Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, February 26, 2009

Mak abah ajar...

Take 5 jek daripada wat kerja..ngantuk lak dan lama tak blogging. Em, sejak anak2 dah makin besar ni...aku perasan, aku semakin kuat membebel...dan kadang2 dah jadi macam tarzan kat umah tu. Kalau siapa dgr dan tgk cara aku treat anak2, sure org kata 'mak tiri ke apa ni?' gagagaga...aku terfikir jugak..garang sgt ke aku dan kadang2, Danish diam je bila aku tanya 'Sayang ibu tak?' kadang2 aku kecik hati gak..em..danish dah jd anak babah..semua babah..aku masak pun dia tak mau makan sgt. Nasib baik dania rapat ngn aku...terbalikkan?? Biasanya anak laki dgn ibu...girl dgn babah..dunia dah lain kot..

Sebenarnya, apa yg aku bebelkan selama ni .. aku terbawa2 mcm mana mak abah ajar aku kecik2 dulu..abah - polis dan mak- nurse. So both penuh dgn displin terutama abah. Kita org penah kena rotan just becoz benda kecik sekali pun..abah dah ajar - kena ingat..kecik atau besar..semua tu displin! huhuhu...

Mak abah ajar (yg masih ingat ler)...
1- Balik sekolah, terus tukar baju ..baru boleh makan atau buat aktiviti lain. Tak boleh pakai baju sekolah time makan...dan sampai sekarang, kalau aku balik kerja, aku terus salin baju..baru buat kerja dapur...

2 - Makan hanya di meja makan. Abah cukup pantang kalau aku adik beradik makan dpn tv. Maybe takut kotor umah. Aku ajar2 anak mcm tu..Danish ok boleh ikut..Dania? Sampai ke bilik dia bawak makanan..maka, jd tarzan laa ibunyaa...

3 - Sebelum tidur, pastikan rumah kemas - yang ni pun aku dah ajar Danish dari kecik. Alhamdulillah, dia makan di ajar..Dania lak, kalau abang dah tido..dia boleh kemas..kalau abang ada..mula la sessi membuli abang..dan kadang2..bila time aku tak sihat, aku bangun tgk dpn bersepah..aku kejut balik bdk2 suh kemas...kan senang esok pagi, tak kelam kabut masa nak p kerja nakkemas rumah..kan? kan?

4 - Lepas makan..wajib basuh perkakas yg di gunakan. Dari umur 5 tahun, aku dah di ajar basuh pinggan sendiri..so ringan sket kerja mak nak mengemas. Skrang ni..aku cuba ajar semua org kat rumah tu..tapi nampaknya tak jalan. Aku tak suka pinggang mangkuk berlonggak dlm sinki..nak basuh banyak2 kan penat nnt..rasa mcm nak tampal - SILA BERSIH SELEPAS GUNAKAN' jek...kdg2, cawan seketul pun payah nak basuk..huhuhu..kenapa eh???

5 - Sebelum senja, terus angkat baju kering atau pun tak. Org tua pantang sidai baju malam2. Kadang2, maktok dan mak sanggup basuh balik baju yg berembun. Huhuhu..yang ni,aku tak dapat nak ikut coz malam2 je ada time nak basuh baju. Tapi kalau dah basuh, terus lah sidai..nnt hapak..tak sukanyaa...dari kecik, mak panggil aku anak dara pemalas sbb aku sidai baju lps matahari naik..ada ke patut? darjah 2 nak kena buat semua2 tu..kan aku bdk2 lagi..huhuhu

6 - Kalau abah panggil, kena sahut guna 'saya'..kalau 'YA' jek..silapp haribulan, berbaloq belakang kena rotan. Kalau abah suh buat sesuatu..jgn ada perkataan 'SAT'...nnt sure kena sebat..huhuhu..lucky la anak2 aku tak kena lg benda ni...

7 - Kalau barang rosak kat umah, abah tak pernah2 tangguh repair atau ganti baru. Kenapa nak bertangguh? Kat umah, apa yang aku boleh buat..aku buat sendiri...tapi..emm entah la..tunggu Danish beso sket, aku suh dia amik wat kerja2 tukang ni..so setakat nak tukar getah penebat kepala paip..xde la sampai nak kena panggil plumber kot...

8 - Sapu rumah hari2, pagi2..hahaha..yg ni aku gagal sket nak buat. Pagi mmg tak terbuat lah..tp lps makan mlm, baru aku sapu dan sapu betul2 just on weekend..tak sempat atau bdk2 suka wat sepah...penin kepala...aku nak beli vacum la wpun dah ada vacum...tp vacum tu dah takde kepala nak menyedut..emm..

9 - Lipat baju ari2...jeng2..ni yg aku panggil gagal sekali...muahahaha. Tapi skrang aku cuba buat sket2..ayoyo..sehari dah berbelas2 helai..mana larat nak lipat jek..lipat2..lps tu amik pakai balik..leceh2...ada cara tak x nak lipat baju tapi tak nak bersepah2? takpe, aku cuba berubah...tp perubahan perlukan sokongan kan? kadang2 aku berubah pun takde yg perasan..so? adoooo...

10 - Ambil tahu tentang keluarga tak kira di mana jua mereka berada. Setiap benda yg aku buat, kena wat report duty..masa kat asrama, seminggu sekali wajib call mak abah. Dulu aku rimas..tetapi sekarang aku sedar..ambil tahu tu salah satu tunjuk kita care...sayang. Em..dulu tak de handphone, aku sanggup berbaris panjang nak call org2 yang aku sayang..now? Handphone dpn mata jek..nak berbunyi pun susah..takde org sayang aku kot..emm..nasib la kan....

sekadar mengimbas kenangan..tiada niat utk menyinggung mana2 pihak..adios!

Thursday, February 19, 2009

Nak ni la pulok..

Lately..aku dah jarang menulis mengikut kreativiti kat blog ni..asal aku tak tahu..dan aku dah tak berminat nak tulis artikel utk majalah utk dptkan duit jajan..asal ngn aku ni eh? Asal aku jd mcm ni..kalau tak, leh gak menambah pendapatan kan? emm...

tapi yang aku tahu..lately..aku suka buang duit.bukan simpan duit..dan seterusnya..aku mengidam benda ni...macam mana ni? apa nak jadi ni...huhuhu

Crocs Havana-aku gila wedges



Clarks Indigo - padahal..aku baru je beli yg ni..ahaks!

Wednesday, February 18, 2009

Foya-foya time..

Klik utk layan dgn lebih puas

Monday, February 16, 2009

I want this..

Sabrina Coach -USD358

I wish for this beg on my birthday.. 30th April..sapa sayang den..kumpul2kan duit eh belikan 1..nak 1 jek..tak nak lebih2..1 jek tau...gegegge

Rasanya..mcm nak kena kumpul duit sendiri ni...harap2, on that day..this Sabrina dah murah..aminn...

Tuesday, February 10, 2009

Menuju Puncak..

07hb Febuari 2009, aku,abe ngn kawan2 menghambakan diri mendaki gunung Angsi. Mengikut penganjur, berkumpul jam 7.00 pagi, tapi maybe penganjur nak sambut Thaipusam, dekat kul 8 baru dia sampai..ham mim pah eh laa..org ada anak pun leh awal..isk isk isk. Sampai kat sana dlm kul 9.15 yg sepatutnya dah start mendaki..slps bersiap sedia..kul 10..semua berlepas..

Ni bukanlah pengalaman pertama aku hiking, dulu masa belajar, dah naik sekali..dan masa kat Kolej dulu..pernah gak 2-3 wat jungle tracking..tp kali ni sbb dah tua gamaknyaa..memang memenatkan..naik abe slow..turun aku slow..sib baik ada peneman..kalau tak..huhuuhuhu.


Ni masa aku ngn abe berdua2an sepanjang kat sana..kira honeymoon la ni.. hehehehe..anak2 kawan jagakan..Terima Kasih Pizaahh...
Mendaki : 10.00am - 1.45pm
Turun : 03.30pm - 7.00pm


Klik gambar utk gambar2 lain..

Saturday, February 07, 2009

Hati aku?

Hati aku sekeras batu?? Hanya yg menyayangi akan memahami dan tidak hanya meninggalkan aku sendiri...kini aku fahami takdir Ilahi..syukuri, jgn kufuri.

'Sekeras keras batu, di titis air,berlekuk jua'..


Thursday, February 05, 2009

I love COACH

Yummi..cantiknya gambar ni..sweet giler..