.Katanya budak-budak tu saja mengada-ngada nak dapatkan perhatian dan akhirnya, diri sendiri yang terkena. Kesian.Histeria dia paling teruk. Bomoh hanya mengelengkan kepala setiap kali cuba mengubati Ina.
"Kuat budak ni kena." Sambil terus terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci. HInggalah jam 1 pagi, Ina masih mengilai..ketawa..menangis. Dia tak dapat diubati sehinggalah ibubapanya sampai. Ina keletihan, mungkin 'benda' tu yang keletihan dan akhirnya pergi meninggalkan Ina. Ina di bawa pulang. Malam tu, asrama Aspuri terang berderang. Tiada siapa yang berani matikan lampu dan aku,terus tido keletihan...esoknya ujian Geografi.Aku dan rakan-rakan pasrah..pujuk cikgu tunda ujian, cikgu geleng kepala tak setuju..nasib laa!!


-gambar hiasan.

Kepada 7 ladies and platipus SMSA, kalau terbaca kisah ni..harap tak kecik hati..aku hanya mengimbas memori. :)

2 Comments:

  • abg zaidi!!!!!...gue bengang ngan abg zaidi!!! nk jadi hero ek!!! huhuhu...
    pasai apa ek..histeria jadi kat sekolah agama? huhuuhu..gua seolah teknik xdelak jadi benda2 mcm ni..fikirkan lah abg zaidi!!! sape gua? huhuu misteriiiii...

    By Anonymous Anonymous, at 5:39 PM  

  • Emm cerita yang menarik di pagi hari yang dingin di ikuti dengan renungan mata yang mendalam ...

    Di kejutkan pula dengan hiasan hantu yang memakai make up mengikut step.. foundation dan di susuli bedak, akhir pemerah pipi.. jadi laa hantu siti yang cantik ..hahhah

    Jangan maraaah..

    By Anonymous Anonymous, at 8:26 AM  

Post a Comment

<< Home