Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, November 20, 2007

Satu Jam Seribu Kisah

Tadi aku godek2 pc ni,sekali terjumpa balik 'tulisan' aku tah bila punya..so aku tepek kat sini..ahaks!


Gambar hiasan : Tengah fikir masalah dunia..kuikuikui

Aku duduk bersama suami di foodcourt pusat membeli belah yang terkenal di Sri Kembangan. Baru selesai menonton wayang – Da Vinci Code. Sambil melayan fikiran – macam mana aku boleh nak tengok sangat cerita tu? Cerita tentang agama mereka yang tak tahu mana benar dan betulnya.Mudah betul memperkotak katikkan agama hanya untuk mendapat hasil cerita yang tah apa2.Sesak kepala! Walhal tujuan aku sebenarnya ingin bersantai menonton wayang,akhirnya kepala aku yang pusing dan pada masa yang sama, perut berlagu kerongcong,menanti makanan yang dipesan yang tak sampai-sampai, mata aku melilau melihat keliling.

Di hadapan aku, duduk lima hingga enam orang budak-budak yang aku tak pasti usia mereka.Lihat dari rupa, masih di bawah 15 tahun. Lihat dari pakaian, dah macam budak lepas sekolah. 5 lelaki, seorang perempuan.Si perempuan berbaju ketat, berjeans sendat, yang si lelaki,berambut karat, gaya ultraman, berbaju dengan gambar tah apa-apa,lagak seperti org dewasa. Aku geleng kepala. Teringat zaman sekolah dulu, aku tak semudah budak-budak yang di depan mata berpeleseran terutama dengan baju yang tah apa-apa. Aku masih ingat, aku bebas keluar dengan kawan-kawan tanpa sebarang pengawasan hanya selepas SPM. Itu pun aku kena buat ‘report duty’, di mana aku, ke mana aku, dengan siapa aku.Huh! Ketika itu memang aku terasa di kongkong, tetapi bila sudah dewasa, keluar melihat dan menghadapi sendiri dunia luar, aku pasti, anak-anak aku nanti,WAJIB aku lakukan perkara yang sama.Sama seperti abah dan emak lakukan pada aku.Biar aku dikatakan tak moden, yang penting anak-anak aku tak jadi macam anak-anak yang ada di depan mata aku ni.

Makanan masih tak sampai, susah sangat ke nak masak Tenppayaki ni? Perut sedang lapar, pandang orang sekeliling rasa semua serba tak kena. Suami di depan mata pun aku dah tak pandang, tak mengapa, balik nanti masih boleh mengadap dia, waktu santai, biar aku lihat gelagat manusia di ruang legar mata aku pulak.Tiba-tiba terpandang si teruna dan dara (ye ke?) sedang berfikir nak makan apa agaknya. Aku pandang gelagat mereka.Si dara berbaju ‘tiub’ (baju ke ni?), nampak dada, nampak pusat.Em, tak kisah la dia nak pakai apa,bukan masalah aku. Yang pelik pada pandangan aku, dah pakai macam tu, kenapa sibuk tertarik-tarik baju tu kebawah, seolah-olah nak cover apa-apa yang tak patut nampak tapi dah tertunjuk.Kalau segan,kenapa pakai? Kalau malu, kenapa berani keluar macam tu?Aku membebel seorang diri,suami hanya tersengeh.Isk lelaki, suka la tu benda-benda macam tu.Doa aku dalam hati, minta simpang malaikat 44 zuriat aku terjebak dalam perkara-perkara yang menyakitkan mata aku.

Yang di nanti tiba – Tenppayaki Seafood.Nampak menarik, tapi menarik lagi pasangan yang aku nampak di penjuru mata kanan aku. Aku curi-curi pandang gelagat mereka.Mesra tapi pelik! Si lelaki nampak berusia, berseluar jeans, berbaju t-shirt di semat kemas ke dalam seluar.Tali pinggang berkilat. Sekali pandang, aku yakin dia suami orang, tapi tak kan lah gadis disebelahnya yang terlalu muda di pandangan mata aku itu isterinya.Kalau anak, aku percaya.Dari segi tingkah laku, macam pasangan bercinta atau mereka Teman Tapi Mesra? Perut berlagu lagi. Sambil menikmati hidangan, mata aku masih terarah kesitu. Terasa kelakar pulak melihat merpati dua sejoli tersebut dan kalau lah mereka bukan suami isteri, apa yang sebenarnya si gadis itu cari dengan lelaki yang boleh di anggap bapa itu? Kata orang, yang tua lah banyak pengalaman.Manis mulut, merajuk di pujuk, minta itu ini diberi.Sekali lagi aku berdoa di dalam hati, minta jauhi perkara seperti ini,ye lah kan, suami depan mata ni pun kadang-kadang bukan boleh percaya. Esok lusa duit makin bertambah, silap haribulan nak tambah cawangan pulak? Opss..

Puas memandang dan perut dah kenyang, aku dan suami melangkah ingin berlalu pergi, namun mata masih memerhati. Aku lihat satu lagi pasangan. Si perempuan tertarik-tarik tangan si lelaki yang kadang-kala seperti cuba melepaskan tangan si perempuan. Aku lihat, si lelaki berdiri jauh sekaki ke belakang, kadang kala cuba tersengeh bila si perempuan memandang. Bila si perempuan pandang ke depan, si lelaki menguap. Aku senyum sendiri. Kalau pasangan yang ini, aku sangat pasti – mereka adalah suami isteri. Kenapa ya aku begitu pasti? Kerana kadang-kala apa yang aku lihat tadi, pernah terjadi dalam hubungan aku dengan suami. Em, lelaki, masa bercinta, sibuk nak berkepit, dah kawin lebih-lebih lagi nak beranak pinak, itu lah terjadi. Apapun, walaupun begitu lagak si suami, aku masih bersyukur, sekurang-kurangnya suami masih mahu menemani daripada suami-suami yang biarkan isteri lakukan segala-galanya sendiri. Kesian..

Bila dalam kereta, aku senyum sendiri bila teringat gelagat manusia.Macam-macam ada.Agaknya, aku dan juga suami turut diperhati,siapa tahukan?



Indahnya alam ni kan?
Lokasi : Damai Laut, Lumut

1 Comments:

  • Setiaap manusia ada cara dan ragamnya ... itu sudah mmg tak boleh nak lari .. huhu

    By Anonymous Anonymous, at 5:26 PM  

Post a Comment

<< Home