Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Thursday, November 23, 2006

Bosan???..layannn!!!!

Lama aku berfikir utk menaip kali ini. Kenapa ya? Aku renung kembali tujuan aku wujudkan blog ni...matlamat aku..LUAH RASA! Emm..tp bila selak balik kisah2 lama,aku bukan luah rasa, tapi lebih byk cerita tentang anak2 yang meningkat dewasa. Aku sebenarnya takut LUAH RASA di sini, nanti terbuka semua pekung di dada.Kadang2 aku guna bahasa kiasan, dengan harapan ada yg mengerti maksud hati, tapi aku yang jadi malu sendiri.
Aku puteri tunggal keluarga,sering di katakan manja dan masa yang sama aku keras kepala.Degil! Sifat utama Taurus, bintang kelahiran aku.Aku akui, itu mmg sifat aku.Apa yang aku mahu, aku pastikan aku akan dapat tak kira apa jua cara.Tapi,sedegil2 aku, hati aku terlalu sensitif terutama dengan orang2 yang aku sayangi dan aku cintai. Pada aku,meminta pada yang ada,merajuk dan bermanja pada yang kasih. Tapi hati 'lembut' ku ini tidak pernah di ambil peduli, yang nampaknya, hanya hati batu aku.
Hati yang cair tetapi jika di abaikan, pastu akan beku.Bila beku,semua perlakuan akan jadi kaku.Bila kaku, kasih sayang yang terpupuk sudah pasti akan lapuk .Jika merajuk tidak di pujuk, malah makin diketuk-ketuk, kasih yang hampir lapuk pasti akan jadi busuk.Awas!Jika rajuk yang dibiarkan, ada orang lain yang sudi memujuk.

Hidup kadangkala jika sudah sampai ke tahap bosan yang maksima, pastu tindakan yang di ambil pun entah apa2. Bunuh diri? Jangan! tak cium bau syurga nanti.Aku sendiri, kalau bosan dengan realiti hidup ini, rasa nak ikut kata hati..tinggalkan saja apa2 yang membuatkan hidup ini rasa seperti orang mati..pergi mencari kebahagiaan sendiri.Aku memang teringin nak buat semua apa yang aku hajati, biar ada yang rasa, aku perlu di hargai atau sekurang2nya di hormati.
Matlamat hidup aku, inginkan pahala bukannya dosa. Tinggalkan alam remaja,melangkah ke alam rumahtangga yang di janjikan bahagia dan pahala - namun tak semudah yang di sangka,jika tersilap langkah, hanya dosa yang bertimpa-timpa. Ya Allah, bukan itu yang aku pinta.Aku hanya insan biasa..

4 Comments:

  • Meluah dan diluahkan adalah tidak sama. Walau didalam kiasa, sekurangnya dapat mengurangkan kegusaran di dalam hati.

    Tabah menghadapi dugaan hidup memberi kita lebih erti dan pengalaman dalam mengharungi sejarah yg lepas.

    By Anonymous Anonymous, at 5:25 PM  

  • hidup tak slamanya bjalan seperti yg kita harapkan. hidup adalah pilihan. pikir panjang sblm menentukan hala tuju. jgn menyesali jalan yg tlah dpilih. ketenangan ada dalam diri.

    By Anonymous Anonymous, at 12:41 AM  

  • terima kasih atas nasihat.tp kalu tahu siapa yg memberi dan memujuk hati ini, kan lg best..kenai2 kan la diri ek.. :)

    By Blogger azzalyzaa, at 11:34 PM  

  • Nak kenal? Takkan tak kenal? Kan ke dah kenal. Hope pikiran dah lebih tenang. Hidup dah lebih tenang. Hati bertambah senang :-)

    By Anonymous Anonymous, at 8:35 PM  

Post a Comment

<< Home