Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, April 27, 2009

Panggilan Kinabalu..

...Mission to Gunung Kinabalu...

Tak mahu mengeluh..tak mahu gelabah lagi..apa yg dah jd..biarlah jd. Bulan ni..byk betul rasanya dugaan..tak berat pun..tp susah nak redha...tak kuat, mmg tersungkur ikut perasaan..huhuhu..

Em..GUNUNG KINABALU..esok langkah akan bermula..6 bulan menanti,masa pun tiba. Agak dukacita, aku ngn abe sakit mata. Nak tak nak..kena la pergi juga..kaalau tak..semua sia2..tak kan nak buang duit mcm tu aje...

doakan kami semua selamat segala2nya dan jgn doakan kami selamat abis duit berbelanja sudah..hehheeh...

semoga ulangtahun aku - 30hb April 2009 tahun ni...memberi aku seribu satu kenangan indah yg boleh aku abadikan..amin

Thursday, April 23, 2009

Dan seterusnyaa...

masih makan hati

23hb...semua masih bercelaru...hati masih keliru..minda masih kaku! Suratan atau kebetulan..aku sakit mata..dapat MC..so dapat la rehatkan sket minda ni..mood nak kerja semula belum ada...kucar-kacirnya rasa.

Menuju Puncak..cayyok korang!

28hb - Misi nak mendaki Gunung Kinabalu hampir tiba. Berdebar juga rasa. Setakat ni, barang2 semua dah ada. Tadi ada main balas2 email antara geng2 gunung..aku suka pantun ni..jom share..

Tinggi-tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh, hati saya rindu.......

Abg amdan beli baulu,
Abis baulu,mkn tapai
Pelan2 mendaki kinabalu,
Semoga semua selamat sampai

dan ini, dari aku lak..

Anak itik penat berjalan kaki,
lalu mandi manda di tepi perigi,
Gunung kinabalu ingin saya daki..
Agak2 dapat tak gapai pelangi?

hahaha..layan. To All..GOOD LUCK Ya!

jgn nakal2 eh sayang..

Esok 24hb, aku akan hantar anak2 balik kampung dan tinggal dia org kat mak abah. Lama la jugak. start Isnin - 27hb - 5hb Mei..huhuhu. Kesian lak. Camno eh? Dania la terutamanya..boleh ke aku ni dok jauh2 dengan dia lama2? Aku pun tak tahu, kenapa aku buat kerja gila ni..sibuk nak gapai pelangi? atau aku dah lupa diri? huhuhuhu...

To all ..doakan kami semua selamat segala2nyaa....

Sunday, April 19, 2009

Ahad yg sendiri..

Danish and Dania balik kampung..

Abe takde - g Temenggor. Danish and Dania..pun takde - balik Ipoh. Aku? dok umah sorang2. Budak2 ni babah drop kat umah mak on the way to Temenggor. Dia org nak sangat balik umah Wan Rahim..so, biarkan je lah. Training sket sbb next week, aku nak tinggal dia org seminggu sbb nak p KK. Hari ni..dah 3-4 kali aku call. Danish ada HP sendiri..call free je guna celcom. Dia pun dah pandai call..2-3 aku call tadi, Dania tak mau ckp dgn aku..sibuk main dengan yaya - sepupu dia.. emm..takpe lah, janji dia ok. Ptg tadi, lps balik dr Alamanda sorang2 cuci mata..Danish call lagi..Dania nak cakap. Ibu wat pe? Ibu kat mana? Ibu g Alamanda beli apa? Ibu jalan2 je? Ibu..dania nak 'chom' (cium) ibu..Ibu, dania lama lagi kat sini..adeh..byk tul cakap. Tapi situasi okek. TAPI..jeng jeng..tadi mak call..dan kedengaran la suara bdk kecik ni menangis..'ibu..dania nak ibu'..'ibu..dania nak balik'..ayarrkkk.. camno? pandai2 la mak aku pujuk..ngeh ngeh..

Masa kat Alamanda td, jumpa 2-3 org UNITEN..semua tanya 'sorang je ke?' ..bila aku ckp 'a'ah'..dia org tak caya lak..apa daa.. tak biasa ke jln sorang2? Aku ok jek..lagi bahagia..jalan ikut suka..aku dah biasa..InsyaAllah, takde apa2.. ;)


Saturday, April 18, 2009

Batu caves lagi..

Pagi tadi..p lagi Batu Caves. Tak ramai pun. Aku, abe, otai, janggoat, adik ipar janggoat..dan anak2 aku - Danish dan Dania. Aku mula2 dah plan tak mau naik..just temankan abe jek. Macam biasa..sarapan kan Shell dan sampai Batu Caves kul 8.50am. Semua naik..tinggal la aku ngn anak2..lama gila aku rasa abe punya perjalanan..bila dia dtg lepak..dia kata..baru 2 round..lorr..since abe nak rehat..aku pun mcm dah naik gian lak..hehe..sib baik dah pakai proper..so..aku pun layan la 272 tanpa bawak beban..uiks..kali ni..aku leh naik tanpa henti rehat. Dapat la dlm dekat2 3 minit..huhuh..bersemangat lak..sebab selama ni..paling laju..aku dapay 4 minit ..itu pun dgn penuh kesemputan. 1st round..aku terus ke dlm caves..konon2 nak p amik pic..sampai sekerat jalan..ala..x besh bau. Aku patuh balik and tiba2 nampak abe ngn dania..huhuhu. Mcm mana budak kecik ni leh sampai. Abe kata..dia nak sgt naik..abe bawak la..Danish lak dah lari turun balik ikut otai. Huhuhu..lps amik pic Dania kat 272..dia pun turun..tak sampai setengah jalan..dia tak mau jalan dah..huhuuh..terpaksalah aku dukung sampai bawah. Sapa suh naik. Lps tu..aku naik balik..dpt gak 3 minit dan aku ingat nak stop dah sbb mmg takde niat nak memanjat pun kali ni..tapi sampai bawah..dania nak naik lagi..huhuh. Bawak la dgn abe and danish..Abe pimpin dania...danish lak dah mencanak2 lari naik..abe suh aku kejar danish..alahai..nak tak nak..terpaksa la aku naik..lari2 anak..sampai 272..tak sempat nak bernafas..danish kata..'Ibu jom turun la'..sbb dia dah sampai awal..GILA apa..mati ibu wei..tp dia dah lari turun dulu..waa..aku pun terpaksa lari la..sbb risau kat dia. Sampai bwh..terus lepak..nak kojol rasanya..lepak tak sampai seminit..abe call..dania nangis nak aku amik dia....waa..apa ni. Meninggal ibu kang..dan dania terus nangis..terpaksa la aku lari lagi naik..tp separuh je la..sampai 150++..dan dania tak nak jln...dukung la bwk turun..aje gila..so kali ni, aku naik 3.5 je laa..biasa aku sakit kaki..tp kali ni..lengan aku sakek..ye la..kena dukung dania - 16kg..

dania je byk pic kali ni..

Thursday, April 16, 2009

Apa yang aku rasa ?? sedih..sedih gila!

9 tahun aku kat sini, kat opis ni..dan hampir 7 tahun aku berada di dalam bilik ini..1 bilik 2 org..sesuai dengan kelayakan dan gred aku. Tapi tak tahu, apa yg mereka mahu..aku terpaksa keluar dari sini...duduk 4 orang 1 bilik dgn keadaan yg amat menyesakkan. Objektif - mudah perbincangan..emm. Entah! aku dah penat berusaha...dapatkan apa yang aku perlu dapat. Tak tahu..mcm masuk telinga kiri..keluar telinga kanan..dan paling menyediah..cubicle concept tiba2 menjadi open concept..em..entah la korang..semoga bahagia. Kalau kerja perlukan keselesaan dan yang penting, hati ni seronok kerja sebelum ni..lepas ni? Aku tak tahu...adakah aku perlu bertahan atau ikut perasaan?? Sedih..serius sedih! Tp jgn buat org derita..kelak benda yg sama akan timpa kita...







Wednesday, April 15, 2009

Cerita hujung minggu lalu..

Hello..ari ni masuk ari ke 3 aku tak kerja dan maknanya 5 hari cuti masuk sabtu and ahad. Cuti kecemasan..jaga dania yg sakit mata. Laamanya cuti..patutnya kena gilir2 la cuti ini..tapi apa leh buat..siapalah aku ni, gaji pun kecik jek..cuti lama2 pun takpe kot. Jgn sampai org opis bising sudah...lagipun, apa yg jadi kat opis kebelakangan ni, buat aku dah malas nak p kerja.

Em..ari sabtu lepas 11/04/09 - Sabtu, abe bawak p KL TOWER. Danish punya wish sejak berbulan2 lepas. So..g lah. Perjalanan agak membosankan sbb stuck kat jln sampai sejam..penin kepala aku..last2 aku tdo jek..huhuhu..em, ada apa eh kat sana..tgk tiket yg cecah rm100++ utk 2 dewasa, 1 kanak2..aku rasa mcm tak berbaloi jek..sbb tak besh pun..takpe..pengalaman kan lg mahai dari bayaran...

Klik sini utk layan gambau.

12/04/09 tu..aku g batu caves lak dengan Natte,kenet, Julia n Masyu. Abe bawak anak2 p kenduri dan kemudian lepak opis dia. Kali ni, aku dapat 6 kali naik tangga 272..dan dah malas nak tambah2..ni pun kaki dah sakit gila.huhuh..Bertolak jam 7.50am dari opis..sarapan kat Shell mana tah..lps tu terus menuju puncak. Kali ni..berok2 agak liar sbb ramai lak yg bwk makanan utk berokss..aku hampir kena terkam ..tp wat bodoh sbb kalau aku menjerit..takut beruk tu jerit gak..hehhehee..jam 11.30..semua settle..Kenet ngn masyu buat 10 round (aje gila)..Natte 8..aku dan Julia - 6 ..ok la kan..ari tu 4 round..ahaks!



tak byk posing kali ni..

Thursday, April 09, 2009

4 tahun...


9hb April 2005 - 9hb April 2009


Wednesday, April 08, 2009

My Lunch Today...


Makan pada jam 4.40ptg..bukan diet..atau bukan kenyang..tapi saja2..ubah selera. Kadang2, orang kata..'kita kena ubah selera..jgn layan sangat apa yg kita suka..tp susah nak dapat atau dah usaha dan kerja keras..tp tak dapat gak..abaikan je..takde rezeki namanya'..tapi tu lah masalah aku, 'kalau aku suka..aku nak..aku nak gak..wpun terpaksa berusaha lebih atau terhegeh-hegeh'....oh..tak suka nya rasa...sebenarnya, aku paling tak suka terhegeh2..desperate!

dan bila aku dah sangat suka...aku akan pastikan aku dapat...

Lunch td..macam tingin nak makan 'chicken chop'..tp susah la..mcm kena lalu byk sgt procedure..nak kena kuar..nak kena berbaris kat jalan raya..lps tu nak kena duduk..nak order..nak tunggu..leceh la kan. so..layan maggi jek..makan lambat pun takpe..janji puas hati...nescafe tu besh..emm..byk la pilihan dlm idup ni kan? kenaapa nak susahkan diri dengan yg susah nak dapat?? tapi aku tahu..dalam dunia ..takde apa yg susah selagi kita usaha wpun usaha tu boleh buat aku nampak BODOH!

Tuesday, April 07, 2009

SE P1i..


Fakta SE P1I aku hari ni...

a) Pagi tadi, P1i berbunyi mcm biasa..jam 6.00 pagi..my 1st Alarm..
b) 6.30am, P1i ni bunyi lagi...my 2nd Alarm...done..semua org dah bangun..
c) 7.12am tadi..P1i ni bunyi lagi..miss called dr Betty...Danish Hakimi kena turun, go to school...

d) 8.35am, Kenet sms - 'den minum kat luar tau. k'.
e) 11.11am, betty reply my sms...
e) 11.22am ..ada call dr nombor tak di kenali..pickup called..from MBF..promote Insurans ...
f) 1.12pm..called from UNITEN..Nuui called..ajak makan...
g) 1.23pm..munyik lagi dari UNITEN...takde org cakap...
h) P1I dah tak bunyi2 lagi..takde call..takde sms masuk...takde miss called..tak de drop call...

agak2..kul bape HP ni nak munyik lagi???

Secara purata..HP ini akan berbunyi tak lebih 3 kali sehari...emm..

dah hampir..


Apa eh yang boleh dapat kalau tabung ni penuh..beshnyaa..nak beli apa eh? hehee..

Monday, April 06, 2009

hampa .. luka .. kecewa..


tak tahu nak describe apa yg jd dlm gambar2 ni....dah jadi..dah berlaku..dah berlalu...lupakan jek mcm tu? huhuu..aku bukan boneka..aku ada jiwa...aku ada perasaan luka...

Ini cerita pasai aku buat kerja sia2 laaa selama hampir dua bulan...drpd open day..sampai la audit QE td......

buat video - not fully used....dan bertungkus lumus buat transformasi Board..auditor datang...tunjuk kerek jek ...nampak mcm remeh..tp aku sgt2 kecewa....

terpaksa edit..ada yg dah salah faham...jahat sangat ke aku ni???