Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Sunday, June 22, 2008

Kenaikan gaji GLC Bos 100% - bungkus!!

Jom bergumbira bersama aku malam ni...tiba2 mcm ada rasa sket SAYANG kat 'Pak Lah'...harap2 ni keputusan yg muktamad la...jgn sat gi kena gertak, lain lak cerita..tp aku harap, CEO & CFO GLC terima keputusan secara rasional..jgn sat g org bwh lak tak naik apa2..bonus pun bungkus..mmg nak kena boom la tur...
p baca cerita penuh kat AgendaDaily.




Thursday, June 19, 2008

Petrol & NGV

Since dapat 'khabar angin' semalam , aku betul2 takde mood nak wat coding. Tapi bukan pasai CEO & CFO yang akan bertambah kaya tu eh,biaq p la kat depa..ni 'khabar angin' lain. Walaupun khabar angin tu telah di confirmkan, tapi selagi takde 'itam putih'..aku masih anggap ianya khabar angin..mana tau...ada rezeki aku..Tgh ari ni aku chat dgn adik ku pasai benda yg aku sendiri tak berapa nak tahu..Petrol dan NGV..jom buang masa sama aku..

Font Biru tu aku..Itam tu adik aku.... profile YM terpaksa di sorok utk kepentingan bersama..hehehe

klik kalau nak baca..

Kisah Ali & Aminah - Part 1


Aminah kenal Ali ketika tadika..bila mereka dewasa, mereka terus jatuh cinta. Masa bercinta, Aminah tak pernah kisah dengan duit Ali. Kalau Ali takde duit, Aminah tak keberatan nak belanja. Semasa bercinta, Aminah tak pernah minta apa-apa daripada Ali kerana dia tahu Ali bukan kaya..harapkan biasiswa saja. Masa bercinta, Ali hanya ada sebiji moto kapcai saja. Motor yang meter pun dah tak nampak apa-apa. Motor yang kalau jalan sikit pasti tayar pancit. Aminah tak pernah kisah kalau Ali tinggalkan dia tepi jalan utk tukar tayar. Aminah kawan dengan Ali sebab Aminah rasa - hanya Ali cinta sejati.
Cukup masa, Aminah akan berkahwin dengan Ali.Aminah tak minta barang hantaran mahai2. Aminah tak kisah beli barang masa sale wpun majlisnya lambat lagi, janji dapat barang murah tapi ada quality. Aminah tak demand nak kawin dengan majlis yang berseri-seri, janji Ali dapat selesaikan semua dengan senang hati. Selepas berkahwin, Aminah ikut saja apa kata Ali..beli barang tgk harga bukan tengok jenama. Kalau boleh bawak kalkulator..kira darab tolak supaya Ali tak rasa membazir nanti. Aminah angguk saja apa Ali kata sebab Aminah tahu, Ali baru nak mula hidup sebagai suami.
Hari ini Ali dah ada segalanya. Aminah tumpang gembira. Tapi semakin hari,Aminah rasa Ali tgk Aminah macam ceti minta duit nak bawak lari. Kalau Aminah sebut nama barang, Ali dah pucat lesi. Aminah betul-betul kecil hati. Aminah rasa, Aminah lagi bukan penyeri hidup Ali,tapi Aminah macam ceti yang tengah cari rezeki. Aminah dah mula berkira-kira untuk membuat sesuatu yang pasti mengejutkan Ali..

*apakah yang Aminah akan lakukan??? bersambungg..........

::hakcipta terpelihara-azzalyzaa::

Wednesday, June 18, 2008

Lancar!!!!!!

Permulaan kepada sebuah 'penganiyaan'... kita ikuti rentetan daripada peristiwa Khazanah perjelas kenaikan gaji pegawai GLC


Serang!!!!!!

Icon-icon di bawah melawakili mood aku hari ni!!!!!!!!!!!





Tuesday, June 17, 2008

Alamak! tersilap sudah...

Pagi tadi aku cari no tepon majalah EH..sekali baru aku perasan, 'hasil merepek' aku dlm KATA WANITA bukannya dlm keluaran April08 tapi sebenarnya dlm keluaran Mei08 - Cover Sarimah Ibrahim..so kepada sesiapa yg aku tersalah info..maaf zahir dan batin...


Monday, June 16, 2008

Happy Fathers Day..

Wah! mcm magik jek aku lunch ari ni..tak sampai 10 minit aku lepak kat foodcourt and now aku dah ada kat opis.Biasanya time2 ni aku dok bergelak bergumbira dgn kawan2..tp aku lunch ngn abe, dia tak kerja..tak sihat..ala ala cianya..hahahaha..kalau lunch dengan dia..mmg macam kartun. Kalau kena time breakfast, lg aku tak suka.. wat sakit perut je mkn laju2..

Em..smlm fathers day kan? so how? Pagi2 aku suh Danish pastkan 'benda' yang aku beli kat abe..ala..Shirt ngn Tie jek..sempena Bapak day dan sempena kenaikan pangkat dia..tahniah ya! semoga terus berusaha dan ada lebih2..sila contact CIMB za..hahahahah....sehari sblm fathers day, abe belanja kami sekeluarga makan kat FISH MARKET @ Alamanda...makan lobster..1st time dia banje aku makan binatang tu, tahun 5 tahun lps..masa Danish dalam perut sbb aku teringin..dah smlm harga lobster set tu cecah RM90++ dan dulu kala hanya RM60++..gila la..bila Danish makan..dia ckp..'rasa mcm udang kecik je'..muahahahaha..apa la..org dah banje..makan je la..



Lepas makan2, abe ke pejabat pos-amik duit minyak. Lucky kat situ tak ramai. Aku lak? takde kerja nak tunggu duit tu..bukan duit aku pun. Parkson kan dekat..aku gebang2 ngn Dania. Tgk ni..kerja si budak ni..mmg sah la PEREMPUAN..habis semua dia nak cuba..jenuh lak aku nak pakai ngn buka kasut dia..tapi takpe..syok ni nak wat kawan shopping nanti..cepat Dania..cepat beso..leh teman ibu...kita tinggal Babah ngn Abg Danish eh..takde org nak nguap2 dah...hahahah



Setiap kali dia cuba..dia akan ckp.."cantik? cantikkan? muatkan?" hahaha..muat la sangat..

Friday, June 13, 2008

Belated Birthday..

Cak! tadi lunch time aku p makan kat Pizza hut Alamanda..tiba2 budak ni wat suprise birthday lak. Actually birthday aku dah lama...apapun thanks. Sebenarnya masa bdk dua org tu p toilet berjam2, aku dah rasa something ... tapi aku tak nak lah perasan kan..so aku bergelak gumbira sampai la tiba Pizza hut tu bergema dgn lagu Birthday..semua staff pizza hut nyanyi lagu birthday sambil bwk kek..mula2 aku tak expect pun utk aku..tp bila bdk2 ni nyanyi gak sambil tepuk tangan..Ya Allah...malunya aku. Semua org tgk dan siap nyanyi sama..huhuuu...


Ni kawan-kawan aku..budak2 lagi semua.aku jek tuo..hahahha..thanks ya!

Thursday, June 12, 2008

Gambar cuma...

Takde cerita..just nak share gambar dan korang pikir lah sendiri ikut suka.. heheheh..

Ni aku snap dr paper TODAY...agak2...siapa jahat dlm pic ni??

Teka apa ni? batu? manik? Ia datang dari Qatar...

'Batu' tu sedap di makan begitu saja..coklat daaa...

Ni aku masa discussion database system..masa ni dah lunch time...ngantuknyaa!!

Beg yg aku dok gila2 ni aku tak tau nak pakai p mana..now ada kat umah..dlm dustbag...

Set makanan utk Dania @ D'Tasik Restaurant - UNITEN..IKEA punya la tu....

Tuesday, June 10, 2008

Kerja Gila...

Kali ni aku tulis blog ni sambil tersengeh..sengeh sbb apa pun aku tak tau..sbb aku gila kot. Smlm aku terima parcel yang aku dok tunggu2..aku p admin amik benda tu..drive balik rumah dan sampai kat umah, famili aku ada lak..so aku campak parcel tu masuk bilik. Senyap2 aku buka..cantik kotak tu..kotak yang aku tak pernah mimpi akan jd milik aku. Satu-satu item dlm kotak tu aku keluarkan..mana lak barang yg aku nak2 sgt ni...dlm kotak tu, 2 helai GAP polo t-shirt utk Danish, ada VS losyen,tudung ngn rantai - ni tuan kedai kasi..thanks ya kak lin..tp mana lak barang aku cari2 ni...ada magazine IUPUI utk cik abe..kata kak lin..'kesian dia xde barang..kak lin kasi mag tu'..hahahha..dan bwh sekali..jeng2...

tadaa.......ni lah bendanya yang aku tunggu..ni lah kerja gila yg paling gila aku buat. Habiskan duit utk benda yg aku gila nak sangat....



Beg ni nampak biasa je kan...tp sebenarnya, kalau belek2..raba2..huhuhu..mmg jatuh cinta. Kemas betul buatan beg ni...leather yg tersangatlah ringanya..huhuhu. Aku tau, ada yg dok kutuk2 aku beli benda ni..tp tak kisah lah kan..janji aku bahagia..aku suka..dan yang penting..duit aku punya.. opss..abe sponsor 20% JEK.. ahaks!!

lepas ni...aku nak target yang ni lak... doakan aku berjaya ya! hahahaha


Friday, June 06, 2008

Mawar Merah

semalam aku dapat 3 kuntum mawar dari cik abe ku..apa cer pun tak tau..tiba2 jek..ahaks! thanks..ok lah..maaf di terima..'don't ever said it again OK'??
Danish cakap..'babah wat lawak ke ibu? kenapa dengan babah? dia cinta ibu ke?" hahahha...

Cantek tak jam tu? aku beli online..hahaha..hobi terkini..habiskan duit di internet..

Taman Rusa

Lupa lak..kita orang sempat p taman rusa kat taman tasik perdana weekend lepas..pening kepala cari taman ni.Sekali jumpa..kecik jek..tp penat naik turun tangga..

Cuti-cuti sekolah..

Hai.sebenarnya aku nak update blog ni..tp bila buka je template ni..idea mcm ilang,maybe sbb otak dah ada kat corner lain kot...coding..error - double execution...save to hardisk..deploy...argghh..penin..dateline dah dekat walaupun sebenarnya dateline dah byk kali kena redah..dan 1 lg..ada 1 projek yg aku kena buat dgn kawan..in team la..tp aku rasa aku ni x bagus work in team..sbb apa pun aku tak tau..cian dia. sorry wehh..:(

Cuti sekolah ni, sian Danish tak p mana-mana..dok daycare je kat tadika dia. Bukan aku yg susah nak amik cuti..tp takde org nak ajak bercuti sbb dia bz tahap gaban. Tapi sbb kesian, aku cari gak idea nak bwk danish jln2..hari selasa baru2 ni..aku ajak abe bawak Danish p KLCC..bwk dia naik star LRT dan LRT Putra..Danish nak naik Putra bwh tanah..Dania tinggal jek kat nursery sbb leceh la bwk dia...nnt aku kena dukung..tak larat wei....Kat KLCC ramai gila org sbb cuti sekolah kot...

ni ada sket gambar penyeri blog...



pst: mana cek nih!!! Eh oh EH...