Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, December 26, 2006

lelaki,perempuan dan AKU

Lelaki
Kau tidak punya perasaan ?
atau
Perempuan
Kau yang terlalu memendam rasa?
AKU - hati lelaki kadang-kadang memang beku dan perempuan pula terus bertarung supaya hati tidak kaku.

Lelaki
Kau tidak pandai berkata-kata?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu banyak untuk dikatakan?
AKU - lelaki sering gunakan alasan 'pendiam' untuk senyap seribu bahasa dan perempuan terus berjuang supaya hubungan tidak kelam.

Lelaki
Kau tahukan apa interpretasi rajuk?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu ingin di pujuk?
AKU - lelaki sering kata, rajuk itu mengada-ngada dan perempuan terus buktikan rajuk itu tanda mesra.

Lelaki
Kau tahukah definasi sayang?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu dambakan kasih-sayang?
AKU - lelaki sering kata,sayang itu bukan dengan cenderamata dan perempuan redha,tapi jangan sampai ikatan menjadi dusta.

Lelaki
Kau tahukan apa erti sebuah cinta?

atau
Perempuan
Kau yang terlalu taksub dengan cinta?
AKU - lelaki sering kata cinta itu tidak perlu di luah dengan kata-kata dan perempuan kata - amalkan lah,jangan sampai kami tunjuk kuasa!


rindu pada :
I never realised it before and now ..i know that...I LOVE YOU

1 Comments:

  • cinta akan menjadi bahagia sekiranya dua2 sama menjaga.

    Cinta akan menjadi api dan bara sekiranya pasangan sering berdusta.

    Jika rasa cinta itu menjamin kebahagiaan hidup yg sementara, teruskan la.

    Sesungguh cinta juga seperti di alam rumahtangga yg mana perlukan pengorbanan dan kesabaran.

    Cinta itu suci sekiranya digunakan dengan penuh keikhlasan, jika tiada keikhlasan & kejujuran, cinta akan menjadi duri didalam kehidupan.

    Fahami la......

    By Anonymous Anonymous, at 5:00 PM  

Post a Comment

<< Home