Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Monday, May 17, 2010

Me @ Europe - 2

kat atas effel tower.. ;)

Paris with love 10-12hb May 2010
(menaip dari dlm Thalys Train dari Paris ke Amsterdam – ada wifi tp kena bayar,so takleh tulis live. ;) tp baru sempat paste kat umah UNITEN..:b)

Gare De Nord 1st tempat kaki aku jejak Paris. Mula2 mcm biasa la sbb takde peta..maka agak tergaru2 la kepala nak cari Hostel (bukan HOTEL ya). Kita org mencari Vintage Hostel dan rasanya tak jauh sgt dari Gare De Nord..eh! Gare di Nord tu adalah stesen ketapi la…em..lps dlm 15miint jalan..jumpa la hostel. Bonjour! Lagi sekali teruja gak tgk hostel dia..lawa2..wpun nama dia hostel. Setakat ni kagum la dgn toilet dia org, maybe sbb tak basah kot. Sampai2 je terus gedebush tdo..penat la. Lagipun dah malam wpun tak gelap. Sini mahgrib pukul 9.30 malam. So kalau jln2 sampai nak pengsan pun, boleh balik hostel lg nak solat. Isyak kul 11 dan subuh kul 3..ngeh ngeh ngeh…

Em..nak cite nama2 tempat yg kita org g..aku pun tak hafal sgt nama2 tu..berbelit lah lidah..kalau nak sebut Effel Tower, aku reti. 7.30am kita org dah turun sarapan dan sebenarnya hari dah terang entah pukul berapa. Sarapan pagi croissant and roti keras bersama2 kopi dan jem2. Aje gila la…aku cicah roti dgn kopi dan croissant sini sgt2 lah sedap..wifi pun pree jet p kena minta pwd kat kaunter. Lps sarapan, terus g Effel Tower..em, kat sini kan, beli 1 tiket korang leh naik apa2 je kenderaan awam, takyah beli tiket byk2 kali. Harga tiket utk 2 hari E14,5 bersamaan RM70 sorang. Akekek..OK tak? Stesen ketapi dia bertingkat2 kat bwh tanah..kena lari2 nak kejar ketapi..tp kalau tertinggal pun takpe..pejam mata 5 minit ada ketapi lain sampai..akekeke. Aku mmg gagal la nak baca2 map ni..so abang la amik peranan.

Kat effel tower dah panjang dah org baris. Ingat dah awal..rupanya ramai lg awal. Masa baris..mamat2 black datang jual souvenirs. Nasihat aku, kalau dia org offer masa nak naik tu..beli je. Sbb masa nak naik, dia org offer scaft 1 for E1euro dan keychain 10 leh dpt dlm 2euro. Kalau korang beli masa nak turun..susah la nk dpt balik rege mcm tu. Kat atas effel tower sgt2 la sejuk2..nak2 bila nak sampai puncak. Ketaq gak lah lutut. Apa besh naik benda ni? Dapat la tgk seluruh Paris ..akekeke. Oh ya, mamat2 niger ni muslim so kita org tny dia org mana nak dpt halal food. Lps Effel Tower,kita org g Notre Dame (sila google) dan amik2 pic jek. Abang tak mau bawak kuar kamera selagi tak sampai destinasi sbb dia ada bad experience 10tahun lps kat Paris. So kureng la pic kat Pairs ni..kat sini la kita org beli sedikit jajan slps masuk kedai mamat bangle yg boleh ckp melayu. 3 tahun dia kat Malaysia. MAsa kita org bargain, dia siap ckp ‘I know Malaysian people’ hahha..nak murah selagi buleh kan?? Em..JAJAN je abis 62euro. Convert la? Gila tak? So..sorry sbb tak bawak balik JAJAN..mmg mahai.

Lps tu kita org g Museum of Louve. Kat sini la lukisan2 pelukis terkenal dia org letakkan kan. Aje besar gila..lg besar dari istana2 yg ada kat Malaysia. Cuma kecewa sket sbb tak faham dia org tulis apa kat lukisan2 tu..dan kat situ gak lah lukisan Monalisa dia org letak. Pun berduyun2 org nak cuba dekkat tp x leh dekat sbb ada JAGA. Dalam 2 jam kat dlm tu..kita org terus g cari makanan Halal. Sanggup ni naik ketapi sbb nak cari Nasi. Alhamdulillah dapar beriyani Pakistan. 3 senduk besar nasi dan 2 ketul ayam utk org paris makan sorang. Hahaha..kita org amik 1 plate je sbb compem tak abish. Rege sepinggan beriyani 5,5Euro. Lebih kurang rege kat Malaysia la kalau tak convert. So 2 hari kita org cekik nasi kat sini dan mamat Pakistan tu leh ckp Melayu sbb dia 5 tahun kat Malaysia. Meriah rupanya Malaysia ni kan? (Penin lak menaip dlm ketapi ni)

Byk sgt tmpt kita org g..tak tahu nak taip nama. Em..kat Lafayette Galleries (Mall la ni) pusing2 tgk brg2 branded idaman perempuan2 sedunia. LV,GUCCI, Prada and apa2 tah lg yg Europe made semua dlm butik. Barang2 dr US mcm GUESS. DKNY, CK and so on dok kat luar2 je. KAlau betul2 ada duit..aku rasa, boleh je nak sambar 1 beg GUCCI. Dlm RM2000 dlm Siggy Gucci hobo Medium. Kalau LV? Em..masa kita org tgh jalan2 tu..ada sorang perempuan cina tu approach aku. Dia minta belikan LV sbb dia kata 1 person only can buy 4 item. Dia dah beli 4. Dia kasi aku 1755Euro cash. Gila tak? Dia suh aku beli 2 wallet dan 2 handbag. Em..bila masuk dlm LV..SA tu tak mau terima cash. Dia org takut duit palsu. Tiba2 aku teringat cite..kalau kat London. Pelancong dr Cina tak di benarkan masukkan LV butik sbb dia org masuk utk beli barang dan copy balik kat cina. Maybe kat sini pun mcm tu la kan. Sbb lps aku pulangkan duit tu…ada sorang lg mamat dr cina tegur aku..maybe nak suh buat benda yg sama..belikan dia org LV. Isk isk. Aku pelik kenaapa dia org sangggup bg aku cash sampai byk tu dan biarkan aku bawak je duit tu tanpa dia org ikut. Kalau aku cabut mcm mana?? Mungkin gak duit tu palsu dan kalau aku beli..aku la yg kena tangkap..miahahaha. so moral dia ..korang jgn baik sgt kat tempat org..patut la org sini macam sombong.senyum pun susah..akekek.

rajin nak bc lg? nnt la aku sambung...nantu,,,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home