Rehat...Lepak...Luah Rasa!!!


..Yok Shopping Yok!..

Tuesday, February 20, 2007

Sedih betul dengan kisah ini..

Semalam, aku tonton berita, riuh satu rumah pasai cerita ni...mcm2 keluar dr mulut ahli keluarga...emak, abah, abang, kakak ipar..semua bersuara..marah betul nampaknya...Aku? hanya diam terkaku ..membisu..tak tahu nak kata apa? Di kepala berputar2 bertanya..KENAPA? KENAPA? entah..mungkin aku juga boleh marah2 seperti mereka..tp 'berat mata memandang, berat lg bahu yang memikul'..doa aku, 'Ya Allah, jauhkan aku drpd perbuatan yang sia-sia dan kuatkan lah Imanku jika suatu hari nanti, aku terpaksa lalui peristiwa seperti ini (suami nak kawin lagi la...bukan nak bunuh anak)..dan jauhi aku drpd perkara seperti itu..amin'..

Isteri enggan bermadu jerut mati 2 anak

Oleh NURUL HUDA HASSAN


MEMILUKAN... Suspek yang disyaki menjerut dua anaknya hingga mati dalam kejadian di Bukit Kecil, Pulau Pinang, menatap jenazah mereka sebelum dia dibawa ke balai polis di Batu Maung, semalam. – Gambar Mohd. Naim Aziz.

PULAU PINANG 19 Feb. – Seorang isteri yang berang kerana suaminya dikatakan hendak berkahwin lain, bertindak menjerut leher dua anak mereka yang masih kecil sehingga mati dalam satu kejadian menyayat hati di Bayan Lepas, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, suspek yang berusia 30 tahun dipercayai menjerut leher dua anaknya, Muhammad Aliff Haqimi, 5 tahun 7 bulan dan Muhammad Aliff Hazmi, setahun 5 bulan, ketika mereka nyenyak tidur.
Difahamkan, selepas menjerut leher dua anaknya, suspek menyelimutkan mayat mangsa sebelum si suami pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dijerut dengan wayar seterika.
Katanya, mayat dua kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.
Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya sambil mengugut hendak membunuh dua anak mereka, jika si suami yang berusia 28 tahun itu enggan pulang segera ke rumah.
Bagaimanapun apabila SMS itu tidak berbalas, kemarahan si isteri semakin tidak terkawal lalu menjerut leher dua anaknya hingga mati di rumah mereka di Flat Taman Indah, Lebuh Batu Maung, Bayan Lepas.
‘‘Namun begitu, si suami tidak membalas SMS tersebut dan hanya pulang ke rumah kira-kira pukul 11.45 malam,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Menurut Hatta, sampai di rumah, si suami terus masuk tidur dan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada dua anaknya itu.
‘‘Pada pukul 7.40 pagi ini sepasukan polis dan Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada jiran keluarga terbabit,” katanya.
Difahamkan suami suspek yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui dua anaknya dibunuh sewaktu polis tiba ke rumah berkenaan untuk menangkap si isteri.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis kini menahan suspek dan suaminya bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.
Katanya, mayat dua beradik itu telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Menurut Hatta, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Ini adalah kejadian kedua melibatkan pembunuhan anak oleh ibu atau bapa dalam tempoh seminggu apabila 14 Februari lepas, seorang bapa menjerut leher dua anaknya selepas dikatakan berselisih faham dengan isterinya.
Dalam kejadian di Villa Angsana, Sentul, Lee Tian Siang, 39, yang tertekan selepas gagal memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) ditemui mati akibat meminum bahan pencuci lantai selepas menjerut leher dua anaknya, Lee May Shan, 9, dan Lee Wei Shan, 7.
Sementara itu, Pakar Patologi HPP, Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, dua kanak-kanak itu disahkan mati ekoran sesak nafas akibat dijerut.
Katanya, kedua-dua mangsa telah mati 12 jam sebelum mayat mereka dibawa ke HPP untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, jiran suspek memberitahu, kira-kira pukul 6.45 pagi ini suspek datang ke rumahnya sambil menangis tanpa henti.
‘‘Dia datang ke rumah tapi tak cakap apa-apa... cuma menangis dan kemudian mengajak saya ke rumahnya.
‘‘Saya tanya lagi kenapa dan apa yang terjadi... dia jawab, saya tak tahu apa yang saya buat... anak-anak saya sudah tiada,” ujarnya.
Menurut jiran itu, dia mengucap panjang sejurus melihat keadaan mayat dua beradik itu yang kaku lalu mengambil kain dan menutup mayat tersebut.
Katanya, dia kemudian menyuruh suspek mandi dan mengambil wuduk dan meletakkan surah Yasin pada kepala salah seorang mangsa.
‘‘Saya kemudian memberitahu suami saya yang terus menelefon pihak polis,” katanya.
Sementara itu, jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Batu Maung selepas waktu Asar hari ini.

2 Comments:

  • saya pun sedih sgt! semoga ibunya insaf, bertaubat & dosanya diampunkan Allah coz dia tetap ibu yg mengandung & melahirkan budak2 tu :-(

    By Blogger Ajami Hashim, at 9:00 PM  

  • yang ni pun cukup memilukan :-(

    Liputan6.com, Malang: Jenazah ibu dan empat anaknya yang bunuh diri di Malang, Jawa Timur, dikremasi, Rabu (14/3). Sesuai dengan pesan terakhir mendiang Junania Merci, jasad diri dan keempat anaknya, Athena Latonia, Prinsessa Ladova, Hendrison, dan Gabrelia Al Cein, dikremasi di kawasan Junrejo, Batu, Jatim. Doa dan isak haru keluarga dan kerabat mengantar mereka ke peristirahatan terakhir.

    Sementara, pihak keluarga membantah anggapan Junania bunuh diri karena bertengkar dengan suaminya, Hendrik Suwarno. Ibu mendiang Junania mengatakan, bukan tidak mungkin kejadian itu disebabkan soal ekonomi. Selain itu, almahrhum juga tak sanggup lagi melihat penderitaan anak ketiganya Hendrison. Sejak usia setengah tahun, tubuh Hendrisson sering berubah membiru dan hidungnya mengeluarkan darah.

    Bunuh diri masal ini memang terkesan telah direncanakan. Junania bahkan sempat membuat surat wasiat, memotret anaknya yang sedang sekarat, serta berkirim pesan melalui telepon genggam kepada suaminya [baca: Tragedi Bunuh Diri di Malang Masih Misteri].(IAN/Tim Liputan 6 SCTV)

    http://www.liputan6.com/view/7,138680,1,0,1173916396.html

    -akak-

    By Anonymous Anonymous, at 11:16 AM  

Post a Comment

<< Home