Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Wednesday, November 15, 2006

Sekadar buang masa..luah rasa!

Gelapnya ni, mcm mana nak menaip ek? takpe, aku gagau juga.Sejuk la! Aku dlm bilik, atas katil,dlm bilik menemani anak2 yg baru saja aku tidurkan.Suami? em..dah tertido kat dpn,biarlah dia,pandai2 la bangun sendiri.
Aku sebenarnya,asyik terfikir-fikir,sampai bila aku harus di duduk di kerusi pejabat dgn jawatan yg mungkin sama utk jangkamasa 25 tahun lagi.Masa tu,umur aku 53,emm, dah nak pencen..tak bosan kah aku mengadap benda yg sama atau mungkin terpaksa mengejat teknologi yang sentiasa bertukar ganti? Aku sebenarnya dah bosan dgn apa yang aku lalui setakat ini.tetapi aku sendiri tidak pasti, apa yang aku cari???

Pernah terfikir utk duduk dirumah menjadi seorang suri,abdikan diri pada anak2 dan suami.Tapi aku tak pernah berani. Sebab apa? sebab, masa depan,kita tak pasti apa yang akan jadi.Suami atau lelaki kekadang sukar di tafsir hati dan nurani, sekali ditakdirkan dia buat lawak belakang isteri, tinggal lah aku seorang diri.Apa aku nak jadi? emm.bukannya aku terlalu bergantung kepada insan bergelar lelaki, tetapi aku masih belum bersedia utk menerima hakikat sekiranya itu yg terjadi..opss..ni cuma luahan perasaan ya,tiada kena mengena dgn yg idup atau pun yg mati..hehehehe.Mungkin, kalau RM1 juta turun dr langit, aku rela berhenti dari kerja makan gaji..

Aku lihat sekeliling aku, teman2 masih muda, malah masih anak dara.senang cerita,aku lah yang paling tua di antara mereka.Lihat telatah mereka,teringat kisah lama.Bergelut dengan perasaan cinta yang kadang kala buat aku lupa dunia,bila sudah dewasa,kekadang aku rasa,semua tu sia2.Cinta memang buat kita buta..buat kita lupa.Bila teman2 atau sebenarnya adik2 meluah rasa, aku hanya mampu memberi kata dua - 'Jangan biarkan cinta buat kita rugi hidup di dunia fana dan berdosa di dunia 'sana'.Kenapa? fikirlah sendiri dan kaitkan dengan kisah hidup sendiri.Namun aku tidak kata cinta itu sia-sia,kerana cinta lah, aku kini hidup bahagia,cuma bila bercinta di alam remaja,jgn lupa dosa pahala.

Orang tua selalu kata, jgn suka kata orang, nanti diri sendiri yang kena. Kalau tak suka,tegur cara elok,jgn mengutuk.Nanti kena idung sendiri,mana mau lari? atau kalau tak suka orang kata kita,jgn suka kata orang..atau kalau rasa nak besar kepala, kita kena ingat, org lain pun ada kepala..jgn ingat angin kita saja.hehhe..mcm2 ada.Aku pula sebenarnya jenis tak kisah kalau orang nak tegur aku dgn apa jua cara..tapi dengan syarat, org nak menegur,kena lah juga tebal telinga bila aku tegur dia dgn cara yang sama. Jgn boleh tegur orang,tapi bila ditegur,mcm cicak kena simbah air panas, mengelejat tak pasai2.ye dak?

OK la..Semoga kalian,aku,dia dan semua umat islam di dunia,sentiasa di berkatiNya..amin.

ps: Melupakan tidak semudah memaafkan,sekali terluka,parutnya tetap ada.

1 Comments:

  • Kadang2 kita tak faham dan tak mengetahui apa sebenarnya yg kita harapkan di alam percintaan. Tapi apa yg pasti percintaan mmg menyeronokan. Tapi cinta juga menjadi duri yg berbisa.

    Kepada mereka yg kuat, insyaallah tidak akan ada kes bunuh diri, mati lapar dll.. hhehehehe.. kita bukan adik2 tapi dah lebih sesuai di panggil teman2... hehehehe ..

    Lalui la kehidupan yg dah di pilih itu dengan tenang dan aman.

    By Anonymous Anonymous, at 8:33 AM  

Post a Comment

<< Home