Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, April 23, 2009

Dan seterusnyaa...

masih makan hati

23hb...semua masih bercelaru...hati masih keliru..minda masih kaku! Suratan atau kebetulan..aku sakit mata..dapat MC..so dapat la rehatkan sket minda ni..mood nak kerja semula belum ada...kucar-kacirnya rasa.

Menuju Puncak..cayyok korang!

28hb - Misi nak mendaki Gunung Kinabalu hampir tiba. Berdebar juga rasa. Setakat ni, barang2 semua dah ada. Tadi ada main balas2 email antara geng2 gunung..aku suka pantun ni..jom share..

Tinggi-tinggi gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu
Tengok dari jauh, hati saya rindu.......

Abg amdan beli baulu,
Abis baulu,mkn tapai
Pelan2 mendaki kinabalu,
Semoga semua selamat sampai

dan ini, dari aku lak..

Anak itik penat berjalan kaki,
lalu mandi manda di tepi perigi,
Gunung kinabalu ingin saya daki..
Agak2 dapat tak gapai pelangi?

hahaha..layan. To All..GOOD LUCK Ya!

jgn nakal2 eh sayang..

Esok 24hb, aku akan hantar anak2 balik kampung dan tinggal dia org kat mak abah. Lama la jugak. start Isnin - 27hb - 5hb Mei..huhuhu. Kesian lak. Camno eh? Dania la terutamanya..boleh ke aku ni dok jauh2 dengan dia lama2? Aku pun tak tahu, kenapa aku buat kerja gila ni..sibuk nak gapai pelangi? atau aku dah lupa diri? huhuhuhu...

To all ..doakan kami semua selamat segala2nyaa....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home