Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, May 11, 2010

..Me @ Europe - 1..


Menaip dari dalam Thaly Train dari Brussel,Belgium ke Paris,Perancis (tapi paste @ Vintage Hotel - Paris ;)

08hb May 2010

6.30am flight MH016 mendarat kat airport Shipol, Amstredam. Lps hampir 12 jam, alhamdulillah sampai dan terus checkout. Kat imigrisan ada la 2-3 soalan mamat tu tanya. Sbb aku pakai tudung kot. Lps amik beg, terus cari abang dan dia pun dah menanti. Lega. Amik train ke Ibis Hotel. Ahaks! Kecik gila bilik. Abg dah nak checkout. Aku lepak jam dlm sejam..terus g sarapan kat hotel tu. Makan apa? Alamak..semua ROTI..uhuhuhu. Sarapan dia dr kul 7.30am sampai 12noon. Em..takde lunch ke dia org ni? Lps sarap..check out dan terus amik train. Sorry la..gagal sket nak igt nama2 stesen. Sebutan tah apa2..eja apatah lagi. Dari Amsterdam ke Brussel amik masa hamper 3 jam. Nice scenery..hampir 80% kawasan pendalaman Amsterdam di tumbuhi padang ragut. EMm.pelik gak..padang lg besar dari lembu2 yg ada..camne ek buat untung? Kalau kat Malaysia..jd bendang..ada gak hasil padi. Dalam train..ada la sorang makcik ni yg ramah tamah. Mula2 dia speaking ‘dutch’ ngn kita org. AKu ingat aku tak faham omputih ..lama2..baru dia tny ‘do you speak DUTCH?’ miahahaha..kita org geleng. Lps 3 jam..sampai la ke Brussle. Cantek! Byk bangunan2 lama..tp kena cari hotel dulu. Kita org sesat sbb takde peta. Abang suh aku print..tp aku lupa. Selepas terpusing2 dgn perut yg lapo dan bag yg heavy metal..akhirnya jumpa la “Sleep Well’. LEGA! Sbb encik Azril dah mula nak berangin..akekek. Check In, aku dah bayang dome ke..apa ke..rupa2nya lawa gak la tempatnya. Janji bilik air kat dlm. 1 mlm dlm 90Euro. Lps letak2 bag..and hotel dah kasi peta dan xplain mana nak p..kita orang pun mula la berjalan. Eh salah..p cari tmpt makan dulu. Masa sesat tu..dah nampak dah kedai HALAL..so terus tuju ke situ. OK la..makan roti pita yg beso dlm 3euro. Tercekik gak nak habiskan. Masa2 masuk..aku selamba je tny ‘Everything’s HALAL?’ ..tokei tu cakap. ‘YES, I am muslim. And don’t just ask about the food. ..don’t forget to ask about the OIL. We use vege OIL’..ngeh ngeh. Alhamdulillah la kan…lps makan2 snap gambar sana sinun dgn sejuk yg menusuk..sampai 1 tempat,..kaki aku cramp..Adalah sgt bijak memakai stoking 90sen yg di beli di Giant dan juga memakai running shoes Adidas aircond function. Stokin aku lembab sbb ada lubang2 udara kat kasut. Lama gila cramp kali ni..abang siap nak bungkus kaki dlm jaket dia..tp aku kan Rock..setakat sakit2 mcm ni..leh lawan lagi..hahahha.. lps dah OK dlm 15minit..abang ajak balik je..takut aku tak leh jalan nanti. Isk..mana boleh..rugi la..jalan2..amik pic sampai penat..sekali tgk Jam dah kul 9pm. Malam? Alahai..terang benderang lagi..pekan semua dah mati..kena tdo ke? Sampai hotel..baring dan terus HANYUT!!!! Aku tiba2 cramp balik..huaaa..lps penat lawan cramp..terus tdo sampai pagi..Tak mandi..tak tukar baju..PENATTTT! Abang pun tak kacau aku suh bangun mandi or tukar baju..Amikkk…betul2 punya tdo..bila abang kejut..ahaks! dah terang balik..dah pukul 7am..

09hb May 2010

Sarapan pagi kat hotel. Rori lagi dan lagi ..huaaa. DAh rindu nasi ni. Dekat 5 keping aku makan roti. Kalau kat Malaysia..sampai xpired roti kasi makan kat ikan jek. Lps tu terus ke Mini Europe dan Antomium naik train. Em..kat sini mmg nyaman tp sesak nafas. Hampir 90% org kat sini merokok. Sesak nafas aku dan aku rasa..udara kat sini mcm busuk jek..akeeke..sebab apa ek?? Kalau masuk stesen ketapi bwh tanah..mcm ada bau hancing jek..uhuk. Isk..lain tempat lain cara la kan? Kat brussel ni mmg senang nak tgk org pakai tudung. Macam bersepah2 jek org sini pakai tudung. Kat mini Europe..snap2 dan lps tu p Antonium. Apa ke bendanya? Sila la check google. Habis ronda2 situ..terus balik ke Brussel. Makan kedai Sultan Of Kebab..HALAL. Aje gila sepinggang odet mcm leh makan 2-3 org..tp aku still lapo ni..nak nasi..huaa! Lps tu p hotel amik luggage. Kat sini beg leh tinggal dlm 1 bilik wpun dah checkout. Lps settle semua urusan Brussel, kita org naik train lagi dan ke stesen train lain utk ketapi laju Thalys menuju ke Paris. Masa aku taip ni..aku ada dlm train.. tp taip kat words je..nnt cari wifi pree baru letak kat blog. And kepala ada pening menaip ..mari berhenti…abang dah tido dgn nyeyakknyaa….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home