Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, February 26, 2008

Macam2 cinta...


pst : esok sampai sabtu aku p langkawi..cuti..tata semuaa..............

Monday, February 25, 2008

Sakit..


Thursday, February 21, 2008

tidur vs shopping..?? who will win??



Beradu dalam khayalan..


Time2 mcm ni..mmg tahap kelembapan otak makin menjadi2. Dengan opis yg lengeng mengang, tahap bosan buleh sampai -0 darjah celcius. Otak dah jam, mata pun dah dah pejam jek..ada yg bg cadangan suh aku :-

1. Tido
2. Melepak bilik member
3. Chatting
4. Surfing

Yang mana jd pilihan korang kalau time2 macam ni????

Dalam kepala otak aku sekrang..takde pilihan2 tu..yg ada ialah..

shopping...shopping...shopping.

Bestnya kan? bos lak xde..melalat best ni..hehehe.Tapi tak best la pulok tgh2 bulan ni..lg pun dah dekat nak time balik ni..apa kata kalau aku shopping..tapi dlm mimpi?? Maknanya..aku kena tidur dulu..lps tu kena mimpi...huhuhu.buleh ke? best..best kalau boleh shopping...ZzZZzzZZZzzz....



Tuesday, February 19, 2008

Buhsannyaa!!

Adeh..mati kutu rasanya. Malas tahap gaban. Kerja ada, tp x nak buat. Coding..coding..coding. Sampai bila aku nak dok kat post ni...kadang2 bosan,kadang2 best. Entah..aku yg gila agaknya..atau pun aku yg tak reti nak bersyukur..arghh..tak kira. Aku memang bosan gila tahap gaban..bestnya kalau leh p shopping....jln2..tgk tu..tgk ni..kalau ada RM ..amik tu..amik ni..hehehe. Aku sebenarnya suka jln sorang2 kalau shopping..best siot! takde sapa nak kacau. tapi abe tak kasi lak drive sorang2..ala..ala..awat yg tak bulehnyaa...grrr..

Utk memenuhi gejolak ati yg suka bershopping ni..lately, aku suka shopping online..cuti mata la tapi, bukannya memborong. Best gila tgk barang2 kat online ni. Tgk tudung, tgk baju2 budak...osh kosh Bgosh..guess..gap..uiks..kalau nak beli kat kedai..mmg tak terbeli. Yang paling latest, aku suka tgk handbag branded online. Tapi semua fake aka imitation la. Ada gak yg jual ori dr obersea..bestnya kalau dpt 1. Tp kalau aku pakai ori pun, sure org kata aku pakai imi punya..almaklumlah..bukannya org kaya...gagagaga.Sekarang ni SIGNATURE STRIPE PATCHWORK SWINGPACK menjd idaman aku. Tak jumpa lg yg imi..yg ori ada org kita yg dok US jual..RM600...uloo..mahai siot..kalau butik? mau riban2..ooh swingback coach ku..hadirlah dlm hidup ku wpun sekadar imi..hahahhaa..

Cepat la hujung bulan..nak cuti..nak p jln2..busan..busan..busan tahap gaban..gaban Z..potong 2...zassssssssss..........wachaaaaaaaaaaaaaaa........

ni la dia pujaan hati ku....muahh!!

Monday, February 18, 2008

Pembetulan salah faham tentang inai oleh Mufti Perlis

Chayook!!
12-02-2008 04:43:41 PM

Telah berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.
2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.
3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).
4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tuesday, February 12, 2008

Haram ke tak?

Ni kasut NIKE..comey! Ada merah, ada putih..tapi kan, ada benda lagi 'comey' kat kasut tu..tgk betul2...Nampak??

Ada ke letak Ba Alif Ba Ya? hahahahampeh.com tul..

Monday, February 11, 2008

Anak sapa la ni??

Hahaha..ni la gaya Dania Hamimi makan..lapo sungguh. Ni kat Jonny's..

Aku sebenarnya sedih dgn news ni..

Aku antara manusia2 yg suka canting inai sendiri kat tgn..wpun x lawa,tp xde la membazir rm10 wat kat kedai..Tul ke dah HARAM ni? ke DILARANG jek? huhuhu.. :(


Pakai inai ala tatu dilarang
Oleh: WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Beberapa tokoh agama dan budayawan negara hari ini melarang umat Islam daripada memakai inai ala tatu kerana ia bercanggah dengan ajaran agama dan mencerminkan budaya Barat.

Menurut mereka, trend yang semakin digilai remaja terutama perempuan itu melambangkan sesuatu yang dilarang, lebih-lebih lagi jika ia berlambang haiwan atau mewakili kumpulan tertentu.

Mufti Perlis, Dr. Asri Zainol Abidin berkata, perbuatan itu jelas dilarang dalam hadis terutama jika menggunakan jenis inai yang kekal lama di anggota badan.

‘‘Tak boleh. Jelas ia salah. Kita lihat hari ini ramai remaja yang conteng badan dengan inai.

‘‘Lebih-lebih lagi gambar haiwan. Itu tabiat buruk dan melambangkan keganasan,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, tokoh ulama terkenal, Datuk Abu Hasan Din berkata, pemakaian inai ala tatu di tangan jelas melanggar hukum syarak.

Menurutnya, perbuatan itu jelas salah terutama kepada pengantin yang mengukir tangan mereka dengan corak-corak tatu melampau.

Tambah Asri, kelonggaran tetap ada jika pemakaian inai itu berunsur sementara dan tiada halangan untuk air sembahyang melaluinya.

‘‘Tidak apa kalau pakai inai biasa. Tidak salah jika ia hilang selepas dua atau tiga hari di tangan,’’ ujarnya.

Pendakwah bebas, Daud Che Ngah berkata, pemakaian inai yang bersifat lebih kepada tatu adalah dilarang kerana ia menggambarkan ajaran yang bercanggah dengan agama Islam.

Namun menurutnya, pemakaian inai tidak kekal sebenarnya dibolehkan dengan niat untuk berhias kepada suami pada hari perkahwinan.

‘‘Tak ada masalah kalau hendak pakai inai di jari. Tapi kita tengok hari ini macam hendak melukis segala-galanya di tapak tangan.

‘‘Salah kalau sengaja membuat tatu walaupun dengan inai. Tatu itu sendiri dilarang kerana ia bukan budaya kita,’’ jelasnya.

Sementara itu, budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail berkata, pemakaian inai itu sendiri mewakili adat perkahwinan yang memberi maksud tersendiri kepada masyarakat.

‘‘Orang dulu pakai inai sebab hendak tengok kesucian seorang gadis. Mereka hias pengantin perempuan dengan inai yang tahan untuk sembilan bulan,’’ katanya.

Oleh itu, kata Siti Zainun, trend wanita sekarang yang gemar memakai inai tanpa tujuan malah mengukir pelbagai gambar di badan dilihat melanggar budaya .

Monday, February 04, 2008

Pesta Layang2 Antarabangsa...

Sabtu baru2 ni, 2hb Feb 08, abe bwk aku dan anak2 p tgk pesta layang2 kat Putrajaya. Masa aku sampai,pesta belum rasmi dan yg ada hanya la budak2 dok main layang2 selain drpd pameran dan gerai2 jual makanan. Sampai dlm kul 11.00am..panas siot. Dania sibuk ajak balik..mulut dok sebut..'anash..anash..jom alik'..haiya...So enjoy gambar2 yang tak berapa nak ada ni... ;)