Thursday, July 31, 2008
Friday, July 25, 2008
Pelangi..
pelangi...
hadirnya tanpa di duga,tanpa di undang..
hadirnya hidup terasa gembira,terasa riang..
tp sayang, pelangi datang tak pernah lama..ianya akan hilang...
sebuah hakikat,pelangi cantik di pandang, tapi tak boleh di pegang..
merindui mu sang pelangi,umpama mengejar bayang2..
namun..hendak dibiarkan terasa sayang....
Futsal @ Aktif Futsal, Bangi
Budak2 ni dah set nak main setiap malam jumaat pukul 9 pm, aku tak tau la boleh join ke tak..tertakluk kepada keizinan la..sebab..aku bukannya bujang..gegeege..
Walaupun tak main, aku sempat posing kat situ..ngehngeh..
saja kasi blur ...hehhehe
Tuesday, July 15, 2008
Cuti..
Aku dah tgk SEPI..aku tak suka kisah SUFI. Mmg mengalirkan air mata..tp dia mudah lupa. Isteri pergi terlalu cepat dia lupa.Datang wanita - juga seorang isteri...merawat hati si SUFI yang berduka lara..ada yang kata, isteri itu curang kepada suaminya kerana menyayangi orang lain..aku? tak tahu..hati seorang isteri terlalu halus utk aku tafsirkan..rumah tangga..kadang2 suka..kadang2 duka...jgn mudah menghukum ...tempuhlah sendiri...pasti memahami..
Thursday, July 10, 2008
Wednesday, July 09, 2008
Kritikal nih!
Kesimpulannya :-
:: Aku underweight - Min patut 51kg
:: Banyak lemak..hahaha. Nampak kurus,tp sebenarnya kepadatan Tulang - GAGAL..ayok!
:: Kurang kalsium - dah sah2 la aku tak minum susu..ate, dah tak suka.
:: Sila la bersenam ya...Ya Ampun,,sejak Danish lahir..aku mmg dah pencen..mcm mana ek?
Yay! Dah sampai...
Victoria Secret - secret Garden. Ni org punya..Aku amik odet jek.
Ni Abe Punya..smart gak kalau aku pakai..
Ni Bath&Body Works PLEASURES - Dari tuan kedai..kak lin.TQ
sebelum dan selepas
Ni gambar kat Pantai Teluk Cempedak 10May 2008. Masa ni aku dok melepak tepi pantai..cuba tgk beza dua gambar tu. Semuanya berlaku dalam sekelip mata saja. Dari setenang2 alam, tiba2 awam hitam datang. Aku sebenarnya seram dgn laut. Walaupun kadang-kala mendamaikan,tapi kadang2, laut amat menyeramkan. Selautan air yang membiru mampu membuat daratan yang menghijau menjadi haru biru. Kadang2 aku guna alasan 'takut makin hitam' kalau ada yang ajak mandi laut..tp sebenarnya, aku tak pernah tenang di dalam sana..
Monday, July 07, 2008
Fakta baru Danish Hakimi
5hb Julai - Attend 'teacher-parents day' kat sekolah danish. Cikgu cakap..danish sgt talkative, tekun masa buat kerja sekolah, cepat menangkap..tp Danish tak mahu reply back in English kalau bercakap. Cikgu Iqra ckp...Danish suka termenung. Kadang2 ingat cepat ingat, kadang2 dia wat tak tahu je kalau ustazah soal. Cikgu Day Care cakap...Danish budak baik...cuma kuat mengadu..haiya..heheh..ni result exam Danish..98% for maths - 'silly mistake'..apa da...
Aku perasan, 2-3 bulan lepas, Danish dah boleh membaca dengar lancar dan dia sangat suka membaca. Kalau nak kasi dia diam, just kat dia buku. Ni buku terbaru Danish..dan Danish juga suka melukis..
dan yang ni..Danish kena paksa bergambar dpn opis aku. hahha..tak kan aku lak nak bergambar depan tu..malu ah..hahaha..
Friday, July 04, 2008
Rejab ...
Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt...
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj,akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa..
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt...
Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat ..
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaAllah permintaannya akan dikabulkan Allah swt ...
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga ...
Waallahualam...
petikan dari :- sidratulmuntaha.blogspot.com
Tuesday, July 01, 2008
Arghh!! Tolong lah..
Mohd. Saiful Bukhari Azlan and Datuk Seri Anwar Ibrahim
sapa mamat ni?? korang cari sendiri cerita dia..dah penuh alam maya ..alam tak maya dgn cerita dia..eee..