Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Sunday, May 30, 2010

..Cinta Sejati..


..dari sebuah ciuman? cium apa? cium pipi ke cium molot? ;) Em, td g tgk Shrek kat Mines. Booked tiket kul 11am. Sebelum kuar umah, mak call kata nak bertolak mai sini. Uhuk..tiba2 saja. Kejap je kat sini transit sementara mentua adik aku ada kat putrajaya. Sian la si adik..bibiknya lariiii. Anak 2 orang sapa nak jaga? Sementara nak tunggu semua selesai...mentua dia jaga bdk2..dan ari ni sampai ujung minggu..mak lak tolong tgkkan. Sabar ek..hidup harus di teruskan.

Tadi masa layan Shrek..wpun tu cite kartun..bdk2 bwh umur sure2 tak berapa nak faham apa mesej yg di sampaikan. Em..aku ni biasalah, kalau tgk cite..sure sampai ke dasar. 'Hargai apa yg kita ada sebelum semuanya hilang'. Ringkas je mesej tu. Tapi...manusia kan..hidup kadang2 tak penah bersyukur dgn apa yg ada..termasuklah aku. Tersentuh lak tgk si Shrek wpun dia hanya seekor gergasi buruk. Kata-kata fiona masa Shrek tgh marah pun buat aku berfikir banyak kali...Shrek dah ada semua..isteri yg mencintai, anak2 yg comel, kawan2 yg menyayangi dan kehidupan yg sempurna..apa lg yg dia mahu? Dan bila Shrek luahkan rasa hati kpd Fiona..alahai, seronoknya. Kan besh kalau semua lelaki boleh meluahkan rasa bukan memendam rasa.. ayiyiyiyi..

Em..aku rasa,seperti ada sesuatu yang tak kena...apakah?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home