Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, November 07, 2006

Fuh! Seronoknya raya 2006

Fuh! Seronok betul raya kali ni..cuti 2 minggu..sakan ni..best gila dok umah mak.



Raya 1
- Pagi ada kat umah mentua @ Manjoi, lepas tu p umah emak lak kat Jelapang. Sempat la posing2 di pagi raya dengan famili. Gambar yang baju peach tu, di raya pertama. Lps posing2,balik kampung abe kat Bgn Serai, tapi Tok lak dah p Serdang,Kedah, so kita orang pun p la sana terus.Sebelum p Serdang tu, kita org singgah Kuala Kangsar dulu, umah maktok Kuala, ala, umah mak pak menakan aku.Lepas sejam, tolak p Serdang,sampai sana pun dah petang, nasib baik semua ada lagi kat sana,sempat la jumpa.Meriah gak.tapi lupa nak amik gambar...alahai..
Malam raya, abang ajak p open house rumah mentua dia, tp sbb ramai sangat kat situ, kita org singgah la umah auntie aku kat Manjoi, raya situ dulu. Pun ramai dah meriah. Lps dah kenyang, tolak p umah mentua abang, ramai gak.Tetamu semua pakai glam-glam, kita org, pakai jeans jek..hehehehe..dah mlm daa, tak kan nak pakai baju kurung lak..hehehe

Raya 2
- Mula-mula plan nak balik Penang, kampung mak aku, tapi last minit org tua tak larat pulak.So mak buat laksa, ajak kawan2 abe (aku takde kawan kat ipoh nak ajak), kawan2 abah,sepupu2 aku, adik2 abe. Letih gak la coz melayan dr pagi sampai ke malam..dan aku telah membuatkan mak aku sedih sbb telah terpecahkan mangkuk Pirex dia yg dah lama ..20 tahun tu..heheehe.Adik aku la pandai sgt p buh mangkuk tu atas peti ais..hahaha..to mak, maaf zahir dan batin.gegegege.Malam, kuar dengan abe ngn Am, p beli barang2 utk BBQ malam raya ke 3.

Raya 3
- Siang tu just lepak2 jek.Cover letih smlm.Petang aku keluar ngn abe dan anak2 p Jusco.Saja2 jalan2 sambil survey handphone.Admire gila kat W850i, tapi rege RM1999 ori, AP lak RM1600..huhuhu,tak palah, tunggu turun rege. Balik dari Jusco, Am ngn Abg dah siap sedia dengan BBQ. Am di lantik jadi pengerusi BBQ, semangat gila dia. Lps maghrib, dah start kipas2, byk gila benda nak di makan.Ajak gak la adik2 abe. Bagus ajak dia org ni, habis terus semua,kalau tak, bazir jek. Menu mlm tu - lamb,meat,chicken,sosej..yummi.


Raya 4
- Pukul 11 pagi, kita org bertolak p Alor Setar pulak.P umah adik ngn kakak mak kat sana. Aku tido kat umah makcik aku (adik mak). Petang tu p umah kakak mak lak.Walaupun tak ramai, tapi tetap meriah, ye lah kan..syok sembang. Kat sini la aku perasan Dania dah boleh mengulor.Kelakar lak tgk..mcm ulat beluncas.Si danish lak jeles tak habis.Sanggup dia nak tukar adik dia ngn kucing makcik aku..isk..isk..siap nangis tu
..huhuhuh

Raya 5
- Balik dari Alor Setar, aku singgah Penang. P umah tok sedara dan umah makcik. Sebab tak berapa reti nak sembang, aku lepas sat je la kat umah Tok Chaq aku.Tok Chaq laki baru meninggal, so aku tak berapa biasa ngn Tok Chaq perempuan ni.Sembang2 gitu2 jek. Lps tu p umah mak sedara lak.Saja lawat2..dan malam aku lepak kat Vistana Hotel.heheh..saja malas tido umah sedara mara.Kalau mak ikut, leh gak tido..kalau aku jek,segan la. Malam tu..p lepak kat pantai Seagate,nak makan ikan bakar, tapi kedai byk tutup lagi..melopong laaa...


Raya 6
- Lepas check out, abe ajak p Kepala Batas, kira patah balik la ni. P umah kawan abe. Sampai sana dah tengah hari.Biasa la adat orang kampung, mesti nak jamu makan nasi gak.Lauk kampung, sedap siot. On the way balik dari Kepala Batas, singgah lak Bgn Serai, umah Tok abe. Chu masak bihun tomyam utk member2 dia, tp depa tak mai, sian Chu, frust.Nasib baik kita orang ada.hehehe. Lps umah tok, singgah umah mak ngah lak. Sbb raya dah masuk ke 6, makan je la kuih apa yang ada. hehehe..

Raya 7
-
Penat sakan berjalan, bangun pagi pun dah terlajak2. Pukul 10, kawan abe call ajak p Pangkor.Uikss abe ok.Suh aku siap2kan barang.Isk, ikut suka dia jek.Konon2 nak mandi la..apa la..aku pun pack la brg bagai nak gila. Kul 12.30 kami naik fery kat Jeti.Feri skrang dah cun..ada aircond.Budak2 suka sangat la.Aku biasa jek.hehehe. Sampai Pangkor, sewa Van. Cina tu bwk p pantai Teluk Nipah, lunch kat situ, lps tu pusing pulau. Mula2 p tempat buat Satay,lps tu Great Wall Of China,lps tu kampung Melayu yang ada jajahan Belanda 300 tahun dulu. Pusing2 pulau, 4.15 dah naik feri balik seberang.Cess.penat usung beg jek. Tak mandi pun..huhuhu..Sampai kat lumut,member abe balik KL, kita org balik Ipoh..letih siot!


Raya 8,9,10 dan 11 - takde aktiviti menarik dah.Cukup2 la jalan. Dok umah jek.hehehhe..

Raya 12
-Sediakan persiapan adik aku nak nikah.Aduss mamat ni,suka wat keja last minit.Masa nak tunang dulu, sampai kul 2 pagi tak tido buat hantaran..kali ni, baru nak cari idea nak wat Mas kawin dan hantaran macam mana. Dulang hantaran, dia design sendiri jadi Itik.Belek2 majalah, dpt la idea gubah duit jadi bunga.Tu hasil kerja keras tangan aku la bunga ros tu. Utk melawakan bungan ros yg tak berapa nak lawa tu, kita org p kedai bunga, suh cina tu gubah2..maka siaplah hantaran dlm masa 3 jam..alhamdulillah, leh tido..

Raya 13
- Awal2 pagi dah kena bangun,mandikan anak2,siap2kan diri..jeng-jeng, adik aku si Sham nak di nikahkan pada Raya ke 13 bersamaan 4hb November 2006. Majlis kat Teluk Intan. Sejam setengah sampai la. Dari ipoh rombongan 5 bijik keta. Kenduri biasa saja, sederhana tapi meriah.Adik aku serba Peach oren berdebar menanti dan alhamdulillah, sekali lafaz, jadi la dia laki orang. Semoga korang bahagia dunia dan akhirat.

Raya 14
- dah..takde cite dah..dah balik sini pagi2 ahad tu...........heheeheh..

Nak tengok gambar2 lain? sila lawat :-
http://lyzaaabdrahim.fotopages.com

Tak sabar nak tunggu raya Haji, planning nak balik Johor lak..yehaaa..

2 Comments:

  • Best lagi meriahhnyaaaa raya .. tak mengapa .. masa den lum sampai kalau dah sampai esok pun den nak menjelajah satu malaysia kerumah sedara dan kawan2...

    sekarang ni sekadar ikut mak dan abah. So pusing2 kat kampung je la... last2 baring menghadap tv dan terus zzzZZZZZZ.... itu la cerita raya ku ... so boreddd..

    Tapi walaubagaimana pun ku bersyukur, mana la tau nnti bila dah jadi hak milik orang dah tak de peluang lagi raya nak rehat2 macam tu ... hehheheeh

    By Anonymous Anonymous, at 5:13 PM  

  • hahaha...biasalaa..br syiok keje last minute..lepas ni ada lg satu agenda..last minute gak..ahahahaha..keh keh..thanks..
    ulalawuyeii

    By Anonymous Anonymous, at 9:08 AM  

Post a Comment

<< Home