Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, June 19, 2008

Kisah Ali & Aminah - Part 1


Aminah kenal Ali ketika tadika..bila mereka dewasa, mereka terus jatuh cinta. Masa bercinta, Aminah tak pernah kisah dengan duit Ali. Kalau Ali takde duit, Aminah tak keberatan nak belanja. Semasa bercinta, Aminah tak pernah minta apa-apa daripada Ali kerana dia tahu Ali bukan kaya..harapkan biasiswa saja. Masa bercinta, Ali hanya ada sebiji moto kapcai saja. Motor yang meter pun dah tak nampak apa-apa. Motor yang kalau jalan sikit pasti tayar pancit. Aminah tak pernah kisah kalau Ali tinggalkan dia tepi jalan utk tukar tayar. Aminah kawan dengan Ali sebab Aminah rasa - hanya Ali cinta sejati.
Cukup masa, Aminah akan berkahwin dengan Ali.Aminah tak minta barang hantaran mahai2. Aminah tak kisah beli barang masa sale wpun majlisnya lambat lagi, janji dapat barang murah tapi ada quality. Aminah tak demand nak kawin dengan majlis yang berseri-seri, janji Ali dapat selesaikan semua dengan senang hati. Selepas berkahwin, Aminah ikut saja apa kata Ali..beli barang tgk harga bukan tengok jenama. Kalau boleh bawak kalkulator..kira darab tolak supaya Ali tak rasa membazir nanti. Aminah angguk saja apa Ali kata sebab Aminah tahu, Ali baru nak mula hidup sebagai suami.
Hari ini Ali dah ada segalanya. Aminah tumpang gembira. Tapi semakin hari,Aminah rasa Ali tgk Aminah macam ceti minta duit nak bawak lari. Kalau Aminah sebut nama barang, Ali dah pucat lesi. Aminah betul-betul kecil hati. Aminah rasa, Aminah lagi bukan penyeri hidup Ali,tapi Aminah macam ceti yang tengah cari rezeki. Aminah dah mula berkira-kira untuk membuat sesuatu yang pasti mengejutkan Ali..

*apakah yang Aminah akan lakukan??? bersambungg..........

::hakcipta terpelihara-azzalyzaa::

4 Comments:

Post a Comment

<< Home